Pages

Komen melambangkan peribadi

Serius aku taknak update apa2 buat masa sekarang ni but ada satu isu hot yang membuatkan aku macam terpanggil untuk update entri ini. Sebelum ke ayat yang lebih lanjut, I’m sure semua blogger faham maksud plagiat bukan? Kepada yang blogger yang belum faham, saya mahu share sikit


Bagi maksud kaedah ini, plagiarism termasuklah

(a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaan sendiri; atau
(b) suatu cabaran untuk menonjolkan, dalam apa-apa cara, bahawa dia adalah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil dari sumber lain.


Kredit: Perpustakaan Tunku Bainun, UPSI


Bukan isu plagiat yang aku nak ceritakan di sini, tetapi isu bagaimana kita-kita sebagai manusia normal yang bereaksi dengan perkara yang datang kepada kita.


Sampai sekarang, aku masih ingat lagi pesanan & peringatan diya kepada blogger di salah satu entry dia lama dahulu. “Berhati-hati apabila memberi komen. Kerana setiap komen itu menggambarkan peribadi kamu. Jika penulis tengah marah-marah atau maki hamun, jangan memburukkan lagi keadaan dengan turut memberi komen berunsurkan maki hamun jugak kerana ia secara tak langsung turut menjejaskan ‘peribadi’ kamu ”. Kadang2 orang boleh menilai kita hanya melalui komen sahaja" (lebih kurang camni kot ayat Diya ni, aku tak ingat detail2 ..hehehe. Tapi maksud ayat sama kot. Correct me if I wrong Diya).



Aku bukan nak membela si plagiat itu, malah aku pun turut tak bersetuju dengan tindakan dia itu.Sangat tak setuju dan aku pun rasa macam ‘Eeeii, dia tak ada life kah?’ Memang sesuatu yang 'pelik', copy paste ayat orang lain dan dijadikan sebagai entry sendiri cuma tukar nama jek. Tapi itu hanyalah dalam hati sajalah, tak terluah dalam bentuk komen. . Manusia mana yang tak marah bila hak-ciptanya diciplak oleh orang lain. Yang aku peliknya, tuan punya blog sendiri pun takde maki-hamun apa jauh sekali nak carut2 bagai, tapi dia punya ‘peminat’ pulak yang terlebih-lebih. Oh apakah?


Yang paling penting, budak itu sendiri dah mengaku itu salah dia, and she learn the lesson (aku sempat baca update twitter dia sebelum dia buang function twitter tu). Siap minta maaf kepada semua yang terlibat. Itu yang semua orang nak kan? Bila mana orang buat salah mengaku salah dan meminta maaf, kita sebagai manusia biasa yang tak terlepas dari kesalahan ni pun should accept it. Tak perlulah kesalahan yang macam ni pun nak maki hamun dia siap keluar perkataan bod*h ke sia* ke dan lain2 perkataan lucah yang tak sanggup aku letak kat sini.


Sila rujuk sini----LINK---- (tengok kat ruangan shoutbox)

Untuk entry plagiat (bukti), bleh rujuk di sini---LINK----. Kalau rajin (note:kalau), bacalah komen2 yang beratus tu..heheh..Aku baca SEMUA komen weh. Saje nak tengok ‘reaksi’ orang lain macam mana =).Biasa la nadia, always like to observe the surroundings ;)



Kesian gak aku tengok budak tu kene ‘hentam teruk’ dengan peminat blog tersebut (blog yang dia plagiat itu). Kiri kanan depan belakang dia kene serang. Dia hanyalah budak sekolah yang entah matang entah tidak. Baru berusia 17 tahun di mana keinginan untuk menjadi seperti idolanya begitu tinggi. Mungkin cara dia mengekspresikan rasa ‘minat’ itu salah tapi ala budak je kan, budak kan tak matang, maafkan aje la.Tegur secara baik. Not a big issue. Dia pun dah private ke remove blog dia tah tapi aku tak tahu la salah seorang fan blog tu macam terer boleh bagi link bagaimana nak masuk blog itu walaupun dah private (Jangan tanya aku macam mana sebab aku pun tak tahu. Aku hanya copy link yang diberi dan paste kat browser dan taraaaa…dapat jenguk dah blog tersebut dan melihat bagaimana peminat2 blog fofuler itu bereaksi dengan si plagiat tersebut)



Sebenarnya kan, aku agak kagum sikit dengan budak tersebut sebab dia boleh mengaku salah dan minta maaf, siap emel ke penulis blog minta maaf secara peribadi. Bukan senang tau orang buat salah ni nak mengaku salah. Tambah-tambah dalam blog. Paling cikai sekali, dia boleh buang shoutbox, close comment dan buat entri pendek lebih kurang macam kat bawah ni


“Fine!!!!! Aku delete je blog ni!!!!! Biar semua puas hati. Kata aku tiru sangat kan! Tuan punya blog pun tak kecoh-kecoh yang korang kecoh-kecoh sangat ni apahal? Penyibuk!!!! Fine! !!!Semua boleh blah dari sini! Blah!!!”



