Pages

Bermacam soalan.

MY: I tengok CH ni innocent la muka dia.
Aku: Memang pun. Saya pernah berborak panjang dengan dia so that saya tahu dia
memang macam tu
FS: Ye ye, saya pun rasa dia tu innocent. Kadang2 tengok reaksi muka dia pun kita
dah boleh agak kan



CH ni seorang Chinese lelaki yang paling muda kat sini. Umur 26 tahun. Masa lunch tadi, MY dengan FS ‘serang’ dia dengan bertubi-tubi soalan. Semuanya gara2 dia belum ada gf lagi. Siap tanya cinta monyet dia ni sape la bla bla bla. Dah la dia ni pemalu, jawab soalan pun macam malu jek, asyik tunduk bawah. Pelik aku, padahal kalau borak ngan aku dulu ok je takda malu2. Mungkin sebab Chinese sama Chinese dan berbeza jantina, so dia macam malu sikit. Dah la siap kene soal macam2 dengan budak dua orang yang suka mengusik ni. Masa kat 7-e pun aku kene ‘serang’ macam ni jugak. Sebab yang sama. Berdebat habis la. Yang paling kelakar boleh pulak diorang keluarkan statement yang konon2 aku putus cinta teruk giler sebab tu mengaku tak pernah bercinta, fobia la konon2. Wakakaka. Apahal la lawak sangat statement tu? Apasal la semua tak percaya. Aneh kah? Kalau tak ada cinta monyet, kera dan sekaum dengannya kira pelik kah? Baiklah, lain kali kalau orang tanya, aku nak cakap aku dah bercinta 10 kali. Biar biar biar. Biar mereka kena tipu. Tipu sunat tak apa.



Oh, kembali kepada peristiwa tadi, balik lunch kitorang bukak port 4 orang kat suatu sudut, meja MY. Sambung lagi soal jawab kat situ. Waduh, tau2 je la bila Chinese sama Chinese berkumpul mesti terbabas keluar bahasa Mandarin. Sampaikan aku rasalah, kalaulah aku ni ada basic Mandarin, confirm dah boleh terer dah T__T Dah la aku je satu2 nya malay masa buat team gossip tu. Terkebil-kebil kadang2 aku. 'Apa dia? Kenapa?' FS yang baik hati pun bersuara “Why not we just use bahasa so that everyone can understand it” Hahah sebab sebelum tu dia lah tukang translate bahasa untuk aku. Aku tak suruh pun dia translate jugak untuk aku.



Cakap pasal FS kan, aku suka kawan dengan dia. Dia perempuan Chinese yang baik. Neutral. Fahamkah? Maksudnya dia tidak ‘bias’. Semenjak pindah office baru ni, meja kitorang depan2 je, makin rapatlah borak sana borak sini. Antara ramai2 chinese, dia lah yang paling baik sekali dengan aku sampaikan kalau pergi lunch je mesti kitorang akan berduet pergi lepas tu asyik tanya sesame sendiri “Kenapa kita je paling awal pergi? Kenapa semua masih static tak bergerak lagi?” Aku selalu jawab macam ni “Diorang rajin takpeeee” FS dengan CH ni sepadan pulak aku tengok. Dah la dua2 single. Baik pulak tu. Pernah aku gossip mereka kat FS. “CH ni bagus tau. Dia bagus merancang masa depan. Boleh jadi suami yang baik” FS gelak je pastu balas kat aku “Nadia, kamu jangan cakap perkara ini dengan CH, nanti dia malu. Kalau cakap dengan saya tak apa.”


Oh ye, awal2 dulu aku dengan CH memang kamceng la. Mungkin sebab kitorang sama2 baru awal2 dulu . Training sama2, kehulu kehilir sama2. Soalan yang paling kelakar@pelik@unexpected yang pernah aku terima dari dia adalah

Situasi 1.

Masa tu kitorang berborak pasal isu social. Dia cerita yang kawan2 dia selalu enjoy kat night club semua. Aku cakap, Chinese lelaki, biasa la tu. Budak chinese kat kolej aku pun macam tu gak. Tapi dia cakap dia tak social. Betul atau tak aku tak sure

CH: Bagi kamu kan , kalau kamu tahu lelaki tu sudah ****(perkataan paling
sopan untuk
berzina), bagi kamu lelaki macam ini tidak baik kah? lelaki
macam ini kamu mahu ka?

Nadia: (Geleng kepala.Oit oit oit. Apa kau ingat lelaki je pilih dara? Perempuan pun pilih teruna okkk. KAHKAHKAH)
CH: Habis tu, macam mana kamu tahu sama ada lelaki tu sudah **** atau tidak?


