Pages

Kawen-kawen...Kahwin?????


*Bukan sekadar kasut dan kaki. Mereka senada, seirama..*



*Renjis-renjis dipilis. Restu dipinta, bahagia dicipta*







*Mereka mencipta gerak-tari, bergerak seiring dan sejalan. Kemesraan dicipta. Bagaikan di alam yang tersendiri. Jauh dari orang lain*





*Bila mata bertentang mata. Mulut, diamlah. Biarkan mata berbicara. Yang penting, hanya mereka berdua sahaja yang tahu*


picture source: Kesemuanya dari fotokahwin



note: description di atas hanya rekaan sahaja. Harap maklum..



Nadia dah gila sekarang (bold, italic,coloured maksudnya keyword itu sangat penting). Gila tengok gambar kahwin yang diambil secara kreatif oleh jurugambar-jurugambar professional. Mula-mula bukak satu page, lepas tu boleh belek semua entri2 dia semata-mata nak tengok gambar yang super duper cantik itu. Setiap kali menatap gambar kahwin di blog favourite (ada di link sebelah ‘Adore them’ termasuk candidsyndrome sekali) asyik je keluarkan perkataan “Ya Allah! Cantiknya gambar nih!” atau “Kenapa gambar ni cantik sangat?” lepas tu belek satu gambar je amik masa lama sikit (as someone said, picture worth thousand word. Ya, Nadia sedang cuba memahami maksud setiap gambar itu). Ada satu hari tu, agak banyak masa dihabiskan untuk melihat gambar2 kahwin yang kreatif dan inovatif dan cantik dan adorable dan marvellous dan, dan ,dan (Apa lagi? Apa lagi?) Okay, memang betul sah gila nih! (sampai tak tahu nak cakap apa dah)




Lepas tu melompat dari satu blog (blog jurugambar2 profesional) dan membelek gambar. Lepas tu mengkomen dalam hati . Bla bla bla . Yang tak menarik perhatian akan diklik pangkah. Yang menarik perhatian akan dibukak keseluruhan entrinya (muahahaha!)



Sabar nadia, sabar!



Jap jap jap. Bila tengok gambar2 kahwin ni kan, tiba-tiba rasa macam nak kahwin (eh eh! Tergatal pulak! Ya, itu adalah reaksi spontan bila melihat gambar2 itu. Jangan ambil serius) . But I wonder la, kenapa most photographer2 ni kahwin lambat? Diorang ambil kahwin orang lain takkan tak terdetik hati mahu berkahwin kan. Memandangkan kerjaya mereka sebagai jurugambar kahwin tu (dimana selalu melihat majlis orang) sepatutnya membuatkan mereka ada extra feeling untuk kahwin lebih sikit berbanding orang2 lain ni…hahaha…



p/s: Aku tak suka gambar kahwin 'plain;. Bagiku, ia tak sepatutnya 'plain'. Sepatutnya lebih berjiwa (ececeh!)


p/ss: Rasa macam nak hire salah satu dari mereka je nanti. Pasti! hahaha. Okay. Terlebih sudah..Lambat lagi. Abaikan
*sabtu da ahad ada finishing school. Banyak masaku perlu dihabiskan disitu. Uhuu...*

Obses dan excited (zaman dulu-dulu)

Hari ni saya menyelak-nyelak friendster dan rasa boring sampai tak tahu nak buat apa dah. Saya pun bukak balik testimonial2 saya yang dah lama-lama dan paling lama. Biasa la, bukak testimonial sendiri lebih berfaedah daripada bukak testimonial orang lain (hahah!) Dan saya terjumpa yang ini














Bila saya baca komen Dzeti dan Irma ni, membuatkan saya teringat zaman ‘muda-muda’ dulu masa skool kat Taiping (macam nak tergelak bila teringat perangai saya dulu-dulu. Tah pape tah). Environment kat kelas waktu itu. pun masih saya ingat jugak. Rasanya semua gurl kat kelas tu tahu yang masa tu saya memang obsess dengan cerita korea Winter Sonata (dan heronya Bae Yong Jun). Mereka selalu panggil “Buyong” sebab mereka tak berapa lancar atau susah nak sebut. Saya cakap dengan mereka “Eeii salah sebut la. Sebut betul2. Bae…Yong…Jun...” (saya sebut lambat-lambat supaya mereka dengar clear) “Buyong!”>--Ini jugak yang mereka sebut, so lekatlah nama tu.hahaha..Kat meja saya tu, penuh dengan gambar Hero dan Heroin cerita tu. Macam2 gambar saya letak. Orang letak kata-kata hikmah, saya letak gambar orang. Hahah.. Sampaikan ID email saya>--- nadia_ws saya letak ws (means Winter Sonata). Saya sanggup kumpul duit belanja sekolah semata-mata nak beli cd ori rm90. Dan design rantai yang Bae Yong Jun hadiahkan kat Choi Ji Woo dalam citer tu pun saya beli termasuk poskad dan poster mereka (oh,memang banyak). Obses betul. hoho