Kemudian delete je blog dan menghilang terus dari dunia blog takde nak minta maaf ke apa ke. Ala, setakat dalam blog kan, apa nak dikisah kan. Bukan jumpa depan2 pun. Semudah ABC aite?


Tapi tindakan di atas aku conclude hanya untuk orang yang berfikiran singkat dan TIDAK BERANI BERHADAPAN DENGAN KENYATAAN. LARI DARI MASALAH. Ceh, macam penakut je buat salah tapi tak nak minta maaf lepas tu delete blog . Tak guna buat entri ada banyak tanda seru bajet2 macam garang giler arr padahal tak, eh eh tersasul berimiginasi pulak, melalut ke mana tah (eheheh) ok kembali ke kisah tadi. Sebab tu aku macam ter-kagum sikit bila budak tersebut minta maaf kepada umum, emel maaf kepada owner blog, dan letak update status twitter dia “Minta maaf semua. I’ve learnt the lesson”


p/s: Aku pun kagum dengan owner blog tersebut. Dia tak mudah ber-emo malah tak ada satu pun unsur maki-hamun dalam entrinya itu . That’s the behavior of a matured person =) Dua-dua aku kagum. Sorang berani minta maaf, sorang lagi memaafkan saja tanpa banyak bunyi.


p/ss: Masih dalam misi menjadi matured person dari segi yang ini. Tidak mudah emo dengan orang bila orang buat ‘tak baik’ kepada kita. Lemparkan suara hati kita ‘secara tak langsung’. Nak bagi orang tu terasa pun jangan berlebih sangat. Terasa sikit2 tu perlu ada sebab kalau tidak terasa langsung, orang tu takkan berubah kan? Sebab ‘terasa ‘ itu la yang membuatkan seseorang tu boleh mengubah dirinya ke arah yang lebih baik.

p/sss:Kalau aku la, aku mungkin akan seek budak tu punya apology before publish the entry. Itu kalau aku la. Masalahnya bukan aku pun, takda orang nak plagiat aku, aku tak popular pun. tak cantik pun. Wakakakakaka!!!!


p/ssss: Jangan buat hal dalam dunia blog. Nanti kantoi malu tak sudah.


Kay, saje je nak share2 pendapat untuk renung-renungan. Panjang weh entri ni. Semangat giler aku mengupas isu ni . Apasal tah tetiba semangat semacam. Tsk tsk tsk. Okay panjang giler entri ni okay bye!

8 voice out:

mun-e said...

oh. senang je kalo nk dpt link tu ;p

search kat google.. bile kuar result, tengok ade [cached] dgn [similar].. jadi click la pada link [cached] itu...

hehehe. cached tu akan ade kalo blog tu dah lama.. kalo baru publish 4,5 jam tak de kot..

cube try! :D

Anonymous said...

Astaghfirullah. Awak memang terbaik lah Nadia! Boleh ingat lagi ayat2 diya yang dah berkurun tuuuu. Diya sendiri pun macam ehhh aku ada tulis gini ke? Haha.

Pasal kes di blog Hanis tu. Diya macam terpinga2 sket memula tengok update entri apa itu blog. Plus, malas nak baca detail2 benda berjela nih. So, abaikan. Then, kuar entri afterwards yg dia maafkan si amirah tu, terus je jenguk sekali lagi previous entri. Mak aihhhh. Giler banyak komen nya! Huhu. Pasti isu serius nih, jadi baru lah diya baca isi entri ter sebut *haha explanation berjela macam tak worth langsung!

Okay, back to the topic. Eiii macam dahsyat gak eh isu plagiat blog sekarang ni. Sampai tiru sebijik2 tuh. Diya kalau ada orang tiru ayat2 diya sebijik2, sure heboh bangga giler. Betul. Bangga giler. Lagi bangga kalau dia boleh tiru ayat2 yg diya belum produce lagi, dia dah update on the spot. Wah. Tu memang ada kuasa heroes dah tu. Nak tiru ayat diya boleh terima lagi, kalau tiru style yang MEMANG melambangkan diri kita tu yang diya tak bleh terima. Macam harem je rasanya.

