Pages

Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

With bear ~tag~

Saya ditag oleh Aimi Liyana. She is one of my college’s friend (Kolej Kelima UPM).


Tag ni, saya pass kepada (ceh, awal2 lagi dah bagi nama)



1) Farah (main or second) (kalau laptop dah ok ;) )


2) Diya (CK or TD) (jika berkesempatan ;) )


3) nadxoxo


4) helmi (macam spesis tak layan tag je budak ni. Ah, takde. Sebagai ex-classmate, ko kene buat jugak tag ni helmi.hoho)


5) cik nad


6) Sam


Instruction

1)Go to your photos folder in your computer.
2)Go to the 6th folder of photos.
3)Go to the 6th picture in that folder.
4)Put the picture on your blog and description of it.
5)Invite six friends to join the challenge.
6)Link them in your blog and let them know they have been challenge.










Rupa-rupanya folder keenam adalah gambar2 kem yang pernah saya sertai hujung tahun 2006 lalu (Kem Pembangunan Sahsiah Mahasiswa K5 UPM~KPSM 06/07). Dan kebetulan gambar yang terkena adalah gambar ini. Oh, saya tak suka gambar ini. Sebab? Sebab ada orang interframe saya dalam pict ini (Can you see, saya adalah yang bertudung hitam itu yang tak nampak muka tu). Tapi saya simpan jugak gambar ni. Siap rename nama gambar ‘bear tak nampak muka’ lagi.hahaha





Oleh sebab dah letak tu, alang2 saya letak la gambar ni . Meh saya explain gambar ni. Anggap saja gambar ini adalah gambar yang dimaksudkan~folder keenam,gambar keenam~.ngehehehhehe










Gambar ini saya suka giler. Sebab? Gambar muka saya amat jelas di samping bear yang besar itu. Puas hatiku. Tengok, tengok! Dekat tuuu...Lagi sikit mau cium itu bear.ngeh3x..(silalah faham perasaan orang yang first time jumpa bear real). Walaupun saya ni tak berapa selesa orang yang saya tak berapa rapat amik gambar saya, tapi tak kira, saya asyik nak masuk je dalam kamera masa kat Kuala Gandah, Pahang ni. Sebab utamanya, saya teruja jumpa binatang2 ni (kalau terserempak dengan Rusdi Ramli kat pasar Ramadhan pakai seluar pendek ka, itu takda heran punya). Bukan setakat dapat tengok dan lihat macam kat Zoo Negara dan Zoo Taiping yang saya pernah pergi tu, tapi BOLEH PEGANG-PEGANG TU…Tu yang syiok tu..Lagi satu boleh berlagak dengan nana “Aku jumpa bear depan2, besar nana,aku siap pegang2 lagi. Bear tu siap jilat2 tangan aku nana, geli giler lidah dia.” Haha..Orang yang jaga bear tu ada kat situ. Dia siap tuang susu F&N kat tapak tangan kitorang dan suruh kitorang hulurkan tangan ke mulut Bear tu dan sepantas kilat Bear tu jilat susu tu. Wah, geli okay!haha





Perkara yang paling saya kesal ialah tak dapat bergambar dengan ular sawa yang besar gedabak tu (ular ni confirm jinak, takde belit orang sampai mati punye). Jeles giler tengok gambar diorang2 yang bergambar dengan ular tu. Ialah, ular tu macam ramai ‘peminat’ pulak. Semua berebut-rebut nak amik gambar dengan dia. Lelaki2 plak tuh. Lepas satu, satu. Saya pun apa lagi, pi lah tengok binatang lain. Bila datang tengok ular balik, kameraman pergi mana tah, tak dapat nak bergambar kenangan dengan ular tersebut. Fuuuu…sedih woo..Tak dapat nak eksyen2 dengan fiza “Aku amik gambar dengan ular fiza. Geli giler! Bla bla bla dot com dot my” Kakakaka. Kecoh je nadia ni (bajet dia sorang je kat muka bumi ni yang pernah jumpa ular). (note: Bau badan ular sangat busuk. Memang tak boleh blah. Banyak kali saya pegang dan gosok2 badan dia semata-mata nak cam bau busuk itu.haha)




