Pages

Day 1 – your favorite song

Ni aku jawab jujur gila abis la ni. Selalunya fav song aku ni agak bermusim. Kejap kang lagu nasyid, kejap kang lagu siti, kejap kang lagu kpop, kejap kang lagu ost citer korea. Tukar2. hahaha. Kalau ada sekian2 lagu yang aku minat dalam jangka masa tertentu, memang aku akan ulang2 lagu yang sama berminggu-minggu atau mungkin berbulan-bulan. Tapi bertahun-tahun takde la. heheh. Kalau diikutkan fav song agak banyakkkkkk untuk di-listed kan tapi kalau AT THE CURRENT MOMENT, aku ada 4 lagu super fav yang aku masuk dalam satu playlist dan 4 lagu ni la yang aku ulang2 sejak 3 minggu lepas sampai sekarang.

1) Appear- Secret Garden OST



Lagu jenis OST ni biasanya aku suka kalau SEDANG tengok cerita tu. Kiranya macam hari2 dengar kalau lagu biasa2 pun bleh jadi best lah camtu. Tapiiii kalau aku suka SEBELUM aku start tengok cerita tu, maksudnya lagu tu quite special lah bagi aku. Rare ok, rare. Jatuh cinta pada lagu pada pendengaran pertama gitu...

2) Let It Go- Heo Young Saeng



Tak dinafikan sebab dia ni fav singer aku. Tapiiiiii ada jugak fav singer aku tapi bila dengar lagu terbarunya rasa macam 'eh eh tak bestnya lagu baru dia'. Hahahaha. Haku jujur ok.Tak semestinya aku minat orang sekian2, semua pasal orang tu aku suka. Kiranya lagu ni pun jatuh cinta pada pendengaran pertama jugak.

3) Cuba Untuk Mengerti- Siti Nurhaliza



Berbulan-bulan aku cari tajuk lagu ni *jatuh martabat sebagai peminat setia siti bila tak tahu tajuk lagu ni.kekekek* Lagu ni kurang (atau tak pernah?) dimainkan kat radio,tv,show. Very not popular tapi aku rasa lagu ni lah yang paling best sekali. First time dengar masa jadi OST citer kat tibi1, terus jatuh cinta dengan muziknya. Dengar suara, aku sangat cam suara Siti tapi apasal aku tak pernah tau pasal lagu ni???? menggelupur cari kat youtube tajuk lagu tapi faham-faham lah, kalau tak tahu tajuk, tak ingat lirik, ingat boleh jumpaa??? Kiranya aku agak luck la sebab tetiba aku ter-klik video ni daripada beribu-ribu video siti kat youtube tu.


4) Wonder Woman- Davichi, SeeYa &T-Ara



Ni pun jatuh cinta pendengaran pertama tanpa aku ketahui siapa penyanyinya.Aku terdengar lagu ni masa lagu ni jadi background sebuah video orang main ski kat kawasan pergunungan kat korea (masa tu survey2 tempat main ski kat korea ;P ) Geram okeh bila minat sesuatu lagu tapi tak tahu dari arah mana datangnya lagu tu. Tajuk tak tahu, penyanyi tak tahu, lirik lagi la tak tau kan, semua pun tak tahu. Aku pun tanya kat twitter, sorang pun tak reply.huhuhu...sbb lagu ni tak femes kot? Last2 aku email kat sorang kawan aku ni (semangat sampai beremel ok) sebab setahu aku dia ni 'universal' dalam kpop, tanya je apa2 lagu, insyaAllah dia tahu (aku tak universal eh, jangan tanya apa2 pasal lagu kpop kat aku, kalau tanya gak insyaAllah aku tak tau). Excited aku bila dia inform tajuk lagu dengan penyanyi2 nya skali. hehehe. Bahagiaaaaa bila tahu ;)

30 Day Blog Challenge

Aku rasa 30 Days blog challenge ni berasal dari tumblr. Sape2 yang ada atau pernah ada akaun tumblr tahu kot sebab benda ni agak femes dijawab kat tumblr. Tak sangka pulak benda ni pun lama2 jadi femes kt blog pulak. hehehhe.

