Pages

2 story

1) Tetiba je berita aku nak berhenti dan bertukar kerja tu tersebar ke semua orang satu office sampai budak sales yang takde kene-mengena dengan aku pun boleh tahu. FS paling lambat tahu sekali dalam office aku. Tahu2 je aku dapat msg FB dari dia mengatakan dia dengar rumour (aku rasa aku tahu kot sape yang rajin sebar berita ni) yang aku nak berhenti dan bertanya betul ke tak berita tu. Cam tak best kan kawan yang kita baik dapat tahu benda2 macam ni dari mulut orang lain? Kot la first2 tu dia rasa macam aku sengaja merahsiakan benda2 camni dari dia. Macam rasa sedikit terkilan dengan orang yang informer tu. Act, masa aku dapat tahu yang aku dah dapat kerja tu FS berada di Shanghai, China yang aku cerita dia pergi outstation tu. Pastu, sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke Malaysia, terussssss je dia dapat tahu berita aku tu. KORANG BOLEH BAYANGKAN BETAPA PANTASNYA INFORMER TERSEBUT?? hahaha.


of course I will gonna miss u FS!

2) Aku lupa nak memahatkan tarikh birthday salah seorang besties ku ini. 29 Mac. Aku rasa macam aku dan seorang lagi rakan lain (ain) yang membagi kepada dia nama Nash. (nama betul dia boleh tambah imah after that name) Last2 dari Taiping sampai ke matrik, panggilan tu melekat sampai sape2 yang kenal aku&nash mesti akan panggil dia nash jugak. Ramai estimate bila nama Nash, orang ala-ala tomboy atau kelelakian (sebab nama kot). Padahalllll, jauh menyimpang okay. Dia punya perangai sebijik macam watak Jang Na Ra dalam citer apa tah. Berperwatakan comel. Mula2 ayah aku pelik apasal panggil nama dia nash, dia kata tak sesuai last2 ayah aku pun panggil dia nama tu gak. Kadang2 orang panggil dia sin chan, sebab gaya dia bercakap kadang2 macam sin chan jugak

HAHAHA, boleh plak nama kucing dia boleh letak nama korea. Jun Pyo, watak Lee Min Ho dalam drama BOF. Aku cakap dengan dia, kalau ada kucing baru yang baru lahir, suruh dia letak nama Tae Kyung pulak . Eh? haha, tapi dia kata nama tu tak sedap walaupun orangnya hensem. LOL.

3) Aku dah bertukar menjadi silent reader sekarang. Lebih suka membaca dari google reader.

4) Tak tahu apa nasib aku pasni. Adakah tiada internet dalam masa sebulan? Kene pindah tempat baru, kemungkinan besar takde internet T___T. Nak beli broadband rasanya bukan sekarang kot, banyak nak pakai duit untuk benda lain.huhuhu.. Oh my my my. Tiada lagi korean gosip kat FB, tiada lagi sharp2 membaca entry rakan di GR macam selalu, TIADA LAGI WGM!(no more sweet potato, tengok tyme semua dah tengok tak fresh.), LAMBAT TENGOK CERITA KOREA TERBARU (eceh, macam tak biasa. Memang selalu lambat, sejak bila tah jadi cepat), tiada lagi tahu status terbaru rakan-rakan. Kalau ada sesiapa yang menukar status relationship ke apa, confirm bin sahih la aku la yang paling lambat tahu :(


TIADA TIADA TIADA. Takpe la... Everything change.

p/s: Lepas ni aku jadi dwi-warganegara. Warganegara Shah Alam dan Klang. Sebab apa? Sebab sempadan je.

Steamboat

Hari tu aku dan officemate makan kat Restoran Maeps (steamboat buffet). Sorang harga RM19.90 termasuk air. Officemate aku kemain puji2 melambung tempat tu. Macam puas hati la diorang. Aku pun turut puas hati bila tengok diorang happy (sebab aku yang perkenalkan tempat tu dan ajak mereka ke situ). Saje je aku nak test steamboat kat situ sedap tak. Pendapat aku, tempat tu hanya biasa2 sahaja. Takde la aku nak puji melambung-lambung kan. Sebab apa? Sebab aku dah pernah makan di tempat yang lebih hebat daripada situ. Hahaha. Lagi satu Maeps punya sos setakat sos cili Thai (yang dalam botol jual kat kedai tu) campur air, aku pun boleh buat kat rumah ;P. Kalau kat Maeps tu cendawan ada satu jenis je (cendawan tiram), tapi restoran kat tempat yang hebat tu ada dekat 10 jenis cendawan ok! Korang kira sekarang berapa kerat cendawan yang korang kenal. Pergi sana aku tak layan cendawan2 common ni. Cendawan tiram memang no layan. Aku amik cendawan2 yang aku jarang jumpa+pelik. Aku paling suka cendawan korea! Warna putih, rupanya ala-ala taugeh tapi panjang lagi daripada taugeh, bila makan rasa kenyal2. Unik sangat rasanya.