Alang2 meh saya letak lagi beberapa gambar lain yang ada dalam folder ni




Saya tengah bagi rusa makan








Ahli kumpulanku sepanjang kem ni . Masa kem ni memang saya selekeh giler la. Tudung pun asyik senget2 je (saya tak suka penampilan tak kemas macam ni). Biarlah, lagipun semua pun macam ni. Mana taknya, memang rush giler masa yang diperuntukkan. Makan pun kasi 5-10 minit je (padahal nadia kalau makan MESTI lebih daripada 20 minit). Itu baru part makan, belum masuk part lain lagi. Seluar pun masing2 kotor je kat bahagian bawah (sebab kat sana banyak lecak). Sampaikan masa kitorang buat persembahan masa malam BBQ, ada urusetia yang bersuara “Itu dia pesawah-pesawah yang baru keluar dari bendang” kah3x…Siut jer..Tyme tu aku tengok bahagian bawah seluar semua ahli kumpulanku, ok, memang betul pun. Semua pun macam tu..Sebab tu tyme tu macam tak berapa nak kisah. Cuma bila tengok balik gambar2 ni terdetik dalam hati “Apa la nadia ni, tudung senget2, kotor2 ni. Eeeiii, malu jer..” hahaha








Peserta kem bersama urusetia yang terlibat (Hari terakhir kat Kuala Gandah atau nama tipunya Tasik Kenyir ke apa tah.hahaha)


p/s: Err...dah macam entri pasal KPSM la pulak. 2 in 1. heheheh

p/ss: Trip dalam entri lepas yang saya ceritu tu sangat2x tak best. Fuuuhhh. Nasib baik takda keluar duit. Tak la rasa menyesal sangat.

10 perkara yang orang tak tahu?~tag~






Jom layan jap tag dari nadxoxo ni



10 perkara tentang diriku yang orang lain tak tahu


SATU
Aku tak peramah dengan semua orang. Hanya orang2 tertentu saja (Memilih ke apa ni?hahha). Entah la, kalau bab tegur-menegur orang ni , aku mengikut gerak hati . Kalau kene dengan situasi dan mood tertentu aku boleh jadi peramah yang amat giler2. Kalau tak kene dengan situasi dan orangnya, aku lah yang menjadi orang paling pendiam di dunia. Tapi kalau dah baik tu, memang baik giler la. Semua rumate aku cakap mereka ingat aku sombong mula2, last2 takda sombong pun. Hoho. Mungkin sebab aku tak peramah awal2 sebab aku fikir aku ada banyak masa untuk kenal mereka, so takda la tergesa-gesa sangat ..Slow2..heheh





DUA
Dua benda yang biasa (orang selalu buat. That’s mean saya tak kisah orang lain buat, takde cakap apa) tapi saya rasa macam menjatuhkan maruah kalau saya sendiri yang buat





1) Orang lelaki berkumpul ramai2 sambil bising2 lepas tu aku berjalan ‘masuk di kalangan mereka’(join mereka sekali). Tak kisah la nak borak2 kosong ke apa ke..Lepas tu ber hoi hoi hoi. Entah, aku admit yang aku ni bukannya social sangat. Kalau takde keperluan betul2 penting jangan harap la…BUT , it doesn't mean I'm antisocial. Jangan rasa bila saya tak berkomunikasi @ bermesraan dengan kamu, I know nothing about you. I use my other way to learn which is "see, think more over and remember" . Cuma, kadang2 malas nak tunjuk yang kita tahu sesuatu perkara. So, don't judge a book by its cover =)




2) Orang bagi ayat “Hai, boleh berkenalan?” atau “Hai,leh kenal?”( Err…bukan perempuanlah, lelakilah) dan aku menjawab “Boleh je..” Pang!!! (rasa nak tampar pipi sendiri sebab jawab macam tu) . Dulu masa sekolah menengah saya selalu jawab macam ni (kat MIRC.ahhaha). Sekarang bila ingat balik, macam apa je jawab macam tu (eiiii). Rasa macam jatuh maruah. Entah, aku ni pelik sikit, tak suka merespon ayat2 macam itu. Bagilah ayat yang berilmiah sikit contoh “Hai! Ermm..awak belajar kat mana ye?” atau "Minat bla bla bla ea?" atau bagi salam ke atau apa-apa lah ayat yang sewaktu dengannya.




