Pages

Gelak-ketawa

Aku rasa betul la macam diya cakap. Kalau kita macam set dalam kepala, orang sekian2 adalah lawak, maka apa2 yang dia cakap asyik lawak2 belaka.

Tadi masa tengah makan tengah hari kat kafe. Kitorang tengah berborak-borak bincang kebarangkalian company ni buat annual dinner

Kak N: Ala, cabutan bertuah kene menyanyi la pulak(muka tak puas hati)
Aku: Ok la tu kak. Nyanyi sikit2 sudah.
Kak N: Hish. Tak nak heh aku nyanyi2 ni. Kang aku nyanyi, berlumba-lumba katak keluar tengok aku.

Serius aku cakap, sikit je lagi tomyam yang aku sedang hirup ni nak tersembur. Sikit je lagi. Kalau aku tak kawal dan tak ingat orang yang ada depan2 aku ni, sure tersembur dah. Meh aku senaraikan kenapa aku rasa Kak N ni lawak dan aku asyik gelak je bila dengar dia bercerita

1) Dia kretif dalam bercakap. Boleh generate perkataan2 yang selalunya di luar pemikiran aku. Benda yang biasa2 dia boleh bercerita secara luar biasa. Live okeh. Setiap kali duduk berkumpul, kalau ada dia, memang tak sah kalau tak gelak secara besar-besaran. Contoh kes katak yang aku cerita kat atas tu la. Kalau orang biasa mungkin akan kata, suara ala2 katak ke, nanti hujan turun ke tapi dia boleh dapat idea, katak berlumba-lumba keluar semata-mata nak tengok dia nyanyi. Adeh, siap buat gaya katak lagi. Letih aku ketawa.

2) Dia kalau bercerita memang semangat habis. Semangat tu bermaksud siap pakej gaya sekali. Pakej 4 in 1. Gaya, isi perkataan&cerita, memek muka dan nada suara.. Teringat lagi masa dia cerita pengalaman dia masa nak dekat2 bersalin anak first dia dulu.Fuhhh, siap dengan gaya2 orang mengandung berjalan dia buat. Masa nak kene bedah dia kene suntik dengan morphin*sejenis dadah*, haaa, macam gaya penagih dadah kesejukan la dia buat.Tabik spring toink toink toink. Takleh blah okay, ketawa terkekek-kekek aku dengan si Ida dengar dia citer. Si Farid pulak, kalau dia terdengar, dari jauh pun dia boleh tergelak. Dia bercerita dari saat sebelum air ketuban pecah hingga ke saat operation, anak keluar, sampai la habis pantang. Ada la dalam 30 minit-1 jam dia bercerita. Detail la katakan.

2) Perkataan2 yang keluar dari mulut dia memang unexpected.

Kak N: Korang tahu, manager lab ni masuk 24 haribulan ni.
Aku: Ye ke kak. Ala, tak best la. Tak boleh la pasang lagu dah.
Kak N: Iyee, tadi ****(GM) cakap dengan aku. Manager kita tu tak pandai cakap BM, orang dari India. Kalau nak buat klako, kene buat klako omputih.
*aku dengan ida gelak gila*
Kak N: Owh patut la. Kan ***** (bos besar Techical) yang interview dia. Sama geng,mestila dia suka . Indian. inde purengge bla bla bla*part ni kak N ajuk orang India bercakap. Siap dengan tangan dia sekali berpusing-pusing*

serius aku dengan Ida gelak kuat gila. Sampai aku tepuk tangan kak N supaya jangan cakap lagi dah, penat kitorang ketawa. hahaha. Disebabkan kitorang asyik gelak2, ada la sorang ni macam tak puas hati. Tak boleh tengok orang gelak agaknya(dia jenis yang pendiam). Dia pi report kat bos kata kitorang asyik berborak dalam lab. Laaa, borak2 pun keje setel beb! Tak main la borak2 keje tak siap. Aku tunggu2 la kot bos nak sound. Takde pun. Nampak sangat bos tak berapa kisah apa janji keje siap (bos aku jenis yang berterus-terang, kalau nak tegur dia akan straight tegur punya orang, takda simpan2). Benda ni aku yang tahu dan btahu kak N. Dia jawab "Heleehhhh. Habis tu takkan tak bercakap langsung? Sunyi sepi lar. Halahhh, UNTA pun bercakap. Ni lagi la manusia macam kita ni" Err...aku tak tahu apa kaitan unta dengan bercakap. Yang pasti aku macam wonder mana datang idea dia nak keluarkan perkataan UNTA tu sendiri sambil membuat muka ala-ala unta. Yang pasti aku gelak. Dalam keadaan dia emo2@garang2 pun dia still boleh buat aku ketawa okeh.


p/s: Laughter is the best medicine.

