Pages

Sekilas dari New Moon



Balik je dari kampung tanpa berlengah aku suruh ayah singgah kat Jaya Jusco Cheras Selatan (Balakong), hantar aku dengan nana.Apa lagi, New Moon punya pasal lah. Hhahaha.. Nak wat macam mana, tu je pusat membeli-belah yang paling dekat dengan rumah aku ketika ini (kurang dari 5 minit perjalanan kalau naik kereta). Aku suruh mak dengan ayah balik rumah dulu manakala aku dengan nana memecut terussssssssssssssssss ke TGV Cinema.


1) Aku jarang eh bukan, tak pernah, tak pernah obsess dengan cerita omputih ni. Harry Potter yang semua orang dok tergila-gila tu pun aku hanya tunggu ianya keluar kat TV baru aku tengok. Eheeee.. Eh, at least aku tahu tau bila tayangan first cerita tu kat wayang Malaysia, takde la nampak ketinggalan sangat. Huahuahua. Ini first time aku rasa obsess giler2 dengan cerita mat saleh ni. Mungkin aku suka cerita ni yang menggabungkan konsep aksi dengan romantic dan juga pengorbanan. Teheeee.


2) Aku suka tengok scene Edward berjalan menuju ke arah Bella. Ia nampak sangat sangat sangat COOL. Aku dengan nana histeria dalam senyap kejap. Menjerit tapi tak keluar suara. Dah ala-ala macam orang Parkinson dah. Nasib dalam panggung gelap so orang tak nampak.

3) Aku suka konsep di mana Edward cuba untuk melindungi Bella walaupun dia tidak ada di sisi Bella pada ketika itu.

4) Aku suka tengok muka dan behaviour Jasper. Character dia sebagai pontianak baru yang belum mempunyai kekuatan sepenuhnya menahan diri daripada manusia tu nampak comel dan kelakar pulak. Melihat mukanya ketika dia cuba untuk menahan diri untuk membunuh Bella membuatkkannya dia bertambah comel. Aku dengan nana asyik tergelak je bila kamera memfokus ke arah Jasper ni (dari Twilight lagi aku dah perasan, setiap kali kamera menghala ke muka Jasper ni,mesti masa tu muka dia tengah geram dan menahan diri untuk terkam Bella. Cam kelakar pulak aku tengok reaksi muka dia)

4) Carlisle juga aku tengok quite hensem, cool dan terlalu muda untuk jadi ayah kepada Edward. Hahaha

5) Dan , dekat RM50 aku melayang hanya semata-mata untuk ini…



D.A.M.N!! HAHAHA. Nasib baik ada 10% less. Takde la nampak macam RM50 sangat. Errr boleh cenggitu?

Pengajaran: Lepas tengok cerita New Moon, jangan terus menuju ke kedai buku Popular. Buruk padahnya. HAHAHA! Aku tak sabar2 nak tengok sambungannya. Aku try cari buku Eclipse tak jumpa pulak. Tapi aku jumpa Breaking Dawn, terussss je sebat. Tapi macam tak best sangat la kan tak mengikuti sirinya betul2. Nampaknya aku kene cari Eclipse jugak ni. Kang naya je baca Breaking Dawn, tak paham jalan cerita. Nana dah sound2 aku dah “Tu lah,awal2 dulu masa Twilight baru keluar, berlambak jual satu set buku Twilight-NewMoon-Eclipse-BreakingDawn. Sekarang dah takde (habis stok) baru terhegeh-hegeh cari” Nak buat macam mana, masa tu dah lama aku tengok Twilight baru nampak buku dia, tak de la nafsu meninggi macam sekarang ni.hahha. Betul la nasihat aku tu,lain kali lepas je keluar tengok wayang New Moon ke Eclipse ke (akan datang) jangan terus pergi kedai Buku Popular. Bawa2 pergi muhasabah diri sebentar. Hahaha