Polaris, Winter Sonata necklace (cantik kan?)


note: Rantai ni hilang sebab dicuri oleh someone (ada bukti). Yang tak boleh belah tu, berani dia pakai depan mata aku? Fuh, berbulu mata aku tengok (mungkin dia terlupa yang dia 'TERambil'). Okay, malas nak bising, aku just senyap je lagipun bukan mahal sampai beratus pun beli. Nasib baik murah, kalau mahal dah lama aku sound dia..hahaha


Bila saya kerja kat ada satu tempat ni (kedai ni ada jual segalanya pasal citer korea. CD ori+poster+buku+poskad+rantai), saya menyaksikan keobsesan orang ramai di depan mata. Saya ingat saya yang paling obsess tapi baru saya sedar yang ada orang lebih obsess daripada saya. Dasyat. Mereka beli segala-galanya sampai mahal gila. Sampaikan saya rasa kalaulah ada jual baju yang pelakon pakai dalam citer tu, confirm mereka beli jugak.Haha..Masa tu baru saya rasa saya tak perlulah obsess sampai nak beli segala-galanya yang berkaitan dengan tu. Poster la, poskad la,rantai la semua la. Macam pelik. :)




Sekarang, kalau saya minat apa-apa, saya just minat-minat macam tu je (baca: gila bayang :grin:). Tapi takde la sampai habiskan duit beli poster la, poskad la, rantai la(membazir). Poster dan poskad tu kalau satu jenis je takpe la. Kalau gambar lain-lain dan saya nak beli kesemuanya? Haruslah saya melayang-layang di udara memikirkan duit yang abis beli tu je.



Dan sekarang juga, kalau apa-apa yang saya minat@excited (apa-apa je), SATU orang je yang saya bebas bercerita dengannya (bebas macam burung yang terbang di awan biru). Iaitu adik saya Nana. Saya macam malu nak cerita kat orang lain (sebab takut orang tu kata: Eleh, tu pun nak minat. Eleh, itu pun nak suka). Bila cerita dengan nana, saya macam bebas mempamerkan segala reaksi. Memek muka, gaya dan segalanya. Kadang2 dia akan cakap “Senget la angah ni.” Kadang2 pulak dia join sekali :D.




Dulu masa kat matrik, time saya keluar dengan Alia (best fren kat matrik) masa tu saya jumpa ada satu poster dalam majalah Gempak yang saya cari selama ni. Poster cerita korea Full House (masa tu cerita Full House baru nak popular so susah nak jumpe poster). Bila dah terjumpa tu,so jadi tiba2 excited. Tanpa disedari saya buat reaksi “Alia!! Ni lah poster yang aku cari selama ni!” dan sepantas kilat saya MENCIUM muka surat MAJALAH yang ada poster itu tiga kali dengan bergayanya sambil cakap “Muah muah muah!!!”.(Setiap satu ciuman ada disertakan “Muah” sekali. 3 ciuman so tiga ‘Muah’) Err…saya di luar kesedaran masa tu (sumpah saya tak perasan) dan bila Alia tegur “Hei, Nadiah. Apa ko buat ni?!” sambil gelak giler2. Mana taknya, perbuatan saya tu disaksikan oleh mamak yang jual majalah tu betul-betul depan kami! Merah padam muka saya! Eh, malu la kan? Serius maluuuuu! Euuwwww!!!! Saya rasa macam nak campak je muka saya ni dalam longkang sebab malu punya pasal. Saya terus letak majalah tu (terus tak jadi nak beli walaupun sebenarnya berkobar-kobar nak beli) dan tarik tangan Alia blah dari situ. Saya tak sempat nak tengok reaksi mamak tu. Malu okay! Hahaha…Dulu saya selalu rasa kalau saya buat apa-apa, orang TAKKAN pandang saya. Orang TAKKAN notice saya. So saya boleh buat sesuka hati. Err..saya ni kalau excited, susah betul nak kawal, selalu terlepas. Kadang2, dengan gaya2 sekali nak buat (sebab rasa macam tak buat gaya, tak sah, tak lengkap) Buat malu je. Hee!! Sekarang saya kene ubah tanggapan tu. Walaupun saya ni bukan artis or bukan orang popular, dah jadi lumrah manusia untuk melihat-lihat orang di sekeliling mereka(sebab saya pun kadang2 suka tengok gelagat orang di sekeliling saya jugak). So, I will keep thinking that people will see me. People will notice me.



