Pages

Intai-intai



Masuk hari ni dah seminggu mat saleh dua orang tu ada kat sini. Mereka adalah Senior Chemist lab kat US (HQ). Sorang nama Pet*r, sorang lagi nama Jer*my (oh, nama ni mengingatkanku kepada salah satu watak dalam cerita You Are Beautiful). Pet*r tu peramah orangnya, umur mungkin dah 50-an (sebab rambut dan janggutnya dah putih2). Banyak cakap. Jer*my tu macam pendiam (ke sombong tak tahu la). Aku rasa Jer*my tu mungkin umur 30++.


Dan mereka akan berada di lab ini, di tempat aku bertraining ni selama 2 minggu!!! Aaaaa!!!


Aku, Id* dan Kak N rasa sedikit tak senang mereka di sini. Sehari pun dah rasa macam rimas apatah lagi kalau 2 minggu. Mana taknya, apa2 je yang kitorang buat semua dia nak telek. Stay kat tepi and WATCHING. Oh, amatlah tidak selesa. Apa yang aku buat serba tak kena. Macam takut ke apatah (padahal tak buat salah pun). Id* also say the same rhytme. Kalau kak N takde di sesuatu tempat, aku dan Id* pun akan lari jugak.hahaha. Kot la depa tanya apa2 nanti tak tahu nak jawab. Yang paling merimaskan, all the time wajib pakai goggle. Rimas ok! Selalunya goggle hanya akan dipakai bila handle asid je.


As usual, mereka datang sini buat pemantauan. Usha-usha orang kata.Tengok2 cara chemist sini buat kerja betul ke tak. Cek update fail ISO,cek data kat software PC dan etc. Tyme tengok chemist buat kerja tu cukup meresahkan Kak N. Kelam kabut dia bukak buku manual balik. Act, sebab method yang Kak N buat analysis tu dah di-modified. Kang mamat ni pergi komplen kat bos pandai2 je pekerja sini ubah method untuk lab analysis tu.Kat manual, extraction solution sepatutnya guna EDTA+ape lagi tah. Tapi kitorang buat simple je. Guna DI water je. Hahaha. Dah guna tu boleh dapat result cantik watpe nak guna EDTA bagai ni kan.


Lepas tu Kak N ingatkan yang kitorang dah tak boleh ber hu ha hu ha selama 2 minggu ni. Al maklumla, selama ni stok muka kitorang je yang dok gelak2, bising2 kat lab ni. Lebih2 lagi Kak N yang rajin buat lawak. Tyme bz kelam-kabut buat kerja sempat lagi gelak bagai. So, bila buat kerja happy2 ni tak sedar masa berlalu. Tiba2 tengok jam ‘Laa, dah pukul 5.30 ptg ke.Ingatkan pukul 1.30 tgh hari’ *over*. Laa ni, volume terkuat sikitttt pun dah kene warning dengan Kak N. hahaha. Kak N cakap diorang ni lorat sikit. Kaki report bla bla bla. No FB (even lunch hour), no HP (messaging or calling), please come earlier (datang punctual, balik pun kene punctual, balas Kak N) and of course no gelak2 . QC Manager kitorang ada pernah cerita, dia pernah melawat lab diorang, sunyi gila bunyi pen jatuh pun, satu lab boleh dengar walaupun besar. Jauh beza la dengan lab kitorang ni.

p/s: Isnin ni aku mungkin menghadiri dinner di Putrajaya. Apatah nama tempat tu. Pergi bersama-sama satu department. Bos suruh semua pekerja bawa partner masing2 (bf ke tunang ke suami ke). Blurghh, laki mana nak aku cekaukan tu?

p/s: Semalam aku dengan FS keluar beriadah di Taman Pertanian Bukit Cahaya. Best! Dan semalam baruuu aku tahu sape kepala penghasut selama ni. Si Looser a.k.a queen drama. Next entry will be. Aku nak pergi kelas memandu ni. hahah. Bye!