6) Masa aku keluar dari Jusco tu di pertengahan jalan tu aku nampak seekor anjing besar ala-ala serigala. Masa tu aku jalan kat depan, nana kat belakang . Terusss je aku berpusing patah balik (iya, aku takut anjing).Yang sengalnya dalam keadaan takut+cemas tu, sempat lagi aku pergi cakap dengan nana macam ni “Nana, nana. Aku nampak Jacob ,nana” .Sumpah aku tak berniat nak buat lawak ke apa ke, ianya spontan dan aku pun tak sangka itu yang terkeluar kat mulut aku ni haa.. Nana ingat kot la aku nampak muka orang ala-ala Jacob ke. So dia main jalan je kedepan, lepas dia nampak anjing besar tu terus je dia pusing kebelakang balik.


Nana: Siot ko! Apasal tak cakap dengan aku ada anjing kat depan?
Aku: Kan aku dah cakap dengan ko, ko taknak dengar.
Nana: Sengal!!! Jacob Jacob mende nyer?

Lepas tu kitorang bergelak sakan. Nana nak marah aku pun tak jadi.

Silalah lempang laju2 si budak Nadia ni. Over tau, panggil anjing ala-ala serigala tu sebagai Jacob kat dunia sebenar. Ni kalau ‘Jacob sebenar’ tahu ni, maunya dia datang Malaysia saman aku kejap lagi.

Jangan pasni, aku TERnampak Cik Pon (tau kan sape ni?) lepas tu aku cakap kat nana yang aku nampak Rosalie ke, Alice ke takpun aku stay kot2 la Edward Cullen muncul selamatkan aku ke. KAHKAHKAH. Over kau Nadia. Pergi muhasabah diri sekarang!

Okay, cukup sampai disini entri ni. Aku rasa aku kene pergi bermuhasabah diri sebentar. Nanti lagi banyak aku melalut kang T_T

Highlight




1) Rentetan daripada entri ini. Aku nak tengok cerita New Moon fresh dari ladang malangnya TEPAT PADA TARIKH BERKENAAN, aku sekeluarga akan pulang berhari-raya Aidiladha. Ayah cakap amik aku kerja terus bertolak balik kampung. Waaaa, tak dapat tengok fresh. Ni nanti mesti tahap kejelesan melambung sebab ada orang lain dah tengok dulu (yang berada di Auckland tu takpe sebab luar Malaysia.hehe). Lepas tu facebook masing2 penuh je status 'New Moon best giler!', 'New Moon malatoppp' dan sewaktu dengannya.Jeles2x. Wahhh cerita kesayangan tapi tak dapat tengok fresh2 T___T. Takpe, expired pun expired la, janji boleh tengok :D


2)Aku tak faham la apasal la aku boleh terminat kat Si Robbert Pattinson@Edward Cullen ni. Padahal aku mana layan mat2 saleh2 ni. Wakakaka. Mungkinkah sebab watak dia dalam Twilight itu. Yang macam protective itu.Cuba tengok gambar bawah ni,



gambar dia dalam cerita Twilight tu, takde la hensem mana kan. Dah la muka pucat, toreh tak berdarah i tell u! Pastu muka ketat je memanjang. Macam tak boleh blah kan? Muka ketat macam ni kalau jumpa tepi jalan memang aku takda heran punya. Rasa macam nak siku-siku je. Heh garang kan? Garang kan? Okay jom tengok muka dia di sudut yang 'lain' pulak

Senyum sikitttttttt





Haaaaa...Barulah okay. Ermmm, boleh la tahan. Hensem. Aite? Accepted. Ngahhahaha...

*persoalannya....Adakah lepas tengok New Moon aku akan terminat kat Jacob pulak?


