Dulu, middle of this year, aku pernah mengidamkan sesuatu. Mengidam ke berangan? Mana-mana la. hahah.. SESUATU. Yang takde sape pun tahu dan dapat teka sebab aku hanya simpan dalam hati takde bagi klu kat sape2 pun. LANGSUNG TAKDE KLU.
Dan, minggu lepas, sebaik sahaja mendengar berita dari mulut ayah, IA MAMPU BUATKAN AKU TERSENYUM. Spontan!! Siot aku kaver macam apa je dengan ayah tyme tu memang tak jadi langsung. Menyesal tak sudah apasal la aku bereaksi macam tu dengan ayah. Sepatutnya aku bereaksi macam sekian2 ok takyah cakap benda dah lepas. Lepas tu ada la dalam 3 jam aku senyum sorang2 mengenangkan berita itu. Akhirnya hajat yang selama ni rasa macam mustahil gila mustahil gila mustahil gila akhirnya TERCAPAI jugak. Actually aku taklah rasa macam happy sangat sampai nak menyanyi sakan seperti ketika aku menulis entry yang ini. Tapi ia mampu juga membuatkan aku tersenyum. Let's say kalau ada rating 10 tapi anda rasa macam tercapai 1% pun boleh buat tersenyum sebab kalau difikir secara logik, nak capai 0.01% pun macam mustahil. Fahamkah? Okay, tak faham takpe T_T
Taknak nyanyi tapi nak senyum je sambil sebut "Lalalala" boleh? ^_^
Aku ni kadang2 kan boleh jadi gembira terhadap benda yang pelik2 dan diluar jangkaan. Kadang-kadang. Kalau orang gembira sebab dapat kerja bagus ke, dapat cinta hati ke, dapat wang besar, dapat melancong ke tapi aku lain sikit. Aku boleh jadi gembira terhadap macam2 perkara, tak terhad kepada benda2 common yang selalunya orang gembira kalau dapat. Kiranya macam kalau orang tahu, orang akan cakap "Ceh, benda tu pun nak gembira ke?". That's why aku memilih untuk tidak memberitahu =)
Pengakhiran yang baik aku kirakan. Terima kasih 2009 . Terima kasih Allah. Kerana memberi peluang aku berhidup sepanjang 2009 dan meniti ke 2010 pula. Pengakhiran 2009 yang MANIS untuk dikenang =D