Erkk terkulat-kulat aku nak jawab. Straight sungguh soalan dia takde konar2. Sudahnya kita bagi je jawapan berunsurkan poyo “Instinct”. Eh, instinct aku macam boleh pakai jugak tau. Grin. Aku sure takkan ada lelaki melayu akan tanya aku soalan macam tu.


Situasi 2

CH: Ini melayu ar, kenapa ada yang pakai tudung ada yang tak pakai? Melayu ada banyak jenis ka?
*Sumpah aku tak reti nak explain

CH: Kalau saya tertengok rambut kamu, adakah saya perlu bertanggungjawab terhadap kamu?
*Hahaha lawak betul soalan. Tergelak aku masa dengar. Takpe, orang yang ‘innocent’ dibenarkan bertanya. Orang tak innocent kalau bertanya jugak, boleh kita sekeh kepala dia secara berjemaah.


Oh entri ni macam entri tribute je untuk officemate. Beberapa hari lepas aku ada beritahu FS pasal interview kat company lain yang aku bakal pergi (interview je baru, confirm dapatnya tidak. However sharing is caring kan), pastu dia tanya tadi “Kenapa nadia, tak suka kah kerja kat sini?” Sukaaa okkk. Environment sangat best. First time aku jumpa company majoriti cina (85% chinese ) yang tak pressure(yang aku perhati cara kerja diorang). Mungkin sebab US bassed so cara kerja diorang memang macam ni. Tapi nak buat macam mana kan, *** ni ‘slow’ sangat. Bukan aku je yang cakap macam ni, Kak N dengan FD dengan manager lagi satu pun cakap macamni gak. Haahah, malas nak cerita panjang2, nanti jadi sesi mengumpat pulak kat sini. Terpaksa la aku usha2 kerja kat company lain. Baru datang inisiatif aku untuk cari kerja padahal sebelum ni malas betul nak bukak jobstreet tu. Takpe2, nanti kalau dah ada experience nanti, aku ingat nak datang sini balik la :D Aik? HAHA. Sebab dalam keadaan aku yang takde experience ni, aku kene cari experience cepat2 tanpa berlengah.Takkan nak tunggu sampai satu tahun kan. Sangap okay. Pastu dah ada exprience boleh la demand tinggi sket kat sini.heheheh. Aja! Aja! Fighting!*sekarang ni positif sikit

8 voice out:

mun-e said...

Kalau saya tertengok rambut kamu, adakah saya perlu bertanggungjawab terhadap kamu?

hahahahaha so cuteeeeeeee soalan itu :'D

IamYonna said...

alahai dik soalan pun dah innocent T__T rasa nak menangis je baca haha.

actually kita kena ada jawapan yang betul dan kukuh kalau org non muslim tny bab2 ni. kalau tak, sampai bila2 dia akan perlekehkan org melayu/islam.

tp kalau akak sendiri pun tercengang2 nak jawab kot. ilmu tak penuh kat dada lg :p

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Kak Noi pun selalu sangat kena soal pasal benda2 ni, jawab je lah selagi termampu....
But most of the time, tercengang gak lah.. hehehehe

one of the question dia pernah tanya pada kawan kaknoi (depan kaknoi lak tu), pastu kawan kaknoi tercengang
"Apsal ko pakai tudung nampak telinga, noi pakai tak nampak telinga?"

err..cane nak jawab tu? direct betul soalan

farah, s. said...

memang innocent sungguh!!!! esp psl nk bertanggungjawab kalau nmpk rambut tu. adehhhh hehehe. comel tak dia nadia? haha

Diana Ishak said...

apa niiiii..cinta2 monyet segala niiiiiii.

Nadia said...

kak murni: tau takpe. lawak betul.hahaha

kak yonna: tu la kak yonna. Kalau bagi jawapan yang definisi sendiri pastu diorang pertikaikan, tu yang susah tu..huhuhu

kak noi: adeh kak, lagi straight soalan tu.hahahaha.Kat sabah ramai non-malay kan?

farah: heheh dia biasa2 je farah. Aaaron aziz lagi comel kot(tetiba).hahahah ;P

tu la farah. Innocent betul soalan tu. Dah la dia tanya tetiba masa buat kerja bukan masa perbincangan&rilek2. Nampak sangat dia memang nak tahu sangat2, tak leh tunggu.hahah

kak di: heheh, saya tak bersalah kak. Bukan saya.hihihi

Anonymous said...

Tergelak okeh part soalan terakhir dia tu. Aduhai, boleh terbayang camne muka innocent dia. Huhu. Pastu Nadia jawab camne?

Nadia said...

diya: nadia tergelak kejap pastu nadia jawab something yang macam ni "Kalau u nampak rambut saya maksudnya salah saya la. Means saya berdosa la sebab tak tutup rambut kasi u tengok." hehehe