Pages

Attention to all Korean Drama Fans!!!

Entry ini mungkin lebih sesuai untuk orang yang nak mencari VCD/DVD drama korea yang murah, yang original ataupun yang internetnya tahap slow nak mampus malas nak download cerita dari internet ataupun untuk orang yang tak tahu sumber nak beli yang pirate(murah punya) ataupun untuk orang yang tak faham BI langsung (yang pirate@kat internet biasanya dalam BI)


Saja aku nak buat reveal kat sini. Reveal ni aku buat setelah beberapa tahun survey kedai2 VCD lain seperti Sp**dy dan lain2. Kadang2 aku macam kesian gak dengan segelintir peminat drama korea yang sanggup beli mahal2, beratus-ratus semata-mata nak beli set drama kegemaran mereka (set original maksud aku). Biasanya peminat drama korea yang biasa beli vcd/dvd original mesti tahu kan range harga dia berapa? Biasanya VCD&DVD kebanyakannya dalam range RM100 lebih camtu. Dan harga ini dicadangkan oleh pihak pengedar seperti *** Entertaiment dan Multi***** Entertaiment (sila rujuk harga yang tertera pada box set itu). Sekarang percaya tak kalau aku kata harga kosnya (harga pengedar jual kepada penjual kedai VCD) adalah separuh daripada harga yang tertera? Faham tak? Contoh kalau harga yang tertera pada VCD/DVD ialah RM129.90 tapi sebenarnya harga kos sebenar (harga pengedar kepada penjual) adalah RM50-60 camtu. Cuba bayangkan berapa banyak untung yang penjual dapat kalau jual kepada pembeli pada harga yang dicadangkan oleh pengedar? Harga dua kali ganda okeh!!! Itu kalau sorang beli, kalau sepuluh orang beli? Kalau seratus? Fuh, kalau macam ni tiap-tiap tahun boleh pergi melancong ke UK sebulan la tokey kedai ni.



Sekarang aku nak memperkenalkan tempat yang aku tahu penjualnya tak amik untung banyak sangat, harganya reasonable (ini kedai yang aku tahu la, mungkin ada lagi kedai lain yang murah jugak tapi aku tak tahu kan). Dan kedai ni agak terkenal di kalangan penggemar cerita korea sampaikan ada orang dari n9, Melaka, Perak, sanggup turun KL sebulan sekali semata-mata nak borong VCD/DVD korea, jepun kat sini. Here it is


Location: Petaling Street, KL (dekat dengan stesen LRT Plaza Rakyat)

Kedai ni ada jual VCD & DVD Korea, Jepun, Taiwan, anime dan juga album2 terkini band2 popular seperti Super Junior ke, F4 ke.. Paling banyak koleksi Jepun dan segala mak nenek anime yang aku tak pernah dengar pun ada. Anime yang bertajuk “Nadia” pun ada weh anda jangan tak percaya. Untuk drama Jepun, anime, album Super Junior ke, band2 korea macam SS501 ke, SHInee ke, aku tak berapa pasti dengan keoriginalitinya tapi untuk drama Korea dan Taiwan memang insyaAllah original la(setakat ini yang aku tahu). Bukan apa, macam ramai jugak la confius sama ada drama Taiwan&Korea yang dijual itu original atau tak (mungkin sebab murah kot. Ada yang kata macam tu). Senang je anda-anda nak beza original atau tak. Biasanya kalau original, casing dia cantik sikit. Bukan cantik sikit tapi cantik banyak. Kalau bertuah, terselit didalamnya poskad tertera gambar pelakon2 nya (terpulang kepada pengedar nak selitkan sekali dalam pakej VCD/DVD atau tak. Err beli BOF ari tu aku dapat mouse pad yang comel ^_^). Ada lambang original (tertera sekali harga, yang ni *** Entertaiment punya). Dibungkus dengan kotak special yang tercetak sekali alamat pengedar (contoh: *** Entertaiment) pada kotak itu. Lepas tu dibungkus dalam plastic. Dan di bahagian belakang box tertera synopsis dalam Bahasa Melayu/ English/Cina. Kalau bahasa Cina sahaja maksudnya anda ambil yang subtitle bahasa cina. Kindly ask for the Malay subtitle.


Untuk keoriginality album Super Junior ke F4 ke, Jay Chou ke, S.H.E ke aku tak berapa nak pay attention sangat. Tengok sendiri lah ye. Attention aku terhad kepada Korean drama jek. hakhakhak


Disebabkan kedai tu jual murah, pihak pengedar (*** Entertaiment. Hahah banyak kali aku sebut nama pengedar ni) pernah sound tokey kedai tu depan2, apasal jual murah sangat. Dia tak kasi jual murah2 sangat. Below the standard kata mereka. Cettt..Suka hati la kan? Disebabkan tu jugak la, harga murah itu tak dipamerkan. So, jangan heart attack bila tengok harga yang dipamerkan. Harga murah itu hanya akan diberi apabila orang bertanya pertanyaan2 seperti “Kak, yang ni tak boleh murah lagi ke?” atau “Kak, yang ni kasi la murah sikit. Saya beli banyak”. Walaupun tertera diskaun 10% ke apa ke jangan hiraukan, tanya jugak kalau2 boleh murah lagi. Kalau kali pertama anda tanya dia tak kasi murah sila cakap “Selalu saya beli boleh dapat harga murah@diskaun, kenapa yang ni tak boleh?” (kot la tu pekerja baru tak tahu sebenarnya boleh kasi diskaun,biasanya pekerja yang lama2 yang dipercayai je diberi kebenaran kasi diskaun kepada customer. So, selalunya pekerja baru akan panggil pekerja lama untuk berurusan dengan anda. Eh, apsal detail sangat ni? Move2!).


