Beberapa minggu yg lepas(lupa tarikhnya), ada budak k5 upm baru kehilangan ibunya. Act,aku x berapa kenal dia pun, tp aku dapat rasa kesedihan yg dia alami. Mungkin sebab aku pernah rasa macam ni suatu ketika dulu…Serta-merta ingatanku menjalar kepada peristiwa yg pernah terjadi dalam hidupku.
14 jan 2007…8.00 malam
Aku menerima suatu panggilan mengejut dr ayahku.
Ayahku: Nadia, ni…mak masuk hospital.HUKM.Kene demam denggi.Sekarang tengah koma.
Aku:Haaa…kenapa boleh jadi macam tu?teruk ke?
Ayahku: Teruk jugak. Masa ayah hantar hospital,sampai2 je terus virus tu tangkap kat otak.Mak jadi macam sawan kejap. Badan menggigil. Masa tu doctor n nurse kelam kabut. Doktor terpaksa koyakkan baju mak sebab nak tebuk saluran pernafasa(agaknya la.aku pun dah lupa sebab pe kene koyakkan baju).
Aku: (aku terdiam) Abis tu ok ke tak? Doktor cakap apa?
Ayah: OK macam mana kalau dah koma. Doktor cakap terpulang kepada nasib..Tak tau nak cakap macam mana…
Aku:Hurmm…ok lah…
Sesungguhnya dalam keadaan fikiran aku bercelaru aku tak mampu nak bercakap banyak..Tak mampu nak terkata apa..Aku hanya diam dan seperti biasa mindaku berfikir dan berjalan dari satu peristiwa ke satu peristiwa yg berlaku. Sesungguhnya aku memang celaru!!! Aku call kakak aku.
Aku: Fiza,mak kene denggi kan?
Fiza: Aah..Patutlah mak ngan ayah tak balik2 dr ptg tadi.
Aku: Abis tu ko sedih tak?
Fiza: Mesti la sedih..
Lama jugk kitorang berbual. Semuanya pasal keadaan mak aku dan macam mana simptom2 yg mak aku alami sebelum masuk hospital. Macam mana kalau mak aku dah xde nanti. Dah byk kes demam denggi yg aku dgr menunjukkan kebanyakkannya meninggal dunia dan…AKU TAKUT!!!!Aku dengar suara kakak aku tersekat-sekat(mungkin tgh nangis). Aku tak mampu nak nangis masa tu sebab terlampau terkejut dengan berita yg aku dengar…
12 malam…
Aku dapat msg ayah aku mengatakn mak aku dah masuk icu malam tu. Aku tak boleh tido.Ayah aku cakap doa2 je supaya mak sedar cepat. Tyme tu lampu bilik dah padam. Di kala gelap malam aku menangis. Tapi seorang pun tak nampak. Aku tak nak nangis depan sape2 sebab aku xnak diorang sedih gak. Aku nangis sorang2. Walaupun aku bukanlah seorang yg sensitif tetapi apabila melibatkan perihal IBU BAPA aku menjadi terlalu sensitif SANGAT-SANGAT .Pantang kalau cerita pasal ibu bapa cepat je air mata ni nak mengalir. Aku rasa aku x cukup hargai betul2 mak aku walaupun aku rasa aku x pernah menyakitkan hatinya(mungkin masa kecik ada tp aku tak perasan).Aku takut aku tak sempat nak minta maaf. Aku x sempat gapai kejayaan yg mak aku harapkan. Aku selalu doa kpd Allah supaya janganlah Dia tarik nyawa ibu bapaku selagi aku tak sempat membalas jasa mereka dalam bentuk kejayaan yg mereka inginkan..
Keesokannya…
Ayah: Nadia,virus tu dah berjangkit kat paru2. Doktor cakap peluang nak hidup 50-50.Ko bz ke skg?
Nadia: (aku sgt terkejut) Skg ada rehearsal natyanjali. Aktiviti kat u…takpe la,orang dtg sana sekarang.
Aku bergegas menuju ke HUKM. Aku sedaya upaya menahan air mataku dari tumpah di hadapan kawan-kawanku. Dalam bas aku tak sedar yg air mata aku mengalir setitik dua…Dan seperti biasa HATI AKU CELARU DAN SERABUT!!!!
