Pages

Kuasa Tuhan


Aku rasa seumur hidup aku yang 26 tahun ni, 13 Februari dan 19 Februari tahun 2013 telah mencatatkan sejarah yang tersendiri. Betapa hebat kuasa Allah. Aku telah lepas 2 stage interview yang bagi aku, adalah out of mind aku boleh lepas. Terlalu banyak nak diceritakan tapi terlalu banyak sampai aku tak tahu nak bermula di mana.







1) 13 Februari . Bila yang interview ada pengalaman kerja 16 tahun dan 20 tahun. Pulak tu candidate

      Candidate 1: Cakap english berabuk, power gila la english.
      Candidate 2: Pengalaman kerja 10 tahun
      Candidate 3: (Kawan aku) Pengalaman kerja 1 tahun lebih. English biasa2
      Candidate 4: Aku. Pengalaman kerja 1 tahun lebih. English biasa2

Finally candidate 3 dan 4 SAHAJA yang lepas untuk proceed ke interview stage 2, padahal sebenarnya diorang nak amik 3 orang. Masa tu aku rasa Ya Allah, besarnya kuasa Tuhan. Kun fa ya kun. Secara ringkasnya, orang yang interview tu berminat dengan pengalaman kitorang biarpun english berterabur sekalipun. Keyword paling penting, apa yang diorang tahu, kitorang pun tahu especially berkaitan basic statistic for laboratory and it happen that aku amik course tu seminggu sebelum dan masih fresh dengan all the formula dan trainer aku dengan panel interview tu adalah orang yang sama

2) 13 Februari . Speciality yang ada pada aku yang ada di lab sekarang adalah apa yang dia betul2 inginkan dan bangunkan so that's good point for me. Instrument yang aku hari2 handle ada kat sana jugak. Diorang suh lukis gambar instrument dan terangkan proses, aku pun lukis la dan terangkan.

3) 13 Februari. Salah seorang yang interview aku tu kenal aku. Dia pernah datang company aku buat witnessing sample unit aku...

You! What ever. Kau tak kelakar langsung


Ada orang yang buat lawak yang sebenarnya tak lawak langsung. Tak pandai buat lawak kekdahnya terpaksa cari isu yang dipikirkan lawak tapi lame. Dear, gosipping me with someone else husband is not even a joke ok?  #bosan #menyampah #notevenajoke #carilawaklainbolehtak

Passion



9 years ago

*selepas promote2 bla bla dengan satu customer ni*

Customer: Ok lah saya amik yang ni
Me: Ok, bayar kat dalam ye cik

Customer: Eh, awak takde tulis apa2 resit ke? Awk tak dapat komisyen ke?
Me: Err... Tak
Customer: Mana boleh macam tu. Saya beli ni sebab cara awak promote kat saya tau. Awak kene dapat komisyen la.
Me: Err.. Memang takde komisyen cik.

Customer: Hmm.. Saya ingat bersungguh-sungguh awak promote ni, awak dapat komisyen
Me: Smile.

-And that's happen when your hobby become your profession. Bila buat tu tak fikir ganjaran apa pun, yang penting kepuasan hati dan rasa enjoy. Passion. Susah kan nak ada passion. Ia bukan benda yang boleh dipaksa untuk wujud. Dan definitely, ke-kreatifan seterusnya kejayaan akan menyusul kemudian.


Aku belajar sesuatu kalau nak betul2 success dalam bisnes.




1) Kene pandai membanding. Masa tu lah kene betul2 guna otak ni untuk buat observation, judgement dan membandingkan~pro and cons.



2) Kene jujur. Jangan menipu semata-mata nak lariskan sesuatu produk. Kalau tak bagus kata tak bagus. Kalau bagus kata bagus. Tapi kene tahu la kenapa bagus, kenapa tak bagus. Jangan main cakap itu tak bagus ini bagus tanpa sebarang point. Sebab tu penting point no 1 di atas.



3) Kene berani, peramah dan pandai berinteraksi dengan customer (ini paling utama!). Kene ada semangat untuk memperkenalkan apa service/product yang anda jual.



4) Jangan berharap semua customer datang akan beli product anda. You have to entertain any customer/non-customer/potential customer that come to you. Kadang2 customer tengok2 je. Tapi ia bukan menjadi masalah atau sesuatu yang membebankan jika nak memperkenalkan product adalah passion anda.



5) Kene jual produk/service yang anda minat atau ianya sebahagian daripada hobi anda. Ya sesungguhnya kesungguhan anda akan datang dengan sendiri naturally jika produk itu anda minat. Kesemua no 1-4 akan datang kemudian secara naturally jika anda ada point no 5 ini =)



You, yes, you dear. Fikir masak2 ok? =)

Dunia maksiat


Aku kan... Admire dengan orang yang terdedah kepada dunia maksiat, kawan (yang tak baik sangat, mungkin atas nama 'kerja') dengan orang2 yang buat maksiat juga tapi tak pernah masuk dalam dunia maksiat.

Sebab kan. Aku boleh nampak yang orang2 macam ni ada 'kekuatan' untuk menolak dunia maksiat walaupun orang2 macam ni terdedah kepada perkara itu. Macam kan.. Woahhhh kagum gitu

Contoh paling simple.

1) Ada seorang pemuda ni. Baik-baik dan innocent gitu. Dia ada seorang boss yang suka pergi kelab malam bagai, minum arak bagai. Dia kira teman je boss dia pergi kelab tapi tak minum pun, tak main perempuan pun. Just duduk2 je minum coke dengar music.

2) Ada seorang lelaki ni. Jenis yang baik2 jugak macam nombor 1. Bezanya jika diajak ke tempat-tempat maksiat seperti kelab ke pub ke, dia akan tolak. Walaupun tak buat apa2, walaupun tak minum arak, tak cari pelacur, dia tetap takkan pergi tempat2 macam tu.


Sumpah, aku admire orang yang no 2 tu! Orang jenis macam ni tak mudah dipengaruhi dan tegas. Dia tahu apa yang dia nak, apa yang dia taknak. Orang macam ni jenis yang 'Kalau aku taknak tu taknak la ok? Ada faham?' Gituuuu... Serius, jarang ada lelaki2 begini ;(


Dan aku macam rasa orang no 1 ni macam kan... macam tak de pendirian, tak tegas, hanya mengikut. Memang lah tak minum tak apa. Tapi macam mana dengan godaan2 perempuan kat sana? Herm.. Biasa la kan, lelaki, selagi ada peluang.. Dah biasa/tak heran dah dengan lelaki begini. =)



Kita tak tahu kan bila berada dalam dunia maksiat tu kita akan jadi macam mana. Untung sabut timbul (kalau kuat, boleh bertahan dengan sebarang hasutan syaitan), untung batu pulak tenggelam (buatnya ko kalah dengan hasutan syaitan dan terus-menerus bermaksiat macam mana?)   Tak, jangan salah faham yang aku tak suka dengan orang no 1. Bukan tak suka, sbb ramai je lelaki mcm ni.  Dah biasa. Cuma respect dengan orang no 2, sebab jarang jumpa ;)