Diorang dah macam ada 'brand' sendiri dalam industri di mana orang nak tengok drama yang dihasilkannya tu bukan kerana pelakon, tapi kerana penulis skrip itu sendiri. Kerana mereka. Maksudnya, letak la mana2 pelakon sekali pun, pelakon baru ke pelakon lama sure citer+pelakonnya akan meletup kebabomm..Kalau tak melalui rating, ia menjadi topik hangat untuk diperkatakan di forum-forum atau laman web. Maksudnya macam ni la. Kat tempat ni korang nampak orang cakap pasal citer ni, kat tempat lain eh eh citer ni lagi, pergi tempat lagi satu eh eh citer ni lagi sampai korang pun termuntah-muntah tengok cerita diorang bersepah dimana-mana. LOL
Semua macam dah boleh detect trend diorang. Paling utama of course belong to romantic-comedy genre. Comedynya pulak comical type. Scene yang unimaginable, unrealistic, full of humor, comical act, sometimes they make 'toilet' humor but still boleh buat orang gelak guling-guling. Pulak tu dalam lawak2 tu boleh je terselit scene yang sedih2. Mungkin orang yang pernah tengok You Are Beautiful dengan citer My Girl boleh faham apa yang aku maksudkan.
Sebenarnya aku memang kagum la dengan diorang ni. Sangat kagum yang mencurah-curah sampai aku terfikir macam mana la otak diorang ni bekerja? Sebab kadang2 scene+dialog yang diorang buat ni tak terlintas langsung dalam kepala aku. Memang tak disangka-sangka la. Aku suka writing style diorang. Walaupun kita boleh detect jalan citer, cinta tiga segi bla bla bla ada orang ketiga bla bla bla tapi still scence2 + dialognya di luar dari jangkaan. Plot diorang pun ringkas dan takkan pening kepala la tengok. Aku sangat suka dialog yang dihasilkan. Banyak mempunyai double meaning yang memerlukan kita berfikir dan perlu mengaitkan antara satu scene dengan satu scene yang lain untuk faham apa maksud sebenar yang nak disampaikan. Kesimpulan, kalau korang tengok episod 1, pastu lompat episod 4 pastu lompat episod 6 pastu lompat si katak lompat, sure takkan faham sesetengah dialog tersirat yang dimaksudkan. Yeah, aku suka kalau apa2 yang ada double meaning =)
Lagi satu lupa nak cakap, aku suka diorang punya style angle kamera masa shooting.=D
Lagi satu lupa nak cakap, aku suka diorang punya style angle kamera masa shooting.=D
Dan jeng jeng jeng, diorang akan hasilkan buah tangan yang terbaru. Yippieeeee!!! Tajuk drama My Girlfriend is A Gumiho. Diorang dapat idea nak buat cerita ni masa kat YAB filming set lagi. Diorang start filiming Jun kalau tak silap dan untuk tayangan bulan Ogos. SURE AKU AKAN TENGOK, VIIKII SILA JANGAN BUAT HAL LAGI LA OK. Heronya Lee Sung Gi (errr, aku tak pernah tengok drama lakonan dia before ni) dan Shin Se Kyung (lagi aku tak kenal). Hope cerita dia kali ni akan sebest dan se-funny drama2 nya before ni. hahah . Kesian diorang, diorang kata kadang2 diorang rasa terikat dengan 'title' yang mereka miliki. Maksudnya, kalau nak buat skrip, diorang seolah-olah terikat dengan 'trend' diorang dan perlu mengikut 'line' yang orang2 kenal before ni. Ye lah, unrealistic, unimaginable, comical expression bla bla bla. hohoho...
Lee Sung Gi
Shin Se Kyung
Shin Se Kyung ni pelakon baru kot. 19 tahun! Wow muda! Tak pernah dengar pun sebelum ni. Aku rasa dia saja ambil pelakon baru sebab nak menimbulkan 'refreshment', takde la muak orang asyik tengok muka pelakon yang sama je kan. Macam Park Shin Hye dulu pun mana ada popular sian dia. After YAB baru la nama dia naik jadi top sekarang. Poor her. Dia dah lama berlakon sejak dari kecik lagi now baru nama naik.huhu..Eh eh melalut plak aku. Ok bye.
Maklumat, sumber dan gambar dipetik dari sini, sini dan sini
Aku dah tengok semua drama diorang. Rating aku terhadap drama diorang mengikut susunan:
1-paling suka, 5-less suka. hehehe
1) You Are Beautiful
2) My Girl
3) Delighful Girl Chun Hyang
4) Hong Gil Dong
5) Fantasy Couple
3 voice out:
Taktau nak komen ape..sebab bukan le peminat citer Korea..hihi..
Tapi still kagum gak dengan dorang ni lepas baca entry ni.
Wow!!!
HEBAT!
salam..
nak tnaye ni...
episode 15 & 16 ble nak klua kat viikii eh??
malam ni rasanya. Ataupun jumaat. Tp selalunya khamis malam..
Post a Comment