30 Day Challenge



Day 1 – your favorite song
Day 2 – your favorite movie
Day 3 – your favorite television program
Day 4 – your favorite book
Day 5 – your favorite quote
Day 6 – 20 of my favorite things
Day 7 – a photo that makes you happy
Day 8 – a photo that makes you angry/sad
Day 9 – a photo you took
Day 10 – a photo taken over 10 years ago of you
Day 11 – a photo of you recently
Day 12 – something you are OCD about
Day 13 – a fictional book
Day 14 – a non-fictional book
Day 15 – your dream house
Day 16 – a song that makes you cry (or nearly)
Day 17 – an art piece (drawing, sculpture, painting, etc)
Day 18 – my wedding/future wedding/past wedding
Day 19 – a talent of yours
Day 20 – a hobby of yours
Day 21 – a recipe
Day 22 – a website
Day 23 – a youtube video
Day 24 – where I live
Day 25 – your day, in great detail
Day 26 – your week, in great detail
Day 27 – my worst habit
Day 28 – whats in my handbag/purse
Day 29 – hopes,dreams and plans for the next
365 days
Day 30 – a dream for the future


Macam menarik untuk dijawab. Let's challenge urself! Sekurang-kurangnya ada benda nak cerita. Maklum la, lately macam kekeringan topik apa nak diceritakan kat blog. hahha

Isu adik-beradik

Nana: Kenapa mata ko merah angah?
Aku: Yeke? *tengok cermin* Biasa jek.
Nana: *buat action menjauhkan diri +muka pelik sambil berlalu keluar dari bilik*
Aku: Nana! Jangan tinggalkan aku nana. Aku masih angah kau, bukan 'orang lain'. Jangan tinggalkan aku nana... *tetiba buat drama swasta seram tv3*
Nana: Gila!!! *menjerit dari luar bilik*
Aku: *sengih2 sensorang*

Boring eh jadi 'anak tunggal' ni. Takde adik-beradik yang boleh dibuat main. Bila gaduh, memang dasyatttttt, rasa macam: kenapa la aku ada adik-beradik macam ni kan. Wakakaka. Tapi bila time baik tu memang tak boleh blah kalau bawak bergurau/main2.

Dulu aku selalu tertanya-tanya tau. Kalau orang2 yang 'in a relationship' ni gaduh2 tapi apasal boleh dan senangggg je baik balik eh? Wakakaka. Almaklum la tak pernah be in a relationship kan so macam tak faham. Rasa macam nak bertanya kawan2 yang dah in a relationship tu tapi i malu sebab rasa patutkah soalan ni ditanya? kekekek.

So bila pikir2 balik, ala2 macam hubungan adik-beradik lah kot kan? Gaduh baik gaduh baik. Bila takde, rasa kehilangan. Bila ada, gaduh baik gaduh baik gitulah ceritanya.

Ayah selalu cakap, yang dia selalu rasa kelakar bila aku ada bersama nana. Ayah kata ada satu habit pelik spontan aku ni (bila nana ada) selalu buat dia gelak terkekeh-kekeh bila tengok . Ayah kata macam budak2 perangai aku yang satu tu. Pasal apa&perangai yg mana biarlah menjadi rahsia kami satu keluarga (ko jangan memandai nak btahu ek nana.hahaha). Ayah aku memang, benda yang memalukan aku la yang dia suka gelakkan. Tapi aku rasa perkara2 ni la yang akan kekal diingati. Unik la kononnya. Dengan nana je aku gitu, tidak dengan fiza, mak, ayah mahupun orang lain. Sekurang-kurangnya bila aku dah takde dekat dengan diorang, ada la benda (pelik) yang kekal dalam ingatan diorang ye dak? Bak kata ayah "Bila ada nana je mesti nadia dotdotdotdotdot" *gelak terkekeh-kekeh sambil dibalas dengan renungan tajam aku.hahaha* Aku mula2 tak perasan tau habit aku tu tapi bila ayah aku tegur baru aku perasan. Ish maluuu tapi nak buat camne, ianya spontan. Bila dah perasan tu mulalah aku tergelak jugak bila ayah tahu taktik/habit aku tu. Kantoi lah kot? Hahaha. Ayah memang bijak ;P

Masa lepas fiza kawen tu kan, aku dengan nana ada lah bincang2 pasal masa depan kami. Ececehhhh ;P. Nana kata bila aku dah kawen nanti (huehuehue.Motif gelak gitu??? ;P ) dah ada rumah sendiri, dia kata nak duduk sekali dengan aku. Aku pun cakap la (gurau ok!) "Eh, tak boleh! Nanti ko ngorat laki aku kang". "Eh tak koserrrr nak ngorat laki ko okkkk" sepantas kilat nana jawab pastu meledak ketawa kitorang. Pastu aku cakap ngan dia, nanti boleh la dia tengok-tengokkan @ baby sitter anak aku ke. Ngehehehe. Amboiiii panjang eh angan2 aku ni kan. Takpe, berangan adalah freeeee.


p/s: tak tahu nak letak tajuk apa sebenarnya. Aku main hentam je.