Nama restoran tu ialah restoran Sri Q-Thai Steamboat. Apa yang aku perhatikan kalau orang cina makan ramai2, diorang akan beli air kosong je tapi kalau orang melayu makan mesti order air yang best2. Bukankah ini rugi? Sebab steamboat sedap maka boleh abaikan jenis air. Amik air sedap2 nanti cepat kenyang. Eh, betul apa aku cakap, tak caya cuba lah.Setiap kali makan kat situ aku rasa macam nak menangis je. Menangis sebab sedap sangat, hahah comel tak comel tak? LOL. muahahahaha


Selain rasa macam nak menangis, mulut aku tak berhenti-henti senyum memanjang (rasa macam nak menangis dalam senyum. Faham tak? Tak faham takpe) tambah2 bila tengok aku punya bebola+udang+sotong+binatang-binatang laut yang lain sudah siap direbus tinggal nak makan jek.Fuhhhhh


Bebola pulak beratus jenis. Mereka mention jenis bebola+seafood ada lebih kurang 150 jenis. Ini baru betul. Yang kat Maeps tu aku tengok sikit je tapi kat flyers tulis 150 jenis, jadi apakah?? Berbalik kepada restoran best tadi, setiap satu jenis aku amik satu pun dah penuh satu pinggan boleh bayangkan betapa banyaknya jenis bebolanya? Terpaksa aku delete2 bebola yang common, aku just amik yang jenis yang aku jarang2 makan je. hehe. Dengan satay lagi, udang mentega bakar lagi, aiskrim lagi fuh fuh fuh. Sedap hingga menjilat jari. Dia punya tomyam memang terbaekkkkkk . Dia punya sos memang superb. Ala-ala johnnys (satu2nya restoran steamboat francais kat malaysia ni) punya sos tapi yang ni lagi sedap kot. Johnnys punya sos memang sedap tapiiiii sup/tomyam dia tak sedap okeh! Tawar (bak kata ayah aku). So sekarang Johnnys boleh blah. Hahah. Aku nak amik gambar tapi diorang punya pelayan asyik berdiri je kat satu tempat yang dekat malu okeh aku nak amik gambar. Lain la kalau aku ni salah seorang crew Jalan-jalan Cari Makan TV3.



Okay, cukup kot maklumat. Silalah cari kalau mahu. Jiran aku sekali je pergi terus gian. Asyik nak makan situ je. Hohoho. Sama la dengan aku. Setiap kali gaji tetiba je teringat restoran tu.Dan dan. Oh lupa plak aku nak mention pasal bayaran. Dewasa RM22 (tak campur harga air lagi. Nak jimat sila minta air kosong), kanak2 RM12. EAT ALL YOU CAN. Nama pun BUFFET. Berbaloi-baloi! Korang nak makan sampai muntah pun takpe. LOL. At least, takde la mulut aku ni nak komplen mahal ke kan macam aku komplen masa keluar dari Johnnys ada sekali tu ;P

Secebis kata2 for fresh graduate

Ini yang aku dapat setelah bergaul dan bermesra (erk?) dengan orang yang berpengalaman. Yang majoritinya dah lama berkecimpung dalam dunia pekerjaan ni.


Sebaik sahaja anda melangkah ke alam pekerjaan dan mula bekerja, JANGAN beritahu gaji anda kepada sesiapa YANG SATU TEMPAT KERJA DENGAN ANDA termasuk KAWAN BAIK ANDA SENDIRI. Kot la jujur pun tapi jangan jujur sangat sampai semua benda nak beritahu kan. Kalau ada juga yang tanya, jawab sahaja "Adalahhh...". Gaji anda hanya anda dan HR sahaja yang tahu. Sebab apa? Untuk mengelakkan rasa iri hati dan pergaduhan sesama rakan sekerja. Iyela, kadang2 swasta ni bagi gaji berdasarkan exprience dan kelayakan. Mungkin ada orang yang rasa macam "Eh, gaji dia lagi banyak daripada aku, biarlah dia buat kerja banyak sikit. Banyak cantik gaji banyak nak rilek2" ataupun macam ni "Eh dia baru je kerja apasal gaji dia sama banyak dengan aku? Padahal aku keje dulu daripada dia.Tak aci!" padahal ko tak sedar ko tu hanyalah STPM, budak yang ko dengki tu degree.



TAKDE KAITAN

Nampaknya salah satu wishlist aku akan tercapai. Owhhh, tak sabar