Pages

Merepek di kala bosan.

Aku mempunyai seorang kakak yang 99.9% berlainan dengan aku. Muka pun lain. Sampai bila kitorang beritahu kitorang adik-beradik, orang akan kata TIPU. Hahaah.. Aku dengan adik aku pun orang kata macam tu jugak.Dah la muka aku dengan kakak aku lain, perangai lain karakter pun lain. Kakak aku agak kasar orangnya . Kalau korang perasan cara Scha cakap dalam Awan Dania tu, haa macam tu la cara akak aku cakap. Mungkin sebab dia banyak berkawan dengan lelaki kot. Bila kitorang bercakap, orang akan ingat kami bergaduh padahal tak sebenarnya. hahaha... Tapi aku tak kasar sangat. Aku sedang mempengaruhi dia supaya jadi lembut sket ni.Dan dia terpengaruh jugak kot sikit2. hehehe..


Lokasi: Atas motor sambil tak pakai helmet.





Fiza: Nadia, apasal ko tak panggil aku along eh? Nana panggil aku along, ko pulak panggil Fiza

Nadia: Mana aku tahu. Dah dari kecik kot. Tak pun sebab umur beza 1 tahun. Kita dengan nana jauh beza mesti la kene panggil along/angah.

Fiza: Cuba ko try panggil aku ‘along’.

Nadia: Tak nak ar. Pelik je. Fiza, berhenti kat kedai makan depan tu. Aku lapar la, nak beli makanan.

Fiza: Panggil aku ‘along’ dulu. Cepat ar panggil! Kalau tak, aku tak nak berhenti.*gelak

Nadia: Gedik ar ko ni. *gelak

Fiza:Kalau ko tak nak panggil, aku tak nak berhenti. Aku terus balik rumah.

Nadia: Along!

Fiza: Apa dia nadia? Kuat sikit (tangan pegang telinga, dia tengah pura2 tak dengar tuuu, macam la suara aku perlahan sangat padahal jelas giler)

Nadia: Along!!!

Fiza: Tak dengar la. Kuat lagi.

Nadia: Along!!!!!!!!!!!!!!!!

Fiza: Eeeiii, geli-geleman aku. Kahkahkah

Nadia: Tau takpe, aku pun geli-geleman weyh.(sambil gelak2)




Orang yang tak kenal aku mesti akan judge aku dengan berlainan dengan karakter sebenar aku. Walaupun muka aku ni nampak macam lembut (erk???) tapi in real, aku tak lembut sangat. Boleh kata 50% lembut, 50% opposite. Trait lembut aku dapat dari kawan2 sekeliling aku. Aku rasa dalam banyak2 kawan aku, Wawa dengan Dila yang banyak mempengaruhi aku untuk jadi lembut.hahah… Trait kasar? Sape lagi, akak aku la.


Fiza: Nadia, ajarlah aku nak edit gambar banyak2 letak dalam satu page.
Nadia: (segera mengajar)
Fiza: Jom kita buat gambar adik-beradik nak?
Nadia: Buatlah, aku dah ajar tadi, ko buatlah.
5 Minit kemudian
Fiza: Cepat nadia tengok gambar yang aku buat ni.



Nadia: Lorhhhhh apasal terselit gambar Yuna pulak ni kat celah2. Haha
Fiza: Hahah dia comel sangat aku letak ar.


Namanya Yuna tapi aku prefer untuk panggil dia ‘Una’. Lebih comel bunyinya. Tapi ayah aku selalu panggil dia ‘Ayu’ sebab katanya muka Una ayu. Last2 kitorang kasi dia nama rasmi. Ayuna. Sekarang dia tengah mengandung. Eh tak tak. Tengah bunting. Aku tau ‘kerja’ sape neh. Tak lain tak bukan ‘kerja’ Momot la ni. Momot, cepat bertanggungjawab!!! Hahaha



Aku suka Una sebab dia manja , aku acah2 untuk cium dia berjuta2 kali (over!) pun dia tak melawan atau meronta-ronta. Ia hanya memejamkan matanya. Dia macam pasrah ke apatah. Kakakaka.. Aiyoyoyo kalaulah Una ni manusia bukan muhrim , tah berapa banyak dosa tah aku dapat. Kucing2 lain kat rumah aku ni yang lain garang2 semuanya sebab tu aku suka bermanja dengan Una je. AKu suka usap2 kepala dia. Balik2 je dari Shah Alam, Una ni je yang aku cari dulu.


13 voice out:

farah, s. said...

mmg sgt lain lah nadia ngan fiza. eheheh. kalau korang same kang, nmpk mcm kembar pulak. sbb beze setahun je.

tergelak2 bc perbualan psl "along" tu. haha

Anonymous said...

oh sungguh comel perbualan akak2 berdua ..

teringat adek2 kat rumah pulak adeh .. hahaha.

Anonymous said...

Haha. Tetiba muncul gambar yuna menyelit di kalangan korang. Comel jeh.

Tapi, memang nadia, fiza n nana muka lain2. Yg gambar nadia ngan fiza tu kan, diya memula ingatkan fiza tu kwn nadia. Hehe. Kan dulu ada nadia letak gambar tu kat sidebar =D

Nadia said...

farah: heheh betul2. perbezaan kitorang setahun nanti nampak cm kembar pulak kan.haha

arina: telefon@webcam la dengan adik. hehehe

diya: eh, diya ingat ea gmbr tu. Aah pernah letak kt sidebar sekejap dulu.hhehee.Kadang2 kitorang ada gak main tipu2 dengan orang kata kitorang kawan je.huahua

en_me said...

chomeynyerrr..

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Comellllllllllll Una...
Suka betul lah Una ni.. tapi akak lebih suka ngan kucing hitam.. tapi kucing putih pon comel gak tapi sayangnya takleh bela kucing. Banyaknya tapi!! Ehehe

joegrimjow said...

nka komen entry plg baru


jodoh tu mmg pelik
;)

Nadia said...

en me: yup2. Comey kan?

kak noi: nadia pun ada kucing hitam jugak. Black nama dia. Nanti ada masa nadia tunjuk gambar dia kat blog. Hitam satu badan! hahaha

joe: yup2. Jodoh memang pelik ;)

farah, s. said...

nadiaaaa. takleh komen entri atas T_T
hahaha farah nye invitation card lmbt lg la nk sampai gamaknye. hihi. entah2 nadia dulu. who knows kn. :D

btw selamat pengantin baru buat kak syira

Anonymous said...

Ha ah. Takleh komen entri atas. Huhu. Tapi, memang unik kad tuh. Sama juge dengan jodoh. Unik dan berkuasa =)

Nadia said...

farah: heheh tau farah punya lambat lagi tapi saje je nak psiko farah :P

nadia dulu? woahhhh seram je dengar camtu*sebab tak prepare pape samada dari segi mental@izikal.huhuhu

diya:betul2. Jodoh memang unik dan berkuasa mengubah apa-apa sahaja. Even hati yang keras pun akan jadi lembut. Kuasa Allah kan ;)

farah, s. said...

kalau ade org meminang nadia esok cmne? *wink wink* so bersedialah mental dan fizikal ye. haha

Nadia said...

farah: kalau orang tetiba datang meminang esok? habis la..habis la..habis la...agagaga ;P