Sampai2 HUKM aku lap air mata yg masih bersisa. Aku tak nak ayah aku tgk aku nangis. Ayah aku bw masuk icu. Masa tgk keadaan mak aku,aku tak mampu tahan air mata dah. Air mataku tumpah lagi. Aku pandang makku dgn pandangan sayu. “Mak,kenapa mak jadi macam ni??” . Tyme tu ayah aku dah kluar dan biarkan aku keseorangan di situ. Dengan wayar yg berselirat,dengan mulut dan hidung ditekupi dan disalurkan oxygen dr tangki oxygen,aku dapat rasakan kesukaran mak aku mengambil nafas. Aku perasan sesuatu. Perut mak aku dah kempis! Hanya dengan beberapa hari di icu.Walaupun aku tahu mak aku masih koma dan tidak sedarkan diri tp aku nak cakap jugak…
“Mak,bangunlah mak.Semua orang nak tgk mak bangun.Mak maafkan orang kalau orang ada buat salah selama ni. Mak,bangunlah mak.Orang tak nak tengok mak macam ni.”
Dan ayat itu kuulang beberapa kali…Aku dah tak tahan melihat keaadaan mak aku tuh,aku keluar dr wad icu. Kat luar,kat bangku, aku bersama-sama kakak dan adik aku sama-sama menangis. Menangis sambil merenung kosong. Pandanganku seolah-olah tembus. Selama 20 tahun hidup,aku tak pernah menangis macam ni. Menangis tanpa berkata apa-apa sambil berfikir. Berfikir macam mana kehidupanku tanpa makku di sisi. Kalau terlalu sedih+fikiran aku tgh fikirkan sesuatu aku tak mampu mengeluarkan walau satu bunyi pun. Masa tu,aku dah tak pedulikan berpuluh pasang mata yg sedang memandang. Para doctor,jururawat,attenden hospital dan juga orang awam yg lalu lalang.Ada juga memandang pelik. Ya,tengoklah dunia,aku sedang menangis di kala ibuku bertarung nyawa untuk hidup. Aku menangis sebagai seorang ANAK. Malu?Ah,mereka bukan kenal aku pun. Buat apa nak malu?? Mereka tak tahu apa yg sedang aku rasakan. Sumpah! Tyme tu aku rasakan yg aku berharap sgt Allah tarik nyawa aku tyme tu jugak. Tapi orang kata tak baik doa macam tu tp jauh di lubuk hati aku,itu yg aku harapkan. Aku tak nak rasa kehilangan orang yg aku sayang walaupun selama ni aku jrg tunjukkan secara directly sebab…aku malu! Pelik kan?? Takkan dgn ibu bapa sendiri pun nak malu kan? Tp aku mmg macam ni…MALU!!!! Aku susah nak tunjuk kasih syg pada org yg aku sayang.Selama ni aku tak biasa nak manja2 dgn mak dan ayah aku sbb aku malu..Tapi aku takdelah sampai berkasar…Just smooth n steady…cool jek..Tyme tu aku rasa menyesal sebab tak pernh tunjukkan kasihsayang aku kat mak aku.Dan yg paling pasti, AKU TAKUT TAK SEMPAT!!!!
Semua saudara mara aku datang dan kesemuanya mengalirkan air mata. Cik Zidah kawan baik makku menangis bagaikan menggila. Mereka sangat rapat sebenarnya. Ayah aku cakap darah mak aku dah terlalu kotor. Kotor disebabkan VIRUS GILA TUH! Kata ayah aku,doctor mencadangkan sample sel darah mak aku di ambil dr air tulang belakang. Ini dibuat untuk mengetahui tahap virus tu menjangkiti mak aku dan memberikan rawatan yg sesuai untuk menghalang virus itu merebak. Ayah aku terkedu! Menurut pembacaanku, jika sample air tulang belakang diambil,ia boleh membawa maut atau kelumpuhan. Ayah aku bingung dan tak tahu nak membuat keputusan. Ayah aku termenung dan serba salah. Kalau lambat sign kebenaran ambil air tulang belakang tu,keadaan mak aku akan bertambah kritikal. Doktor ckp tak semestinya ambil air tulang belakang boleh lumpuh. Atas dasar kemanusiaan, ayah aku menelefon abang2 makku untuk meminta pendapat mereka. Dan,mereka semua bersetuju. Ayah aku cakap dia nak inform kat nenek aku pasal mak aku. Tanpa ayahku sedar, aku mengekorinya dengan pandangan mataku. Dari kejauhan aku lihat ayahku mengelap air mata ketika menelefon nenekku. Mengelap air mata lelaki yg tumpah dari bening matanya. Dan…aku hanya mampu menangis..Walaupun begitu,jauh di sudut hatiku,aku yakin mak aku akan hidup. Dia akan menang dalam pertarungan melawan virus denggi yg sedang menjalar hebat di tubuhnya itu. Dia akan menang! Seorang kawanku pernah kene denggi dan masuk icu selama beberapa hari. Dan dia hidup. Atas dasar itu,aku yakin mak aku akan macam itu. Dia akan hidup. Atas dasar keyakinan itu, aku tidak menangis menggila atau meraung sebab AKU SANGAT2 YAKIN MAK AKU AKAN SEMBUH. Aku gunakan ayat tu untuk menenangkan hati kakak aku.