Biasanya soalan itu diajukan oleh regular customer sebab tu penjual kasi murah. Anda2 yang mungkin kali pertama akan ke sana buat2 lah jadi regular customer okay? Dia takkan dapat cam punya sama ada anda betul2 regular customer ke atau buat2 je (first time datang situ maksud aku) sebab regular customer terlalu banyak sampai tak boleh dicam.Sebab apa dia tahu orang yang bertanya itu regular customer? Sebab mana ada orang tawar-menawar kat kedai VCD. Ingat pasar malam ke apa boleh main tawar2 harga? That’s why orang biasa beli mesti tahu situ boleh bodek2 minta harga murah sikit. Unik kan kedai ni boleh main bodek2. Jangan malu untuk bertanya sebab kalau malu anda RUGIIIIIIII sebab biasanya kalau orang bertanya walaupun sekali, dia akan bagi harga paling rendah dan biasanya dia cut dalam RM30 lebih camtu. Banyak tak? Banyak tak? Harga tu dah boleh simpan buat tengok wayang cerita Eclipse+makan KFC.


Satu perkara lagi, biasanya cerita yang makin lama, harganya akan jadi makin murah. Sebagai contoh kalau sesebuah cerita yang baru keluar hot&spicy berharga RM85, satu tahun kemudian harga dia mungkin akan berkurang menjadi RM60 camtu.


p/s: Macam mana aku tahu macam2@detail2 ni takyah tanya la eh. Aku kan agen CIA, polis pencen, kaki skodeng, agen FBI tu semua aku la tu ^_^

p/ss: Aku ni taklah kaki beli original punya orang. Keluar je cerita korea terbaru terus aku beli original. Not so me lah. Aku beli original biasanya untuk cerita best tahap gaban tengok 44 kali confirm takkan jemu pastu aku tak tahu nak cari yang pirate kat mana. Macam mana aku tahu best? Mesti la sebab dah pernah tengok sekali. Motif nak beli walaupun dah tengok? Of course la sebab nak repeat banyak kali kan. Muahahah. Ini biasa untuk korean freak ea bukan aku sorang je. Dulu tyme kat UPM adalah kedainya yang jual pirate, nak pergi beli pirate punya DVD dah serupa macam nak masuk pusat perjudian yang diharamkan pulak(sebab kene masuk ada satu bilik rahsia.ngahaha cam lawak je). Tapi dah tutup pulak sekarang. Mungkin takut kene serbu dengan pihak berkuasa mungkin.

p/sss: Aku rasa aku dah explain detail giler dah ni. Memandangkan aku close comment, maka sebarang pertanyaan@perbincangan (kalau ada) bolehlah tanya kat formspring sebelah Kot la tak faham, terpening-pening dengan ayat aku ni ke.. Kaunter pertanyaan dibuka bila2 masa sahaja. Cewahhhh.

Sekian daripada orang yang tak sanggup tengok orang keluar duit banyak2 sebab nak beli cerita korea.


Polisi baru tika berfacebook


Aku dah ada polisi baru ketika ber-facebook.

1) Semua friend request aku akan approve kecuali siapa2 yang mempunyai gambar profile mengerikan (baca:gambar lucah kah kah kah boleh blah)

2) Bila dah approve semua friend request makanya of course la akan 'meng-update' senarai friendlist yang terkini kan. Agak beberapa lama kemudian, mana2 senarai rakan yang mempunyai ciri2 di bawah akan didelete dengan jayanya.

a) PALING UTAMA. AKU TAK KENAL DIA LANGSUNG.
b) Ok, tak kenal takpe, selalunya aku akan menyiasat latar belakang dia(eceh, macam agen CIA dah aku ni). Biasanya orang yang add aku wajib aku tengok profilenya, gambar dia (untuk proses kawat cam).Maksudnya celah mana dia jumpa profile aku ni. Budak sekolah lama ke, budak matrik ke, budak UPM ke. Ada jugak di antara mereka yang kenal aku tapi aku tak kenal mereka. Ada jugak yang aku kenal muka mereka tapi tak cam nama. Ada jugak yang aku pernah bercakap dengan mereka, ada yang tak. Yang ini MEMANG AKAN DIBIARKAN DI DALAM FRIENDLIST. Orang yang aku delete itu adalah biasanya in-active. Dah la inactive, pulak tu aku tak tahu celah mana dia datang.

c) Kawan kepada kawan aku. Pulak tu inactive. Pulak tu aku tak kenal langsung.Pulak tu..ok dah banyak la pulak ko. Lempang kang ko ni nadia.


