Pages

Nasib musafir lalu

1. Astaghfirullahalazim. Mengucap panjang ayah aku bila melihat jam di dashboard kereta. Dan aku? Hanya mampu membuat muka tak berapa nak bersalah sangat. Tahukah anda, Isnin lepas aku (dan ayahku) menempuhi DUA JAM perjalanan hanya dari tempat kerja (Shah Alam)-rumah(Cheras). DUA JAM weyh DUA JAM. Cuba beritahu ada sape2 boleh menandingi masa perjalanan aku neh semata2 untuk pergi kerja@balik kerja? Meh sini aku nak bagi award.Aduyai, macam perjalanan balik kampung pulak rasanya (KL-Melaka). Jammed panjang giler bila sampai area2 PJ tu. Aku sangat faham ayah aku ni, kalau jammed memang ‘bersuara’ la sepanjang perjalanan. Hahaha… Pergi senang, setengah jam je dah sampai, nak balik pulak susah. Dah la hujan, perjalanan satu jam jadi dua jam. Sabar je la akuuuu. Eh bukan aku, ayah aku. Dua jam ayah bawa kereta , aku tidur di sebelah. Huahuahua.


Demi aku, ayah aku tempuhi jugak. Takpe ayah, nanti nadia amik lesen nadia bawak, ayah pulak yang tidur kat sebelah eh. Hahaha serius aku tak sabar nak amik lesen nih. Ada orang takutkan aku, nanti mesti kene marah2 dengan orang yang mengajar. Aku tak takut pun.hahaha. Mentaliti aku kan, once bila aku dah kene marah dengan teruknya, selagi aku rasa orang seterusnya (yang marah aku) tak boleh challenge orang yang pernah marah aku dengan teruknya dulu, aku akan rasa macam orang seterusnya itu takde effect kat aku. Paling koman pun aku akan men-tarik muka aku je kot (melarikan muka dari memandang). Sebab aku tak boleh pandang muka orang yang marah@jerit2 kat aku, sebab kalau aku pandang, aku mesti akan sembur orang berkenaan. So, kene la kawal kan. Aku kalau tengok orang terjerit-jerit tak tentu pasal ni, aku anti sikit. Apa tah aku dah melalut ni. Haahha..Bdw, sape pernah marah aku dengan teruknya dulu yang aku rasa sampai sekarang takda orang boleh challenge dia? Bekas bos aku 5 tahun lepas. Lelaki Cina. Dia punya jerit je satu floor shoping complex Kota Raya boleh dengar okeh. Serius aku cakap. Kalah suara salah seorang senior aku yang pernah sound aku tyme kat KPSM dulu.




hujan, snap kejap lepas tu terus ZZzzzZZzzz....





Bangun2 je hujan dah berhenti tapi jammed tak berhenti woo. Snap kejap , pastu sambung tidur.*penat+ngantuk*


2. Sekarang aku berada di rumah di Cheras, heaven. HEHEHE. Ulang alik ke tempat kerja je buat masa sekarang (sampai Jumaat minggu ni . Isnin depan tempat kerja bertukar ke Dengkil). So , alang2 tu baik aku keluar rumah sewa aku yang kat Shah Alam tu hujung bulan Oktober kan. So, tarikh aku keluar secara rasmi adalah Jumaat lepas. Ada sorang housemate yang aku rapat bagi something kat aku tanda kenang-kenangan. Sedih pulak aku rasa. Bukan sebab apa, sebab tak sangka dia boleh terfikir nak bagi aku something padahal aku takde apa2 untuk dibagi kepada dia pun T_T.



Rumah yang telah memberi sebulan kenangan buat aku.



Bye2! Bukit Jelutong! Next Monday will be Dengkil.

Hari tu aku dah survey dah location company aku. Here the pict.



p/s: Aku rasa kan, walaupun Dengkil tu tempat jin bertendang ke ,aku still rasa akan jadi best SELAGI ADA INTERNET. Maksud? HEHEHEHEHEH. Tau tak kat S.A aku tidur pukul 11 malam. Lebih awal daripada itu pun ada. Dah macam Ripleys Believe It Or Not dah. Padahal kat rumah, jangan harap la aku tidur pukul 11. Errmmphh.. Harapannn....Pukul 12 pun belum tentu lagi.

p/ss: Memandangkan Dengkil tu macam takde je orang bujang perempuan yang tinggal (susah nak cari housemate, takkan nak tinggal sorang2 kot), maybe aku akan sewa rumah area2 Banting kot (dekat jugak la). Tu pun lepas dapat lesen (lambat lagiiiii).hahahah

Ayah aku dah tegur. Baru je nak edit entri ni kasi semenggah sikit alih2 dah kene tidur pulak. Apa lagi, suruh aku tidur cepat la tu esok kene keluar awal. So kalau entri ni macam tak semenggah je, faham aje lah ek. Demi mengelakkan jammed. Boring ah jammed, terbantut mood nak berblog (tetiba)

p/sss: Tajuk memang tak boleh blah kan?

4 voice out:

farah, s. said...

2 jam? gosh lamanyaaaa. huhuhu. farah pun nak kene amik lesen keter gk ni. bila la nk pandai drive. haha

ohh bc entri ni br farah fhm. pelik gk, kalau nadia kt s.a. mcm mana leh online pulak kn. hehe

mun-e said...

nadiaaaaaaaaa!!

why Fan of Japanese Drama?? oh nanti org masuk, tgk, org cakap :takde ceta pasal drama jepun pon hahahaha

tuka tuka!! :p

Nadia said...

farah: lom amik lagi jugak eh? takpe2, banyak masa lagi. Balik m'sia nanti terus daftar cepat2 jgn berlengah, nanti menyesal macam nadia ni.hahah ;P

mun-e: heheheheh...ok japgi nadia tukar. Nama baikkkk punya :D

mun-e said...

wakakaka siut jek nama baru tuuu

hahahaha nakal ekkkkkk ;D siap la balas dendam kat fesbuk nanti cewah!! :p