Tak lama beberapa hari lepas tu aku dapat berita yg mak aku dah keluar icu(masuk wad biasa) dan keadaannya dah stabil. Dia dah sedar. Syukur sangat2. Aku lega dan menangis kegembiraan. Belum sempat aku melawat mak aku,ayah aku cakap mak aku dah boleh keluar wad dan balik rumah. Aku mengiringi mak aku balik rumah tyme tu…
Mak aku: eh nadiah,ko takde kelas ke ari ni?(sakit2 sempat lagi tanya)
Aku: Takde..Ari ni kan ari ahad.Mana ada kelas…
Sejak itu,aku dah pandai bermanja dengan mak aku. Mungkin mak aku sedikit pelik pada mulanya tp aku tak kisah. Mungkin mak aku tertanya-tanya tp aku tak kisah. Sejak itu juga mak aku sudah pandai bermanja dgn aku. NGEH3X. Sejak peristiwa tu, kami straight forward dalam semua hal. Aku semakin berani menunjukkan kasih sayang aku kepada mak aku. Aku totally berubah! Takde malu-malu dah.
Aku ingat masa kecik2 dulu.Kalau mak ngan ayah aku balik lambat je,aku kat rumah dah fikir macam2 dah. Aku terfikir yg diorang accident!!! Memang tak baik fikir bukan2 tp kalau terlalu risau aku akan fikir macam tu. Aku rasa macam cacing kepanasan kat rumah. Tengok tv tembus sebab fikir macam2. Kadang2 bila bayang2 macam tu aku sampai boleh menangis meleleh-leleh air mata. Aku siap fikir macam mana nanti bila mak n ayah aku takde.Aku adik beradik nak duduk kat mana. Aku nak nangis macam mana(contoh: meraung ke,pukul2 dinding ke~macam dlm drama tv slalu tunjuk tu) Sedaya upaya aku tak bagi kakak n adik aku nampak aku nangis sbb…malu! Malu sbb fikir bukan2. Pastu bila ayah n mak aku dah balik rumah baru aku lega+kesat air mata…huhu..gembiranya takde apa jadi kat diorang. Gembira apa yg aku bygkan x jadi kenyataan..
p/s: 1) Tunjukkan kasih sayang anda pada orang yg anda sayang sementara mereka masih hidup. Jangan nanti bila mereka tidak ada,penyesalan mula tumbuh dari hati walaupun anda tahu penyesalan itu takkan memberi makna dan tak mampu merubah apa-apa pun. 2) Sayangilah ibu bapa anda sementara mereka masih hidup. Berikan apa yg mereka mahu dan jangan sesekali melukakan hati mereka. 3) Kadang2 bila kita hampir kehilangan seseorang, baru kite menyedari yg kite amat menyayanginya 4) Pendek kata hargailah orang yg anda sayang di depan mata anda….
Masih bersiaran
4 years ago
16 voice out:
thanks for visiting my blog :)
amboi panjangnye cerita..hehe
anyway jangan terlalu berfikir terlalu jauh sebab menda tu kita tak boleh nak agak..kalao terlalu memikirkan seolah menjadi doa juga kan?enjoy la ngan family selagi diorang ada..peace! :D
13 may 1969:heheh..welcome =)
khaleef: btul2...tapi..er..er..kadang2 susah nak halang untuk berfikir ttg seseorng,tmbh2 kalau melibatkan org yg disayangi..huhu
sedih baca entry ni sampai hampir mengalirkan air mata... dulu farah pun ade mslh sama ngan nadia.. iaitu susah nk tunjukkan kasih sayang pd parents (wp dlm hati sayang sangat).. tp bile dh grow up ni, fikiran pun makin matang.. n i think dh masanya utk buat my parents bahagia sbb ada anak yg sayangkan diorg...
farah: btul2..masalah kite sama=) tp skg dah ok dah.matang sket...manjew2..heheh
hu...hu..hu... mak...
Alhamdulillah semua dah ok...
:) hope semuanya ok..
Adakah ia dipanggil dugaan?
shino >--- dugaan dan mungkin juga peringatan kepada yg terlupa
xsalah pon nak manja2 ngan parents kan..hehe..bile lagi =p
kematian itu satu benda yg pasti
hargailah bnd yg kita miliki sekarang sblm dirampas balik(pesanan utk diri sndiri)
sedih baca post kak nad ni...
farah>betul2..huhuhu
imazaimi>-- betul tu ima.hargailah apa yg kita ada skg sebelum ia hilang dan kita takkan dapat merasainya lagi...
alhamdulillah, mak awak sihat semula.. =)
butterfly85>--- :-)
....kita harap sgt mak kita mcm mak kamu..ley bgn balik.. =/
alhamdulillah ur mom is oke..
;)
Post a Comment