Pages

Tribute to Kak N

As u know, kat tempat kerja aku ni aku baik dengan sorang akak chemist ni. Aku just namakan dia sebagai Kak N. Walaupun dia nampak je garang, tapi hati dia sangat baik ok.

Dulu, masa awal2 dulu, aku pernah dipandang rendah oleh someone. Rendah serendah-rendahnya. Di saat itu, kak N bangkit membela aku. Dia support aku dari aku first masuk company ni sampai la sekarang. Support dari segi tindakan dan kata-kata. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut dia sangat lah membuat aku terharu dan speechless. Speechless sebab aku tak sangka dia akan berfikiran macam tu. Sekaligus membuatkan aku terharu.

Dia begitu kerana dia pernah mengalami perkara yang sama so that dia jadi understanding gila sampai apa2 je yang dalam hati aku ni semua dia dah boleh tau.

Kadang-kadang bila mendengar kata-kata dia tu aku rasa macam nak menitik air mata je. Serius aku cakap. Terharu sampai aku rasa nak menitikkan air mata.

Walaupun usia dan keadaan kami berbeza tapi tak sangka kami boleh baik. Dia berumur 28-30 tahun , dah berkahwin dan mempunyai seorang anak.Dia selalu cerita telatah anak dia kat aku. Anak lelaki dia yang berumur 8 bulan tu sangat lah comel.

Kat company ni dia paling rapat dengan aku (dan juga Id*) buat masa sekarang. Dia dah jadi kurang percaya dengan kaum cha ya nun alif sejak ada satu peristiwa ni. Dan dia juga jenis once dia percaya orang gila2, kalau orang tersebut tikam belakang@mengkhianati dia, dia akan susah nak percaya orang berkenaan balik.

Kalau dalam lab aku selalu escort dia. ahahaha! Escort bersebab. Sampai ada sorang ni cakap aku bodyguard Kak N. hahah, aku gelak je kot. Dia pernah cakap "Kalau korang dah takde nanti, takde la aku nak happy2 lagi kat sini"

Awal2 dulu aku ingatkan dia cam garang sikit. What I like about her, dia sendiri yang start membuatkan aku selesa dengan dia. Secara tak langsung, aku automatic akan menyesuaikan diri dengan dia. Maksudnya dia terlebih awal membuatkan aku selesa dengan dia. Okay, pening la pulak ayat aku neh.

Jika ditakdirkan suatu hari nanti kami tak baik dah (mana lah tau, just in case. Kuasa Allah mana kita tahu kan) aku akan ingat jasa dia ni sampai bila2 dan insyaAllah tak akan ada dendam di hati ini. Aku akan ingat perkara baik yang dia buat terhadap aku ni sampai la bila-bila dan akan melupakan perkara yang tak baik itu (kalau ada, mana tau kan). Aku tak akan mengkhianati dia since buat masa sekarang dia paling percaya aku.

p/s: Tadi dia telah berfikir sesuatu. Leka dengan fikiran itu sampaikan dia terlupa buat suatu perkara paling penting. Dia menyampaikan kepada aku dalam gelak2 tapi itu cukup mengharukan aku. Sebab tu aku terfikir untuk buat entri khas untuk dia di sini (walaupun dia tak tahu pun kewujudan blog ni).


Pameran yang jarang berlaku. Kak N memang anti-camwhore. hahahaha. Jangan harap la nak amik gambar posing guna phone kamera sebab dia tak suka. So, gambar atas ni la satu-satunya yang ada.



Gambar masa perasmian company ari tu. Line ke-dua. Dari kiri: Aku, Kak N, Id*. Kitorang senyum serentak. Kelako. Padahal takde sape announce pun suruh senyum. Masing2 macam tahu2 je ada kamera amik gambar kat depan. Macam confirm2 je gambar kitorang masuk sekali