Romantic scene

Bila 2 orang yang suka sama suka, duduk berdua. TAK BERCAKAP LANGSUNG. Hanya pandang antara satu sama lain. Mungkin berlangsung dalam masa 10 minit, 20 minit 30 minit atau berjam-jam. Macam dalam gambar di bawah


kalau tak silap, diorang saling pandang sampai la mereka tertidur.

Oh aku rasa sweet. Nampak aneh tapi sweet. Citer korea ni kan pandai betul mencipta situasi2 yang aneh dan pelik tapi sweet. Mari belajar jadi romantik melalui citer korea. Muahahah ;P

Kadang2, pandangan sahaja dah beri bermacam-macam makna. Tak perlu bercakap. Kan?



Serta-merta aku teringat ada satu kata2 ni. Kalau ada sorang tu betul2 bermakna buat anda, anda duduk dekat dengan dia selama 10 minit tanpa apa2 perbualan pun, anda akan rasakan saat itu adalah saat yang manis dan rasa macam dah berbual-bual lama.


p/s: Mood lepas tengok citer korea memang cenggini. Sila maafkan diriku ;P

Lelaki akan nampak menarik bila... [1]







1) Senyum nampak gigi (seikhlas hati ok)

Senyum. Kalau senyum nampak gigi lagi dabel triple bagus. Secara jujurnya aku suka dengan orang yang suka senyum. Nampak ceria je mukanya. Secara tak langsung orang yang memandang pun turut rasa tempias ceria. Cuba kalau tengok muka masam 24 jam berkerut-kerut, dengan kita2 pun rasa macam tak bersemangat kan. Tapi kalau dengan orang yang jenis suka buat muka masam ni pun aku bantai je senyum biarlah dia tak senyum pun. Saje je nak suruh diorang pun senyum jugak. Sure diorang ingat aku tak bape betul sebab dia tengah buat muka masam, yang aku pulak tersengih-sengih dengan dia (ni kawan perempuan la, lelaki belum ada yang cukup rapat yang membolehkan aku buat perangai gini.haha).


Guys, if u wanna attract girl that u set ur eyes on, u don’t need to buat bunyi2 tikus (paham2 aje lah bunyinya macam mana yek) or panggil2 bising2 kecoh bagai ni. Just keep watching her and when her eyes suddenly notice u, u just SMILE ok! Aku rasa 90% perhatian girl tu akan terarah kepada anda =D Wahhh ini dah kira taktik mengorat dah ni.kihkihkih

2)Fokus dengan kerja

Dia seolah-olah tak menghiraukan benda lain sebab terlalu focus dengan kerja yang sedang dibuatnya. Contoh mata menghadap computer tak beralih, ataupun arkitek yang sedang sibuk menyiapkan lukisan atas kertas, ataupun pelukis yang sedang melukis atas kanvas. Pendek kata apa2 kerja yang dia buat di mana memerlukan focus yang tinggi la. Rasa macam tertarik nak tengok lama2. hahaha. Aku selalu terfikir kalau kawen kan, bila husband bawak balik kerja kat rumah (malam) time dia busy buat kerja tu, aku nak sediakan minuman panas untuknya pastu duduk sebelah/depan dia pastu nak ushaaaaaa je dia buat kerja tak berkelip sampai la aku tertidur(eceh ingat burung hantu ke tak berkelip mata sampai berjam2? kihkihkih). Amacam, sweet tak? *muahaahha* berangan kau nadia. ‘Calon ada dah ke?’~ ni ayat feveret mak aku bila aku cerita pasal kehidupan kawen2. Apasal, kalau takde bf takleh nak berangan keeeee?

Susah aku nak jumpa gambar yg aku nak cari dalam google. Gambar tahpape yang keluar. Selalu yang aku citer dalam point ni yang aku selalu nampak dalam tibi je. Tapi aku belek2 entri lama terjumpa gambar ni. Lebih kurang la ni. Tyme ni dia tengah fikir pasal heroin. Pikir pasal pompuan. 'Kerja' la jugak tu. Yang penting FOKUS itu ada.kehkehkeh.

