Pages

pengorbanan

Berkorban apa saja

Harta ataupun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia


Upm secara rasminya bercuti pada 10 hb 11 2008. Cutiku pula sepatutnya secara rasmi ialah 1hb 11 2008(sebab last paper 31 hb 10). Tapi NADIA TAKBOLEH BALIK RUMAH LAGI .Uwawawawa…. Semuanya kerana nadia terpaksa menyiapkan final year project. Sebab kalau tak buat cuti ni, alamat TERamat busy lah nadia sem depan. Silap2 boleh extend sem lagi kalau project tak siap. Lagipun tajuk yang nadia buat ni bukannya senang. Memerlukan kegigihan yang tinggi. Extract chemical compound daripada daun Sauropus Androgynus(asin-asin.selalu masak untuk buat masak lemak). Dengar macam senang. Tapi,fuh! Nak dapat the pure compound tu memang lah susah dan memerlukan masa yang lama. Banyak step yang kene diikut. So,nak taknak terpaksa mengorbankan sedikit cuti sem ni. Nasib baik one of best friend nadia pun lab nadia jugak. Tempat kitorang buat project ni pun sebelah2 je.Mula-mula macam tak percaya je nadia dan dia under supervisor yang sama. Kami tak rancang pun nak minta 1 supervisor yang sama.Bukan kami je yang tak percaya,orang sekeliling kami pun tak percaya. Sesape yang tahu kami satu supervisor semua terkejut. Aiseh,semua ingat kami rancang untuk satu supervisor padahal segalanya terjadi tanpa dirancang. Maybe sebab kami ni satu geng(best friend) kot, so agak mustahil untuk tersama sebab pemilihan tajuk dan supervisor adalah secara rawak actually..Nasib baik la dia ada. Takde la nadia bercakap dengan dinding masa buat lab. Taklah bosan sangat. Bercakap dengan best friend lain feel nya berbanding bercakap dengan kawan biasa act.

Disebabkan kami takut mati kebosanan, so kitorang bawalah laptop ke lab. Sambil2 buat lab sambil2 surf internet n chatting. Wireless fakulti lebih laju dpd wireless kat kolej. So, agak best untuk mendownload apa-apa. Ada sekali tu,tengah duduk syok surfing2 internet ni, tiba2 kami terdengar suara Prof Mawardi (supervisor kitorang), secara automatic dan serentak kitorang terus berdiri dan tengok column masing-masing(dengan erti kata lain>--- buat2 busy) padahal takyah buat apa-apa pun sebenarnya. Means kitorang boleh surfing sementara tunggu larutan yang diextract penuh 200 ml. Tapi kalau Prof datang tempat kitorang n tanya pasal progessing project,tyme tu tgh surfing, cam pelik la pulak kan. Mungkin rasa macam bersalah kot surfing depan Prof kot…haha…macam pura-pura la pulak kan..hoho. Tapi kitorang memang macam ni pun selalu. Kalau dengar je suara Prof,terus meluru tengok column masing-masing…


Nama tempat: Tempat persembunyian dan pertapaan nadia selama lebih kurang 1 bulan

Tuan guru: Prof Mawardi,budak2 master dan Kak Najihah(PHD students)

Lokasi: G32,Lab Natural Product, Fakulti Sains , UPM




sambil tunggu benda ni kering boleh la berinternet(dalam 15-20 minit)


sambil tunggu kelalang kon ni penuh pun kami boleh berinternet jugak =). Benda ni jatuh setitik-setitik so lama jugak la nak tunggu.








mejaku yg penuh dengan barang, hanya dikemas setelah selesai kerja=)


yang gemuk tu column nadia,yang kurus sikit, tu sya punya.


column dulu nadia punye
yang tak jadi(ada kesilapan teknikal)


distillation process

Agak serabut kan lab kitorang? Tapi serabut2 pun,lab kitorang ni boleh kira antara lab yang tercantik kat fakulti sains ni (chewah!) sebab nadia da try tengok2 environment lab lain,lagi serabut. Terutamanya lab kimia polimer. Fuh,serabut giler. Sempit plak tuh. Dengan bau polimer2 yang agak busuk(bukan agak tapi memang busuk pun). Tak bleh tahan..hohoho






Benda ni ada sejarahnya yang tersendiri. Ada sekali tu botol tu dah penuh tapi sebab terlupa nak tukar botol yang lain, solvent klorofom ni melimpah ruah. Walaupun tak banyak tapi bau satu lab. Kuat! Masa nak tukar botol lain tu,nadia terpaksa tahan nafas sebab bila dekat2 tu, bau dia tu sangat kuat. Rasa nak pengsan je masa tu. Tahan nafas pun bau tu still masuk. Tahan nafas pun boleh rasa nak pengsan,kalau tak tahan nafas macam mana? Memang betul2 pengsan la kot! Tapi, bau solvent EA( ethyl acetate) lagi power drpd klorofom. Ada skali tu EA tu just meruap je(tak tumpah pun) tapi bau dia naik sampai sya batuk2. Sampai kene bukak semua tingkap n pintu lab. Sya pernah tanya Nadia, “Kalau EA lagi power dpd klorofom, kenapa orang tak guna EA untuk pengsankan orang ek?”. Nadia jawab “Sebab kalau guna EA, orang boleh mati terus! tak main pengsan2 dah.hoho”

KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH

Mood minggu ini: Sentimental !

Tau tak, lately nadia asyik pasang (melalui hp) lagu kat bawah ni je. Hampir setiap masa asyik pasang je lagu ni. Sampai rumate nadia naik boring dah (agaknye la.hehe) . Tapi aneh,nadia tak boring pun dengar lagu ini berulang-ulang kali. Nadia kalau dah start minat sesuatu memang akan jadi lagenda sepanjang zaman la. Means susah nak hilangkan dan tak mudah boring (Citer My Girl tu pun nadia tak jemu tengok banyak kali sampai sekarang tau). Dah jadi macam die hard fans pulak. Jatuh cintakah nadia pada lagu ini? Nak tidur dengar(kadang2 dah tido pun still pasang), tengah study dengar(sempat lagi), sidai baju dengar(boleh pulak) dan kalaulah handphone nadia ni kalis air, dah lama nadia bawak masuk dalam toilet. Hahaha(Melampau!)



~LAYAR KEINSAFAN~

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

SUMBER: liriknasyid.com

Suara penyanyi + lirik + irama lagu = Sangat best lagu nih!!!!!!!!!!!!!!!

Serius suka suara penyanyi lagu ni. Rasa nak cakap je dengan penyanyi 2 tu “Suara kamu sangat best! Kita tukar suara boleh?” (Aik? Over nadia nih!!!)

Lagu ni sebenarnya dah lama. Masa Sya perkenalkan kat nadia dulu,nadia takde respon pun. Mungkin belum terbuka untuk menghayatinya. Tiba-tiba masa cuti raya ari tu, kakak n adik nadia perkenalkan lagu ni pada nadia. Diorang cakap lagu ni jadi lagu tema drama hit masa bulan puasa ari tu. Citer dia tentang lelaki yang jahat giler pastu insaf dan dia minta maaf dengan semua orang yang dia pernah buat jahat dulu. Tapi sayangnya,ucapan maafnya tidak diterima malah dia dicaci dan disumpah seranah. Kenapa ye? Nadia agak mungkin kesalahannya terlalu besar untuk dimaafkan(nadia tanya kakak nadia kesalahan apa yang lelaki tu buat,tapi kakak nadia boleh terlupa pulak.Aiseh).

Erm..mungkin kesalahan-kesalahan kecil seperti menipu,gaduh biasa,aku terasa kau terasa,cakap lepas or seangkatan dengannya should be no problem untuk dimaafkan tapi macam mana kesalahan yang besar seperti

1) 1)Orang itu DENGAN SENGAJA membuat sesuatu supaya anda disumbat ke dalam jail selama berpuluh-puluh tahun atas kesalahan yang anda tidak buat dan menyebabkan anda dipandang serong.

2) 2)Orang itu DENGAN SENGAJA merogol anda(jika anda perempuan) pastu siap boleh main pas-pas kat kawan dia dan sekaligus membuatkan anda trauma dan tertekan sepanjang hidup.Ia sudah tentu memusnahkan hidup dan masa depan anda.

3) 3)Orang itu DENGAN SENGAJA membunuh ibu atau bapa atau keluarga terdekat anda dengan kejamnya. Pastu siap main kerat-kerat 18 macam kes Mona Fendi tu !

4) 4)Orang itu DENGAN SENGAJA memfitnah anda berzina with sumone. Pastu siap boleh bagi bukti tu(of course bukti yang direka-reka untuk menyedapkan perjalanan cerita) dan menyebabkan keseluruhan masyarakat mempercayainya dan anda dipandang serong.

5) 5)Dan segala macam kesalahan yang boleh memusnahkan perjalanan hidup dan masa depan anda

Err…bila nadia bayangkan nadia berada dalam situasi di atas(minta dijauhkan la.Amin),nadia rasa nadia pun mungkin susah nak maafkan kesalahan insan-insan itu. Sebagai manusia yang tidak dapat lari dari emosi, kemungkinan besar nadia susah nak maafkan mereka tapi kemungkinan kecil boleh(hanya apabila Allah gerakkan hati kecil nadia. Hati Nadia kan milik Allah,Dia berhak). Orang kata kalau bercakap memang mudah tapi orang yang pernah mengalaminya yang dapat merasakan sebenar-benarnya persaan itu. Selama pembacaan nadia di paper,internet,majalah,buku, kesemua orang yang pernah mengalami peristiwa di atas ni mengatakan yang mereka TIDAK MEMAAFKAN PESALAH ITU DUNIA DAN AKHIRAT SAMPAI BILA-BILA walaupun pesalah itu sudah insaf dan meminta maaf. Mungkin ada sebilangan kecil ada yang sudi memaafkan pesalah tapi nadia tak jumpa lagi. Kalaulah nadia tahu ada orang yang pernah mengalami peristiwa di atas tetapi sudi memaafkan pesalah itu dengan kerelaan hati, nadia nak jumpa mereka!!! Nadia nak luahkan kekaguman nadia kepada mereka. Nadia nak selami hati mereka. Nadia nak tanya mereka atas dasar apakah mereka memaafkan kesalahan insan itu. Nadia nak tahu!Dan mungkin selepas mendengar kata-kata dan nasihatnya, nadia boleh menjadi seperti mereka..

Bila kakak nadia pasal citer tu , Nadia pun mulalah membayangkan nadia berada dalam situasi lelaki itu sambil mendengar lagu atas ni. Rasa sebak pun ada. Ye la, tak sedih ke kalau kita minta maaf seikhlas hati dengan sungguh-sungguh tapi orang berkenaan tak nak maafkan kita? Sedih, okay! Tapi kalau nadia berada dalam pihak yang lagi satu pulak, nadia pun mungkin susah nak maafkan lelaki ni(kalau kesalahan yg dibuat ada dalam senarai di atas). Bila jadi macam tu, nadia rasa lagu ni sangat menyentuh hati dan memberi kesan kepada nadia sangat2. Sampai nadia cari lirik dia dan tafsir maksud setiap baris lagu ni. Pastu siap letak dalam profile frienster lagik. Aiseh,profile kat friendster nadia tu, lagu yang berkumandang ialah Witch Yoo Hee OST tapi sekali letak lirik ‘Layar Keinsafan’. Sesuaikah? Tapi, takpe la, Nadia letak je ^_^ lalalalala

“KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH”

Pernah dengar word ni? Nadia setuju 100%.

p/s: Aik? Kenapa entri kali ni panjang? Kerana kesemua virus-virus itu nadia dah halau out from my laptop and my lappy telah pulih seperti sediakala. Thanks kepada sape2 yang mencadangkan antivirus2 yang berkesan. Juga kepada nadxoxo yang sudi antar file antivirus GVR by email ^_^

Berdoalah...

Baru je abis final exam yang mendebarkan dan kelihatan sedikit menyeksakan. Sepanjang minggu exam memang tak best langsung. Nak balik rumah tapi rasa serba salah je(sebab kat rumah memang tak boleh stadi.Main jek). Sampai family nadia dah rindu2 kat nadia dah.Ececeh! Balik2 tanya “Bila nak balik”. Nadia pun terpaksa menerangkan yang sekarang tengah minggu exam,tak boleh balik. Exam. Exam. Kesimpulan? Tak nak cakap lebih-lebih. Ini je yang mampu dikatakan dan dibuat kesimpulan.

Kimia petroleum: OK

Bahasa Melayu Saintifik: OK

Asas Keusahawanan: OK (tapi takde final exam. Hanya assignment dan test 1. Sebab tu ok)

Kimia Polimer: OK

Prinsip Teknologi Kimia: SANGAT TAK OK! First time rasa macam ni time final exam. Prof Zobir, kita jumpa sem depan okay!

Kepada yang ingin memasuki alam university (yang sekarang masih sekolah atau sedang mengambil SPM), anda perlu dan harus memilih lecturer. Rajin-rajinlah bertanya kepada senior tentang type lecturer2 di fakulti anda. Dulu masa kat matrikulasi, nadia ada terdengar lecturer kat matrik cakap macam ni “Masuk universiti nanti kamu mesti pandai pilih lecturer untuk mengajar”. Nadia dan kawan-kawan nadia terfikir “ Boleh pilih-pilih ek? Kenapa? Setiap lecturer tak sama ke?” Dan jawapannya= Tak sama. Berdoalah agar lecturer pilihan anda itu mempunyai ciri-ciri berikut:

1) 1)Pandai mengajar dan membuatkan minat anda bertambah kepada subjek itu. Dia mengajar dengan menggunakan ‘ilmu magik’ yang menyebabkan subjek yang susah giler pun jadi senang. Yang membolehkan anda mendapat A untuk subjek itu BUKAN KERANA CLUE atau memberikan soalan yang sebijik macam soalan final exam tyme kuliah harian tetapi kerana kefahaman yang mendalam terhadap subjek itu.Pendek kata pusing2 macam mana pun anda boleh tackle that question.

2) 2)Jika no 1 di atas tidak dapat dipenuhi, berdoalah anda dapat lecturer yang rajin bagi clue soalan final exam tyme kuliah harian. Khas untuk subjek2 core dan tersangatlah susahnya (dan tyme dia bagi clue tu,salin cepat2 okaay). Selalunya ramai dapat A untuk subjek killer ni kerana mereka mendapat lecturer2 beginilah. Soalan yang keluar 100% sama tetapi diubah sedikit dari segi nombor-nombor.

3) 3)Kalau kedua-dua di atas tidak dapat dipenuhi, no 3 ini pun sudah memadai. Berdoalah lecturer pilihan anda mempunyai nota yang tersusun dan memaparkan isi-isi penting kuliah yang perlu difahami. Bukan nota yang berserabut sehingga bila anda baca dan mengulangkajinya, anda pun boleh jadi serabut +berpinar-pinar mata dan sekaligus membuatkan anda tidak bersemangat.

Alam university is unexpected. Berdoa dan berdoalah dari sekarang……