TIGA
Kalau dilandam sindrom PMS (tau tak apa ini? Boleh cek kat google.ngeh3x), aku akan cepat sayu dalam apa-apa perkara je. Kadang2 boleh dengan tiba2 keluar air mata. Cepat sensitive.Hati jadi sentimental. Teringat kenangan bersama kawan lama pun boleh nangis. Hahahaha. Pelik gak, orang lain biasanya akan cepat marah dan mengamuk, aku terbalik pulak. Err..tapi jangan harap la aku menangis depan orang ye kawan2. Tutup lampu dan nangis dalam selimut la okay.muahaha.(Aku tak suka nangis depan orang)





EMPAT
Selalu status ‘INVISIBLE’ dalam ym. Banyak sebab. Kadang2 sebab wireless yang hampeh kejap putus kejap ada. Kadang2 sebab malas nak bertegur dengan orang yang perangainya annoying (ada some boy ni). Dengan rasa tak bersalahnya, INVI dengan semua orang.Marahkan nyamuk, satu kelambu YM kene bakar ! hahaha. Yang tak boleh blah tu, bila dah invi tu siap komplen2 dengan Sya (tyme cuti sem ari tu) “Sya, apasal la tak de orang nak chat dengan kita ni? Bosan giler ” kah3x. Aku yang invi, masih mau complain takde orang nak chat dengan aku. Masih harapkan miracle, walaupun offline, akan ada manusia2 yang buzz dulu. Konfom2 la aku kene sound dengan Sya “Ady, kalau nak chat,buat status online jangan buat INVISIBLE.” Lepas tu kitorang gelak2 lah apa lagi. Heran betul. Orang macam ini pun ada ka? Komplen2 tapi still taknak visible. Kah3x! Tah apa2. Okay, dalam HAL NI, perangai memang macam budak2, tak matang. Tau boring mau chat tapi buat status invi sape suruh kan. Lepas tu kene tegur dengan kawan pun masih tak serik2.Invi lagi, invi lagi dan invi lagi .Ehee






LIMA
Bila jumpa orang yang disukai@diminati (ececeh…of course la yang berlawanan jantina kan) , aku akan selalu tiba2 rasa berdebar-debar dug dag dug dag (Eleh nadia nih, part ni semua orang tahu sebab naturally perempuan selalu macam ni kan) Paling tak bleh blah, berdebar-debar sampai tak bleh telan makanan tuuu. Sampai tak lalu makan. Seriusly, walhal makanan tu punya la lazat depan mata (makan feveret contoh:Udang ka sotong ka). Padahal orang tu bukan ada depan mata pun. Nampak dari jauh je dah menggelabah. Takut sangat dia datang ke apa ke. Sikit2 menggelabah, sikit2 menggelabah. Wakakakaka! Ya Allah, jauhkanlah aku dari orang yang aku sukai selama-lamanya supaya hati aku jadi tenteram. Amin ya rabbal Alamin. (Eh, boleh ke doa macam ni?)





Err…5 je? Kata sepuluh? Hahaha.. Saya sambung lain kali la (Ada jugak orang yang main jawab tag separuh-separuh ea...)






Dan ini dia tag dari miazai dan kak ijechan (Fuh, sebulan lebih terperam)




Jenis Tag - Tulis Tangan ( handwriting)


Tulis -


1.Nama / nama Samaran kat alam maya ( net)
2.Tulis guna tangan kanan atau kidal (tangan kiri)
3.huruf yang suka ditulis
4.huruf yang tak suka ditulis
5.Tulis " The quick brown fox jumps over the lazy dog"
6. Nama orang yang di tag.




Ni dia ... (alamak, terlupa tulis nama kak ije dalam kertas tu pulak.heee)


err...akhir2 ni dah jarang praktikkan tulisan yang lawa2 dan berseni-seni. Maklum la, zaman teknologi sekarang, blog pun sudah menggantikan diari type sudah.kehkehkeh :D

musim tag

*Sekarang musim orang tag-mengetag*. Tag pun bermusim jugak. Macam musim hujan. Berderet je hujan. Tag pun . ^_^. Okay, jom layan tag dari Mohd Nasri nih