Unnagamida. Annagamida.

Tengah syok2 berbalas komen yang panjang giler babas dengan ada seorang ni, tetiba terselit 'notice' dari one of BFF aku ni. Sure dia terpening-pening apakebenda la yang budak dua eko ni dok cerita sakan.



kihkihkih......

Mana 'demam' nak reda2. Tyme agak2 nak reda, ada jeeee penghalangnya. Ini nana punya pasal la ni *cepat salahkan dia.hahaha*. Nana berada di rumah cuti seminggu. Kan nana baru je tgk the whole episod YAB, so dia of course la 'demam2' sekarang. Pastu of course la dia asyik buat sesi ulang tayang screen kan. Memandangkan dia dah ada lappy sekarang, makanya dia tonton la dari lappynya sahaja tidak memerlukan khidmat lappy aku lagi dah. Habis madu sepah dibuang. Huuuu. Pulak tu, tak reti2 tengok jauh2 skit daripada aku. Tengok lah kat bilik ke, nak jugak dekat2 dengan aku, depan aku. Saje je nak kasi aku nampak. Kejap2 aku tengok dia sengih2, kejap2 gelak terkekek-kekek, pastu senyum2 gatai. Adeh, mengganggu kosentrasi aku okeh


Aku: Nana! Ko tengok episod bape?
*tiada respon. Malah senyum2 sengih mengadap lappy. Aku pun tak dipandangnya. Cet*
Aku: Nana!!! Ko tengok part mana?
*tiada respon lagi. Malah ketawa berdekah-dekah pulak tu. Sekali lagi aku tak dihiraukannya*
Aku: Nanaaaaa!!!!!!!!!!!!!!
Nana: *pause video* Ape? Heee, ko ni kaco je la.
Aku: Ko gelak2 part mana?
Nana: Ni ha bla bla bla......
Aku: Mana2x?*ngendeng2 kat laptop nana dan bergerak ke sebelah nana sambil sengih2x*

sudahnya aku bergelak-ketawa la bersama nana. Melekat mata aku kat skrin laptop dia tu. Oh, susahnya nak mengelakkan diri bila terkena virus YAB ni. Unnagamida, annagamida. FB, blog dan segala yang kat lappyku, ku tinggalkan sebentar. Di mana ada nana, disitulah ada aku. Itu lah ceritanya. Mana boleh tahan weh tengok dia gelak sorang2! Aku pun nak gelak jugak! Aku kan dengki! Huahuahuahua


Part yang tak bestnya bila tengok dengan nana adalah dia over okeh. muahahaah. Bila ada scene sweet to the max , mulalah anggota badan aku jadi sasaran untuk tangannya singgah mendarat sambil gelak sakan. Kejap2 tepuk lengan aku, kejap2 tepuk peha aku. Pastu gelak tak ingat dunia (eceh). Kalau ada bantal sebelah dia, sure dengan bantal2 tu dia guna untuk hentam aku. Adeh, aku tak faham apa kaitan scene sweet dengan pukulan. Melepaskan geram? Rasa lawak dan comel sangat sampai rasa nak pukul orang? hahaha.. So, langkah berjaga-jaga diambil. Setiap kali aku agak2 tangannya macam nak naik, aku bagi amaran awal2 "Haaa, tangan tu jangan nak pukul2 aku eh". haha.


p/s: Kawan aku dah bukak blog butik online. heheeh.

http://pop-ladies.blogspot.com/

Koleksi mungkin akan bertambah dari masa ke semasa. Dia kata dia menjual baju2 jenama Forever21 original. Setahu aku la, jenama ni hanya available online untuk negara US, Canada, korea n japan sahaja. Sepupu dia duduk di jepun dan rajin beli online, so dia kiranya nak tolong sepupu dia jual kat orang sini la kiranya.hehehe. Silalah jenguk2 ye =D

