Pages

Wordless

Source: Flickr.com

Source: Flickr.com

Hatiku menjerit. Seolah-olah memberontak dalam senyap.
Mungkin akan datang, aku akan lebih jujur kepada diri sendiri dalam hal ini. Ya, aku akan.
Tiada kata-kata yang mampu kulafazkan.
Sedang dalam keadaan emosi yang tak stabil untuk 2-3 hari ini.
Sekian.

p/s: Pendek kan entri ni? Itu tandanya ianya hampir maksimum sampaikan aku pun tak mampu berkata-kata untuk memperihalkan kepada kalian.

Muehehehe (ayat ketandusan tajuk)

Macam tak boleh pilih tajuk yang semenggah sikit.


Masa tengah online FB di tempat kerja.

XXX: Ada FB ke?
Aku: (sudah terang lagi bersuluh tengah online FB dekat ngan dia takkan nak tipu kan) Ada…
XXX: Nak email. Bleh add.
Aku: *Bla bla bla*

Sejurus je lepas tu segera aku cek apa2 kat info aku. Aku macam tak tahu kenapakah aku perlu cek. Tetiba nampak tertera url blog aku kat info. Macam kehilangan ingatan bilakah aku letak url blog aku tu. Heh. Terussssss aku delete menjadi




Heheheh.. Selesai. Takde url blog dah.Selamat.Teeheee...

Reason? Aku rasa macam selamat menyorok di alam maya. Sangatttt la berbeza dengan aku suatu ketika dahulu. Dulu, heboh koooo. Siap je satu entri yang boleh dikatakan tak berapa nak semenggah tu,terus heboh2 kat friendster “Aku ada blog! Aku ada blog! Silalah melawat” OMG jakunlah bukan ? Ya Allah! Bila ingat balik rasa macam nak sorok muka aku ni bungkus dengan kain. Heh malu! Malu! Malu! Kalaulah masa boleh diundur T____T


Macam tak berapa best bila officemate membaca blog aku (eceh, macam la diorang nak baca kan). Blog dan FB kadang2 jadi pelepas ketensenan aku kan. Manalah tahu (MEMANG DAH TAHU PUN) aku komplen2 pasal keje ke, tak pasal2 heboh satu office kang. Ala, reveal kat korang pun its okay sebab takde sape pun tahu nama company yang aku kerja ni (kecuali Syida). Huehuehue..Setakat ni takde sape kat office tahu url blog aku mahupun FB.


p/s: YANG PALING PENTING, BOS AKU TAKDE DALAM SENARAI FB AKU. heheheheh

p/s: Start dari Isnin lepas aku macam boring sikit.FS pergi Taiwan seminggu, outstation.Present apa tah kat future customer. Ingatkan sales dengan markerting je gi fly. Rupa-rupanya Formulation Scientist pun sama jugak. Terasa kehilangannya walaupun kejap. Kalau dia ada, lepas lunch mesti open table dengan dia sampai habis waktu lunch. Dia takde ni aku layan FB je la kot.

p/s: Kak N tetiba cakap dengan aku pagi2 tadi "Akak takde mood nak kerja sekarang. Nasib baik ada ko. Baru ada semangat nak gi kerja". Aku tanya kenapa tetiba takde semangat, dia cakap entah tak tahu. Sudahhh, semua dah takde semangat kerja semenjak kehilangan Manager aku yang best tu.


p/s: Aku suka ketawa akhir2 ni . Benda yang sepatutnya serius aku pi bantai ketawa. SEBAB AKU RASA MACAM LAWAK AR.Terutama pakcik sorang ni. Mungkin sebab dia cakap dengan loghat melayu chinese kot (dia chinese masuk Islam). Sampai pakcik ni terpelik-pelik dah apasal aku asyik ketawa je dengar dia cakap.Last2 pakcik tu ketawa jugak bila aku tokok tambah ayat kaw kaw punya pastu kitorang bantai gelak.Berborak dengan dia buat aku rasa macam berborak dengan ayah aku pulak. Serius aku cakap, tak tipu. Ceh, ni kalau jadi ayah mentua aku ni confirm aku jadi menantu terbaek ni.Err......, pakcik ada anak lelaki tak? @guling


Aku mesej nana melalui phone kat tempat kerja. "Happy birthday nana nyiau nyiau! Kehkehkehkeh". Gedik jugak aku ni kadang2.


