Pages

Love of Music


Dulu aku pernah cakap, lagu2 best kat Malaysia ni banyak yang best2 music nya tapi lirik semua berkaitan pasal frust/putus cinta saja. Lagu2 positive ada tapi tak banyak... Boleh kata rare la susah nak jumpa. Aku perasan lagu Siti Nurhaliza sejak2 dia kawen dengan Dato’ K semua lagu dia dah berunsurkan postive dah takde pasal frust/putus cinta. Postive tu contoh nya harapan dia ke arah perkahwinan yang bahagia, dia terjemahkan dalam lirik2 lagu dia. 

So aku mengharapkan banyak lagi lirik2 positive yang akan muncul dalam lagu tapi malangnya tak hahaha. Redha la nak janji telinga layan. Tak pasal2 bila aku tgh obsess dgn lagu tu, kene cop frust 🤣 Heyy aku kalau suka lagu sebab music okay bukan lirik. Sebab tu aku boleh suka lagu Korea walaupun tak faham maksud, hanya dengan music aku boleh obsess kot 😂




Lost Hope in Love





I always wonder how two person who seems deeply in love with each other can lost their way and go in separate way? Like in love gila2 kot mcm maut memisahkan tiba2 eh eh dah tak bersama.

I always believe any problem in marriage can be solve as long as 2 people work on it. 2 orang yang mahu memulihkan keadaan, 2 orang yang berusaha utk buat apa saja untuk selamatkan marriage. Unless one of the person dah hilang hati & stop all the effort la kot? Or maybe one of it dah buat kesalahan yang menghilangkan trust di pihak satu lagi. Or maybe dah beralih arah. Ataupun abusive marriage?

Sad. To see all the broken marriage. Esp kalau start2 pun with deeply in love with each other kan.

Fact




Alamakk.. Hahaha. Terasa lak baca post ni 🤣

Aku imbas kembali zaman U aku. Memang langsung rak terfikir nak mencari jodoh. Like langsung tak terlintas kot. Kenal2 lelaki as kawan lelaki pun tak. Hahah.  Maybe aku rasa bukan masanya kot? Aku macam ada mindset dalam kepala aku yang kalau boleh kawan dengan perempuan kenapa perlu kawan lelaki haaa gitu. Bagi aku lelaki ni perlu untuk jadi suami je 🤣🤣🤣 Kalau tak terfikir nak kawen, mana mungkin aku terfikir nak berkawan dengan lelaki kan. hahaa.

1st masuk alam pekerjaan memang cabaran besar sgt bagi aku. Bila mana aku perlu bergaul dengan lelaki2 ni as if bergaul yang baik supaya dapat bekerja dengan baik, selesa dan tak awkward. Memang mencabar! Sebab aku tak reti dan sumpah tak reti. Aku try ubah cara aku supaya bolehlah build rapport ke apa. Tapi aku start cara salah kot. Sampaikan ada orang tertentu yang maybe aku terlebih mesra ke taktau la, sampai orang tu boleh luahkan perasaan kat aku cakap kalau dia kenal aku lebih awal mesti dia pilih aku dah. Dia cakap aku kelakar pastu cepat mesra bla bla apalagi tah x ingat. Aku was like whattt?? Gila ke apa laki orang cakap macam tu. Masa tu aku ingat balik memang aku selalu melawak-melawak dengan dia gelak2 tapi tu utk fun2 hilangkan boring camtu. Mana ada gedik2 ke apa. Lawak kasar adalah. Termasuk mengumpat pasal boss. 

Start dari tu aku fikir2 balik. Salah kot cara aku. Mungkin terlalu over bergurau. Aku try control balik pergaulan aku sejak dari peristiwa tu dan hasilnya aku sedikit awkward dengan lelaki balik kecuali dengan orang yang aku selalu bercakap or deal la tapi tu pun aku control gak, dah tak semesra macam dulu.

Aku pernah cakap ngan best friend aku Sya, kalau dengan laki orang esp yang tua2 40-an or dekat2 40-an ni aku senang mesra sikit berbanding dengan orang single muda bujang trang tang tang. Dia pun nampak hal ni. Sya sound aku, apasal aku tak apply cara yang sama dengan lelaki single bujang mana tau lekat boleh berjodoh 😅 Bukan sbb aku suka ke apa ngan laki orang (aku kalau suka orang , of course bukan laki orang, mmg aku akan ada rasa malu2 skit, xde makna aku nak gurau over ke apa. Perempuan kan, jumpa lak orang kt suka, haruslah malu, gituhhh) tapi sebab aku takut laki single ni fikir aku nak try diorang ye la single lagi kan. Tapi x sangka lak hat laki orang pun perasan sama. Hadoii memang pening. 