Curiousity , Halal dan haram


Aku mempunyai sifat curiousity yang agak tinggi. Nak kata tinggi bebenor tu taklah sangat sebab ada je benda yang kalau aku malas@takde peluang nak amik tahu, aku ignore jek. Contoh, kalau orang kata dah satu sem di university tapi tak tahu bilangan & nama TNC adalah perkara mustahil, aku la orang yang mustahil itu. Kalau orang kata dah satu sem di kolej tapi tak tahu orang2 penting kolej adalah orang yang pelik, aku la orang pelik tersebut. Ingat lagi masa beberapa minit sebelum interview KPSM kat UPM dulu, aku tanya ada sorang ni. Sape presiden MTM? Sape Timbalan pengerusi? Lain2? Dia macam buat muka pelik je owhh bila aku tak tahu. Dia siap cakap dengan sinis "Takkan tak tahu". hahah. Nampak sangat tak buat preparation langsung. Orang lain dok hafal itu-ini, aku buat macam takde benda nak dihafal jek. Dia ada la beritahu nama sekian2. Tapi confirm la aku tak ingat masa dah suntuk kan. Nasib baik peng-interview tak tanya aku nama sebenar dia. Kalau aku jawab tak tahu confirm aku kene pelangkung. hohoo..

Ada la sorang ni, tanya soalan sinis kat aku. Like macam aku tak tahu apa2 langsung (imej aku dalam pemikiran dia kot). Macam hidup dalam dunia sendiri la maksud dia tak amik tahu hal sekeliling. Saje nak uji aku. Dia tanya aku. Sape nama dia (kenal dia tak maksudnya). Aku jawab nama samaran dia. Dia tanya aku lagi, apa nama sebenar dia. Aku bagi nama penuh siap dengan nama bapak dia skali. Dia buat muka stunning. Pelik kot aku tahu. Ye la, dia ingat aku tak sosial2 so aku tak tahu la. Padahal aku dah terdedah dengan benda2 ni sejak event tersebut so konfom la aku kenal ko kan. Sebelum2 tu memang la tak kenal sebab tak pernah nampak muka ko. Pastu saje je dia nak tembak aku lagi. Apa nombor bilik dia. Mungkin soalan gurauan dan sangat mustahil untuk aku tahu, tapi aku jawab dengan tepat. Dia buat muka terperanjat yang sangat2. Pelik tak perempuan yang tak pernah bercakap pun dengan lelaki ni tapi tahu nombor bilik asrama lelaki tersebut? Tak pelik bila kita menjadi orang yang 'alert' dengan sekeliling. Aku tak amik tahu pun tapi kebetulan aku ter'alert' dengan notice board, so takyah la nak perli2 aku kang ko kene balik okay. Dia ingat aku skodeng dia. Giler! Heh, tak kuasaaaaaaaaaaaa!!!!!! Meh sini aku tanya dia, dia tahu ke nama penuh aku. Entah2 nama penuh aku pun tak ingat. Kalau orang tersebut terbaca entry ni (walaupun macam mustahil), no hurt-feeling kay. Yes, ini perkara yang dah lepas. Anda kan suka bergurau, so anggap sahaja ini adalah gurauan dan imbasan. Peaceeee..

Suka hati aku la lebih kurang. Kalau aku nak tahu, maka aku nak tahu la. Kalau aku tak nak tahu, aku memang tolak tepi. Bila mana bercakap tentang curiousity, ia lebih kepada unsur2 menyiasat, berfikir kemudian memahami the whole concept.

Eh, panjangnya intro aku. Ok, sambung citer.

Kerana sifat curiousity ini jugak lah, aku menghadiri salah satu acara MLM (kawan ajak). Panjang ceritanya. Mula2 memang aku macam marah gak kat kawan aku ni sebab kelihatan macam menipu aku pun ada jugak (dia mengaku) tapi bila fikir betul2, aku tak jadi marah. Ada orang suruh aku berblog pasal ni tapi nanti2 lah ye, aku kene karang2 ayat dulu. Bdw orang yang menjemput aku untuk masuk gi gathering MLM tu bagi aku option sama ada nak balik UPM atau nak pergi office mereka. Aku jawab aku nak pergi office mereka. Bukan kerana berminat tapi sebab aku rasa aku macam nak menyiasat dan nak tahu tentang 'sesuatu'. Sesuatu yang aku tak tahu selagi aku tak pergi. That's it.Pasal benda ni nanti aku cerita lain kali