Err motif buat polisi macam ni? Aku rasa zaman aku mengumpul 'friend' sudah berlalu. Ia hanya wujud di Friendster sahaja (dulu). Sebab tu aku cam menyampah je nak bukak friendster sekarang. Begitu banyak manusia2 yang tak dikenali. Tahu2 la FB punya stail macam mana. Kalau tak kenal tu, berminat pulak aku nak tahu status mereka ke apa ke kan. Macam menanam lalang+rumput di wall pulak. Aku ni dah la stail WAJIB BACA status friend kat FB. Tak bukak fb 3 hari, biasanya bukak2 je tenet, aku akan habiskan minit2 pertama dengan meng-khatam status friend. Kenapa? Entah, tiada jawapan. Anggap sahaja aku caring, ingin mengetahui perkembangan terkini rakan2 (muahahha)


p/s: Aku selesa kalau orang yang aku tak kenal bagi salam sebelum add. Bagi salam tu maksudnya bagi mesej, contoh "hAI, saya kenal anda. Anda sekian sekian sekian kan?" Ok, aku tahu mana mungkin orang akan bagi mesej sebegitu kan. Aku je yang buat macam tu. Ye, kalau rasa2 macam orang tu tak berapa cam aku tapi kami kenal act(pernah berkawan suatu ketika dahulu) aku akan bagi salam di mesej inbox mereka dulu before add. Ada jugak orang yang aku kenal tapi still mempekenalkan diri bagi salam. Sweet lah mereka ni. Orang tu kalau tak silap Kak Murni dan Arina. Diorang ni takyah bagi salam, aku tengok nama, tengok profile pic terus dah tahu sape =D


p/ss: Nampak macam polisi ini tidak mesra alam kan? Jangan risau, kat luar sebenarnya aku mesra alam. Terutamanya dengan orang yang first time jumpa dah borak2 sakan (kalau kene situasi dan tempatnya). Sesiapa yang beranggapan aku susah nak senyum tu memang silap la. Sebab tu aku suka dengan kerja yang involve dengan orang ramai ni. Sebab aku boleh senyum dengan lelaki tanpa rasa aku ni gedik tetiba senyum kat laki yang tak dikenali ataupun aku boleh senyum dengan perempuan tanpa berprasangka.


Terima Kasih 2009

Terlambat aku tulis entri ni. Nasib ar kan. Dah aku balik kampung, takkan la aku nak update blog pakai BlackBerry kan (macam la ada.muahaha)

Dulu, middle of this year, aku pernah mengidamkan sesuatu. Mengidam ke berangan? Mana-mana la. hahah.. SESUATU. Yang takde sape pun tahu dan dapat teka sebab aku hanya simpan dalam hati takde bagi klu kat sape2 pun. LANGSUNG TAKDE KLU.


Dan, minggu lepas, sebaik sahaja mendengar berita dari mulut ayah, IA MAMPU BUATKAN AKU TERSENYUM. Spontan!! Siot aku kaver macam apa je dengan ayah tyme tu memang tak jadi langsung. Menyesal tak sudah apasal la aku bereaksi macam tu dengan ayah. Sepatutnya aku bereaksi macam sekian2 ok takyah cakap benda dah lepas. Lepas tu ada la dalam 3 jam aku senyum sorang2 mengenangkan berita itu. Akhirnya hajat yang selama ni rasa macam mustahil gila mustahil gila mustahil gila akhirnya TERCAPAI jugak. Actually aku taklah rasa macam happy sangat sampai nak menyanyi sakan seperti ketika aku menulis entry yang ini. Tapi ia mampu juga membuatkan aku tersenyum. Let's say kalau ada rating 10 tapi anda rasa macam tercapai 1% pun boleh buat tersenyum sebab kalau difikir secara logik, nak capai 0.01% pun macam mustahil. Fahamkah? Okay, tak faham takpe T_T


Taknak nyanyi tapi nak senyum je sambil sebut "Lalalala" boleh? ^_^


Aku ni kadang2 kan boleh jadi gembira terhadap benda yang pelik2 dan diluar jangkaan. Kadang-kadang. Kalau orang gembira sebab dapat kerja bagus ke, dapat cinta hati ke, dapat wang besar, dapat melancong ke tapi aku lain sikit. Aku boleh jadi gembira terhadap macam2 perkara, tak terhad kepada benda2 common yang selalunya orang gembira kalau dapat. Kiranya macam kalau orang tahu, orang akan cakap "Ceh, benda tu pun nak gembira ke?". That's why aku memilih untuk tidak memberitahu =)


Pengakhiran yang baik aku kirakan. Terima kasih 2009 . Terima kasih Allah. Kerana memberi peluang aku berhidup sepanjang 2009 dan meniti ke 2010 pula. Pengakhiran 2009 yang MANIS untuk dikenang =D