Pages

warkah panjang berjela untuk nana...


Angah chicibuya !

Aku rindu la kat Mike He aku tu.

Ko balik lambat sangat la.25 hb kan..hehe

angah doakan aku dr sne tau.Mudah2an aku berjaya dalam spm…Amin…

Cuak siot…heheh


Saya(aish..kali ni tukar ganti nama saya pulak ye) bukak inbox kat phone tadi. Saje nak tgk mesej2 lama (yang tak berapa lama sangat). Saya terjumpa mesej yang adik saya kasi ni.Dia merupakan satu-satunya adik saya dan dia antara orang yang paling rapat dengan saya sehingga antara kami bagaikan tiada rahsia.Tiba-tiba saya terfikir nak buat ‘sesuatu’ untuk dia.Nak hadiahkan kepada dia nanti.Lagipun,birthday dia dah dekat ^_^



WARKAH UNTUK NANA

Nana..Aku sayang ko! Wah,free2 je ko dapat ayat azimat berharga daripada aku ni. Ko ingat senang ke aku nak cakap sayang2 kat orang ni? Memerlukan keberanian dan keazaman yang tinggi okay. Bukan macam Aliff Aziz yang lancar menggunakan perkataan ‘sayang’ dalam lagunya itu ^_^


Psstt…nana

Nama sebenar ko LIYANA BT AB WAHAB (dengan sengajanya aku tulis nama penuh ko supaya kalau ko saje goggle nama sendiri, ko akan terjumpa entri aku ni.lalalalala). Nama aku pulak tukar je LIYANA tu jadi NADIAH. Pendek kan nama kita. Kita selalu complain ngan mak (complain dalam gurauan)

Aku: Mak, kenapa bagi nama kitorang pendek2? Satu nama je.Bagi la panjang2 sikit. At least ada dua nama yang biasanya orang lain ada. Letak la Nadia Syazliana, Nadia Syaliza ke. Ni nama nana ni, letak la Natasya Liyana ke Liyana Syamira ke..

Mak: Amboi,nama nak glemer kemain! (tergelak kita terkekek-kekek ! Haruslah nama kene glemer kan? Sedap di dengar) Eh, bukan mak yang bagi la. Ayah ko yang bagi. Tanyalah ayah ko. Mak tak tahu apa-apa.

Ayahku menyampuk: Ayah amik daripada buku tau (sambil menggayakan aksi menyelak buku.Dia memang suka bercakap+gaya yang bersungguh. Harap maklum). Satu nama ada maksud takpe. Daripada panjang2 takde maksud?

Aku: Ala,kalau susah2 sangat, letak la Nur kat depan2. Nur>-- cahaya. Haa ada maksud ape…

Ayah: Ala, ok la tu nama tu. Cuba ko bayangkan kalau ayah letak nama korang Kamariah ke, Karimah ke, Saripah ke..camne?(saje je ayah nak berkerek ni)


Psttt…Nana…

Kita banyak persamaan kan? Aku Korean drama n movie addicted, ko pun sama. Aku la yang bawa pengaruh citer korea kat ko. Segalanya terjadi sejak aku keje sementara lepas SPM dulu kat kedai cd citer korea kat S&M kat KL tu. Tyme kat sana aku tau sumer cite2 korea yg besh dan terbaru. Aku yang mencadangkan citer korea besh kat ko untuk ko tengok. Hasil pengaruh aku, ko beli cd Stairway To Heaven tu pakai duit sendiri hasil kumpul duit belanja yang mak bagi. Itu citer korea first yang ko tengok. Lama kau kumpul untuk beli tapi lepas ko tengok , ko mmg puas hati dan tak nyesal pun. Ingat lagi tyme kita marathon dari pukul 9pg-4 pg keesokan hari semata-mata tengok citer Stairway To heaven tu. Rehat untuk perkara2 yg penting je. Tyme tu mak n ayah takde kat rumah kita bermaharaja lela la kan.Tyme aku balik rumah cuti je, aku sanggup marathon tido pukul 5 pagi tengok citer korea,ko pun sama jugak, join sama(even siaran ulangan berkali-kali kat laptop ko slalu join aku tengok). Sampai ayah pun pelik dan tertanya-tanya nape bil elektrik tiba2 melambung naik bila tyme aku balik(heheh). Aku suka ct ko pun suka jugak. Bila aku nyanyi lagu ct je, ko pun nak nyebok gak nyanyi skali. Potong line aku.Masa aku bawa pengaruh ct kat rumah dulu,aku sorang je yang minat dia. Last2 aku tak tau sejak bila(mungkin sejak aku asyik mendendangkan lagu ct berulang-ulang kali),ko pun minat gak. Aku suka lakonan Aaron aziz dalam emil emilda, ko pun suka jugak. Aku suka perwatakan Lee Dong Wok dalam My Girl, ko pun suka gak. Pendek kata semua benda dan perkara yang aku suka, ko pun suka jugak. And the unique is, cara gelak kita pun sama kan? Tengah kita gelak sakan tu sempat lagi ko suruh berhenti ketawa kejap semata-mata nak cakap “Kejap2! Kenapa aku rasa macam cara dan nada kita gelak sama ek?” .Err..sebenarnya aku dah lama perasan dah cuma aku tak cakap ngan ko je,tak sangka ko pun perasan jugak cara kite gelak sama. Entah la nana, aku pun tak tau apa sebabnya . Asik sama je.Suka pun pada benda yang sama.Jangan ko suka laki aku dah la ye ^_^.wakakakaka…Er…nana, bila kita jumpe persamaan2 di atas ni, aku slalu cakap ngan ko “Nana,ko ni suka tiru aku kan.Aku suka ,ko pun suka gak!”. Tyme tu kita bergurau. Tapi kan nana,sebenarnya aku saje je ckp macam tu,just nak main2.The reality is, aku suka sebab kita bnyk persamaan. Susah kan nak jumpa org yang sama minat ni..