7 fakta tentang saya


  1. Saya gilakan coklat, udang,sotong dan segala jenis makanan laut!
  2. Saya TAK secomey Siti Nurhaliza dan Kim Tae Hee (sudah semestinya la kan)
  3. Saya suka tempat yang ada ramai orang sebab saya suka tengok gelagat orang yang berbagai-bagai ragam (kalau perangai pelik2 boleh tolong gelakkan*wakakaka**jahat seyh** )
  4. Saya suka makan.Yummy2!!!!
  5. Walaupun saya makan tanpa kawalan tapi saya tak pernah berjaya naikkan berat badan. Tensen betul!
  6. Kadang2 perangai tak tetap. Bila berbual or bergaul dengan budak-budak automatic saya akan berperangai mcm budak2 (hanya di depan budak2 saja.Kalau ada orang dewasa tengok,saya takkan buat macam tu. Malu weyh). Bila berbual dengan orang dewasa,saya akan menjadi dewasa(Chewah!) . Kadang2 kita pun kene menyesuaikan diri dengan persekitaran jugak ^_^
  7. Kalau tengah excited@gembira terhadap sesuatu perkara,saya susah nak mengawal pergerakan tubuh badan mahupun emosi. Main lepas je. Sebab tu kadang2 bila orang tengok, diorang akan cakap saya ni 'pelik' sikit (sikit je). Bila saya sedar yang orang sedang melihat pergerakan saya tuh,mulalah saya jadi malu. Lepas tu apa lagi, saya tayang muka takde perasaan la (mana boleh tayang muka malu ok@sengihnampakgigi)
  8. Opss..sory no 8 nak menyemak sikit (sepatutnya 7 je.heheh) Saya mudah ingat url blog yang saya selalu masuk(sah2 url kat 'I read this' kat sebelah ni saya ingat kalau saya selalu masuk) So, bila dah ingat, kadang-kadang saya boleh terus direct dari browser,tak melalui blog saya ni :-)

7 perkara menakutkan saya di dunia


  1. Saya takut Allah (Okay,semua orang Islam sudah sedia maklum)
  2. Saya takut lipas. Bila nampak je lipas, saya dah jadi geli-geleman . Iyyyyyeeeeee!!! Yucckkkzzzzsss! (see..ada banyak harakat perkataan nih. Panjangnya harakat dipengaruhi oleh hormon kegelian ye.Harap maklum) Kalau lipas tu 10 meter dari saya pun, saya boleh terlompat-lompat atau lari sampai ayah gelakkan saya dan cakap “Eleh,lipas! Kecik je! Halau saja dengan penyapu. Kalau dibandingkan dengan ko,berkali-kali ganda besar ko lagi daripada lipas tu”. Memang la. Kenapa nak takut? Lipas tak kacau saya pun apatah lagi nak bunuh saya. Saya tak takut tapi saya menyampah dengan lipas. Bila menyampah, apa-apa yang berkaitan lipas saya tak suka. Sebab utama saya menyampah ialah LIPAS adalah haiwan yang UNEXPECTED. Tak boleh diramal perangainya.Lipas boleh terbang. Kalau dia terbang tiba-tiba hinggap ada kat tangan saya? Yuckzzsss!!!!
  3. Saya takut lalu kat kubur tak kira la agama apa sekali pun. Ini effectnya orang yang suka tengok citer berunsurkan seram dan hantu.heheh
  4. Saya takut kehilangan orang-orang yang saya sayang. Sedih seyh!
  5. Saya takut mati eksiden. Sebab tak pasal2 saya jadi glemer nanti. Orang kat lebuh raya yang bawa kereta berhenti kejap tengok,berhenti lagi tengok. Lagi sadis kalau muka keluar tv! Gambar passport pulak tuh.Walaupun masa kecik2 dulu saya selalu berangan nak glemer macam tu (kecik. Biasa la tak matang) tapi sekarang NO NO NO.
  6. Saya takut segala benda yang boleh memudaratkan diri . Ceh! Maggie tak takut ka? Boleh buat mati cepat jugak woo.. Err..maksud saya benda yang nyata terang lagi bersuluh la contoh macam terjun dari tempat yang tinggi tanpa apa-apa alatan. Sah2 lepas tu direct mati kan?
  7. Saya takut LELAKI ! wakahkahkahkah! Err..kenapa nak takut? Manusia jugak kan? Ayah saya pun lelaki. Tapi saya taklah takut dengan dia. Okay,serius part no 7 ni saya MAIN-MAIN saja.hahaha~

7 lagu buat masa skrg

  1. Pemergianmu-In Team
  2. Layar Keinsafan-Mestica
  3. Destiny-Witch Yoo Hee OST
  4. Sad Sonata theme OST
  5. Semua lagu Siti
  6. Semua soundtrack citer korea.keh keh keh ^_^
  7. Apa-apa lagu yang dimainkan melalui piano

7 perkara selalu sebut

  1. Ececeh!
  2. Tah ape2 tah
  3. Poyo giler
  4. Chewah!
  5. Suka hati je.
  6. Hmmm..(sambil buat muka poyo+takde perasaan)
  7. Kehkehkeh *gelak2*