Lately aku perasan kat facebook aku macam ramai je friend2 ku join benda alah "Menghadap facebook hari-hari boleh dapat RM100 setiap hari". Mula-mula sedikit, lama2 macam ramai giler yang join. Siap ada yang print screen online transaction maybank diorang gara2 nak mempengaruhi orang lain menjadi kaya seperti mereka. Bila fikir2 balik aku macam curioussssss gile. How does it work? It is easy to earn money simply like that? Ini lagi terer daripada MLM ni. Bukak FB pagi2 then cek akaun inbox terus ada duit berkepuk-kepuk. Is it?

Tambah annoying kalau dapat ayat camni

"Apa beza saya dengan orang lain? Saya online FB hari-hari dapat duit tapi orang lain online hari-hari tak dapat apa2. hahahhahaaha".

Kalau aku jawab macam ni boleh?

"Apa beza saya dengan kamu? Saya tahu mana sumber duit saya, sumber yang halal hasil dari usaha saya sendiri bukan macam kamu yang entah dari mana datang duit. HARAMMM. Ouch, terlaser pulak. Errr...ok, turun dari langit kot."

Serius selagi aku tak tahu sumber mana duit tu, selagi tu lah aku tak percaya.

Antara tarikannya, first, ia berkaitan dengan social network. Tak logik owh, ko duduk saje tak buat apa2 pastu senang2 earn money hanya bermodalkan RM100. Bukak facebook je, ajak2 orang join jadi downline pastu nahhhh, duit berlambak kat bank. As simple like that. Takyah buat apa2 dah. Promote2 orang suruh masuk je. Macam tak tahu siapakah yang bagi duit?? Lainlah ko buat business online. Lainlah kau tolong buat iklan pastu berblog dan tiap2 bulan earn money beribu-ribu hanya dengan iklan. Contoh: Nuffnang. Mula2 aku pelik macam mana nuffnang ni berfungsi, lama2 baru aku faham dan akui, ia sama seperti advertisement dalam tv, majalah tetapi ia menggunakan fungsi blog sebagai perantaraan. Dan boleh faham dari mana sumber duit datang kan. Ialah, kan sekarang ni ramai orang berblog so online advertisement should be better. Dan, of course ia sumber yang halal sebab ia memerlukan kriteria2 yang tertentu untuk earn money bukan senang2 eh nak dapat duit nuffnang ni. Kecuali la yang masuk geng click-click. Mereka berblog hanya untuk klik-mengklik sahaja.I click u 100 kali, u wajib click i 100 kali jugak ok. Eh apasal aku cerita panjang lebar pasal nuffnang ni? Anggap saje aku sendang berceramah tentang nuffnang ;P padahal sendiri pun takde nuffnang :P

Okay, berbalik pasal masuk 'log in FB hari2 dapat RM100' pastu senang2 earn money ni, diorang yang masuk2 tu tak pernah terfikir nak buat kajian ke dari mana sumber duit mereka itu? Mungkinkah sumber duit yang mereka dapat tu adalah HARAM? Wow, laser owh mulut aku ni.Ada can suatu hari blog aku kerna terjah dengan mereka2 ni. Ala, kalau kene terjah, aku delete saja apa susah kan? Tapi susah gak sedikit sebab aku tak berapa suka membaca komen2 negative bila berkaitan dengan hal2 ni. hahaha..

Sebab curious (ingat, curious tak bermakna minat nak join), aku mesej seorang hamba Allah ni. Dia bukan dari senarai frens aku kat FB lagi. Yang pic profilenya jelas terpampang gambarnya (kecik je) dan diiringi tulisan kat gambar profile itu "FB hari-hari dapat RM100". Aku rasa dia yang bersongkok ni dah sampai tahap 'sifu' kot.

Aku ingat dia nak explain la kt aku detail2 terus kan.So takyah la aku tanya2 lagi. Tapi explaination sampah macam ni baik tak payah



Macam tak terangkan pun kan? Awat? Kalau aku straight kata aku tak minat tapi just nak tahu je dari mana sumber duit tu so takleh tahu la? Aku macam rasa kata2 intro kat wall aku kot yang buat dia explanation macam tu



Eh, ingat senang ke nak ajak orang jadi downline2 ni? Mungkin mudah bagi sesetengah orang tapiiii AKU TAK BERMINAT la... Sangat tak berminat. Lain la kalau nak pengaruh orang suh tengok cerita korea sekian2 mungkin boleh difikirkan dengan lebih lanjut. wakakaka!

