Pages

Drama sebabak

Seseorang tengah kusyuk beronline. Tetiba mendapat khabar dari gadis di sana mengatakan




OMG Si Kembar ini main malam ni? Aku dalam banyak2 pemain bola sepak diorang ni je yang aku kenal (owhh, ada lagi satu, Khalid Jamlus, entah sebab nama dia glemer kot, muka dia aku tak ingat pun wakakaka). Itupun aku kenal kembar berkenaan sejak Aidil kene gossip dengan Rita dulu. Kalau tak, haremmm tak kenal.


Aku ni memang macam ni, kalau benda yang aku tak nak tahu, memang aku tak akan ambil tahu walau kecoh mana pun(kecuali kalau orang yang beritahu). Contoh: Walaupun dah dekat habis satu sem kat UPM (nak masuk sem 2) nama TNC pun aku tak kenal. Bukan setakat nama TNC, nama pengetua, nama Felo, nama presiden MTM, nama MTM semua aku tak tahu. Eh, jangan gelak, ini kisah benar ni. Masa interview KPSM baru aku terhegeh-hegeh nak amik tahu. Meraba tanya orang supaya time interview aku tak nampak macam bodoh sangat.muahahah..Tapi kalau benda yang MEMANG AKU NAK TAHU , aku akan ambil tahu dari A sampai Z . hahaha..Eh serius aku tak tipu ni. Contoh: Segala yang berkaitan dengan dunia badminton. Nama pemain, perlawanan apa, siapa yang turun main bla bla bla

Owh..lupa, sambung drama sebabak tadi…continue…


Terus seseorang itu menyuruh adiknya membuka tv1

Seseorang: Wei, bukak bola wei, bukak bola,tv 1. Bf aku main malam ni.

Setelah tv dibuka, seseorang tetap beronline, tak pandang tv pun. Suruh bukak tv tapi tak tengok apa kes?

Pengulas tv: Zaquan Adha bla bla bla bla bla Zaquan bla bla bla Zaquan bla bla bla

Seseorang: Eh, kenapa dengan dia? Kenapa dengan dia? Why? Why? (dengar nama yang berkaitan laju je muka tengok tv segera, terus duduk bersila sebentar depan tv.Yang bla bla bla tu aku tak dengar, tang yang nama je tu yang aku dengar.Kehkehkeh)

Adik seseorang: Ko ni tengok ke tak tengok ni? Dia kene attack la…

Seseorang: Yeke? Ala kesiannya dia. Siapa attack dia ni? Ni nak kena ni!

Keesokannya

Seseorang: Woahhh..Zaquan gol first tuu

Adik seseorang: Bukan la. Dia ketiga la.

Seseorang: Apa pulak? Dia first la! (yakin jek)

Adik seseorang: Ada pulak. Gol first Shahurain, gol kedua Hairudin, yang ketiga baru Zaquan. Apa la..Tak baca paper ke?

Adeh, kan dah terkena sekali. Ke-kuno-an ku terserlah. Ini namanya tak minat tapi nak tengok jugak (mungkin sebab kehadiran si Kembar sebagai pemangkinnya.Eh? Tetiba). Sudahnya termalu sendiri. Nasib baik aku tak buat status kat FB berbunyi “Yeah, gol pertama oleh Zaquan”. Kalau tak, confirm akan dapat komen yang memalukan bertalu-talu. Kakakaa


Awal2 aku tanya ayah “Ayah sokong mana?”. Ayahku ni yang takde semangat kenegerian pun menjawab “Pasukan mana yang main bagus, ayah sokong la”. Hehe. Mak telefon pakcik tanya sokong mana, pakcik jawab “Selangor tak main, of course la sokong N9”


p/s: Baru aku tahu, bila aku dengar mak+ayah+saudara-mara cakap Melaka, ia berbunyi seperti orang nogori. Mungkin sebab kampung aku sempadan dengan n9 kot.


Lari dari tajuk sikitttttt



Amacam layout FB ku? Ngeheheh.. Aku suka warna pink yang itu (tak suka pink bright, sakit mata) dan aku telah membuat keputusan untuk menjadikan warna itu sebagai warna feverete (sengaja eja macam ni). Eh nadia, habis tu kaler biru yang diagung-agungkan sudah dicampak kemana? Okay, simpan kejaplah kaler biru. Bawa keluar warna pink yang ini dahulu.Huehuehue..Teringat awal2 dulu kat UPM masa dengan rumate yang gilakan pink stuff. Dia pernah cakap yang suatu hari nanti aku akan minat kaler pink jugak. Aku cakap aku takkan. Dia kata aku akan.Aku cakap TAKKKK. Ye , AKU KALAH SEKARANG T______T

12 voice out:

Anonymous said...

Ehhhhh FB boleh tuka layout ke wana wani ke? Hahaha. Apesal diya tak tahu nih [nampak sangat tak alert dgn benda alah tu]

Terkejut tengok yg plurk tu. Ingatkan ada orang menyamar nama Diya, rupanya memang diya sendiri. Huehhh. Kelupaaan jap.

Okay, baca yg awal dan akhir dulu. Nak sambung baca yg tengah kejap =D

Anonymous said...

Patutla diya mcm pelik bila Nadia ckp kat FB Zaquan sumbat gol pertama dan ketiga. Hehe. Takpe, dimaafkan.

Nadia said...

diya: Aah, diya, leh tukar layout. Tapi kalau tak silap nadia org yang install plug in je yg boleh view layout warna-warni kt fb tu. Install plug in tu kat pagerage.com (ni kawan yg btahu kalau tak nadia pun tak tahu.hehe). Pilih design pun kat situ gak, saje je nak main tukar2, jamu mata sendiri.hihi..

tu la diya. Nadia pun rasa nadia tertulis komen yg zaquan sumbat gol first, adeh malu pulak :P Nadia ingat nama dia disebut awal2 sebab gol pastu kene attack, rupa2 nya kene attack je.ngeh3

farah, s. said...

eh fb leh tukar layout?
erhh terasa sgt outdated haha

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

FB akak maintain pink.. phewit phewit.. :P
Tapi kan pakai layout FB jadi lambat load kan.. kecuali kalo internet laju lah.

Pasal bola?
Taktau apa-apa.. Tumpang lalu..........

zureen @ mama said...

Tak reti sungguh Kak Zureen mengenai bola..he3

Nadia said...

farah: hehehe, takpe farah, kalau outdated dalam hal ni tak memberi effect besar pun.hihi :D

kak noi: tapi nadia cepat pulak load. Mungkin laju kot. hheehehe

silalah lalu :D

kak zureen: hehehe sama la. Tu sebab ada 'pemangkin' yang tiba2 konon2 nak amik tahu tu.keke

farah, s. said...

dh check fb nadia, tak nampak pun T_T mmg kene install plugin dulu lah ni. eee hehe

Nadia said...

farah: hehe memang tak leh view kalau tak install plug in. Dulu, semata-mata nak tgk layout fb kawan nadia tu, tu yg nadia install tu,hehe :D

ayiee ;) said...

ehhehehehe adyy :P dah suka pink ehhh akhirnyaaa!! akakkaakka

Nadia said...

ayie: hihihihi ;D

IamYonna said...

bukan outdated ye adik2ku. sebenarnya app layout FB ni dah lama. cumanya, kena ada cara2 dia nak view profile yang buat layout cun2 ni.

kalau dah ikut step2 yg tertentu, baru kita boleh view profile yg lawa2 ni.kalau tak, kita mmg akan nampak basic punya layout ja :)