7 perkara yang amat bernilai

  1. My family
  2. My best friends
  3. My Lappy
  4. Beg duit dan segala isi-isi di dalamnya
  5. Segala nasihat orang
  6. Tu je kot ^_^

7 pertama kali dalam hidup saya

  1. 1st time cellphone. 3315 nokia masa form 3 *handphone yg org kata boleh baling kat anjing je*
  2. 1st time suka orang(ehem2!). Bila? Lupa sudah…
  3. 1st time best friend –farahiyah. Then,fatihah,anura,farhana.Buat geng kat BTS dulu. Haha~
  4. 1st time keje. Promoter kat S&M lepas SPM
  5. 1st time Skool. S.K Taman Segar
  6. 1st time pergi Mall with frens. Form 2. G mid valley.
  7. Apa lagi yang first? Tak ingat dah

7 org bertuah menjawab tag ni

Cik nad (7 kali) . kekekeke

tag daripada yg7@nazhirul dan miazai

Tag dari yg7

1) Three names in your inbox cellphone
Ayah,nana, maxis(yang ketiga ni memang tak boleh blah.hahhaaha)


2) YOUR MAIN RINGTONE?
OF course lah Korean song. Never Say Goodbye(My Girl OST)*love2*

3) WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
tengok movie best kat laptop!

4) WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT? WHERE?
Owh,keluar dengan Sya pergi jalan2 kat Mid Valley and The Mall

5) YOUR FAVOURITE FOODS?
Semua boleh? Wakakaka (exeption nan-halal food). Super fav=sushi,takoyaki,makanan pelik2 dan jarang orang makan.hahaha

6) DO YOU LOVE STAYING AT HOME?
home sweet home *wink*

7) THREE OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
Laptop,laptop,laptop. Tanpa lappy, saya kebosanan. Seriusly! Handphone pun kalah u!

8) THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
Biru itu menawan.kekeke

9) HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
Nadia malas nak mengira (menggunakan secara berhemah memang saya rajin! )

10) WHAT DID YOU DO THE MOST TODAY?
Jalan2 dekat Mid Valley. Makan KFC. Pergi Pets World tengok binatang seperti hamster(comel),ikan, arnab(comel juga) dan anjing (yang ni tengok dari jauh je)

11) ARE YOU IN LOVE WITH SOMEONE RIGHT NOW?
Nope2! Belum terbukak hati (tak nak percaya pun tak apa^_^)

12) WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
Haiyoh…home sweet home lah. Hoyehhhh!!!!!

13) WHAT DO U THINK ABOUT LIFE?
Happy. Try solve any problem in a right way.


14) WHAT MADE YOU LAUGH TODAY?
Banyak betul ketawa kah kah kah dengan Sya tadi sampai terlupa sebab yang mana satu. Okay, the conclusion is semua benda pun boleh jadi bahan untuk ketawa. haha

15) THE WORDS THAT YOU LIKE FROM SOMEONE YOU LOVE?
Nadia, ko kene belajar betul2 = from my ayah

16) WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
My ayah…

17) WHERE DID U HAVE UR DINNER LAST NIGHT?
dinner makan mee goring kat foodcourt upm

18) THE LAST SURPRISE YOU GOT?
my kakak nak tunang disember ni. Giler terkejut okay. Last minit baru dia bagitau.

19) LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
Handphone sya.

20) WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
ada meh????(tak nak percaya sudah^_^)

21) WHAT DO YOU FEEL NOW?
Rindu kat rumah..huhu

22) WANNA SHARE WITH WHO?
share dengan sya yang ada kat bilik nih n errr...Share dengan diri sendiri boleh?

23) YOUR FAVOURITE SHOES?
Saya adil dengan kasut. Semua kasut pun suka.

24) DO U HAVE ANY FAVOURITE TEACHERS?
My add math teacher masa kat mrsm. Beliau berjaya mencambahkan minat saya kepada Add Math sampai saya berjaya dapat A1 . A lot of thanks to her..

