1) Rentetan daripada entri ini. Aku nak tengok cerita New Moon fresh dari ladang malangnya TEPAT PADA TARIKH BERKENAAN, aku sekeluarga akan pulang berhari-raya Aidiladha. Ayah cakap amik aku kerja terus bertolak balik kampung. Waaaa, tak dapat tengok fresh. Ni nanti mesti tahap kejelesan melambung sebab ada orang lain dah tengok dulu (yang berada di Auckland tu takpe sebab luar Malaysia.hehe). Lepas tu facebook masing2 penuh je status 'New Moon best giler!', 'New Moon malatoppp' dan sewaktu dengannya.Jeles2x. Wahhh cerita kesayangan tapi tak dapat tengok fresh2 T___T. Takpe, expired pun expired la, janji boleh tengok :D
2)Aku tak faham la apasal la aku boleh terminat kat Si Robbert Pattinson@Edward Cullen ni. Padahal aku mana layan mat2 saleh2 ni. Wakakaka. Mungkinkah sebab watak dia dalam Twilight itu. Yang macam protective itu.Cuba tengok gambar bawah ni,
gambar dia dalam cerita Twilight tu, takde la hensem mana kan. Dah la muka pucat, toreh tak berdarah i tell u! Pastu muka ketat je memanjang. Macam tak boleh blah kan? Muka ketat macam ni kalau jumpa tepi jalan memang aku takda heran punya. Rasa macam nak siku-siku je. Heh garang kan? Garang kan? Okay jom tengok muka dia di sudut yang 'lain' pulak
Senyum sikitttttttt
Senyum sikitttttttt
Haaaaa...Barulah okay. Ermmm, boleh la tahan. Hensem. Aite? Accepted. Ngahhahaha...
*persoalannya....Adakah lepas tengok New Moon aku akan terminat kat Jacob pulak?
2) Tadi aku kene marah dalam phone dengan sape tah. Kuang3x! Meh semua ramai2 gelakkan aku.huahuahua.. Masa tu aku dapat call dari sape tah tapi aku tertekan 'CANCEL' so aku call balik la nombor tu. Aku ingatkan company yang interview aku yang lepas mahu respon buat second interview ke apa ke (rupa-rupanya tak). Takde bagi salam ke apa ke terus kata bila aku free untuk interview. Selepas sesi bersoal-jawab (malas aku nak cerita detail2 kat sini) tetiba aku kene sound dengan perempuan India mana tah"U apply for the position, how come u don't know which company you apply for? bla bla bla" Tu dia.... Cettt. Ko ingat company ko tu glemer sangat ke sampai banyak2 company aku apply kat Jobstreet tu aku boleh hafal company ko je? At least ko inform la dari mana ko dapat nombor telefon aku tu. Macam la aku minta job kat company ko satu-satunya. Hahahha tapi salah aku jugak kan tak buat list apa jawatan&company yang aku apply tu. Kan dah kene sekaliii.Okay insaff sekarang. Mahu pergi melawat Jobstreet sekarang sambil bawa pen dan kertas T_T
*Macam tak de jodoh je aku dengan company atas ni. Awal2 dah kene sound. Takpe, mana tahu lepas ni nasib aku lebih baik. Mana tahu tetiba dapat masuk Jabatan Kimia Malaysia ke*Ceh, tetiba jek
3) Bila manager sama manager bergaduh....Apa akibatnya? Jawapannya salah seorang akan mengundurkan diri. Aku suka manager aku yang ni tapi sayang dia buat keputusan berhenti dengan tiba2. Aku suka dia. Dia tak racist. Dia sayang kepada mereka2 yang rajin dan jarang buat salah.Dia tahu macam2 sampaikan kalau ada masalah apa2, rujuk je dia tak payah rujuk manager yang 'atas lagi satu' sebab kalau rujuk manager 'yang atas lagi satu' dia akan suruh rujuk manager yang bawah dia ni. Padahal dia lagi atas. Apakah? SEMUA department aku cakap sebaik sahaja manager aku yang ni berhenti, manager 'yang atas lagi satu ni' akan 'mati'. Bukan mati betul2, tapi macam ala-ala cacing kepanasan gituuu. Ye la, setakat ni tanya apa2 pun dia tak tahu. Sape2 tanya, apa2 pun dia tak tahu. Dia macam ala-ala baru 1 hari masuk kerja. Habis jatuh la department aku tak lama lagi ni. Serius ni bukan aku sorang je yang cakap, SEMUA cakap camtu.Semua chemist2 kat sini pun dah jatuh semangat bila tahu manager yang best ni akan berhenti sebab dah hilang tempat bergantung (dia rapat ngan chemist kat sini.Mesin rosak semua rujuk dia dan sure akan settle). Aku pelik gak dengan manager 'atas lagi satu ni'. Masa interview dia jawab apa ek? Padahal dia interview kat US lagi. Dengan orang US sendiri. Sebab pemilihan manager agak straight sikit , kene orang HQ sendiri yang interview.