Back to the topic again. Alahai, kesian nya budak tu ye. Baru sekolah menengah eh. Biasanya, bebudak baru nak develop dalam dunia blog ni mesti akan terkial2 dengan cara memblog. Kalau dia rasa cara dia tak kena dan tak best, itu yang dia cuba cari sumber yang lebih bagus untuk memblog supaya dia boleh tarik ramai readers.

Dahsyat gak ye Nadia bertabah baca beratus2 komen di entri Hanis tu. Fuuuu. Diya baca yang awal2, pastu scroll laju2 ke bawah, then baca yang paling last. Haha. Banyak sangat komen nya. Lagipun, kebanyakan nya berunsur negatif. Tercemar otak karang payah pulak nak brainwash pasnih. Huhu.

Apa pun, barang sudah lepas jangan dikenang2 lagi.

Komen ni agaknya boleh lawan dengan entri Nadia tak? Haha.

Nadia said...

kak murni: hehehe..Dah try dah kak.. Boleh rupanya. Entah2 org lain semua dah tau, nadia je yg tak tahu lagi..hihihi :D

diya: wahhhhhhhhhh diyaaaaaa!!! Panjangnyaaaa komen. hahaha. Walaupun tak leh lawan kepanjngn entri ni(hehehe), tp still komen terpnjngggggggggg yg pernah nadia dapat setakat ni. :D

diya, kalau tiru bulat2 pastu siap boleh produce ayat yg kita belum update lagi, bukan kata superheroes je, tapi supernatural, superman dan macam2 super yang ada daaaa.kekekek...

tu la kan, kalau tiru style kita memang tak leh blah la. Tapi klau dah tiru ayat sebijik2 for sure termasuk sekali tiru style kita kan..huhu..Tapi entri nadia macam tak ada style tersendiri je. Macam kalau org tiru style pun tak boleh terperasan sebab macam tak ada style lah..kihkihkih

yup2 memang budak sekolah, spm tahun ni. Tu yg macam kesian tu, sebab maybe dia pun br dalam blog, tak tahu rule dalam berblog tu semua. Tsk tsk.

lama jugak nadia 'landing' kat blog fofuler tu nak baca komen semata-mata.haha!!!

diya, entri pasal behaviour manusia@berunsurkan tegur-teguran memang nadia senang ingat masuk dalam kepala otak. Supaya jd behave skit , tak buat apa yg org tak suka. Tp, kalau tulis pasal hari ni berbuka apa esok berbuka apa, memang susah nak ingat tu..heheheh...Kebetulan plak secara kebetulan nadia baru je balik 'meroyan' dr blog sape tah, so macam kene tempias skit wpun entri tu tak ada kene mengena ngan nadia pun.Wpun meroyan tak berapa nak over tp saje2 nak menempiaskan diri bg kene tempias jugak.hihihihihihi :D

farah, s. said...

topik hangaaat
hehe
mula2 farah tak fhm ngat entri ni. bile tgk contoh baru fhm. hehe.
bleh thn gak plagiarism tu eh. huhu. btw budak tu dah fhm, takpelah kan. lupekan yang keruh ambil yg jernih. :D

Yana Ismail said...

hmm tkpela..bdk2 sgt...sek menengah lg..mesti tahap nak memblog tu sgt tinggi..tp bgusla owner dia pn leh btolak ansur kan;)

hehe bak kata farah, buang yg keruh amik yg jernih..;)

hehe slmt bpuasa dear;)

Nadia said...

farah: Wahhhh, da sampai auckland dah! heheh.. yup2, buang yg keruh ambil yang jernih ;)

yana: selamat berpuasa yana! =)

Insyirah said...

Tak sangka plak ada juga orang yg ciplak bulat-bulat. Huhuhu.

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Huhu.. Diya ngan Nadia follow gak ke blog Hanis? hihihihi.. Hamis Jalikha..

Ala..biasalah budak-budak.
Kalau dia dah minta maaf, maafkan je la. Budak-budak, baru belajar nak hidup. Biasalah buat salah. Lagipun dah minta maaf, tak perlu lah nak maki hamun semua. Owner blog tu pun cool je. Takde nak marah-marah ape sume. Haha.. Kelakar gak tengok dorang ni.

Anyway..
errrrr..tiru bulat-bulat gitu..
Dah lah yang ditiru tu merupakan diary T__T Motif?