Pages

Entri mengejut: Budaya hormat-menghormati

Dan2 pagi2 buta aku menghadap lappy menulis entri. Idea tengah mencurah-curah ni harus lah aku taip cepat2 sebelum hilang.

Tau tak apa pemikiran aku masa dulu2? Bagi aku kalau seorang ketua tak berjaya menjadi ketua yang baik, AKU TAKKAN HORMAT DIA. AKU AKAN LAWAN DIA! Bagi aku, jika seorang ketua tak layak menjadi ketua, buat apa nak hormat? Buat apa nak hormat?

Zaman berlalu. Seberapa pantas. Setelah memasuki alam pekerjaan, aku memerhatikan macam2 perkara. Macam2 perkara di sekeliling aku, aku analyze satu2. Minda aku sentiasa berfikir perkara2 di sekeliling aku.

Dan sekarang, ketika ini, pemikiran aku itu telah berubah seiring dengan pengalaman yang aku dapat. Bagi aku jika ketua tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik, AKU PERLU HORMAT dia tak kira apa sekali pun. Ketua tetap ketua no matter what. Dan memang lumrah ketua patut dihormati. Hormat bukan bermakna kita sentiasa setuju dengan perbuatannya. Hormat tidak bermakna takut. Bukan! Bukan! Kita ada hak untuk bersuara. Bila di KHALAYAK RAMAI , kita perlu memilih perkataan yang baik DAN TEGAS untuk menyuarakan pendapat bukan dengan bahasa yang extremely kasar like kau sape nak kasar2 dengan bos sedangkan kau kuli jek?

Sejak dulu aku benci dengan orang2 yang berkata kasar2 dengan orang lain. Sebab tu kalau orang berkata kasar dengan aku like bab*, si*l and whatever, akan aku fire dia balik dengan perkataan2 yang mampu membuatkan dia terduduk. Guess what? Kita tak perlu bahasa2 yang kasar2 untuk menyedarkan orang. Sebab tu kita kene menggunakan otak yang dikurniakan ini sebaik-baiknya.

Aku pernah berkata dalam hati, kalau orang berkata harsh2 kepada aku, kenapa aku tak balas balik je dengan cara dia? Orang cakap p*kim*k apasal aku tak balas balik dengan perkataan tu jugak? Aku penakut ke? Aku takut dengan dia ke? Setahu aku, aku tak pernah takut dengan orang. Sumpah aku tak pernah takut dengan orang tanpa sebab. Mungkin sebab aku dah biasa berhadapan dengan orang yang macam2 ragam ni sejak dari dulu lagi. Segarang mana orang berkenaan, aku jarang nak takut2 unless aku ada buat salah dengan orang berkenaan. Even gangster/mat rempit yang datang 7-e dulu pernah konon2 sound aku pun aku tak takut dan aku sound dia balik dengan cara aku tersendiri. Ok, tak caya takpe.


Walaupun dalam hati aku menjerit-jerit nak berkata harsh, tapi aku tak mampu nak keluarkan. Tersekat di kerongkong. Aku pun macam pelik. Kenapa? Kenapa? Kenapa perkataan tu tak keluar di hadapan orang berkenaan? Sekarang baru aku tahu jawapannya. SEBAB ITU BUKAN CARA AKU SEBENARNYA. Aku bukan hipokrit dalam hal ni tapi aku mementingkan MARUAH orang. Sebab tu aku memilih perkataan2 yang baik tetapi agak straight untuk berkata dengan orang. Nak sound orang depan2 pun aku akan pilih perkataan okay. Bukan bermakna aku ni baik sangat hanya nak cakap kata2 yang baik sahaja tapi aku menjaga MARUAH orang. Aku bayangkan aku di tempat orang berkenaan. That's all. Itu kunci utamanya. Sebab aku tak suka diberi perkataan harsh maka aku tidak suka melemparkan perkataan harsh kepada orang.