3) Berkeyakinan bila bercakap time presentation

Aku rasa orang yang berkeyakinan ni ada style. Especially kalau cakap fluent English tapi tak beria pun slang. Lagi la aku suka tengok. Ada beza tau berkeyakinan dengan poyo. Berkeyakinan tu dia cakap dengan penuh yakin dan ada isi dalam percakapannya. Paling utama tak loyar buruk. Bila presentation yang berbentuk ilmiah kalau loyar buruk ni aku rasa tak berapa professional. Lainlah kalau ceramah kan. Poyo ni macam orang yang nampak berkeyakinan giler tapi macam takde isi dalam percakapannya (time presentation yang berbentuk ilmiah). Err…korang takkan faham kalau korang tak pernah jumpa orang macam ni.hhahaha

Sebenarnya ada lagi. Tapi takda idea/mood nak sambung. Kalau aku simpan entri ni sampai semua idea keluar baru nak post, alamat berminggu-minggu la entri aku tersimpan dalam draft jadi perkasam. Ada mood nanti aku sambung.hehehee

p/s: Rasa nak tukar signature gambar bawah ni. hehehehe

Sungai Sendat


3 minggu lepas, aku ke sungai berpicnic bersama-sama rakan sekerja. Malam sebelum tu aku balik rumah dalam kul 12 sampai umah+cuci muka semua dalam kul 2 la. Aku berkira-kira, nak tido ke tak ni. Aku decide taknak tido. Tapi risau gak la. Kang jadi zombie berjalan esoknya kangggg.

Maklumla, tak cukup tido kan. Sebab aku pernah sekali tak tido semalaman tyme gi kem anjuran K5 UPM (MEMANG SEMUA PESERTA TAKKAN BOLEH TIDO, bukan sesaja gedik2 taknak tido eh), esok tu terus aku jadi zombie. Jalan terhuyung-hayang macam tak larat. Apa2 fasilitator cakap semua tak masuk dalam kepala pastu tersengguk-sengguk ngantuk pastu mata rasa berat je nak lelap. Hoho..

Kembali ke kisah tadi. Mak tanya tak tido ke aku jawab taknak sebab takut terlambat bangun esok pagi. Maklum la kalau tido area 2-3 pagi ni confirm2 bangun kul 7pg ke atas. Hahah.. Lepas mak brainwash2 aku decide untuk tido je dan berserah kepada Allah untuk bangunkan aku pada esoknya. Sekali memang aku terbangun sendiri kul 5:30 pg takda sape kejut. Hehehe. Magic ;P


Muka sembam & ngantuk pagi2 (kawan aku kata). Tengah menunggu kawan2 aku yg belum kunjung tiba.hoho. Masa naik kete kawan aku tu, kawan aku tegur dah la mata aku ni sepet kan, dengan keadaan tak cukup tido tu bertambah sepet&layu mata aku. Serius ke nampak 'lain' mata aku? Aku rasa sama je dengan keadaan biasa.


Biasalah apa2 pun photoshoot duluuuu. Macam tak biasa.kehkehkeh. Kitorang bergerak secara konvoi. Aku naik dengan diorang la, satu kete 4 orang.
.
Setelah hampir sejam perjalanan dari TTDI (ye, satu jam ye, jauh lah kan) akhirnya kami sampai jugak ke tempat yang dituju.
.

23 April. 207B grup was here. Pelik kan nama sungai ni? Sungai ni atas lagi dari Ulu Yam kalau korang nak tahu. Orang awam tu ada tapi tak terlalu ramai macam kat sungai congkak tu so privacy la sket kan.

.
Sungai ni menjadi pilihan utama kami sebab ada waterfalls dan area2 waterfall tu dalam la gak paras pinggang camtu. Sungai2 lain area Hulu Langat/selangor seperti sungai congkak, sungai tekala, sungai tekali dan sungai2 yang sewaktu dengannya mana der waterfall2 ni. Kalau ada pun cenonet je. Itupun air paras betis je semuanya. LOL.

Tema kami ialah berbaju merah.

.
Gambar2 sekitar kejadian




posing sket huehuehue



.

.

















Aku bukan tak sporting dengan tak join turun mandi. Tapi serius aku takde mood nak membasahkan diri masa tu. So aku jadi kameraman je la mampu. Dalam nak jaga kamera tu, malang tak berbau tetiba bola dibaling betul2 depan aku mengakibatkan air terpecik kene lens kamera aku. Dug dag dug dag rasanya. Setahu aku, lens boleh rosak kalau kene air. Huhu…

.
Diselitkan dengan gift-exchange.

