Pages

Entri takde tajuk [1]


1) Bulan 7@awal bulan 8 mungkin aku akan berpindah. Ke tempat yang tiada internet for sure. Wawawawa.. Dengan itu aku kalau boleh nak download banyak2 benda yang aku nak download supaya boleh jadi tontonan@hiburan menemani hari2 sepiku tanpa internet cehcehceh ayat tak nak kalah. Misi men-download aku jugak membawa motto: Downloadlah anda sebelum video itu terdelete dengan sendirinya. Haih macam pernah dengar lah kan motto ni. Ni motto YOUTUBE yang takde kerja lain asyik nak remove video orang lain je. Copyright claim la apa la. Owh bosan2. Yang kelakarnya, acc orang tu suspend@diremove, orang tu buat acc baru pastu upload lagi, youtube delete acc dia pastu dia buat acc baru dan upload video yang sama dan lagi dan lagi sampai Youtube pun muntah asyik remove orang yang sama je. Wakaka. Tapi aku kagum ar dengan orang tu. Penat2 upload beratus-ratus video, kene delete, tak nak mengalah buat acc baru upload balik. Kene delete lagi, buat acc baru lagi upload balik. Woahh. Kalau aku la, kene delete sekali je, aku fikir 10 kali nak buat akaun baru@upload video lagi atau tak Muahaha.. Tapi tu la dia. Desire untuk sharing tu sangat kuat. Ini yang dinamakan kuasa 'FANDOM' haha tetiba je masuk fandom2 bagai kat sini.

2) Misi ini juga membawa maksud aku kurang berblog-walking secara random. Dulu aku berblog-walking sampai tak cukup tanah okay. Tah mana2 je link aku masuk bersepah-sepah tak terhad kepada orang yang aku kenal je. Pastu macam biasa bila berblog-walking, aku mengamalkan prinsip 'silent reader' . heee. Bangga siot kalau orang berkenaan tahu blog dia ada silent reader.

3) Aku agak tak faham kenapa perempuan menjerit sakan bila nampak artis lelaki kesukaannya bukak baju menayang body. Aku pun tak faham kenapa perempuan suka tengok lelaki menayang bodynya. Lelaki tayang body=HOT. Pakai baju lengkap=TAK HOT. Apakah? Ok, mungkin pendapat aku berbeza dengan orang lain. Bagi aku, seksi lelaki itu bukan terletak kepada bentuk otot (erk?), chocolate ABS (sila imagine makna istilah ini) and whatsover. Aku tak pernah nampak lelaki sebegitu sebagai seksi, nampak menyampahkan ada la. Huahuahua. *sory to say, i don't like it* Bagi aku seksi itu lebih terletak kepada cara orang tu bercakap, high confident level, perilaku,gaya, dan perbuatannya. Aku pernah terbaca ada satu blog ni. Bagi dia, seksi lelaki tu adalah apabila dia tengok lelaki itu khusyuk membuat kerjanya. See, macam2 tafsiran kan. So sila buang pemikiran yang tayang body=seksi. Ok perenggan ini tak terhad kepada lelaki je, perempuan pun sama. Tak semestinya tayang body sana sini nampak seksi.


Ada sekali tu kat fanmeeting JGS kat Singapore. JGS kata masa kat pentas 'I will show my everything now'. Pastu MC tu kata 'Everything? Ok take off you shirt'. Tahu dia jawab apa? 'I have a talent to show rather than show off my body' sambil gelak2. Ohh kagum dengan JGS sekali lagi. Sekian