Lepas kejadian tu baru saya kawal sikit ke’excited’ an saya ni. Okay, I will try. Tapi kan excited2 pun, saya takkan buat perkara yang annoying. Contoh: Terlalu terkejut dengan soalan terjah sampai terpukul manja dengan lelaki (macam Fasha Sandha selalu buat dengan wartawan lelaki) atau peminat fanatic yang kalau jumpa je artis pujaan, tanpa segan silu terus mencium pipi walaupun berlainan jantina (contoh:Peminat wanita Anuar Zain selalu buat). Erkk…Annoying kan?




p/s: Sekarang tak minat Bae Yong Jun pun. Sebenarnya dia bukannya best sangat pun. Personaliti dia dalam citer Winter Sonata takdelah memberikan kesan sangat(biasa2 je).Tak tahu macam mana boleh minat dia. Lakonan dia terlalu biasa buat saya. Mungkin masa tu tak banyak citer korea yang ada kot (masa tu citer korea baru nak popular) . Sekarang minat kat Lee Dong Wok dalam citer korea My Girl pulak (tak abis2 dengan My Girl budak NADIA nih.Pergilah cari hero cerita lain pulak).hahaha.. Err…Lee Dong Wok sangat kelakar la dalam cerita tu. Dia tak buat lawak pun saya (dan nana) asyik gelak je tengok cerita tu sampai sekarang :grin: Sebab tu tak boleh beralih-arah ke pelakon lain. Walaupun hero dalam cerita Witch Yoo Hee pun agak sweet(perangai) dalam cerita Witch Yoo Hee tu dan mampu menggugat kedudukan Lee Dong Wok, tapi…Ish3x ..Tak boleh, tak boleh ! Dah minat yang satu kene setia pada yang satu. Hahaha..Bajet bf plak kan nak setia2. Padahal dia sikit pun tak kenal saya. Boleh blah la nadia! Wakakakakaka!




*Err..ayat Irma yang terakhir tu paling tak boleh blah la. hahahahaha!!!!


*Dzeti, Irma! Mengertilah korang. Aku dah delete Buyong dah. kah3x! *gelak kijam*


With bear ~tag~

Saya ditag oleh Aimi Liyana. She is one of my college’s friend (Kolej Kelima UPM).


Tag ni, saya pass kepada (ceh, awal2 lagi dah bagi nama)



1) Farah (main or second) (kalau laptop dah ok ;) )


2) Diya (CK or TD) (jika berkesempatan ;) )


3) nadxoxo


4) helmi (macam spesis tak layan tag je budak ni. Ah, takde. Sebagai ex-classmate, ko kene buat jugak tag ni helmi.hoho)


5) cik nad


6) Sam


Instruction

1)Go to your photos folder in your computer.
2)Go to the 6th folder of photos.
3)Go to the 6th picture in that folder.
4)Put the picture on your blog and description of it.
5)Invite six friends to join the challenge.
6)Link them in your blog and let them know they have been challenge.










Rupa-rupanya folder keenam adalah gambar2 kem yang pernah saya sertai hujung tahun 2006 lalu (Kem Pembangunan Sahsiah Mahasiswa K5 UPM~KPSM 06/07). Dan kebetulan gambar yang terkena adalah gambar ini. Oh, saya tak suka gambar ini. Sebab? Sebab ada orang interframe saya dalam pict ini (Can you see, saya adalah yang bertudung hitam itu yang tak nampak muka tu). Tapi saya simpan jugak gambar ni. Siap rename nama gambar ‘bear tak nampak muka’ lagi.hahaha