.

Makanan2 yang ada waktu tu. Ayam, sosej, udang dan sebagainya. Nyum nyum!

.
Selipar aku. Hihihi. Selipar ni ada cerita tersendiri. Sepatutnya hanyut masa aku kelam-kabut turun sungai nak selamatkan bola dari hanyut (tak sempat/lupa tanggal selipar dulu). Bola selamat tapi selipar hanyut dibawa arus. HAHAHHA. Di saat aku mula mengalah dalam pencarian selipar itu (ececeh) tetiba rasa macam magic plak ada orang berjaya jumpa dan pulangkan balik selipar ni. hoho. Aku ingat dah sadaqallahulazim dah selipar aku ni.

Waktu balik.

Slack la plak gmbar ni. Tali kat belah kiri tu lupa nak ikat reben.LOL. Muahaha biaq pi, yang penting pose tu ada. Kahkahkah, pose lah sangat ;P





Gender XX sepatutnya tapi tetiba sesat sorang yg bergender XY


Gender XY


.
All of us

Kesimpulannya best lah pegi sungai ni sebab view dia cantik dan sungai dia agak dalam tak terlalu cetek sangat macam sungai2 yang aku selalu pergi before ni. View kat bahagian atas lagi dari tempat kitorang tu lagi cantik aku tengok bebudak laki upload kat FB. Hishhh rugi tak naik atas lagi kalau tak, bleh buat photoshoot sikit sebanyak. HAHA.


On da way balik tu, kami singgah di tasik (eh ye ke tasik? entah tak tau) sebab pemandangannya cantik so lepak2 sana jap berfotoshoot sambil makan aiskrim. ngehehe




indon yang jual aiskrim tu offer amik gambar kami berempat.

I just let it go let it go let it go....oh no


Sape dah tengok MV ni? Aku rasa kalau blogger sure dah tengok kot. hehhe. Dari awal MV, mata aku macam terpaku tengok kecomelan budak perempuan ni. Comel giler giler giler! Especially masa dia senyum. Suara dia pun comel!

"123....Senyummmmmm"

Bila ayah berbicara tentang jodoh

"Jodoh tu kan, sejauh mana pun berlari, taknak macam mana pun, kalau ada jodoh tu ia akan tetap datang jugak. Tapi kalau takde tu, dekatlah macam mana pun, buatlah mcm mana2 pun, tetap takkan ada. Sebab apa? Sebab memang dah ditentukan dan dah ditakdirkan. Manusia mampu merancang je tapi tak mampu untuk melawan apa2 yang ditakdirkan untuknya."

Ceramah free dari ayah. Thank God ayah aku berpandangan macam ni. Thank God ayah aku tak berpandangan macam sesetengah orang yang aku berasa rimas dengan pandangan stereotype-nya.

p/s: Ayah mengeluarkan pendapat ni sejak ada satu peristiwa yang berlaku kepada seseorang. Mungkin peristiwa tu membuatkan ayah jadi ‘terbuka’ sikit pendapat tentang jodoh ni.

Peristiwa yang dimaksudkan ialah ada sorang akak ni cun gila. Sekali tengok macam artis. Baik, sopan, ayu, kira muslimah sejati la. Tengok macam takde kekurangan langsung. Seriusly!. Tapi bf dia sekarang macam ‘tak bape lekat’ dengan dia la. Macam ada suka perempuan lain. Belum masuk kisah ex-fiancee dia dulu tu. Kalau orang tengok boleh cakap ‘memang rugi&bodoh la sape2 yang tinggalkan akak tu’ (fiza &aku pun pernah keluarkan ayat ni gak sbb seriously akak tu perfect okeh) . Tapi bila kita kembali kepada fitrah, kita lupa yang Allah yang menggerakkan hati manusia untuk buat begitu dan begini. Kenapa Allah gerakkan hati bf akak tu untuk suka orang lain? Mungkin sebab bukan jodoh lelaki tadi dengan akak cun tu. Mungkin kalau mereka berkahwin, mereka akan ada masalah sebab tak serasi ke apa. Mungkin jodoh akak cun tu dengan orang lain yang lebih baik, lebih serasi dan lebih afdal. Siapa tahu? Allah tahu =)

p/ss: Liking someone is not a crime. Selagi tak menjerumus ke arah dosa & lembah kehinaan =)

Selamat Hari Ibu

14 Jan 2007

Aku melihat mak terlantar di katil ICU dengan wajah berselirat dengan wayar2.
Aku diberitahu oleh doktor nyawa mak 50-50.
Aku menangis meratapi nasib yang belum tentu.
Aku mula membayangkan hidupku seterusnya tanpa mak disisi.
Sumpah, aku mula memahami erti kehilangan.