Orang kata, bila kita bercakap cuba bayang kan kita berada di tempat orang berkenaan. Malu tak kalau orang hina kita dihadapan KHALAYAK RAMAI. Malu tak? Malu tak? Walaupun orang memalukan dahulu aku di khalayak ramai terlebih dahulu, aku takkan membalas dengan cara yang sama sebab itu bukan cara aku. *Tapi kalau dia temalu sendiri atas kesalahan dia mengeluarkan perkataan harsh2 tu lain citer la eh. Dalam hal ini aku direct sikit dengan orang berkenaan*

Ingat tak kes bos aku dulu? Yang aku cakap tak ada kredebialiti sebagai ketua itu? Bukan aku je yang cakap ye tapi SEMUA ORANG KAT DEPARTMENT AKU CAKAP CAMTU GAK. Disebabkan dia jenis yang SOFT-SPOKEN , lagi la aku tak sampai hati sound&berkata kasar dengan dia depan semua orang yang kenal dia. Gila kau pekerja sound bos apa kes? Dunia nak terbalik ke apa? Sebab tu aku marah betul bila chinese girl si Looser tu sound bos aku depan orang ramai tu. Sebab aku bayangkan aku berada di tempat bos aku tu. Malu okeh? Ye la, mungkin dia sendiri pun tak tahu salah dia ke apa kan. Jangan la tak pasal2 kan. Bos aku tu pun takde keluarkan perkataan harsh2 pun.

Ini contoh peristiwa sound dengan cara baik dan tegas. FS cerita kat aku. Sebab tu aku kagum dengan FS sebab dia mampu bereaksi dengan baik tapi TEGAS (pendapat aku la). Masa tu bos bagi dia assignment takde hujung pangkal. Kiranya dia tak diinform awal pasal benda ni. Benda tu dah nak submit barulah bos rujuk dia. Bila bos rujuk dia, tau dia cakap apa? "Sory Mr. ***. I memang tak boleh buat yang ini. You emel2 benda ni dengan mereka dulu tak inform I, macam mana I nak buat? At least kalau dulu u inform mungkin I dah boleh review fail dan selesaikan problem ni sedikit demi sedikit. Tapi kalau you nak I buat jugak, you kene beri I masa la. Memang tak boleh siap hari ni la. I need 3-4 days untuk buka fail semula semak2 apa yang patut"


FS berkata dengan nada yang smooth dan tenang(namun nampak tegas) like wahhh tenangnya dia, aku kagum okeh. Aku kagum. See? see? FS tak boleh buat, dia provide alasan yang munasabah kenapa dia tak boleh buat. Kemudian dia kata dia boleh buat tapi kene bagi masa lebih sedikit. Apa reaksi bos aku? Bos berlalu dalam keadaan pasrah like dia sedar salah dia tak inform FS awal2 pasal benda ni so that dia kene settle sendiri la jawabnya. Dia tak bleh kata apa dah. Kalau dia nak FS buat pun, dia terpaksa la terima KETEGASAN FS yang perlukan 3-4 hari untuk buat. Kes tamat. Dia terpaksa selesaikan sendiri menjawab dengan pihak berkenaan.

Kalau si Looser punya jawapan macam mana? Mungkin berkata macam ni dengan nada yang tinggi dan kurang ajar "You ni kan suka bagi I banyak kerja tiba2 tau! Sorry lar I tak boleh buat, I banyak kerja ok!! I busy sekarang!!" That's all. Mana tak bengang itu bos kalau cakap macam tu je kan? Dia tak provide alasan dan kelihatan seperti taknak buat kerja tu langsung dan seolah-olah menolak untuk buat kerja itu. Sebab tu aku kata kalau aku la bos, aku sound dia balik dah. Dia seolah-olah nak menolak kerja. Busy apa? Apa yang banyak sangat kerja tu? Bagi alasan kukuh bleh?

Kat sini lah point memilih perkataan yang baik tu aku nak maksudkan. Pemilihan kata2 oleh si Looser adalah tak betul dan agak kurang sopan. Kau nak marah2 pasal dia kat kawan baik kau ke takpe. Bukan depan dia di saat dia berdepan ramai orang yang kenal dia. Jaga sikit maruah dia sikit.

Ok, aku dah melalut nampaknya.