EDITTED
:

Perhatian kepada pengkomen di bawah yang bernama Udin



alahai...Kamu tak bagi email kamu pun sebenarnya, so macam mana nak email?

Lempangan pertama

Pernah dengar, once annoying tak selamanya kekal annoying? Aku reka ayat tu :D

Kalau sekali aku kata orang tu annoying, kata2 aku tu mungkin takkan kekal sampai bila2.

Ikuti kisah di bawah.Eceh…


Masa darjah Enam(iya, ingat lagi).. Nak dijadikan cerita tyme tu Lina(umur dia setahun muda dari nana) dengan mak dia dah beberapa bulan tinggal kat rumah aku dan kitorang adik beradik selalu bergaduh dengan budak nama Lina tu. Budak2 kan, biasa la tu kadang2 gaduh kadang2 kamceng. Lina tu suka menangis dan kuat mengadu orangnya. Mak cik tu selalu ingat kitorang buli anak dia padahal dia tak tahu anak dia tu selalu cari gaduh dengan kitorang dulu dan kecik2 anak dia pun, cubitannya berbisa ok? Ada sekali tu akak aku ni buat dajal pi sorokkan selipar Lina dalam longkang depan rumah. Ala, rilek sudah,longkang paras lutut beb tunduk 60 darjah je dah bleh amik selipar tu.Tapi mak dia punya mengamuk memang tak hengat…Akak aku cepat berlari menyorok dalam toilet. Akak aku dah ingatkan aku awal2 supaya menyorok cepat2 dalam toilet sebelum mak dia serang. Aku? Rilek sudah. Bukan aku yang buat, aku tukang tengok je. Tak buat salah buat apa nak lari kan? ITU PRINSIP AKU.Kalau tak buat salah, aku tak takut.


Tak lama pastu, tetiba je mak dia bawak selipar tu depan aku sambil cakap “Ni sape campak dalam longkang ni?” Tak sempat aku menjawab menjelaskan keadaan sebenar…Pangggggg!!!!! Pipi aku dijadikan landasan untuk tangannya mendarat. Phewwww. Berdesing telinga okeyh! Kuat sampai aku rasa macam nak pekak dah! “Bukan orang yang buat la!! Fiza yang buat!!” Suara aku yang selama ni slow tetiba meninggi sikit dalam sebak. Siapa tak sedih kan, tak buat apa2 tetiba kena lempang? Memang dalam hati, bod*h bang*ng memang semua keluar ah, nasib baik je tak terlepas keluar dari mulut aku ni haa (orang tua kan, sabar je la aku. Kalau baya2 aku je memang dah kene lempang balik dah tu). “Sama jer!” Orang tua tu menjawab, nak cover ar tu attack orang yang salah. Aku terus blah lari naik atas. Aku ada dengar tetiba suara mak aku menegur makcik ni (selama ni mak aku berdiam diri je) . “Kenapa lempang dia, bukan dia yang buat” Cam tu la mak aku tegur.


Mak aku sendiri pun terkejut menyaksikan drama lempangan itu depan mata dia. Sebab mak n ayah aku sendiri pun tak pernah lempang aku. Bagi kami, lempang ni macam menjatuhkan maruah individu sebab tu walau aku nakal camne pun dulu, mak ayah aku takkan lempang aku. Setakat rotan2 manja tu ada la. Teeeheee…


Tak lama pastu mereka anak beranak buat keputusan berpindah keluar dari rumah aku. Nak bermuhasabah diri la tu. Hahaha. Eh, sekarang ni kitorang ni baik tau. Siap boleh gelak2 bergurau senda lagi. Once annoying tak selamanya kekal annoying. Orang kata apa? Buang yang keruh ambil yang jernih :D


p/s: Selepas kejadian tu kami tak berjumpa selama lebih kurang 3 tahun kot. Dia tinggal kat Johor. Sekarang baru kerap jumpa balik. Dia dah tinggal kat Melaka kat rumah arwah nenek aku. Kitorang baik sampaikan kalau aku takde mesti tanya mak aku "Nadia mana nadia?". See. Masa dan keadaan mampu merubah segalanya ;)

p/ss: Its already 1 December. HAPPY BIRTHDAY NANA!!!!! Luv you. Walaupun kita selalu je cakap macam ala-ala gangster, tapi aku sayang ko ok? MUEHEHEHEHE