Hari ini. 8 Mei 2011

Aku melihat mak dihadapanku
Sedang tersenyum sama seperti dulu
Seolah-olah peristiwa 14 Jan 2007 tak pernah terjadi.

Selamat Hari Ibu mak.

Terima kasih Allah kerana membenarkan ibuku berhidup sehingga ke hari ini. Terima kasih kerana mengabulkan doaku 5 tahun lepas.

Kadang2 kita hargai seseorang tu bila kita mula terasa kehilangannya kan?

=)

Versus (Hlovate)

pic: Kredit to : this blog


Bukan senang untuk menjadi baik. Dan 'baik' bagi pandangan manusia sesungguhnya berlainan dengan 'baik' bagi pandangan Allah. (Versus, Hlovate)

Bukan senang untuk meninggalkan apa yang kita suka. Tambah2 bila ianya dah sebati dengan diri kita. Sangat sakit. Tapi demi untuk kebaikan, terpaksa la hadapinya jugak. (Versus, Hlovate)

Ulasan: Aku tertarik dengan olahan Hlovate untuk istilah 'baik' ni. Bagi pandangan watak, memakai tudung labuh, menutup aurat, solat tak tinggal etc etc dan berubah sikap menjadi baik daripada sifat nakal kira dah cukup baik dah. Namun bila ditakdirkan dia menemui sesorang yang jauh lebih 'baik' daripadanya (yang dulunya tergolong dari golongan2 'tak baik' dan berubah menjadi 'baik' sebab perempuan tu) membuatkan dia agak terkesima di situ. Dan dia merasakan dia 'jauh berbeza' dengan orang berkenaan. Yang mana orang berkenaan dahulunya pernah dia sifatkan tak layak untuk menjadi calon suami dia. Kini dia merasakan dia pulak yang sebenarnya tak layak untuk lelaki itu. Dia hanya baik bagi pandangan manusia sahaja sedangkan lelaki itu baik bagi pandangan Allah =)

Errr..faham tak ulasan aku? hahaha. Tak faham silalah beli buku tu ye. InsyaAllah banyak pengajaran yang boleh kita dapat melaluinya ;)

p/s: Kepada sesapa yang nak dapatkan novel2 Hlovate ni boleh ke laman web Jemari Seni untuk beli secara online. Pandai2 lah baca proses nak beli camne ek, aku bagi link tu pun cukup baik dah. hahaha. Kalau nak beli cara lain bolehlah ke kedai buku MPH. Tu pun kalau ada tapi setahu aku novel2 dia ni selalu cepat sold out. hehehe

Tak perlu ramah-tamah dengan negro

Aku kan, bila setiap kali negro2 menghampiri atau dengan bahasa poyonya mengorat, mesti aku rasa ada cas geli2. Bwahahaha..

Bila mereka minta no fon, aku terasa macam nak cakap "Why u want my phone number? You want me to send ur drug?" Kahkahkah fail BI aku.

Atau dengan bahasa yang lebih mudah, negro2 ni takyah nak ramah2 sangat, nanti depa minta no fon kang susah. Kalau depa nak minta tolong apa2 atau cakap omputih ngan korang, buat2 je bodo BI tak faham langsung apa yang diorang cakapkan. Tak pun buat2 pekak&bisu. Biar sombong asal selamat. Ni tips ayah aku btahu ni. Sebab aku ni kan mesra pelancong, tambah kalau pelancong speaking haruslah aku tolong kot2 orang tempatan yang tak faham apa yang diorang cakapkan ni so aku ni baik hati tolong la translate mana2 yang patut. Natijahnya aku plak yang kene bala. Minta no fon bagai. Mentang2 kita faham BI dok paksa2 bagi no fon. Aku kata takda fon bleh plak depa stay je kat situ tak blah2 pastu berbisik dan jeling2 sesama sendiri. Tyme tu mula lah aku cuak.Dah la kene jalan kaki balik rumah lalu tempat sunyi kan. Tak pasal2 tepon ayah suh amik risau punya pasal.hoho...