Sebenarnya benda yang aku membebel banyak2 ni sebab aku nak point kepada kisah seorang warga Malaysia menghina almarhum sultan Johor di khalayak ramai. Kot ye pun nak kutuk, ko private blog ko tu dulu buleh?

Kisah ini mungkin patut dijadikan pengajaran oleh semua orang. Bila orang2 sultan/istana nak 'cari' dia baru lah menggelabah. Siap delete post semua. Anyway anda anda anda yang mungkin tak berapa pandai IT ni tahukah, terlajak kata boleh diundur, terlajak buat entri takleh nak undur dah. Tau tak yang entri2 kat internet ni walaupun anda delete sekalipun tapi tetap boleh dibaca balik siap dengan komen2 sekali? Tak tahu? Ini buktinya, sila klik link di bawah (selagi boleh)

Link entri orang yang menghina almarhum Sultan Johor tersebut

Boooo....Boooo..Booo.....


Orang tu dah remove entri dia tapi TETAP BOLEH DIBACA SIAP DENGAN KOMEN2NYA SEKALI. Kan aku dah kata internet kan canggih. Benda ni aku baru je tahu/explore. Thanks kepada Kak Murni yang ajar aku macam mana nak tengok balik entri2 yang dah diremove. hahah sungguh kesian, aku baru tahu pada usia 22 tahun ;)

Seperti kata2 shoutout kat FB aku. Walau pihak mana pun kita, politik mana2 pun, sila pilih perkataan yang 'betul' untuk diucapkan di khalayak ramai bukan main langgar jek. Tambah2 bila kita tujukan kepada orang yang 'berpangkat tinggi' daripada kita. Ini bukan kira soal pangkat ke apa ke. Tapi ini soal maruah. Of course kalau kita berpangkat tinggi kita nak orang bawah hormat kita kan? Ke kau tak kisah orang bawah kutuk2 kau depan khalayak ramai? Ingat, di KHALAYAK RAMAI, kita diperhatikan. Kau nak kutuk belakang2 tu kau punya pasal takde sape marah. Tapi bukan dihadapan dia atau orang ramai yang kenal dia. Sedikit sebanyak maruahnya&maruah keluarganya pasti tercalar.

Kes ni mungkin sama dengan kes fanclub I HATE FASHA SANDHA diwujudkan di FB tu. Kamon la, alang2 hate tu baik masuk fanclub 'I HATE ISRAEL' ke apa ke.baru nampak gah sikit Perasaan tak suka yang remeh-temeh eloklah disimpan dalam hati saja ok takyah lebih or gebang2 sangat, just hebahkan yang kita suka sahaja seperti fanclub "I LIKE JANG GEUN SUK" . Eceh, tetiba sangat. Walaupun sejujurnya aku tak suka Fasha tapi menggelabah ok orang yang create page tu. Like kalau aku berada di tempatnya aku pun MALUUUU kalau jumpa fanclub I HATE NADIAH (ceh, macam kau artis plak nadia. Blah) lepas tu nampak dengan mata kepala sendiri berjuta orang sendang kutuk aku. Fuhhh.... Sedikit sebanyak mesti agak 'terkesan'. Siapa tak terkesan memang bukan manusia.

Point seterusnya ialah, hormatlah pada 'mereka yang dah tak ada'. Sebab tu dalam adat melayu kita dilarang memburuk-burukkan orang yang dah tak ada di dunia. Pernah dengar tak mak nenek kita cakap "Tak payah la cakap pasal arwah. Dia dah tak ada pun " Biarlah Allah je yang menghukum sape2 yang salah. Siapalah kita manusia biasa nak menghukum orang kan biar Allah buat kerjaNya.

End. Fuhhhh...Semangat giler aku type benda ni pagi2 buta. Mungkin sebab aku macam dapat kaitkan kisah ni dengan kisah bos aku tu tu yang aku buat entri laju2 tu.

p/s: Demokrasi tetap demokrasi. Setiap benda di dunia ni ada limit & sempadannya masing2. We MUST KNOW OUR LIMIT. Kita mesti tahu dengan siapa kita 'berkata-kata'. Sila pandang kiri-kanan, agak2 la sikit kot ye pun kan (simbolik). Dan dengan itu, baru kita boleh survive.