Tapi tu la, sebaik-baik aku dengan lelaki kat tempat kerja pun mmg mind set aku utk memudahkan kerja je, habis je kerja memang aku takde nak extend berkawan-kawan kat luar hahhaha macam aku ckp la, kalau boleh berkawan dengan perempuan kenapa perlu ada kawan lelaki. Kawan dengan lelaki bagi aku leceh sebab aku perlu control2 pergaulan. Nada cakap terrendah sikit je diorang fikir apa dah, gedik ke apa taktaula. Kawan dengan perempuan senang, ko nak over pun takpe sbb diorang perempuan. Bagi aku lelaki dan perempuan kawan baik macam mana pun tetap ada batas. Dah satu hal kene control2 😂

Tapi kalau gurau over dengan nana ke fiza ke (kakak & adik) la paling best. Diorang dah faham sangat dah, paling2 pun diorang cakap “Bongoklah Angah ni!” Si fiza pulak “Nadia ni bongok tau!” 🤣 Memang lepas tu kitorang akan sama2 gelak (of course aku gelak paling over). Aku memang suka usik fiza & nana ayat2 yang diorang takkan terfikir keluar dari mulut aku 😂

 

Tergamaknya la




Sometimes, some people saying sorry & regret because they just got caught. Otherwise they will continue their wrongdoing as if it’s not wrong.

And the saddest thing about betrayal is, when it never comes from your enemy. 

Geramnya baca. Tergamaknya la student tu khianat orang yang dia rapat. Pastu pura2 mcm takde apa2 berlaku. How come sikit pun tak rasa bersalah dan awkward. Tergamak jugak laki dia pegi ngorat student bini dia sampai ke katil. Apa nak jadi la dengan dunia zaman sekarang ni i cannot brain 😢 Honesty is indeed pricey 😢

Semoga Allah jauhkan kita dari situasi ujian begini. 

Awkward Situation



Tadi aku berada di situasi yang sangatlah awkward (tapi aku berjaya cover supaya x nampak awkward). Ianya situasi di mana someone tegur aku dengan ramahnya tapi aku sumpah tak kenal pun siapa orang tersebut 🙊 Masa tu dia tgh kat kaunter nak byr aku pun kat situ tunggu turn. Aku nak tanya serba-salah sebab gaya dia macam kenal betul la dengan aku. Tapi dia kenal aku sebab aku selalu bersama dengan orang yang dia selalu deal/kenal baik la.. 


Beliau: Eh, ko bukan orang lab ke?

Aku: Eh, kenal eh?

Beliau: Selalu nampak dekat HIVE (tempat umum macam Dewan Makan tu. Selalunya mmg tempat ni lah aku terserempak dengan orang2 yang aku tak kenal)

Beliau: Ko housemate dengan Johana kan?

Aku: Aah

Beliau: Mana dia? WFH ke

Aku: Dia cuti

Beliau: Yeke cuti.. Ke WFH

Aku: Eh taklah. Memang dia amik cuti.

Beliau: Makan sorang je?

Aku: Haa la housemate semua takde, makanlah sorang.


Di belakang dia ada perempuan tunggu, aku main senyum je la maybe bini dia ke awek dia ke tatau la.


Tapi perbualan di atas gaya sembang macam kenal betul tu hakikatnya sepanjang berborak aku cuba recall siapakah beliau. Memandangkan dia macam kenal betul dengan Jo kawan aku tu makanya balik rumah aku mesej Jo tu dia ada kenal tak sape2 gelap2 rambut kerinting panjang skit. Masalahnya kawan aku pun xdpt nak recall 🤣


Hakikatnya aku memang serba-salah betul kalau orang tegur aku macam kenal betul tapi aku langsung tak kenal. Adeh 🥴 Not sure kalau aku tanya “Siapa nama ko eh.. Sorry mcm x berapa cam la 😅” adalah proper question atau tidak. Last2 aku borak je as if aku kenal betul.


Inilah perangai aku. Aku susah sikit nak cam orang yang sekadar jumpa gitu2 je. Jumpa gitu2 tu contohnya macam dia datang lab sebab nak jumpa kawan aku untuk discussion tapi dia terserempak dengan aku yang kebetulan ada kat situ jugak. Haaa jangan harap aku nak cam 🤣 Lainlah kalau orang yang aku selalu deal, pernah deal, or at least pernah deal depan2 (jumpa formal masa meeting ke apa). Sebab usually aku tak pandang orang sangat pun. Means kalau pandang pun sambil berlalu cmtu je. Melainkan orang tersebut ada remark yang kawan2 aku cerita (contoh: Budak nama sekian2 ni lorat dan annoying sebab bla bla haa kalau mcm tu memang aku akan tengok sambil cam muka dan ingat 🤣🤣🤣)

Angan-angan



Angan-angan aku ialah nak own kedai sendiri. Ala-ala macam cafe gituu. Pastu jual makanan asian yang sedap2. Souffle ke Takoyaki ke Vietnam Rolls ke tiberrr 🤣 

Ala-ala macam SDS Bakery tu pun okay tapi exclude part roti-rotian la sbb aku tak pandai baking sangat hhaha. 

Or ala2 macam Souffle Desert Cafe tu pun okay.. Tempat orang santai2 borak2 makan makanan ringan2 tapi presentation tip top.

Takpun own kedai stesen minyak Petronas. Tapi tu modal besar gak. Aku akan bawa masuk makanan2 yang best2 dan menarik. Aku ingat dulu kat Petronas area mana tah otw ke Shah Alam kot, hampir setiap pagi aku akan beli Spaghetti Bolognese dia sbb it’s very rare kedai tepi jalan even kedai stesen minyak jual Spaghetti kan hahaha. 

Tapi ini semua hanyalah angan2 saja lah 😂