25) ARE YOU SEARCHING FOR SOMETHING?
Nak searching apa ek? Searching duit supaya boleh melancong ke Korea dengan gembiranya.wakakah

26) WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
Of Course la apa-apa perkataan yang ada ‘BIG’ kat depan dia. Contoh, big mac. hahaha

27) THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
Masa mum kat ICU

28) WHEN SOMEBODY SAYS GOODBYE, YOU SAY?
Hi hi bye bye! hahahah

31) WHO IS THE LAST PERSON WHO MADE YOU SAD?
*secret receipe* (tak boleh bagitau)

32) WHY?
*secret recipe lagik* (tak boleh bagitau lagi)

33) IF YOU EVER HAD ONE WISH TO DO RIGHT NOW, WHAT WOULD IT BE?
Saya nak hidup dengan gembira tanpa masalah sampai berumur 100 tahun. Bolehkah?

34) IF YOU WANT TO SHARE YOUR BED, WITH WHOM YOU WANT IT TO BE?
Siapa?????

35) WOULD YOU PREFER HAVING A BOYFRIEND/GIRLFRIEND OR SINGLE?
Owh…tang ni saya pun tak tahu *innocent*

36) WHO IS YOUR LATEST EX?
Takda ex

37) DO YOU STILL LOVE YOUR EX BOYFRIEND/GIRLFRIEND?
*Boleh rujuk no 36 untuk jawapannya*

38) LAST CALL FROM?
Ayah,amik kat stesen ktm serdang tadi.

39) LAST TEXT MESSAGES?
My adik. Nana

40) WHICH ONE WOULD YOU CHOOSE EITHER YOUR BOYFRIEND/GIRLFRIEND OR YOUR BESTFRIENDS?
My family(takde kaitan).hahaha

41) WHAT IS YOUR PLANNING FOR TOMMOROW?
Lab? Huh,bosan! Kembali ke minggu yang membosankan. Takpe,5 hari je lagi. Lepas tu,horeyyyy!!!!!!!!!!

42) ARE YOU HUNGRY RIGHT NOW?

Yup2! Takpe,satgi nak makan nasi ayam ayah hantar.

43) WOULD YOU HIKE A MOUNTAIN WITH YOUR EX BOYFRIEND/GIRLFRIEND?

*Boleh rujuk no. 36 untuk jawapannya*


44) DOES CARLSBERG MAKE YOU FEEL HIGH?
Haiiyooohhh! Soalan apa ini?

45) WHAT IS THE LAST THING YOU SPEND?
Tiket KTM.haha

46) WHO MADE YOU LAUGH TODAY?
Owh,terlalu banyak. Tak larat nak tulis satu2..

47) DOES YOUR PARTNER MAKE YOU HAPPY ALL THE TIME?
Partner apa?

48) ARE YOU IN A RELATIONSHIP RIGHT NOW?
*Married* wakakakakka. Sangat tak logic! Okay, jawapan boleh rujuk no 11

49)WOULD YOU FEEL SAD IF YOU FOUND OUT THAT YOUR BOYFRIEND/ GIRLFRIEND CHEATING BEHIND YOUR BACK?
Sedih itu semestinya. Tapi treat that problem nicely. Yang penting jangan tunjuk kesedihan itu di depannya. Apa kes? Takda apa-apa kes. You cheat me, than bye2 to u lar. hahaha

50)WHAT WOULD YOU DO?
Takde buat apa-apa. Live as usual.


UPDATED! Setelah fikir secara separuh masak,50 soalan di atas saya mahu tag Ketuk Angel dan mohd nasri . Silalah jawab dengan bersungguh-sungguh ye ^_^


Tag from miazai


The rules:
1)Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair... Just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this


Err...disebabkan laptop ni bermasalah sebab format dulu, transfer secara bluetoth tak dapat dilakukan. Kabel tertinggal pulak kat rumah. So,terpaksa extract gambar yang sedia ada kat lappy ni untuk letak kat sini (back up data still ada). Secara conclusionnya,syarat no 1 tak dapat dipenuhi(syarat yg lain lepas ^_^ ). Dan permintaan miazai telah dapat dipenuhi iaitu:

5)nadia (boleh la bergambar tengah2 bosan wat eksperimen tu)

10 person wanna tag: Liyana(my adik) 10x..(padahal dia tak tahu pun kewujudan tag ini.wakakakah. Takpe, balik nanti saya beritahu dia, dia boleh jawab dalam hati sahaja.Deal ^_^)

tag from nad

tag from eclipse: agak menarik tag ni .Tu yang bila dapat segera buat tu.@nari@nari@nari


gambar 1 (kat snow world genting)


gambar 2 (kat dewan k5 UPM)


