Aku dah ada polisi baru ketika ber-facebook.
1) Semua friend request aku akan approve kecuali siapa2 yang mempunyai gambar profile mengerikan (baca:gambar lucah kah kah kah boleh blah)
2) Bila dah approve semua friend request makanya of course la akan 'meng-update' senarai friendlist yang terkini kan. Agak beberapa lama kemudian, mana2 senarai rakan yang mempunyai ciri2 di bawah akan didelete dengan jayanya.
a) PALING UTAMA. AKU TAK KENAL DIA LANGSUNG.b) Ok, tak kenal takpe, selalunya aku akan menyiasat latar belakang dia(eceh, macam agen CIA dah aku ni). Biasanya orang yang add aku wajib aku tengok profilenya, gambar dia (untuk proses kawat cam).Maksudnya celah mana dia jumpa profile aku ni. Budak sekolah lama ke, budak matrik ke, budak UPM ke. Ada jugak di antara mereka yang kenal aku tapi aku tak kenal mereka. Ada jugak yang aku kenal muka mereka tapi tak cam nama. Ada jugak yang aku pernah bercakap dengan mereka, ada yang tak. Yang ini MEMANG AKAN DIBIARKAN DI DALAM FRIENDLIST. Orang yang aku delete itu adalah biasanya in-active. Dah la inactive, pulak tu aku tak tahu celah mana dia datang.
c) Kawan kepada kawan aku. Pulak tu inactive. Pulak tu aku tak kenal langsung.Pulak tu..ok dah banyak la pulak ko. Lempang kang ko ni nadia.
Err motif buat polisi macam ni? Aku rasa zaman aku mengumpul 'friend' sudah berlalu. Ia hanya wujud di Friendster sahaja (dulu). Sebab tu aku cam menyampah je nak bukak friendster sekarang. Begitu banyak manusia2 yang tak dikenali. Tahu2 la FB punya stail macam mana. Kalau tak kenal tu, berminat pulak aku nak tahu status mereka ke apa ke kan. Macam menanam lalang+rumput di wall pulak. Aku ni dah la stail WAJIB BACA status friend kat FB. Tak bukak fb 3 hari, biasanya bukak2 je tenet, aku akan habiskan minit2 pertama dengan meng-khatam status friend. Kenapa? Entah, tiada jawapan. Anggap sahaja aku caring, ingin mengetahui perkembangan terkini rakan2 (muahahha)
p/s: Aku selesa kalau orang yang aku tak kenal bagi salam sebelum add. Bagi salam tu maksudnya bagi mesej, contoh "hAI, saya kenal anda. Anda sekian sekian sekian kan?" Ok, aku tahu mana mungkin orang akan bagi mesej sebegitu kan. Aku je yang buat macam tu. Ye, kalau rasa2 macam orang tu tak berapa cam aku tapi kami kenal act(pernah berkawan suatu ketika dahulu) aku akan bagi salam di mesej inbox mereka dulu before add. Ada jugak orang yang aku kenal tapi still mempekenalkan diri bagi salam. Sweet lah mereka ni. Orang tu kalau tak silap Kak Murni dan Arina. Diorang ni takyah bagi salam, aku tengok nama, tengok profile pic terus dah tahu sape =D
p/ss: Nampak macam polisi ini tidak mesra alam kan? Jangan risau, kat luar sebenarnya aku mesra alam. Terutamanya dengan orang yang first time jumpa dah borak2 sakan (kalau kene situasi dan tempatnya). Sesiapa yang beranggapan aku susah nak senyum tu memang silap la. Sebab tu aku suka dengan kerja yang involve dengan orang ramai ni. Sebab aku boleh senyum dengan lelaki tanpa rasa aku ni gedik tetiba senyum kat laki yang tak dikenali ataupun aku boleh senyum dengan perempuan tanpa berprasangka.
p/ss: Nampak macam polisi ini tidak mesra alam kan? Jangan risau, kat luar sebenarnya aku mesra alam. Terutamanya dengan orang yang first time jumpa dah borak2 sakan (kalau kene situasi dan tempatnya). Sesiapa yang beranggapan aku susah nak senyum tu memang silap la. Sebab tu aku suka dengan kerja yang involve dengan orang ramai ni. Sebab aku boleh senyum dengan lelaki tanpa rasa aku ni gedik tetiba senyum kat laki yang tak dikenali ataupun aku boleh senyum dengan perempuan tanpa berprasangka.