Pssttt…nana…

Kita pernah melalui peristiwa sedih sama-sama kan? Buat pertamanya berlaku dalam family kita. Aku dah coretkan dalam entri tentang peristiwa itu kat blog aku ni buat tatapan ko. Sejak itu aku perasan yang ko lebih menghargai mak. Perasan tak, sejak peristiwa tu kita dah pandai initiate untuk manja2 and gurau2 dengan mak. Dengan ayah dan along skali. Kita da pandai mencari idea untuk mengusik dan mengenakan antara satu sama lain menggunakan cara yang ideal tanpa ada yang terasa (nama pun gurau kan?)Sebelum tu kita macam malu-malu kan?ekekek…Kita lalui hidup kita dengan gembira, gurauan dan ketawa tanpa sebarang sekatan. Sikit-sikit nak gelak. Ada je bahan untuk digelakkan, kita akan ketawa beramai-ramai dengan sepenuh hati. Ko perasan tak nana tabiat kita bila tengok tv satu family? Bila tyme iklan je kita akan berguling dan bergusti dengan mak sambil gelak2. Aku tak join sebab aku kurus, korang sumer sama saiz takpe la(bak kata ayah.Ayah pun kurus jugak mcm aku.heheh). Kalau aku join confirm2 aku kalah terhimpit susah nak bernafas. Ayah ngan ayah hanya mampu tengok. Ko perasan, aku slalu usik perut mak yang ‘lembut’ tu sambil cakap “Baby… tido senyap2 ek..” padahal mak banyak kali cakap perut tu memang semulajadi begitu. Gemuk selepas lahirkan kita tiga beradik. Nenek tengok pun terkejut n cakap kita terlalu selamba dengan mak. Macam treat kawan pulak. Nenek cakap kalau zaman dulu-dulu, anak-anak akan takut dengan mak dan ayah mereka. Mereka biasanya tunduk dan tak berani gurau lebih-lebih dgn ibu bapa. Masa tu kita tergelak kejap kan nana? Mak ngan ayah pun tergelak kejap.. Kelakar plak statement tu. Tak dapat bayangkan kalau situasi itu berlaku kat family kita. Bosan kan? Tapi, takpe la nana. Nenek tak tahu cara kita bergurau dengan satu family memang macam tu. Tak bermakna kita tak hormat mak n ayah kita kan? Mak ngan ayah pun memang suka main2 dengan kita macam tu. Orang yang tak biasa tengok memang la tak tahu kan?


Nana chicibuya!!!

Masih ingat dengan nick-name ni? Ko kene ingat trademark nick name ni sampai bila-bila. Aku yang bagi kat ko. Bila aku jerit dari jauh “Chicibuya! Owh chicibuya!” , ko seolah-olah tahu yang aku panggil ko dan ko terus datang kat aku and cakap “Ada apa angah chicibuya?”. Mula-mula dulu ko tanya aku mana aku dapat perkataan chicibuya ni.Aku jawab yg aku pun tak tahu.Aku main sebut je. Yang pasti sebab aku slalu terdengar pelakon citer korea dia sebut macam tu(not exactly.Aku rasa ‘buya’ je. ‘Chici’ tu tak tau mana datang) dan kita kan selalu tengok citer korea sama-sama sebab tu aku khaskan panggilan tu kat ko. Lama2 ko pun terikut-ikut dan panggil aku ‘Angah chicibuya’.


Pssttt…Nana…

Mak rajin layan kegilaan kita kan? Ko ingat lagi tak, kita selalu suruh mak sebut perkataan ‘chicibuya’ tu bersama memek muka + gaya skali. Mak cakap mak tak tahu macam mana nak sebut dalam lenggok korea. Mak tanya kita “Macam mana nak sebut?” Kita pun siap buat demo lagi beserta gaya. Mak macam malu-malu nak sebut pada mulanya tapi kita paksa mak sebut jugak. Tapi bila mak sebut je terus pecah kita bertiga. Kita gelakkan mak. Mak pun tumpang gelak.Kita bertiga gelak sakan. Ayah dan Along hanya mampu tengok kita dan geleng kepala. Kelakar kan nana? Cara mak sebut beserta gaya yang ditunjukkan macam pelik. Nak buat tone orang korea cakap tapi tak jadi dan kedengaran kelakar pulak. Ko siap ajuk lagi cara mak sebut tu lepas mak cakap(siap gaya lenggok badan lagi). Terkekek-kekek mak gelak atas ketidakjadian sebutannya itu. Until now kita ajar mak berkali-kali pun mak tak lepas lagi. Hohoho.


Pssttt…nana…

Kita slalu sharing2 kan? Macam2 benda. Pasal citer korea la,pelakon korea la,pasal sepupu kita la.. Ko pernah cakap kalau aku takde kat rumah, ko macam takde inspiration. Ko cakap ko suka kalau aku nasihatkan ko dari sudut pelajaran. Cara nak excellent dalam math dan type2 soalan SPM. Ko cakap kalau aku takde kat rumah, ko macam takde semangat untuk belajar sebab takde aku untuk memberi kata-kata semangat untuk ko. Ko cakap nasihat aku besh. Kembang kempis sekejap masa ko puji aku tu. Aish..Ko ni nana, kalau nak puji aku pun jangan la puji aku depan-depan dan terang-terangan. Malu aku weh! Tak tau nak react macam mana~ Dari sudut kematangan plak,kita slalu gak citer pasal rumah tangga , kecurangan or pasal cinta. Ko bagi pendapat ko, aku bagi pendapat ko. Walaupun pendapat ko tak seberapa, tapi aku suka nak dengar ko punye point of view. Mungkin sebab kita serasi dan aku tak kisah walau macam mana pun pendapat ko, aku suka nak dengar. Cara kita bercakap pasal cinta pulak macam kita ni dah ada pengalaman pulak kan? Padahal tak pernah pun bercintan-cintun ni tapi gaya macam mengalahkan along yang dah bercinta dan bertukar bf sebanyak 3 kali tu. Along pulak, kalau dengar kita nyer pendapat, dia slalu cakap kita ‘berfalsafah’ kan padahal kita bercakap dari sudut pandangan kita. Aku rasa kalau dia jumpa kaunselor mesti dia tertekan sebab kaunselor lagi la ‘berfalsafah’ daripada kita. Wakakakaka


Psssttt..nana..

Ko ingat lagi dulu aku rapat dengan along. Mungkin sebab umur aku n dia nak dekat2 sama.Beza 1 tahun. Aku ngan ko beza 4 tahun Aku ngan along slalu jadi geng and buli ko. Tapi tu dulu. Tapi sekarang aku rasa aku lebih banyak bercakap dengan ko berbanding dia. Segala rahsia aku berada kat tangan ko. Mesti sebab kita banyak habiskan masa bersama kan? Hmm…kalau mak or ayah balik kampung pegi kenduri kahwin ke ko mesti tanya aku, aku pergi tak. Kalau aku taknak pergi, ko pun taknak pergi jugak. Aku pun macam ko jugak…Kalau ko tak g, aku tak nak p jugak.


Pstt…nana..

Ko tau kalau ko takde aku rasa sunyi je…Bila tyme aku balik rumah ko takde(ko pegi camping ke,tido rumah kawan ke), aku rasa amatlah bosan. Aku harap ko cepat-cepat balik. Ko pun macam tu jugak. Selalu suruh aku balik rumah walaupun aku busy kat sini. Aku pun memang la slalu nak balik tapi memandangkan aku di final year so tak leh balik selalu. Takpe,nanti aku da abis study nanti kita marathon citer korea sama-sama lagik ek? Sekarang tengah kumpul material citer2 ni.Ngeee..


Psstt…nana

Setiap perhubungan adik beradik tak sah kalau tak gaduh. Kita pun macam tu jugak. Kalau kita gaduh je confirm rumah kita tu jadi sunyi sepi je. Sebab selalunya kita lah yang ‘membisingkan’ rumah. Sampai mak boleh detect dan bertanya kepada ko “Gaduh ke” dan ko hanya menjungkitkan bahu je(aku pernah tengok dari jauh @sengihnampakgigi) . Mesti ko nampak aku macam cool je kan padahal hati aku tak tenang je masa tu.Masa kita gaduh tu aku rasa kehilangan je(walaupun kejap)


Psstt…Nana

Ko rajin teman aku pergi mana-mana. Ko ingat lagi,kalau tyme family kita pergi econsave, aku mesti minta ko teman aku pergi beli sushi kat jusco (depan econsave). Walaupun jauh jaraknya,ko sanggup temankan aku.Aku minta ko teman sebab jalan nak pergi sana agak gelap. Mula-mula ko complain, tapi lama-lama ko teman aku dengan kerelaan hati dan ia seolah-olah menjadi kebiasaan bagi ko sekarang. Terharu aku nana ^_^. Aku tahu, ko sayang aku kan nana? Kalau tak,ko takkan teman aku walau macam mana hebat pun aku pujuk kan? Kalau aku pujuk along,banyak pulak alasan dia. Penat la apa la, tapi kalau ko,ko tak complain pun


Psstt…Nana..

Ko ingat tyme aku bawa budaya ‘bergurau ala manja2’ kat rumah dulu. Dulu masa mula2 ko cakap “Gediknya minah ni.” Pastu aku balas “ Rilek la nana. Main-main je.Layan sudah. Kalau tak menggedik dengan ko,aku nak menggedik dengan sape? Takkan dengan lelaki kot*wakakakakaka*”. Sejak tu aku perasan yang ko pun bergurau dengan aku menggunakan cara yang sama. Ko pun terikut-ikut dengan aku. Kita sama2 gedik. Dan yang paling penting tak sape tahu selain along,mak dan ayah. Ko memang selalu terikut-ikut aku kan nana. Kalau ada apa-apa benda yang melucukan yang aku gelak(walaupun benda kecik) , ko mesti sambut. Means kita akan gelak sakan bersama-sama dan penuh perasaan dan penghayatan yang optimum. Sampai ayah pun heran n cakap “Eh2,kelakar sangat ke? Beria-ia gelak nih. Eh”. Pastu sambil ketawa aku akan cakap ngan ayah “Kelakar2! Kan nana kan?” Ko pun angguk sambil gelak dan kita siap give me 5 lagik. Aku suka kenekan ayah sebab ayah agak kerek dan suka cari point kenekan kita. So, nak cari point untuk kenekan dia agak susah(sebab dia pandai cari idea untuk tepis point kita) sebab tu bila aku dapat idea untuk kenekan ayah yang ayah sendiri tak dapat tepis, aku akan gelakkan ayah habis-habisan kerana kegembiraan yg terlampau.Ngeh3x..Aish..memang la ayah cakap macam tu sebab rasa malu coz tyme tu dia dah terkena. Ayah tu kalau kenekan mak pulak, dia jugak yang gelak lebih2 jugak. Penuh bersungguh-sungguh cerita kat kite siap dengan gaya lagi (yang kadang2 sengaja dioverkan) untuk ajak kita join dia gelakkan mak skali. Tapi kalau aku terkena (macam biasa ayah yang slalu bagi point untuk kenekan aku), ko, ayah, mak n along pakat-pakat gelakkan aku. Ko tak back up aku pun nana! Tapi tak pe la,sebab kalau ko yang terkena aku pulak berpakat ngan diorang untuk gelakkan ko.Nga3.Adil kan?hehehe


Psstt…nana..

Ko ingat lagi nana,aku slalu cakap ngan ko “Nana,ko tau nana,ada orang cakap aku ni pemalu.Wakakaka.Pemalu ke aku ni nana?Cuba ko cakap sikit” Pastu ko cakap “pemalu?Hahaha.Perasan! Pemalu taik kucing! Aku tengok tak malu adalah.Hahaha”. Ehh…aku ni pemalu jugak la nana.... Kalau tak , dah lama aku print entri ni bagi ko baca. Ni buat apa aku buat warkah segala bagai kat blog2 ni aih. Kalau tak, baik aku bagi direct je kan? kan?Itu bukti tu..hehehe..Lagipun kalau aku simpan entri ni dalam laptop, mesti along akan dapat baca. Malu la aku.Kalau aku simpan mana-mana tempat, kalau misplaced camne? Dah tu takkan aku nak simpan entri ni kat bank Negara suh jagakan plak.Wakakaka.

Nana, ko mesti tau, aku slalu buat muka tak malu dengan ko sebab ko salah sorang yg paling aku rapat kat dunia ni. So, haruslah aku slalu buat muka tak malu dengan ko okay…Ko kene terima jugak*lalalala~


Psstt..nana…

Dalam family kite ko sorang je yang tahu kewujudan blog aku nih. Ko cakap ko nak try masuk blog aku nih kat CC tapi ko asik lupa URL aku.Takpe la nana…Ko masih tidak pandai nak surfing internet..Ko masih blur..Aku faham tapi..


Aku tak kira, andai kata suatu hari nanti ko da pandai berblog atau berinternet, ko harus komen entri aku kali ni okay? Ko ingat senang ke aku nak buat entri panjang berjela cenggini? Sehari suntuk tau! Nak refresh balik memori2 lama kita *LOL*. Kalau ko terbaca entri aku kali ni(kot2 lah ko tergerak hati saje2 nak google nama ko n tiba-tiba boleh terjumpa entri aku ni) tyme aku masih hidup, ko komen lah ye tapi jangan btahu aku ko dah baca tau. Malulah aku. Senyap2 sudah.Ok? Tapi kalau ko tak terbaca entri ni selama aku masih hidup, aku akan wasiatkan entri khas aku ni untuk ko. Print dan simpan ok? Komenlah nana. Contohnya…Ko sayang aku jugak tak? @sengihnampakgigi Cakap la nana……Kekekekeke

By: Angah@Nadiah. Kakakmu yang best! lalalala~@nari

11 voice out:

Thenadi said...

banyak gila nana ko XD miahaha
napa adik agy temban dari ko
sygnya kaka dan adik :0

Nadia said...

hehe...luahan hati haruslah panjang kan? mueheheh

er..dia tembam sebab suka makan kot.Tapi , aku pun suka makan gak. Level dia lebih kurang aku je(tp aku kurang sikit je dpd dia) Entah,tidak ketemu pulak jawapannya..huhu

Nadia said...

eclipse>--- abg ko pun syg ko gak kan?hehe

13may said...

panjangnya...hehhe hehhe

Nadia said...

13 may>--- luahan hati,haruslah panjang kan?muehehehe

amatt mexes amir said...

woahh,mmg sgt pjg,hours ur sis nk bce complete nih,hihiih.

Nadia said...

nazirul>--- kehkehkeh..haruslah panjang.Biar dia baca dengan bersungguh-sungguh.Kui3

Anonymous said...

subhanallah. pjg yg amat entri ni cik nadia oioioi. rsnya, ni dlm sejarah diya baca sampai hbs entri yg pjg berjela [besenya diya skip je entri yg terlalu byk perkataan]. huhu. maybe sbb ur lil sista sama nama ngan adik diya, tu yg terasa nk baca sampai hbs. :D

seronok bila ada kwn rapat dlm keluarga, tambah2 adik beradik. dan apa yg buatkan nadia dan nana sgt byk persamaan, diya rs mungkin sbb ikatan antara kamu berdua sgt kuat. persamaan akan wujud bila kita slalu bersama dgn ssorg. org putih ckp, ada chemistry gitu :D

Nadia said...

diya>--- heheh... panjang kan?takpe,biar dia baca dgn bersungguh-sungguh nanti.kui3

err..pandai la diya meramal :D..Rasanya macam tu kot.Bila terlalu rapat dgn seseorang dan masing2 cuba adaptkan diri,sebab tu boleh ada banyak persamaan..huhu

Thenadi said...

nie memang hadiah terbaik lah

♥L.A.W♥ said...

Sayang lah gila! haha, siyes panjang gila bebonar ;) angah chicibuya! hehe and me nana chicibuya jugakk! Nyiauuuu jgn lupa. #terharusudah :(