Pages

kisah pak cik guard and Miss Chew

Sambil2 menggoreng kentang,aku borak2 ngan mak cik cleaner yg datang kat sini.Bila aku tengok mak cik cleaner yang ramah bercerita ngan aku ni,tetiba aku teringat kat pak cik guard kat tempat aku pernah keje dulu. Pak cik ni da serupa macam ayah aku,lagi tua dr ayah aku,umur dah 57 tahun. Pak cik ni dah meninggal dunia dah sbb sakit tua. Tak lama lepas aku berhenti keje kat situ(coz nak sambung balik semester 5 kat upm). Ayah aku yang btau kat aku. Masa aku dengar berita tu,aku terkejut gler! Dia langsung x tunjukkan tanda2 nak mati. Sedih pown ada coz aku baik giler ngan dia masa keje kat sana. Dayah(yang keje skali ngan aku) pown sedih gak bila dengar berita tu coz dia pown baik ngan pak cik tu gak. Kitorang suka berborak citer2,bergurau n gelak2 ngan pakcik tu. Bila pakcik tu amik cuti konfem aku ngan Dayah jadi keboringan sebab x dgr coloteh pak cik tu.Aku tengok pak cik ni garang bila dgn customer(tengok dpd cara dia sound customer bila buat kesalahan). Tapi aku rasa pak cik ni x la garang sangat asalkan tau handle dia. Pak cik ni takut dgn Miss Chew(bos besar kat tempat kitorang). Masa aku rancak borak2 ngan pak cik ni,kalau dia nampak je Miss Chew,terus dia berhenti borak n round(konon2 wat keje.hehheh). Dulu2 dia ada nasihatkan aku suh buat2 ada keje bila nampak Mr Chew(contoh:buat2 lipat baju,susun2 walaupun aku dah wat banyak kali). Mula2 dulu aku ikut gak tapi lama2,biarlah aku x kisah. Ye la,nampak cam fake giler macam tu! Benda tu aku dah buat banyak kali dah,dah tersusun cantik,takkan aku nak punggah balik n lipat2 balik? Macam x de keje cari keje. Erm,bila nampak Miss Chew,aku rilek je n senyum!Sebab bagi aku biarlah dia rasa macam aku x de keje,nanti maybe dia panggil aku tolong jaga kat dalam(biar ada keje skit) coz tempat yang aku jaga kat bahagian dpn pasaraya tu(kat luar). Sebelum tu pown dia pernah panggil aku kat dalam sebab tyme tu ramai pekerja amik cuti serentak.Bila aku wat camtu baru tak nampak hipokrit. Aku tak suka buat2 sibuk bila nampak bos ni. Konon2 busy banyak keje tp..hampeh! Bila betul2 x de keje,aku wat cara x de keje (masa tu barang aku x sampai lagi so,aku tolong jaga department lain)Biar dia nampak pastu boleh bagi keje kat aku. Kawan aku si Dayah ni lagi la. Asal Miss Chew lalu mesti sengih n tegur2. Mana ada orang yang keje kat situ berani camtu.Biasanya kat sini,kalau orang nampak dia,orang akan buat2 susun barang,lap2 habuk sampai la Miss Chew blah.Erm,Dayah memang baik ngan Miss Chew pun(coz dia jiran Miss Chew n mak dia kenen2 kan dia ngan Miss Chew untuk keje kat situ). Yang paling aku x sangka Miss Chew takut nak tegur kesalahan kawan aku tu. Dia suh aku nasihatkan kawan aku tu cara-cara wat keje yang betul. Dalam ati aku rasa nak tergelak. Nape x tego sendiri? Kak Aya(dia keje kat situ) kata sebab Miss Chew baik ngan mak Dayah ni. Dia takut nanti Dayah report kat mak dia yang Miss Chew sound dia,nanti effect pulak hubungan kejiranan antara Miss Chew dgn mak Dayah ni. Berbalik pasal pak cik guard ni,dia slalu kene sound ngan Miss Chew. Puncanya sebab Pak cik ni rajin n suka menolong orang. Kenapa kena marah? Sebab Miss Chew slalu x nampak dia round kat kwsn tu. Mana taknya,dia slalu tolong tolak troli orang sampai kereta diorang,pastu tolong start moto orang(coz orang tu x boleh start sndiri),pastu tolong betulkan lampu). Kalau dah macam tu,konfem2 dia x de kat kawasan aku ni. Sian kat pak cik ni. Kadang2 dia blanja aku ngan Dayah makan aiskrim. Siap Dia slalu tolong aku gak. Kagum aku dengan sikap menolong dia. Tapi sikap tu gak membuatkan dia slalu kene sound. Dia slalu kutuk Mr Chew kat aku. Tapi aku senyum je,x join pun coz Miss Chew x pernah sound aku and xde ape2 masalah ngan aku. Aku ok je ngan dia. Tapi bagi aku,walaupun dia slalu bising2 camtu tapi dia seorang bos yang bagus. Aku slalu tengok dia busy dgn keje. Kadang2 nampak dia punch harga,susun2 barang. Lama plak tuh.Kagum aku dengan dia! Biasanya bos2 kat tempat lain(yang pernah aku keje dulu) mana ada buat kerja2 macam tu. Biasanya diorang akan suh pekerja buat. Tapi Miss Chew lain. Tu yang wat aku kagum dengan dia. Dia wat sume keje n pantau sumer pekerja dia. Aku rasa,dia wat camtu sebab dia nak pantau sendiri kedai dia n pastikan segalanya berjalan lancar dari segi pemerhatian dia. Dia agak serius sket.Macam mana aku tau semua ni? Coz aku selalu perhatikan cara kerja dia. Cara dia bercakap dgn orang. Cara dia bercakap n handle pekerja.Semua la! Sorry to say,aku memang suka perhatikan cara orang.huhu
Wah,amannya idop aku kat sini!Bahagia! Kat sini ari-ari aku bau makanan. Asal aku lalu pi toilet je mesti ada bau makanan. Kejap2 bau roti,kejap2 plak bau benda yang digoreng,kejap2 plak eh2 macam bau coklat! Ah! Bahagianya! Bahagia punya pasal aku senyum sensorang setiap kali lalu. Naseb bek xda orang nampak,klu x konfem2 dicop gila!

Erm,aku suka la apa-apa yang berkaitan makanan. Mungkin sebab aku suka makan. Tapi minat aku bukan ke arah memasak atau mencari resepi baru. Aku lebih suka me’modified’ makanan supaya menjadi lebih sedap & baik dari segi kesihatan(terbukti melalui kajian sains) berbanding dengan yang sedia ada di pasaran. Aku ni cepat kagum dengan semua benda. Ada skali tu Kak Ramlah(dia keje kat sini) bawa keluar aiskrim yang dihasilkan kat MPOB. Kiranya kajian yang dibuat oleh sape tah,simpan kat situ. Masa tu dia kemas peti ais,dia bw kuar la aiskrim tu bagi aku rasa. Aku pun pe lagi(pantang diajak),aku bantai ler makan,terus pi amik sudu n mangkuk & cedok aiskrim yang berperisa vanilla tu.. Tapi aku hanya mampu makan dua mangkuk kecik jew,coz x larat. Mana taknya,before tu tekak aku dah sumbat French fries yang banyak.huhu..Bila aku rasa ais krim tu,erm…lembut la aiskrim ni. x macam aiskrim2 kat luar. Aku rasa la kan,dia modified minyak(kira cm dia blend 2 jenis minyak yang diguna untuk buat aiskrim tu kot) Dah la sedap,berkhasiat untuk kesihatan plak tu(dari segi prinsip kimia dia). Masa tu otak aku terus berfikir “kalau aku jual ais krim ni mesti laku!”. Lebih kurang macam aiskrim jenama ‘mingomingo’ tu kot. Bila aku makan aiskrim lembut ni,aku teringat artikel dalam paper yang baru aku baca beberapa ari yang lepas.Pasal aiskrim jenama ‘mingomingo’ Jenama tu dibangunkan oleh seorang usahawan bumiputra kat M’sia ni. Dianyer trademark ‘soft aiskrim’.Bagus betul la dia tu. Mula2 masa dia nak buka perniagaan ni,abis dia kene gelak ngan orang. Yela! Jual aiskrim kan,mana orang tak gelak! Tapi yang bagusnya dia x peduli cakap orang. Dia tetap teruskan dengan usaha dia. Inilah orang Melayu zaman sekarang. Suka pandang rendah dengan keupayaan orang lain. Berbeza dengan bangsa2 lain. Diorang x sedar yang benda2 macam tu boleh melemahkan semangat orang. Kalau macam ni,sampai bila bangsa kita nak maju? Mungkin sebab diorang rasa diaorang x mampu buat,so diorang rasa orang lain pown x mampu buat gak. Kenapa la suka berfikir macam tu?X semestinya kita x mampu buat,orang lain pown x kan boleh buat. Selagi ciri2 usahawan tu ada pada dia,selagi tu dia mungkin mampu buat walau apa pun jenis perniagaan yang dia ceburi. Naseb manusia kan lain2,keupayaan orang pun lain2.Tapi nasib baek semangat usahawan ni kuat.Bagi aku bagus pe,dia bukan setakat jual kat pasar malam je(tapi bagi aku jual kat pasar malam pown bagus gak,mula dari bawah). Yang bagusnye,dia hasilkan n adun sendiri aiskrim tu(mungkin dia beli formula aiskrim tu dpd saintis kot) n ada pelbagai mesin yang canggih n konfem2 mahal. Setahu aku mesin2 cenggitu bukan setakat ribu-ribu je tapi PULUH-PULUH RIBU tu..Kiranya nampak gak la usaha sungguh2 dia tu n dia nak buat betul2. Benda yang simple macam ais krim tu pun kalau buat betul2,mesti boleh gempak punye. Asalkan bersungguh-sungguh dan dia tahu matlamat perniagaan dia. Kalau jual benda yang hebat giler pun,kalau x bersungguh-sungguh pun x guna jugak,boleh lingkup!


Ada lagi kisah satu usahawan yang buat ‘coklat diabetis’. Coklat ni dihasilkan oleh gula yang diubahsuai. Gula ni bukan berasaskan gula tebu tapi gula lain. Tapi bukan aspartame yang diharamkan tu.Dan of course la gula type ni baik untuk kesihatan(mengikut kajian saintis) dan sesuai dimakan oleh pesakit diabetis. Kagum giler aku! Dia ni bekas saintis gak pastu dia resign sebab nak buka perniagaan sendiri…Inilah sikap orang Melayu yang patut kita contohi,x pernah kenal erti putus asa…to semua usahawan n bakal usahawan melayu,chaiyok2!! aja!aja!fighting!!

piala thomas-malaysia kempunan lagi...

Ari ni da kuar berita Malaysia kalah dengan China dlm perlawanan separuh akhir Piala Thomas. Kecewa aku. Alamat Malaysia kempunan lagi la untuk dapat balik Piala Thomas tu. Kali terakhir Malaysia dapat pown masa tahun 1992. Time tu keluarga Sidek tengah concer sukan badminton. Camne boleh kalah? Aku rasa Malaysia ada barisan yang cukup kuat untuk lawan China. China sendiri akui walaupun perseorangan mereka hebat(Lin Dan,Chun Lai,Chen Jin) tapi kalau dalam berpasukan,Malaysia hebat. Piala Thomas ni berdasarkan berpasukan. Perseorangan dengan beregu kene seimbang.Cakap pasal beregu,pasangan beregu Fairuzizuan-Zakry pulak wat kejutan. Walaupun first time beraksi dalam Piala Thomas,depa boleh hadiahkan mata kemenangan buat Malaysia. Padahal mereka ni beregu simpanan je coz Tan Fook &Wan Wah x dpt diturunkan atas sebab kesihatan.Chong Wei pown main bagus gak. Dia mampu kalahkan pemain no 1 dunia,Lin Dan. Walaupun berdasarkan rekod perlawanan terdahulu tak memihak pada Chong Wei(maknanya dia slalu kalah bila lawan dgn Lin Dan) tapi dia mampu berikan persembahan terbaik dalam perlawanan kali ni. Menang straight set tu. Aku rasa ada bagusnya taktik Chong Wei ni. Dia tengok balik video yang dia pnah lawan dgn Lin Dan yang dulu,pastu dia cari apa kelemahan LinDan,pastu dia jadikan kelemahan tu sebagai kekuatan untuk dia. Fuh!!Pandai jugak taktik dia ni. Mana pernah pemain Malaysia yang lain yang buat macam tu. Terutama si Hafiz Hashim tu. Lembik! Masa perlawanan ni dia tewas kat tangan Chen Jin. Memang Chen Jin rangking dia atas sket daripada Hafiz ni,tapi Hafiz diharapkan untuk buat kejutan. Sebab dulu(perlawanan separuh akhir Piala Thomas yg lepas kalau x silap) si Hafiz penah wat kejutan dgn kalahkan pemain rangking ke-3 dunia Bao Chun Lai(if I not mistaken) . Kalaulah Hafiz main dengan bersungguh-sungguh,aku boleh terima kekalahan dia(coz kalah menang adat pertandingan) ,tetapi dengan jelasnya dan sahih dia main MEMANG tak bersemangat. Dia tak gunakan kelebihan(tinggi) dia semasa main. Silap besar la dia kalau dia rasa peminat2 tak tau bezakan pemain tu main betul2 atau sambil lewa.Sayang seribu kali sayang! Yang pasangan beregu emas Kien Keat-Boon Heong pulak buat hal,kalah pulak. Tak tau nape depa asik kalah je akhir2 ni.Entah la bila menengok prestasi sukan badminton Malaysia yang turun naik ni aku x yakin Malaysia mampu memenangi Piala Thomas. Selagi diorang x mampu mengatasi perasaan gugup diorang tu(diorang ckap mende tu punca diorang x mampu main dgn baik,tp…tak tahu la..) selagi tu Malaysia takkan dapat menang Piala Thomas. Rexy (jurulatih beregu Malaysia) kata sepatutnya perlawanan separuh akhir dgn China, diorang nak wat strategi baru. Tukar pasangan beregu. Tan Fook akan brpsgn dengan Kien Keat manakala Wan Wah dgn Bon Heong. Kombinasi ini terbukti berjaya bila mereka(dua kombinasi beregu) berjaya menumbangkan Jepun masa perlawanan suku akhir Piala Thomas kali ni. Tapi saat2 akhir,perlawanan separuh akhir ni,kombinasi ni x dpt wat sebab Tan Fook demam and Wan Wah mengalami kecederaan. Aku rasa la kan,kalau lah kombinasi ni dibuat,mesti peluang Malaysia menag dgn China lebih cerah. Ye la,Boon Heong-Kien Keat asik kalah je! Aku dah bosan tengok diorang main. Aku rasa diorang(jurulatih&pasukan China) dah dapat baca corak permainan beregu ni sebab tu beregu emas kita asyik kalah je,sebab nak kata depa x terer,takkkan dia slalu menang masa era kegemilangan diorang dulu. Nak kata prestasi merosot,diorang dah buktikan diorang dapat main dgn baik time lawan dgn indon dlm suku akhir ari tu. Tapia apa-apa pown,aku nak kalungkan sedikit pujian buat pasukan MALAYSIA keseluruhannya sebab mereka da tampilkan permainan terbaik mereka kali ni. Walaupun mereka kalah,tapi kalah mereka dikira kalah bermaruah sebab kalah 2-3 kat tgn China. Di kala, Korea Selatan berjaya menumbangkan Indonesia dengan mudah 3-0,Malaysia terpaksa berhempas pulas sebelum tunduk 2-3 dengan China. Kira Malaysia lawan ok sket la berbanding Indon.hehehe.. Hmm..aku harap masa sukan Olimpik Beijing Malaysia akan mampu buat kejutan. Moga-moga strategi tukar pasangan beregu dapat ditampilkan sebab aku cukup yakin strategi ni akan berjaya. Dan aku juga berharap mereka dapat mengurangkan rasa gugup dan tingkatkan kekuatan mental mereka.Aja!Aja!Fighting!