Pages

Sementara masih ingat...

Phewww...Ingat senang ke aku nak letak gambar ni? Duapuluhpat kali aku fikir nak letak ke tak nak letak.Mungkin sebab pelik. Cam pelik je gambar aku ni. Maklumla tangkap gambar guna kamera phone kan. Sekarang, gambar ni dah hilang dalam simpanan T___T. Err...nape tah pelik. Lantakk

1) Dulu masa kecik2 aku putih (sekarang coklat), rambut bulat kat tepi dan paras mata di hadapan. Ayah aku selalu ejek aku hantu jepun. Manakala fiza pulak selalu ejek aku anak cinapek berak tak basuh T_T. Fiza masa kecik2 gelap sebab tu aku ejek dia balik anak keling. Dulu mata aku memang sepet giler dan tak ada kelopak mata okeh (sekarang dah ada, tak tahu apasal tetiba ada neh. Macam best je tetiba dah ada kelopak mata. Teheee)


2) Dulu masa kecik2 aku selalu kene buli dengan fiza. Sebab tu mak selalu cakap kitorang ni macam anjing dengan kucing. Asyik bergaduh. Perkara paling aku ingat pernah sekali masa bulan puasa. Tahun sebelumnya aku berjaya puasa penuh (darjah 3 ke 4 ke 5 tah) pastu tahun selepas tu dia mungkin macam dengki dengan aku, DIA SUMBAT MULUT AKU DENGAN NUGGET YANG DIA MAKAN (tyme tu dia tak puasa). Perghhh…. Menangis2 aku tyme tu sebab puasa aku terbatal (dulu tak berapa pandai agama kan. Kalau termakan tu kira batal terus tak kira apa cara sekalipun). Paling geram aku kira tak boleh puasa penuh dah. Masa kecik2 dulu aku suka mencabar diri sendiri. Dengan apa cara sekalipun. Puasa penuh adalah salah satunya.


3) Masa darjah enam aku pernah tertidur dalam bas sampai sesat. Bangun2 je aku tetiba tersedar yang AKU BERADA DALAM BAS SEKOLAH YANG BERKUNCI, TAK BERGERAK DAN PEMANDUNYA DAH TAKDE. Maksudnya pemandu bas sekolah tu tak perasan pun aku tertidur dalam bas dia sebelum kunci bas. Siotttt. Yang peliknya apasal tah aku tak takut langsung, tak menangis dan tak menggelabah. Mungkin sebab aku baru bangun tidur kot(mamai) so mood nak takut tu takde walaupun aku berada di tempat yang asingggg sangat. Apa yang aku buat, aku turunkan tingkap bas sedaya-upaya. Nasib baik boleh. Pastu aku panjat keluar dari bas melalui tingkap . Aku campak beg dulu pastu baru aku terjun. Pastu….sudahhh aku tak tahu nak berjalan ke mana. Sesungguhnya I have no idea where I am . Aku jalan main ikut suka kaki aku je. Nak belok kanan, beloklah, nak belok kiri, beloklah. Ternampak seorang ibu bermain bersama anaknya kat kawasan berdekatan. Wanita tersebut tengok je aku dengan pandangan semacam (mungkin dia pelik apasal budak selebet sekolah rendah ni berjalan sorang2 kat sini). Bila fikir2 balik, apasal la aku tak pergi je kat wanita itu dan kata “Mak cik , saya sesat tak tahu nak balik rumah macam mana. Boleh tak hantar saya ke balai polis ke apa ke supaya saya boleh balik rumah”. Aku boleh buat bodoh je. Berjalan je menonong ikut langkah kaki aku. Tak tergerak hati langsung untuk tanya orang ke apa ke. Mungkin sebab tak takut langsung so takde nak tanya2 orang.


Pastu mungkin Allah nak selamatkan aku, setelah agak lama aku berjalan, tetiba macam magic aku telah sampai ke satu jalan besar YANG AKU SANGAT CAM UNTUK KE RUMAH AKU. Fuhhh… Berjalan lagi dan lagi. Tetiba ada satu kereta berhenti. Aku ingat lagi imej lelaki dewasa tersebut adalah berbaju melayu dan bersongkok. Hari itu hari jumaat so aku tahu dia mungkin balik dari solat jumaat. Pemandu tu offer untuk hantar aku balik rumah. Disebabkan imej kedua-dua lelaki tersebut yang ‘macam baik’ tu aku main naik je kereta dia. Dalam fikiran aku “Orang ni sembahyang, pakai baju melayu. Ni mesti orang baik-baik ni”. Dan setelah aku bagi direction, aku berjaya sampai ke rumah dengan selamat. Sekarang aku terfikir balik dua benda


1) Nasib baik aku tersesat di kawasan yang aku cam jugak akhirnya. Kalau aku tersesat di tempat jauh2 & tak cam jalan macam mana? Aku dulu kan blur2 sikit tak kuasa nak tanya2 orang jalan ni.
2) Macam mana kalau orang yang tumpangkan aku tu adalah tak sebaik yang aku sangkakan? Macam mana kalau mereka adalah perogol&pembunuh kanak2 bersiri dan dikehendaki polis?


Sekarang, tak kuasa aku nak naik kereta orang yang aku tak kenal walau macam mana pun imej orang tersebut.

Takde kaitan dengan entri: Macam tak percaya, aku, JGS dan LMH lahir pada 1987. Sorang bulan 6, sorang bulan 7 dan sorang lagi bulan 8. 0ohh, adakah suratan atau kebetulan? *tetiba*