Pages

pengorbanan

Berkorban apa saja

Harta ataupun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia


Upm secara rasminya bercuti pada 10 hb 11 2008. Cutiku pula sepatutnya secara rasmi ialah 1hb 11 2008(sebab last paper 31 hb 10). Tapi NADIA TAKBOLEH BALIK RUMAH LAGI .Uwawawawa…. Semuanya kerana nadia terpaksa menyiapkan final year project. Sebab kalau tak buat cuti ni, alamat TERamat busy lah nadia sem depan. Silap2 boleh extend sem lagi kalau project tak siap. Lagipun tajuk yang nadia buat ni bukannya senang. Memerlukan kegigihan yang tinggi. Extract chemical compound daripada daun Sauropus Androgynus(asin-asin.selalu masak untuk buat masak lemak). Dengar macam senang. Tapi,fuh! Nak dapat the pure compound tu memang lah susah dan memerlukan masa yang lama. Banyak step yang kene diikut. So,nak taknak terpaksa mengorbankan sedikit cuti sem ni. Nasib baik one of best friend nadia pun lab nadia jugak. Tempat kitorang buat project ni pun sebelah2 je.Mula-mula macam tak percaya je nadia dan dia under supervisor yang sama. Kami tak rancang pun nak minta 1 supervisor yang sama.Bukan kami je yang tak percaya,orang sekeliling kami pun tak percaya. Sesape yang tahu kami satu supervisor semua terkejut. Aiseh,semua ingat kami rancang untuk satu supervisor padahal segalanya terjadi tanpa dirancang. Maybe sebab kami ni satu geng(best friend) kot, so agak mustahil untuk tersama sebab pemilihan tajuk dan supervisor adalah secara rawak actually..Nasib baik la dia ada. Takde la nadia bercakap dengan dinding masa buat lab. Taklah bosan sangat. Bercakap dengan best friend lain feel nya berbanding bercakap dengan kawan biasa act.

Disebabkan kami takut mati kebosanan, so kitorang bawalah laptop ke lab. Sambil2 buat lab sambil2 surf internet n chatting. Wireless fakulti lebih laju dpd wireless kat kolej. So, agak best untuk mendownload apa-apa. Ada sekali tu,tengah duduk syok surfing2 internet ni, tiba2 kami terdengar suara Prof Mawardi (supervisor kitorang), secara automatic dan serentak kitorang terus berdiri dan tengok column masing-masing(dengan erti kata lain>--- buat2 busy) padahal takyah buat apa-apa pun sebenarnya. Means kitorang boleh surfing sementara tunggu larutan yang diextract penuh 200 ml. Tapi kalau Prof datang tempat kitorang n tanya pasal progessing project,tyme tu tgh surfing, cam pelik la pulak kan. Mungkin rasa macam bersalah kot surfing depan Prof kot…haha…macam pura-pura la pulak kan..hoho. Tapi kitorang memang macam ni pun selalu. Kalau dengar je suara Prof,terus meluru tengok column masing-masing…


Nama tempat: Tempat persembunyian dan pertapaan nadia selama lebih kurang 1 bulan

Tuan guru: Prof Mawardi,budak2 master dan Kak Najihah(PHD students)

Lokasi: G32,Lab Natural Product, Fakulti Sains , UPM




sambil tunggu benda ni kering boleh la berinternet(dalam 15-20 minit)


sambil tunggu kelalang kon ni penuh pun kami boleh berinternet jugak =). Benda ni jatuh setitik-setitik so lama jugak la nak tunggu.








mejaku yg penuh dengan barang, hanya dikemas setelah selesai kerja=)


yang gemuk tu column nadia,yang kurus sikit, tu sya punya.


column dulu nadia punye
yang tak jadi(ada kesilapan teknikal)


distillation process

Agak serabut kan lab kitorang? Tapi serabut2 pun,lab kitorang ni boleh kira antara lab yang tercantik kat fakulti sains ni (chewah!) sebab nadia da try tengok2 environment lab lain,lagi serabut. Terutamanya lab kimia polimer. Fuh,serabut giler. Sempit plak tuh. Dengan bau polimer2 yang agak busuk(bukan agak tapi memang busuk pun). Tak bleh tahan..hohoho






