Pages

Sad Scene

Sad scene is not all about tears. It’s how u cry, reason why u crying, the emotion in it, how the voice/sounds of sobbing looks like, how your face (eyes, eyebrows & mouth) should looks like when crying, and finally how well camera captured the moment. 


Dah lama tak menangis dengan begini hebat. Pelakon ni memang hebat. She managed to potrayed how it looks like when losing someone you loved, right in front of your eyes. The moment i saw this scene, i forgot they are actually acting. I can feel her pain. To face the reality of you wont see him in future, in the same world. Her crying (esp at the very end of this video-start dari minit ke 7:35 sampai habis) broke my heart.





Around 2018 aku pernah bermimpi aku menangis kehilangan orang yang aku sayang betul2 depan mata aku, orang tu kene heart attack tiba2 jatuh depan aku & menghembuskan nafas terakhir kat situ jugak. Aku menangis nak gila masa tu. Aku biasanya in real life seorang yang tak mudah nangis. Esp depan orang tapi masa tu aku nangis depan semua orang like nangis gila2 kot. Agaknya sbb aku in real life tak macam tu, Allah tunjuk kat aku macam mana perasaan sebenarnya, melalui mimpi. Bangun dari tidur aku cuba nak gambarkan macam mana aku menangis tu. Aku cari video2 kat youtube yang tepat menggambarkan, aku search ‘sad scene’. Ada la banyak sad scene dalam drama2 yang aku tengok2, satu pun tak menggambarkan dengan tepat. Susah la nak cari sbb feelingnya x sama. Sampai la aku tertengok pasal scene ni (actually aku crossed over the very last scene dalam video ni - start dr minit 7:35 sampai habis). Yes, this is the right emotion to potray my feeling in my dream. Padahal masa tu aku x tahu dan tak tgk lagi pun cerita ni. It just the feeling is same and i can feel the pain.


Soalan Maryam


 
Hari tu ada sekali lelaki ni keluar kat tv tetiba Maryam tanya “Eh kenapa rambut dia macam girl?” 😆😆😆

Hahahha kelu nak jawab

Sejujurnya aku x berapa gemar lelaki rambut panjang tak sure kenapa, sbb x nampak manly kot? 😅 Aku seorang perempuan typical yang suka lelaki yang berambut pendek sikat ke tepi, bye 😛😛😛

Hotel Del Luna


Rasa macam dah lama sangat tak tengok drama berunsurkan romantik. Dan setelah kesekian kalinya aku menangis tengok drama. Mencikkk. hahaha

Mana tak nangisnya. Tema cerita ni adalah berkisarkan pertemuan dan perpisahan yang kekal iaitu mati 😭

Plot start dengan kisah seorang perempuan yang bernama Jang Man Wool dan bagaimana beliau terlibat dengan permulaan bagaimana Hotel Del Luna tertubuh. Kisah ni di reveal sepanjang cerita perlahan-lahan sehingga la ke plot terakhir. Memang banyak twist haha. Lantaran kisah itu, dia dihukum untuk menguruskan Hotel Del Luna ni atas dosa yang dia lakukan ketika hidup (kira jadi owner hotel tu). FYI hotel ni adalah hotel yang ditubuhkan utk guest roh2 yang masih berkeliaran di bumi sebelum ke arah lain.. Kiranya roh2 ni macam ada dendam/perkara yang tak settle semasa hujung hayat. So plot diselitkan dengan kisah2 hantu tu. Ada guest yang baik dan ada jugak guest yang jahat.

Suatu hari, seorang lelaki (ayah hero) yang hidup tersesat ke dalam hotel ni. Pekerja2 hotel tu (di mana mereka juga hantu) suruh dia lari cepat2 keluar dari hotel tu dan kata kalau owner hotel jumpa orang hidup kat hotel tu memang nahas lah dia.. Nak dijadikan cerita, owner tu terserempak dgn ayah hero. Rupa2 nya ayah hero tu sedang nazak dan roh dia yang datang tu (kiranya masih hidup). Owner hotel tu kata tak lama lagi ayah hero tu akan mati. Tapi ayah hero taknak mati lagi sebab dia ada anak kecik (which is hero) yang perlu dibesarkan dan mereka tiada siapa2 dah. Oleh sebab itu dia merayu utk diberi peluang hidup. Owner hotel tu bagi peluang tapi dengan syarat, 20 tahun kemudian anak dia (iaitu hero cerita ni - Chan Sung) perlu datang ke hotel tu untuk bekerja jadi pengurus hotel di mana jawatan tu adalah khas untuk seorang manusia (sebab perlu berurusan dengan manusia seperti pembayaran cukai, lesen dan sebagainya)

Cerita bersambung apabila Chan Sung terpaksa datang dan bekerja di situ. Dia diberi kebolehan melihat hantu untuk membolehkan dia serve hotel tu. Dan buat pertama kalinya hotel itu ada perubahan di mana pengurus hotel (hero iaitu Chan Sung) tolong hantu2 tu supaya mereka boleh pergi ke alam lain dengan baik dan tak perlu balas dendam. Kiranya dia libatkan diri dia dengan kisah2 hantu tersebut. Sebab hero kan baik hahaha. Dia taknak hantu2 tu dapat pengakhiran yang tak baik. Sebab kalau hantu2 tu balas dendam kat orang hidup (harm humans), hantu tu akan dihukum dengan Penarik Roh Hantu (kira macam dibunuh) dan hantu2 tu akan hilang jadi debu kat bumi.. Tak pergi heaven. 

Dalam masa yang sama diselitkan bagaimana watak2 cerita ni membawa kepada dendam dan kisah silam pekerja2 di sini dan termasuk owner hotel ni.

Memang ending dendam kesumat owner hotel tu banyak twist rupanya so memang la mendebarkan dan kene tunggu sampai habis. Kat sinilah kemuncak cerita iaitu sanggupkah heroin melupakan dendam 1000 tahunnya itu demi cinta and how? Pengorbanan itu pilihan bukan keterpaksaan gituu. Memang sedih gila part ni.

Ending? Mereka berjumpa semula dalam kelahiran seterusnya tapi both masih ingat antara satu sama lain.

Masa diorng nak berpisah tu memang sedih giler. Esp bila sampai part seorang demi sorang pekerja perlu tinggalkan dunia huhu.

Honestly aku suka jugak cerita2 fantasy macam ni sebab benda2 yang diorang buat tu kadang di luar kotak dan banyak bermain dengan imiginasi. Banyak bermain dengan semua jenis emosi tu dah tentu2 kalau kdrama kan cuma part imiginasi ni cerita berunsurkan fantasi ada.

Aku dengar ada satu drama yang tak kurang hebatnya tapi orang kata impact dia lg mendalam dari Hotel Del Luna ni. Tajuk Goblin hahaha. Cerita fantasi2 cmni biasa lambat sikit nak start (sbb plot mcm di luar kotak kan). Tapi biasala kdrama once dah start episode 1 tu memang akan stuck la. Tambah2 kalau cerita tu famous dan hebat diperkatakan sekalian alam, must be a good watch kan. Im going to watch it after this. 😇

p/s: Thinking of to start write back in this blog after 5 years. Rasa macam dah lama sangat tak menulis. I write this continously without even draft it first 😂 Throw everything into a post to be exact 😅 So yeahh