Erm..inilah gambar best friend nadia sepanjang kat UPM ni. Biar apa pun tanggapan orang lain terhadap mereka,baik atau buruk, I'm proud of them. Banyak kenangan yg kami lalui bersama. Suka dan Duka. Sebenarnya banyak yang nakku ceritakan disini tentang KAMI tapi maybe masa tak sesuai kot.Lepas abis UPM la baru cerita ^_^

5 sebab kenapa suka gambar di atas

1) Sebab mereka best friendku disini
2) Sebab mereka pun paling suka gambar di atas (sehati sejiwa la konon)
3) Gambar 1 tu sebab satu-satunya gambar kitorang kat salji bergaya ala-ala winter season (konon)..Layannnn..@sengihnampakgigi
4) Gambar 2 tu sebab kami berbaju kurung dan gambar tu colourful (ececeh..ya ka?)
5) sebab gambar ini adalah kenanganku =)


person wanna tag:

1)Lee Dong Wook
2) Lee Da Hae
3) Kwon Sang Woo
4) Choi Ji Woo
5)Han Ga In
6) Jae Hee
5) Siti Nurhaliza

ada ka????

kekekekeke..Diorang pown boo layan la tag nih @guling@guling


tag sekolah dulu-dulu

My Old Skool Stories


Thanks to ixora for tangging me.


3 bad habits when you were in your school days :


*Selalu sampai awal ke kelas(Wah,keskemaanku terserlah!).Kalau kawan2 ku di UPM terbaca tang ini,mau diorang gelak guling-guling nih @guling@guling. Sebab, unbelievable saya seorang yang sampai awal ke kelas. Ye la,tyme dulu sekolah asrama mana ada bas untuk ‘melambatkan’ student. Tyme tu jalan kaki 5 minit dah sampai kelas. Tak macam sekarang. Tunggu 15 minit BELUM TENTU bas sampai(khas untuk bas K5/KTP/KPZ UPM sahaja okayh)


*Ponteng prep. Prep diadakan bertujuan untuk pelajar study. So,kalau study mana-mana pun asalkan study,tercapai jugak la objektif tu kan? Saya boleh je nak study kat mana-mana dengan concentratenya asalkan saya nak. Tak semestinya kat kelas or library. So saya buat prep sendiri kat bilik je. Malas nak bersiap sebenarnya. Lagi syiok. Boley landing2 atas katil kalau bosan+otak tepu. Kalau kene tangkap ngan warden pandai2 lah bagi alasan. Sakit ke,tertido ke,tiba-tiba pening kepala ke, tak larat nak bangun ke, apa ke..Bagi je alasan pape pown.Tapi,luckily,tak pernah kantoi. Niat ikhlas nak belajar kot :p


*Jarang ponteng solat maghrib kat surau. Salah satu sebab ialah ianya wajib. Dekat plak tuh. Hehehe…Tapi boleh je kalau nak langgar rule coz ramai buat macam tu especially tyme exam. Solat kat bilik.Tapi saya tak pernah la solat kat bilik. Best solat kat surau. Dah terbiasa kot :p


3 of your favorite subjects.. why?


*ADD MATH dan MATH MODEN. Suka math moden sebab senang. Suka add math sebab subjek ni agak mencabar tapi menyeronokkan. Suka giler kalau dapat jawapan.Bila dapat je soalan dr luar(soalan percubaan sbp ke,soalan percubaan tahun2 lepas ke) laju je tangan ni nak buat. Kalau boleh nak siap terus. Ingat lagi masa first test form 4 add math. FAIL! Kali pertama dalam sejarah,fail. Maklumla,saya baru je masuk sekolah tu so blur2 sket. Dah la semua pandai2. Orang lain dah blaja banyak,saya masih terkontang-kanting. So,belajar sedikit demi sedikit. Setiap ujian@peperiksaan subjek ni tak pernah la nak dapat A. Tension! Soalan susah seyh. Walaupun soalannya agak boleh membuatkan rambut gugur,tapi tetap nak buat jugak. Sampai dapat jawapan! Maybe sebab dah minat kot. Susah pun nak jugak! Luckyly SPM dapat A1.Maybe soalan tyme tu senang kot…


*SEJARAH. Sebab subjek ni best. Baca pastu buat nota ringkas(Wah! Keskemaanku terserlah lagik!) Sejarah negara. Parlimen. Kadang2 benda yang kita boleh observe di sekeliling. Contohnya bila nampak agong,tetiba teringat “tugas-tugas yang dipertuan agong”.Boleh aplikasi tu.Suka2!!!!


