Pages

Suara rindu: Cinta Balqis OST

Sape kata aku tak tengok citer melayu langsung? hohoho.. Sebenarnya aku tengok gak citer melayu tapi tak se-hardcore cerita korea sebab tu setakat ni aku tak sebut mana2 citer melayu yang aku tengok kat sini. Kalau apa2 cerita aku sebut kat blog ni(tak kisah la dari negara mana pun) dengan perenggan yang panjang lebar dan dengan entri yang berturut-turut (You know how..hehehe!) maksudnya citer tu memberi kesan yang mendalam kat dalam hati aku la tu. Welllllll u know me. Aku memang suka menghebahkan perkara yang aku suka ;)


Sape tengok cerita Cinta Balqis? (jawab dalam hati). Cinta Balqis ni aku tak berapa layan sangat tapi disebabkan mak aku ni hantu cerita melayu dan setia menghadap depan tv setiap....(ok aku lupa hari dan waktu tayangan) maka aku pun ter-tengok la episod2nya. Disebabkan selalu ter-tengok maka aku layan je la cerita ni sampai habis last episod (tapi ada gak part aku skip)

Yang pastinya setiap kali lagu (video di bawah) ini muncul , mata aku mesti khusyuk melekat kat tv. Nape tah nak dengar lagu kene tengok tv. Mungkin sebab dari tv lagu tu keluar kot. Mungkin sebab aku suka alunan dan irama lagu ni kot (especially part intro). Alahai, banyaknya ayat ada kot T____T



Aku suka part intro sahaja. Sebelum masuk bahagian korus. Dah masuk korus da tak berapa minat dah.heheehe (boleh plak macam tu ek)

Oh ye, bagaimanakah anda menilai lagu? Penilaian setiap orang berbeza-beza. Ada orang menilai lagu dengan mementingkan lirik lagu itu sendiri. Ada yang tak pentingkan lirik sangat.

Bagi aku, aku tak berapa tekankan lirik sangat. Sebab tak adil la untuk lagu luar negara(specific:Korea) nak masuk line kan.haha.. Sebab once aku tengok cerita korea, aku mesti akan suka dengan lagu2 dalam drama tersebut sebelum sempat aku tengok liriknya di internet. Sebuah lagu yang baik bagi aku cukup dengan suara penyanyi yang sedap di telinga aku , pitching tak lari (eceh, ingat AF ke apa?), alunan suara dan yang paling paling paling penting bagi aku ialah irama keseluruhan lagu berkenaan. Aku roughly suka lagu yang catchy (sila rujuk contoh video kat sidebar). Catchy maksud aku ialah ada bunyi gitar utama, gitar base, drum, pastu yang kat drum ada keping2 yang dia ketuk tu apakename tah dan macam2 bunyi2 lah. Aku tak berapa minat lagu yang mengandungi suara&gitar sahaja walau sedap mana suara tu (sebab tu aku tak berapa minat lagu Y*na kot.hehe) .

Dan sebagai tambahan, untuk membuatkan aku addict dengan sesuatu lagu, lagu tersebut biasanya akan muncul banyak kali dalam drama yang aku tengok. heh!

Eh jap jap. Lagu suara rindu ni pun tak banyak muzik gak tapi asal aku suka eh? .....(tiada jawapan)