2) Tadi aku kene marah dalam phone dengan sape tah. Kuang3x! Meh semua ramai2 gelakkan aku.huahuahua.. Masa tu aku dapat call dari sape tah tapi aku tertekan 'CANCEL' so aku call balik la nombor tu. Aku ingatkan company yang interview aku yang lepas mahu respon buat second interview ke apa ke (rupa-rupanya tak). Takde bagi salam ke apa ke terus kata bila aku free untuk interview. Selepas sesi bersoal-jawab (malas aku nak cerita detail2 kat sini) tetiba aku kene sound dengan perempuan India mana tah"U apply for the position, how come u don't know which company you apply for? bla bla bla" Tu dia.... Cettt. Ko ingat company ko tu glemer sangat ke sampai banyak2 company aku apply kat Jobstreet tu aku boleh hafal company ko je? At least ko inform la dari mana ko dapat nombor telefon aku tu. Macam la aku minta job kat company ko satu-satunya. Hahahha tapi salah aku jugak kan tak buat list apa jawatan&company yang aku apply tu. Kan dah kene sekaliii.Okay insaff sekarang. Mahu pergi melawat Jobstreet sekarang sambil bawa pen dan kertas T_T

*Macam tak de jodoh je aku dengan company atas ni. Awal2 dah kene sound. Takpe, mana tahu lepas ni nasib aku lebih baik. Mana tahu tetiba dapat masuk Jabatan Kimia Malaysia ke*Ceh, tetiba jek

3) Bila manager sama manager bergaduh....Apa akibatnya? Jawapannya salah seorang akan mengundurkan diri. Aku suka manager aku yang ni tapi sayang dia buat keputusan berhenti dengan tiba2. Aku suka dia. Dia tak racist. Dia sayang kepada mereka2 yang rajin dan jarang buat salah.Dia tahu macam2 sampaikan kalau ada masalah apa2, rujuk je dia tak payah rujuk manager yang 'atas lagi satu' sebab kalau rujuk manager 'yang atas lagi satu' dia akan suruh rujuk manager yang bawah dia ni. Padahal dia lagi atas. Apakah? SEMUA department aku cakap sebaik sahaja manager aku yang ni berhenti, manager 'yang atas lagi satu ni' akan 'mati'. Bukan mati betul2, tapi macam ala-ala cacing kepanasan gituuu. Ye la, setakat ni tanya apa2 pun dia tak tahu. Sape2 tanya, apa2 pun dia tak tahu. Dia macam ala-ala baru 1 hari masuk kerja. Habis jatuh la department aku tak lama lagi ni. Serius ni bukan aku sorang je yang cakap, SEMUA cakap camtu.Semua chemist2 kat sini pun dah jatuh semangat bila tahu manager yang best ni akan berhenti sebab dah hilang tempat bergantung (dia rapat ngan chemist kat sini.Mesin rosak semua rujuk dia dan sure akan settle). Aku pelik gak dengan manager 'atas lagi satu ni'. Masa interview dia jawab apa ek? Padahal dia interview kat US lagi. Dengan orang US sendiri. Sebab pemilihan manager agak straight sikit , kene orang HQ sendiri yang interview.


Aku saje2 je tanya apa kesudahan jalan cerita ni kepada ada sorang pakcik ni. Dia jangkakan manager 'atas lagi satu' akan berhenti tak lama lagi sebab tak tahan tekanan. Kes ni sama dengan kes salah seorang chemist yang masa interview gebang2 cakap dia tahu itu ini, tahu handle mesin tu mesin ni, padahal tak tahu langsung. Sudahnya, dia hanya mampu bertahan sebulan je. Itu la, pesanan kepada fresh2 graduate, masa interview, takyah la tipu2. Tak tahu cakap je tak tahu, boleh belajar kan.

4) Hi kawan! Aku nak balik kampung esok, ini kali terakhir aku online dalam minggu ni (ceh, ayat macam lepas ni tak online langsung). RINDU nak 'jumpa' kalian dalam masa 4 hari ni.huhu..Jaga diri ya! :D

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.*ucap awal2.


Dah lamaaaaaa aku tak letak smiley kat sini. Rindu pulak untuk bersmiley.

