Pages

Macam-macam impian

1) Paling utama, nak berkunjung ke Mekah. Ini semua orang Islam mesti nak kan. Tempat kedua yang aku nak kunjungi aku ada beritahu kat entri ini.


2) Aku nak rasa semua makanan yang enak2 di seluruh dunia. Cewah.. Lagi tergeliat-tergeliat lidah nak menyebutnya, lagi aku suka nak try. Aku dah kaji dah tekak aku ni. Lebih kepada Mexican+Italian. Buat masa sekarang, semua makanan Mexican+Italian yang aku makan semuanya aku suka. Semuanya rasa macam nak makan lagi. Oh, selain itu, aku suka jugak Takoyaki+Dim Sum+Sushi. Act, senarai tu makanan kegemaran je. Makanan kegemaran=makan dengan hati berbunga-bunga. Makanan lain2 aku ok je makan. Act, semua makanan aku boleh makan tolak batu dengan kayu je, lain semua aku telan. See! See! Aku tak cerewet kan?


3) Aku macam mengimpikan seorang arkitek sebagai calon ehem ehem…Ngahahha . Aik, kenapa bukan businessman, doctor, engineer,pilot,peguam and etc? Sebab aku rasa pekerjaan architect ni sebagai pekerjaan yang sangat unik (aku paling kagum dengan orang yang pandai melukis sebenarnya. Semua arkitek sila berbangga dengan kenyataan aku ni ok), pekerjaan yang memerlukan kekreatifan yang tinggi dan …dan… dan… ok aku tak tahu nak describe macam mana. Act, ke-interest-an terhadap arkitek ni timbul sejak aku tengok cerita Korea Winter Sonata (hehehe).. Macam unik je membina sendiri rumah yang direka kan. Kemudian macam unik je memerhatikan orang yang sedang khusyuk melukis dengan tekunnya. Dan dan ok aku bercita-cita nak jadi Interior Designer! (malangnya tiada bakat ke arah itu). Maklum la, arkitek kan lawannya Interior Designer ewahh… ini angan2 saja tak semestinya menjadi ok. Selalunya yang kita nak tu la yang kita tak dapat. Mana tahu aim architect tetiba dapat pelakon korea ke... *muntah*


4) Aku mengimpikan life yang sederhana, tak terlalu mewah, tak terlalu susah. Bak kata orang, yang sedang-sedang aja.


5) Aku mengimpikan aku bertemu dengan DIA lagi. Bertemu dalam suasana yang berbeza daripada dulu. Tapi biarlah ianya terjadi secara spontan tengok aku kelu ke tak berhadapan dengan dia. Ngahahaha.. Cukup dengan berhadapan sekali lagi takyah nak lebih2 haippp. Err mungkin sebab dia masih ingat aku so aku pun tergedik-gedik la konon2 nak terserempak dengan dia. Boleh gitu? Wakakaka…


6) Nak mendalami ilmu dalam bidang photography. Dah menurun dah sekarang tak tahu kenapa. Minat aku ni kadang2 naik, kadang2 turun. So sekarang ni aku nak naikkan balik. At least aku kene betul2 faham apa itu shutter speed, apa tu ISO, apasal waktu malam aku amik gambar gelap gelita je? Pastu bila aku tinggikan ISO, cahaya ok dah tapi habis kaburrrrr gambar aku. Nampak sangat aku tak belajar betul2, belajar sekerat-sekerat.


7) Mendalami photoshop. Photoshop dengan gambar memang tak dapat dipisahkan. Selalunya gambar2 yang super cantik memang mustahil tanpa photoshop. Aku tak faham apasal la aku tak pass-pass ilmu photoshop ni?

p/s: Aku tak faham kenapa akhir2 ni aku begitu generous menghasilkan entri. Erk..banyak plak kan benda yang aku tak faham.

p/s: Esok insyaAllah aku bertolak ke Penang (kalau jadi)