Oleh sebab dah letak tu, alang2 saya letak la gambar ni . Meh saya explain gambar ni. Anggap saja gambar ini adalah gambar yang dimaksudkan~folder keenam,gambar keenam~.ngehehehhehe










Gambar ini saya suka giler. Sebab? Gambar muka saya amat jelas di samping bear yang besar itu. Puas hatiku. Tengok, tengok! Dekat tuuu...Lagi sikit mau cium itu bear.ngeh3x..(silalah faham perasaan orang yang first time jumpa bear real). Walaupun saya ni tak berapa selesa orang yang saya tak berapa rapat amik gambar saya, tapi tak kira, saya asyik nak masuk je dalam kamera masa kat Kuala Gandah, Pahang ni. Sebab utamanya, saya teruja jumpa binatang2 ni (kalau terserempak dengan Rusdi Ramli kat pasar Ramadhan pakai seluar pendek ka, itu takda heran punya). Bukan setakat dapat tengok dan lihat macam kat Zoo Negara dan Zoo Taiping yang saya pernah pergi tu, tapi BOLEH PEGANG-PEGANG TU…Tu yang syiok tu..Lagi satu boleh berlagak dengan nana “Aku jumpa bear depan2, besar nana,aku siap pegang2 lagi. Bear tu siap jilat2 tangan aku nana, geli giler lidah dia.” Haha..Orang yang jaga bear tu ada kat situ. Dia siap tuang susu F&N kat tapak tangan kitorang dan suruh kitorang hulurkan tangan ke mulut Bear tu dan sepantas kilat Bear tu jilat susu tu. Wah, geli okay!haha





Perkara yang paling saya kesal ialah tak dapat bergambar dengan ular sawa yang besar gedabak tu (ular ni confirm jinak, takde belit orang sampai mati punye). Jeles giler tengok gambar diorang2 yang bergambar dengan ular tu. Ialah, ular tu macam ramai ‘peminat’ pulak. Semua berebut-rebut nak amik gambar dengan dia. Lelaki2 plak tuh. Lepas satu, satu. Saya pun apa lagi, pi lah tengok binatang lain. Bila datang tengok ular balik, kameraman pergi mana tah, tak dapat nak bergambar kenangan dengan ular tersebut. Fuuuu…sedih woo..Tak dapat nak eksyen2 dengan fiza “Aku amik gambar dengan ular fiza. Geli giler! Bla bla bla dot com dot my” Kakakaka. Kecoh je nadia ni (bajet dia sorang je kat muka bumi ni yang pernah jumpa ular). (note: Bau badan ular sangat busuk. Memang tak boleh blah. Banyak kali saya pegang dan gosok2 badan dia semata-mata nak cam bau busuk itu.haha)




Alang2 meh saya letak lagi beberapa gambar lain yang ada dalam folder ni




Saya tengah bagi rusa makan








Ahli kumpulanku sepanjang kem ni . Masa kem ni memang saya selekeh giler la. Tudung pun asyik senget2 je (saya tak suka penampilan tak kemas macam ni). Biarlah, lagipun semua pun macam ni. Mana taknya, memang rush giler masa yang diperuntukkan. Makan pun kasi 5-10 minit je (padahal nadia kalau makan MESTI lebih daripada 20 minit). Itu baru part makan, belum masuk part lain lagi. Seluar pun masing2 kotor je kat bahagian bawah (sebab kat sana banyak lecak). Sampaikan masa kitorang buat persembahan masa malam BBQ, ada urusetia yang bersuara “Itu dia pesawah-pesawah yang baru keluar dari bendang” kah3x…Siut jer..Tyme tu aku tengok bahagian bawah seluar semua ahli kumpulanku, ok, memang betul pun. Semua pun macam tu..Sebab tu tyme tu macam tak berapa nak kisah. Cuma bila tengok balik gambar2 ni terdetik dalam hati “Apa la nadia ni, tudung senget2, kotor2 ni. Eeeiii, malu jer..” hahaha








Peserta kem bersama urusetia yang terlibat (Hari terakhir kat Kuala Gandah atau nama tipunya Tasik Kenyir ke apa tah.hahaha)


p/s: Err...dah macam entri pasal KPSM la pulak. 2 in 1. heheheh

p/ss: Trip dalam entri lepas yang saya ceritu tu sangat2x tak best. Fuuuhhh. Nasib baik takda keluar duit. Tak la rasa menyesal sangat.