Aku saje2 je tanya apa kesudahan jalan cerita ni kepada ada sorang pakcik ni. Dia jangkakan manager 'atas lagi satu' akan berhenti tak lama lagi sebab tak tahan tekanan. Kes ni sama dengan kes salah seorang chemist yang masa interview gebang2 cakap dia tahu itu ini, tahu handle mesin tu mesin ni, padahal tak tahu langsung. Sudahnya, dia hanya mampu bertahan sebulan je. Itu la, pesanan kepada fresh2 graduate, masa interview, takyah la tipu2. Tak tahu cakap je tak tahu, boleh belajar kan.
Aku saje2 je tanya apa kesudahan jalan cerita ni kepada ada sorang pakcik ni. Dia jangkakan manager 'atas lagi satu' akan berhenti tak lama lagi sebab tak tahan tekanan. Kes ni sama dengan kes salah seorang chemist yang masa interview gebang2 cakap dia tahu itu ini, tahu handle mesin tu mesin ni, padahal tak tahu langsung. Sudahnya, dia hanya mampu bertahan sebulan je. Itu la, pesanan kepada fresh2 graduate, masa interview, takyah la tipu2. Tak tahu cakap je tak tahu, boleh belajar kan.
4) Hi kawan! Aku nak balik kampung esok, ini kali terakhir aku online dalam minggu ni (ceh, ayat macam lepas ni tak online langsung). RINDU nak 'jumpa' kalian dalam masa 4 hari ni.huhu..Jaga diri ya! :D
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.*ucap awal2.
Dah lamaaaaaa aku tak letak smiley kat sini. Rindu pulak untuk bersmiley.
NAH UNTUK SEMUA!!!! Heee
Bye2!
5 voice out:
wah! slamat hari raya nadia. selamat berseronok d kg ;D
besh ke new moon tu ek? tp tu la.. raya kan. mane dpt tgk minggu ni. nex week saje lah hehehe.
tu la...tapi ada je kawan nadia tengok esok..waaaaa, jeles2! ;P
aah bile dia senyum hensem woooooooo. esp gmbr ke4 tu perghhhh. hahaha.
eh? new moon belum keluar kt msia? ingtkn dh? takpe2. nnt tgk eh :) :)
btw selamat hari raya aidiladha. selamat makan beef.mutton.lamb. hahaha
Selamat Hari Raya Korban, Nadia..
Have fun kat kampung ek...
Kak Noi tetap minat Cedric Diggory berbanding Edward Cullen.. wahahahaha.. Edward muka ketat, Cedric muka suci........ lalalalalala
1. oh my my my. Edward Cullen! celebrity crush. lps ni nk crush dgn Jacob pulak. hahaha. suke-suki je. nsb baik xde bf lagi. huhu.
2. slmt hari raye haji, Kak Nadia. nk duet raye! hehehe.
3. huk2 yg psl keje xtahu nk komen ape. xde pengalaman. duduk diam2 jela. =D
Post a Comment