Pages

Borak tak pandang kiri kanan


Aku rasa aku ni salah seorang yang kalau tengah sakan berborak, tak pandang kiri kanan. Membuatkan kalau time tu tengah berjalan, maka ianya jadi takde arah tujuan. Contoh masa kat UPM dulu. Banyak kali jalan punya jalan tetiba

"Eh apasal kita kat fakulti ni? Bukan tadi nak pergi kafe ke?"

Gituwww. Paling kritikal aku rasa ada sekali tu, nak balik kolej rasanya tapi end up dengan berdiri di hadapan bilik seorang pensyarah mana tah tak kenal. Jalan mati, dah tak boleh jalan kedepan lagi dah sebab tu sedar. 'Eh apasal kita lalu sini ni?" Aku rasa kalau ada lagi jalan depan tah kemana-mana tah kitorang pergi.

Contoh lain. Nak pergi toilet, end up dengan masuk toilet lelaki. Ini memang sangat memalukan. Tak terkira ayat bodo (merujuk kepada salah diri sendiri) yg keluar dari mulut aku ni haaa. Setakat sesat2 apa dehal, gelak2 je la mampu. Ni termasuk toilet lelaki oiiii mau tak maluuu.

0 voice out: