Hai my hero! Dah lama kita tak 'jumpa' kan. Missing you. Hahaha.
Orang tengah mood raya aku pulak pergi bantai mood sedih. Hahaah.. Tolong la no sedih2 please..haha..Err..Untuk entry raya , sila lihat entry di bawah ek. Sekarang ni aku tengah mood nak mendownload cerita korea ni (Stairway To Heaven). Dah lama aku tunggu orang upload cerita ni kat youtube, sekarang baru ada. Dulu aku tengok melalui vcd tapi since function dvd kat lappy aku ni tak berfungsi so aku tak bolehlah play cerita ni. Jadi bila tetiba aku ternampak ada orang baru upload(4bulan lepas kot), aku macam teruja kejap.Alhamdulillah, Allah telah memberi petunjuk kepada aku di saat malam raya ni (Errk…Apakah?)
Aku perasan akhir2 ni banyak betul keyword ‘Stairway to Heaven’ yang masuk. Aku pun macam “OMG citer ni dah lama giler how come baru sekarang orang mencari-cari cerita ni?" Disebabkan memenuhi permintaan orang yang mahu review cerita ni, meh sini aku nak share lagi pasal cerita ni.Untuk peminat drama Korea, cerita ini merupakan antara senarai ‘WAJIB TONTON’.haha..Ingat wayang je ke yang ada senarai ‘wajib tonton’? :P
Stairway To Heaven. Macam mana aku boleh ter-tau cerita ni? Masa jadi promoter dulu (form 5). Kat sana bos aku banyak gak la tayang video MTV dari banyak cerita2 korea. Biasa la, promosi kan. Dalam banyak2 tu, mata aku terpaku dengan video cerita ni lah. Cerita ni SAHAJA. Hahaha… Lama aku menghayati video cerita ni. Kalau tak silap aku, video yang bawah ni kot. Hati aku macam ditarik-tarik je untuk tonton the whole drama. Dan at last aku tengok jugak akhirnya.hahah!
Selama 22 tahun aku hidup ni, inilah drama tersedih yang pernah aku tonton. Cerita ni dah lama (tyme form 5) tapi until now aku ulang lagi tengok cerita ni sebab ‘keunikannya’. Untuk pengetahuan semua, bukan semua cerita korea aku ulang tengok banyak kali. Aku ni memilih sikit. Cerita yang terpilih je yang akan diulang tengok sampai banyak2 kali tak jemu. Bagi aku, cerita korea yang sedih (contoh: Autumn In My Heart, Sad Love Story) yang lain memang tak bleh lawan la cerita ni. Citer Winter Sonata pun kalah ok. Dalam banyak2 cerita tak kisah la cerita Melayu ke Taiwan ke Jepun ke, aku ‘mark’ cerita ni sebagai cerita tersedih abad ini .Damn sad. Freaking sad. Bukan sedih2 yang biasa je but I’m crying a lot. Yes , LOTTTT!!! Lame? Haha..You should watch this drama (without skip every episode) from beginning before saying anything. If you skip even 1 episode, you will not feel the same that I felt. Hahaha.. Even boy also said to me yang mereka pun menangis bila tengok cerita ni. LOL. Semua watak memainkan watak dengan sangat berkesan. Tengok sekarang! Siapa belum tengok lagi cepat tengok sekarang! Aku paksa! Hahaha..Suka2 je nak paksa orang kan. Oklah, tak paksa, Cuma promote je. Sebelum tengok aku nasihatkan sediakan tisu sebelum hujan. Eh eh? Hahah…Serius sebab nanti kalau ‘hujan’ turun akan menyesal takde tisu di sisi. Pastu bab-bab romantik mereka pulak mampu buat aku dan nana tersenyum-senyum dan rasa macam diri dilamun cinta pulak. Ewahhhh...
Aku suka melihat emosi seseorang. Sebab melalui emosi, aku seolah-olah dapat meneka apa yang tersirat di sebalik hati orang. Cewahh.. Dari awal sampai akhir, anda pasti akan menyumpah-nyumpah 2 girl yang jahat itu. How can u forgive someone that make your whole life ruin off? Err..melalui drama ni, I’ve learn a lot. Tentang kasih sayang seorang ayah, abang dan anak. Tentang kekeluargaan. Cerita ni merupakan cerita pertama yang mengajar aku erti cinta sebenar (OMG, aku ter-jiwang plak kat sini) dan juga pepatah “Jika anda benar-benar cintakan seseorang, anda perlu berani lepaskan dia dan jika dia kembali kepada anda semula, dialah cinta sebenar anda’. Sweet drama actually. Cerita yang saspen dan tidak dapat dijangka apa yang akan terjadi seterusnya (sebab tu aku dan nana tengok marathon:P). Through this amazing drama, you can feel sad,angry and protective like if you was there. Emosi anda pasti terbawa-bawa sehingga ke penghujung cerita. Tapi untuk gelak2 gila2 tu takde la since cerita ni sedih kan. Nak gelak gila2 boleh la cari cerita My Girl eh. Heehe. Aku ni balance sikit. Kalau asyik layan cerita gelak2 je aku pun macam ada feel nak layan cerita sedih gak sekali-sekala.
Yeah..Setakat ni aku belum jumpa lagi pelakon korea yang boleh bawa watak sedih macam dia (heroin). Sebab tu kot di Korea, Choi Ji Woo digelar pelakon air mata. Bravo!! Dan memang aku tabik spring la kat dia ni sebab mampu bawa watak yang menyentuh hati macam tu. Even memek muka dia jadi buruk ke, dia tak kisah. Tak macam sesetengah pelakon kat Malaysia, memanjang je nak cover cun dalam drama. haha..Aku rasa dalam banyak2 drama (watak sedih) yang dia berlakon, cerita ni la yang paling well perform. Dan di drama ni lah aku boleh ter-kenal Kwon Sang Woo yang cute! Ahahah.. Owhhh…comelnya beliau. Kenapakah tak ada lelaki melayu mcam dia? Wakakaka. Tapi yang peliknya dalam drama lain dia takde la se-cute macam drama ni. Dan aku suka segala-galanya tentang watak Kwon Sang Woo dalam cerita ni. His character I mean. Adorable. Dan percayalah, jika anda menonton cerita ini, anda juga akan jatuh suka dengan Kwon Sang Woo jugak ;)
Oklah, sebagai penutup, ni aku bagi part yang tersedih dalam cerita ni.Saat heroin itu hilang deria penglihatannya. I gallion kot air mata keluar. Hahaha..Kesedihan, ketakutan ,cemas , rindu ,cinta semuanya bersatu dalam satu emosi. Walaupun ramai pilih episode last sebagai part tersedih but I choose this one. Cuba perhatikan emosi dan memek muka yang ditonjolkan oleh Choi Ji Woo (pelakon heroin wanita) itu. Owhhh…Its look like real! I like it! Sukanya aku tengok lakonan dia!!!!!
Part sedih video yg bawah ni pun aku suka jugak (please jump this below video to scene 4:41 until 7:55 (timing) please ). Amatlah menyentuh hatinya alahaiii..Dahla dengan muziknya yang mendayu-dayu. Kalau nak tahu kenapa mereka menjerit-jerit macam tu, kene tengok dari awal la kay.heehhe
p/s: Cerita ini mempunyai susunan muzik yang menarik dan SANGAT kena pada tempatnya. Well done! Ada sejenis muzik yang selalu dimainkan dalam cerita ni. Muzik ni muncul bila ada adegan ‘surprise’ yang akan muncul. Sebelum tengok cerita ni aku memang kutuk giler la muzik ni. Apa la muzik macam opera pun ada orang suka. Lepas habis je tengok semua episode, dengan aku2 sekali addictive dengan muzik tu. Hahaha..
p/s: Adalah perkara yang menyedihkan bila keluarga kita layan kita macam tak ada harga diri tapi wujud orang lain yang sudi layan kita macam keluarga sendiri. Sanggupkah anda ‘menyingkirkan’ adik/anak kandung anda demi orang lain? Walaupun anda rasa ianya MEMANG SEPATUTNYA BEGITU, tetapi atas nama ‘ikatan, sanggupkah anda? That was the HARDEST thing I think. Sebab tu aku rasa cerita ni agak logic ;)
Oklah, banyak betul aku menghulur video dalam entri ni. Dan macam panjang jugak entri ini ye.. Err..Kind of obsessed . Layankan aje lah ek:P
p/S: Sesiapa yang rasa nak tengok cerita ni, bolehla pergi ke youtube dan search keyword “Stairway to heaven ep1” and you will find it. Ataupun straight away pergi ke link ini>--Link. Yang telah diupload oleh The Silent Boi. Oh Silent Boi, I love u! (tetiba)
Apa cerita tersedih bagi anda pulak? Meh la kongsi dengan saya. Sharing is caring. Cewahhhh!
ok, nak raya sakan ni. 1 minggu lepas ni baru keudara semula (update) dengan cerita raya aku. Chow dulu . Daa~~ ;)
2 voice out:
sempat lagi update time nk raya tu. haha
farah selalu dgr nama cite stairway to heaven ni. tapi tak penah nak tgk. mybe cite ni dh lama. so mls sikit. haha
wooo cite tersedih abad ni? mantap hehehe
heheh..ni update express tanpa pndg kiri kanan namanya farah.kikiki..
farah lum tgk lagi? Kalau ada masa free, try lar tengok 1@2 episod dulu ... Walaupun dah lama, cerita ni worth untuk ditengok, believe me.hehehhe ;)
Post a Comment