Benda ni ada sejarahnya yang tersendiri. Ada sekali tu botol tu dah penuh tapi sebab terlupa nak tukar botol yang lain, solvent klorofom ni melimpah ruah. Walaupun tak banyak tapi bau satu lab. Kuat! Masa nak tukar botol lain tu,nadia terpaksa tahan nafas sebab bila dekat2 tu, bau dia tu sangat kuat. Rasa nak pengsan je masa tu. Tahan nafas pun bau tu still masuk. Tahan nafas pun boleh rasa nak pengsan,kalau tak tahan nafas macam mana? Memang betul2 pengsan la kot! Tapi, bau solvent EA( ethyl acetate) lagi power drpd klorofom. Ada skali tu EA tu just meruap je(tak tumpah pun) tapi bau dia naik sampai sya batuk2. Sampai kene bukak semua tingkap n pintu lab. Sya pernah tanya Nadia, “Kalau EA lagi power dpd klorofom, kenapa orang tak guna EA untuk pengsankan orang ek?”. Nadia jawab “Sebab kalau guna EA, orang boleh mati terus! tak main pengsan2 dah.hoho”

27 voice out:

farah, s. said...

waaa.. lab kimia.. suka2.. rindu nye...


huhu..
nadia, sempat lagi tu nak berinternet sementara tunggu mende tu kering.haha.

penah x tertumpahkan bahan kmia? huhu. mesti bahaya kan ari2 deal dgn bahan2 chemical cmni. ;p

Nadia said...

eheheh,,entri ni untuk mengubat kerinduan farah la =).heheh

sempt je berinternet.masa yang ada jgn dibuang begitu saja...wakakakaka

uhuhu..banyak kali tumpah gak..bahaya jugak farah,kalau tumpah je takde bau takpe.bau dia yang buat bahaya tu,naik sampai otak...tu la,nadia tgh fkir2 gak,nak continue dlm bidang kimia ni @ tak.kalau continue pun,kejap je kot.tanak lama2.ngeee....

Anonymous said...

hahaha...tak balik?
Q pun tak dapat balik kampung.
cuti ni kene tahan kat kolej.

Nadia said...

q>--- uiks!awat?

Anonymous said...

laboratory of comfusion!!
hahaha...

Nadia said...

khaleef>--- apa itu comfusion?*innocent*

Nadya Heidi aka nadxoxo said...

wah..lab kimia..teringat masa zaman skolah upper form dulu ;)

Nadia said...

nadxoxo>--- kimia jugak ke dulu?

Anonymous said...

yela kene buat keje la...
buat majalah kolej
ade program lagi mase cuti ni

Nadia said...

q>--- owh..ni kira budak aktif kolej la ni :D

Anonymous said...

urm... wah... lab.. huhuh... apepon gud luck ya nadia... caiyyok caiyyok...

Anonymous said...

wah.... sempat lagik memblog sambil buat project.... mmg best...

Thenadi said...

ala cuti dok umah x besh o. mcm kesalahan je surf internet ey??

Nadia said...

fiza>---tengs2 :D

ketuk angle>---uish,mana sempat berblog kat lab.surfing internet je n comment org nyer blog..berblog ni tyme malam je..heheh

eclipse>---ehee..rasa macam tak tp kot2 la dia ingat kita leka dgn internet padahal boleh je kalau tengah tunggu apa-apa@turn...

Nadia said...

eclipse>--- cuti dok rumah la best.boleh tengok tv n jejalan ngan family

Thenadi said...

ala cuti jalan2 ah, berprogram ah apa lagi

Nadia said...

Kat rumah boleh la berprogram.kat sini tak leh.takde keta.lesen pun takde.miahahhaha

en_me said...

tak takut balang itteww tetiba meletop macam tong gas ngv ittewww kerrr.. ekeke

Nadia said...

en_me>-- no worry...takkan meletup nyer...bukan gas hydrogen.heheheh

Anonymous said...

woaa,lamenye takk g lab =c

Nadia said...

yg7>--- nak pegi ke?meh datang sini melawat :D

Anonymous said...

duk kolej brape?

Nadia said...

q>--- kolej 5.nape?

EP_JB said...

cm makmal dr evil dalam movie...hehe

Nadia said...

ep_jb>---owh ye ke?tak tengok pulak movie tu :D

Anonymous said...

tersalah da..
confusion..hee

Nadia said...

mahsyar>--- dah agak dah.Tp innocent sebab...manalah tau ada perkataan english 'comfusion' tu n aku tak tau ke.Takde kamus BI skg.heheh