Pages

Skin Food review

1) Tea Tree Cleansing Foam



Best!!! Bau Teh. Eh? hahaa. Entah aku tak tahu nak describe camne baunya tapi aku suka. Ada sedikit macam bau ubat herba. After pakai kulit rasa cam lembut je..

2) Blemish Balm Cream (Aloe Vera)


Boleh dijadikan sebagai sebagai make-up base. Juga sebagai foundation. Aku sukaa! Betul la macam kebanyakan review kata, bila pakai, rasa macam tak pakai apa-apa. Ringan.Radiant? Yesss. Mula2 pakai , warnanya di kulit rasa macam ala-ala pakai foundation la pastu tak lama pastu (dalam 10 minit), ia adjust bagi masuk dengan warna kulit kita.Dan boleh stay sehingga 10 jam. Oily control 8/10 (aku rasa tak oily langsung, sangatlah berbeza dengan foundation aku dulu baru 4 jam dah oily). Tak melekit macam pakai foundation (sebab paling utama kenapa aku beli). Natural look. Coverage=medium. Kalau jerawat yang besar2 tu memang takleh nak tutup la unless korang pakai banyak lapis pastu tempek dengan mineral foundation or foundation2 lain pastu pakai lagi loose powder sebagai finishing.Muka aku jerawat jenis white head a.k.a jerawat kecik2 so no need letak banyak berlapis-lapis.Aku rasa produk ni sesuai la dengan aku yang tak suka letak banyak2 benda kat muka. Biasanya aku guna BB Cream ni alone.

Sesetengah brand BB Cream tak jual kat Malaysia@belum masuk pasaran Malaysia. Sesetengah tu jugak ada yang jual kat malaysia tapi harganya ya ampun...hermmm faham2 je lah produk import ni kan. Ada aku survey satu brand famous ni, tengok harga kat website macam ok sekali jual rasmi kat Malaysia RM130 koooo.*pengsan* hahaha. Padahal harga sebenar kat negara asal lagii murah. RM130 untuk 50ml bagi aku mahal kot. Kalau bagi korang murah, it's ok.. Maka baik aku amik Skin Food je, affordable pastu kalau habis senang nak cari kat outlet..

2) Tea Tree Cleansing Emulsion

Penanggal make-up berasaskan minyak. Bestttt!! Bak kata adik aku masa first tyme pakai "Angah, best lah pakai ni. Aku rasa macam muka aku cun je pakai ni" Amikkkk. HAHAHA.. Mungkin sebab dia berasaskan minyak, so rasa macam glowing2 gituuu , ceceh yaya aa je (tp lepas tu kene cuci ngan air la).Kalau pakai BB Cream wajib wajib wajib pakai make-up remover ye. Sebab BB Cream tu salah satu daripada make-up (walaupun feel tak pakai make-up) so treat it as a make-up. Walaupun dia kata 'not clogs pore'. Nooo. It clogs pore ok kalau tak pakai make-up remover. Sebab dia ala2 mineral foundation jugak.Wajib wajib wajib cuci guna make-up remover.

Ada satu review ni aku baca (org malaysia ke singapore tah tak ingat). Masa dia pakai BB Cream tu memang naik jerawat la kat muka dia. SA kat Skin Food suruh pakai make-up remover dia tak percaya, dia tak nak pakai. Dia stop kejap so jerawat hilang. Jadi dia salahkan BB Cream la.Sebab BB Cream naik jerawat, etc etc. Pergi sekali lagi Skin Food store lain pulak. SA situ jugak cakap perkara yang sama jugak. Nak tak nak dia terpaksa beli. Guess what? Lepas dia guna bb cream + make-up remover takde dah jerawat2 ni malah dia kata jerawat pun berkurangan. Seee..

Aku nasihatkan kalau pergi Skin Food (especially for the first time),sebelum pergi lagi kenal pasti jenis kulit anda dulu. Ada empat jenis ye. Dry,normal,combination,oily. Nak tahu ciri2 nya yang mana boleh guna perkhidmatan google. So sampai2 sana terus beritahu anda nak apa. Sama ada cleanser ke make-up remover ke.Dan biasanya dia akan tanya korang ni jenis kulit apa. Then dia akan rekemankan jenis yang sesuai dengan type kulit anda. My advice, kalau boleh sila consider apa yang diorang rekeman.

Sebabnyaaaa, Skin Food have a lot of produk yang dihasilkan based on type kulit. Untuk dry skin adalah sekian-sekian.Oily skin pulak sekian2. Kalau salah guna produk akan mengakibatkan kemungkinan2 yang tak best kepada kulit anda. Contoh, skin care yang kulit oily biasanya akan menyebabkan kulit kering sikit (sebab diorang jenis kulit oily kan maka perlu sesuatu yang dry sikit) so cuba bayangkan kalau anda yang berkulit dry pakai produk khusus untuk kulit oily. Of course akan bertambah dry dry dry kulit anda.

p/s: Mula2 aku berniat nak beli Mushroom Blemish balm cream. SA tu rekeman aloe vera kat aku tapi aku nak try Mushroom type jugak. Sekali letak kat muka, ya rabbi merah mak ngah kooo. Ok, tipu. Bukan merah mak ngah tapi pink macam kene panggang je kulit aku. hahah. Terus cancel.Amik aloe vera mengikut saranan SA di situ.

p/s: After lebih kurang dua-3 minggu pakai ketiga-tiga produk Skin Food ni, aku rasa white head a.k.a jerawat halus2 macam pasir tu dah berkurangan sedikit demi sedikit. Oh I loikeee (saje je eja macam ni)

Next aim, tomato serum& black sugar mask.

p/s: Happy birthday yana!!!!!!!!!! Semoga ceria2 selalu,bahagia bersama suami tercinta dan sentiasa awet muda ye. =D