Dia ada add aku sejurus sahaja aku bagi mesej tersebut. Tapi nak buat macam mana, aku TERignore friend requestnya. So memang jelas dan terang tak berminat kan.Maka tak boleh la nak menyiasat lebih2 kan? hahaaha..Tak boleh blah perkataan 'TER' tersebut.

Huish tak nak la aku approve, kang tak pasal2 wall aku penuh dengan tag gambar 'maybank acc transfer detail' yang entah sape2 punya. Jatuh imej aku ni yang tak suka konsep2 yang macam ni.

p/s: I wish, i can meet one of them. Aku nak tanya soalan2 relevan . Dengan syarat orang berkenaan bukan orang yang aku sedia kenal. Maksudnya stranger la, sebab aku takut aku sedikit 'terkasar' semasa sesi 'berdebat'. Maklum la, soalan aku sedikit 'laser' but it straight-forward act. Setakat sedikir kasar dengan stranger, aku takde masalah, tapi bila part sedikit kasar dengan kawan, aku fikir dua tiga kali kot. Kat kepala aku masih terbayang-bayang muka kelat one of MLM member ni masa gathering MLM yang aku pergi dulu masa dia nak jawab soalan aku (ni stranger, bukan kawan aku tu). Dengan orang lain, kalau cakap macam kan keluar shining2 dari muka dia. Fuh yakin giler...Lancar, penuh sopan santun bla bla bla. Tapi bila dengan aku je terkulat-kulat dia nak jawab. Terus hilang shining2 dia tu.Terus hilang sopan santun dia tu. Nasib la dapat orang ala-ala polis pencen macam aku ni. Everything will be detail. Tak detail, habis aku 'tembak' (dengan soalan la, ingat tembak dengan pistol?). huhuhu

Aku rasa ini mungkin lebih menarik dari MLM sebab MLM nak daftar kene bayar lebih dari 2K tapi ini ala ala ala...... RM100 je? Sikit je. Ibarat kalau orang tipu pun macam tak effect sangat. Ibarat kalau tak untung, lebur pun takpe. Kalau untung? Sure gelap mata.Tapi bukan persoalan sikit tak duit pelaburan, tapi soal, kalau dapat duit berkepuk halal kah kalau tak tahu dari sumber mana ??

gara2 status aku kat fb (which is too general kan? Kalau aku nak point kat orang yang jual body pun boleh kan.)

*syazanna suhaili (eh, siap bagi nama penuh. hehehe) ni kan macam tahu2 je benda apa yang aku nak cakap. Aku rasa dia tahu sikit2. At least about the concept.*

ada seseorang which is one of them(rasanya la) mesej kat inbox aku. Aku rasa light2 je status aku tu but still orang boleh 'tangkap'.

"berminat plak bile bc ur status tuh. source of money yg mane ek? mind share with me tak?dlm msj sudah, nanti terang2an blh bawak gado kan..hihi"


Tengok perkataan 'gado' tu aku macam boleh agak dah. Masalahnya aku malas nak timbulkan hal ni. Berdebat pasal benda2 ni dengan kawan memang perkara yang aku elak dari dulu. Tak kisah la berdebat terang-terangan atau sembunyi-sembunyian. It same act. Reason? Boleh baca p/s aku di atas. That's my weakness. Aku macam don't have a big issue dengan sesape yang join. Lagipun aku tak tahu mendalam pun, nanti dia kata kita tak paham bla bla bla. So, the end la. Takyah cerita pasal ni kan. Sorry kepada sesapa yang baca ada join jugak ye benda2 tu. Ini hanya my point of view je.

Nak tahu lebih lanjut sila baca artikel di link >-- blog ustaz zaharuddin

p/s: semua benda pun memerlukan usaha untuk dapat duit. Tapi jangan cakap 'ajak orang join' tu adalah salah satu usaha jugak. Sebab setahu aku, sistem ajak2 ni lebih kepada unsur riba. Wallahualam