3 subjects that you dislike.. why?


*BIOLOGI. Sebab tak suka menghafal. Er…sejarah pun hafal jugak kan? Erm..sebab memang tak suka kot. Entah,tak tahu nak cakap kenapa tak suka subjek ni.


*FIZIK. Sebab eksperimen dia tak kaler2 macam eksperimen kimia. Hanya berhadapan dengan mesin dan alat yang takde perasaan. Eksperimen dia bosan+bosan+bosan.


Er…dua je kot. Subjek lain agak best :-)


Interesting About Me…(Er..bleh kata interesting ke??)


*First tyme masa present oral presentation skill. Bercerita bahasa Inggeris kat depan kelas. Of course la saya hafal teks+gaya before present. Berlatih depan cermin tuh. Nervous takyah cakap lorr..Tuhan je yang tahu. Maybe saya diberikan ‘anugerah’ oleh Allah untuk menyembunyikan nervous saya kot(ayat perasan je nih). So,takde sorang perasan pun yg saya sebenarnya sgt2 la nervous. Nampak je macam YAKIN je bila bercakap.Markah tyme tu 9/10 (markah ni biasanya orang yg terer gile+fluent English je dapat). Kalau dah HAFAL TEKS+BUAT GAYA SEMANGAT SKET+PURA-PURA TAK NERVOUS+KONON2 YAKIN ,tak bape fluent cam saya ni pown boleh je..


*Dulu masa kat mrsm taiping saya adalah antara muka yang selalu naik pentas untuk berlakon. Pantang ada pertandingan drama ke mesti ada muka saya bertempek kat atas pentas tuh. Peristiwa yg saya paling tak bleh lupa ialah masa melakonkan watak pemuda kampung(tema: 60-an). Ala-ala zaman p ramlee gitu..Masa tu saya takde kemeja(takkan nak minta kat boyz kan…). Saya decide pinjam je sape2 girl yang guna jugak. Nak dijadikan cerita, saya terkocoh-kocoh la sarung kemeja tu(orang yg saya pinjam tu present drama before my group). Lepas je abis berlakon, 1 of my fren tanya saya “Nadiah,ko memang saje pakai baju BUTANG SENGET macam pak uda(dalam citer pimai tang tu) tu ek?”.Dia tanya sambil gelak2. Saya agak terkedu! Tp macam biasa,pandai2 la saya cover sket2. “Aah..saje je…” Padahal saya serius tak sedar yang saya pakai butang senget sebelah..Waaaaa! Malu woo..Bebudak lain normal je pakai baju butang betul.Dia cakap macam ramai orang gelak konon2 saya buat lawak pakai baju senget! Patut la saya notice ada org cm gelak2 walaupun scene tu takla la kelakar sangat.Uwaaaaaa….serius saya x buat lawak la!!!!!!


I used to love…


*Baca novel alaf21. Beli? Eheee….Saya ni ada kemahiran memujuk. So,saya gunakan kemahiran tu untuk memujuk mak saya beli novel2 tu. Pandai2 la. Promote2 sket. Tyme tu saya dah macam gadis penjual novel pulak. Citer synopsis sket2 dengan ayat+gaya yg kencang(konon2 tahu padahal baca synopsis kat belakang buku je).Please believe. Mak saya memang suka baca novel until now.


*Tulis diari. Dulu-dulu agak kencang menulis. Panjang2 untuk setiap ‘entri’. Bila baca balik terfikir ‘apasal la saya buat macam ni dulu”.Kadang2 bila baca balik boleh tersenyum-senyum macam orang tak betul. Buat my rumate scary je…Sekarang,teknologi canggih,taip je lorr..Pastu print and simpan!


I couldn’t live without…


Keluar melihat alam sekitar dan jalan2. Rasa macam terkurung dan terkongkong kalau tak tengok orang luar+jalan2.. Suka jalan2 je observe sana sini tapi tak suka melepak. Melepak=Sia-sia!


Who did you call before you sleep at night?


Takde… Kat asrama handphone tak bleh bawa. Kalau bawa pun asik nak sorok2 je. Baik takyah bawa.huhuhuhu


4 person you’ll gonna tag :


Farah

imaZaimi

Mahsyar

Shino

Thanks for reading.

Good bye~


p/s: fuh,panjang giler entri nih! Bekalan untuk cuti raya maybe :p