NAH UNTUK SEMUA!!!! @kiss @cinta Heee@sengihnampakgigi

Bye2! @tata

Entry specially for Yana

pic: Kredit to Diya

Yana! Yana! Yana!

Congrate for ur wedding!!!

Sama seperti Diya, nadia jugak sudah terima ur wedding invitation card seperti di atas. Sorry dear, tak dapat hadir sebab kebetulan tarikh tu nadia & family kene hantar nana mendaftar UITM kat Melaka (kemasukan Disember). huhu..Sedihnya tak dapat hadir. Tak dapat tengok muka Yana secara live. Sob2x! T___T

Nanti upload gambar banyak2 okeh, kat blog ke kat FB ke, tak kesah dua2 nadia tengok gak tanpa jemu.Heee... Nanti senyum lebar2 tau :D

Cantik la gambar cover kad ni. Ni salah satu gambar tunang Yana kan? Cantikkkk..

P/S: Diya tak dapat pergi, Farah pun. Nampaknya tak dapat la semua berjumpa kat sana. Tak menjadi kenyataan la mimpi nadia yang lepas yang kita semua berjumpa kat wedding yana..huhu..Takpe, kita tunggu majlis Diya pulak. (Eh? Tetibaaaaaaaa. Ops! Ngehehehehe:P)

p/s: Gambar tu aku amik dari blog diya sebab macam biasa la kabel phone aku ni selalu sangat menyorok daripada aku. Macam sajeeeee je taknak bagi aku upload gambar sendiri.

p/s: Pendek semacam kan entri ni? Kalau nak tahu ini namanya entri express :D

Today is her birthday....

Happy birthday Farah!!!! Selamat ulangtahun kelahiran ke 22 tahun. Kali ni nice sikit, 22 Nov pada umur yang ke-22 :D


*Farah cam kan gambar ni? Tehee, gambar farah yang ni je ada dalam simpanan nadia.Sempat save :D


Diam tak diam, dah setahun lebih aku kenal dia ni. Maksudnya dah setahun lebih la aku melalui arena pertukaran layout blog dia beberapa kali mahupun pertukaran akaun FB. Dan dia jugak telah melalui arena pertukaran layout aku, zaman tulisan aku masih lagi berwarna-warni , zaman kanak2 ribena . Ceh, bunyi macam la lama sangat la pulak kan.heheh. Kira macam selalu keep in touch gituuuu.. Dia merupakan orang terawal di dalam blog aku yang kekal sampai sekarang dan orang yang ketiga sampai ke blog aku mula2. Ingat lagi kata2 sapaan aku first kat shoutbox dia dulu. “Hye farah! I’ve link u. Cantik la gambar2 kat sini (NZ). Suka tengok, rasa macam tetiba nak pergi sana pulak.hehe”. Haaa..gitulah lebih kurang. Eh, ingat senang ke aku nak start sapa orang buat kali pertama? Yang mana aku tak pernah kenal langsung pun sebelum ni, yang tak pernah berjumpa, kat alam maya pulak tu. Susah okkkk.


Tapi entah kenapa tah masa tu, laju je tetiba tangan aku menaip. Aku rasa macam magic pulak, jari bergerak sendiri tetiba. Cewahhhh. Ayat tak hengat. hahah. Mungkin salah satu faktor yang menyumbang adalah aku suka gambar2 yang dia post kat blog dia dulu. Yang pasti, itu titik permulaan aku mula 'pandai' menghargai dan menilai gambar.Pastu dia pulak Korean die-hard-fan, makin rancak la sesi berborak kat shoutbox awal2 dulu. Pasal Gong Chan, pasal cerita My Girl, cerita Witch Yoo Hee. Hahaa.. ;) Bermula dengan dia, selepas itu aku mula mengenali blogger2 lain, yang terpilih (kene bold sebab ia penting. Eceh). Dan kepada blogger2 terpilih, u know who u are right? Tak ramai pun =D


Betul kata seseorang, ingat senang ke kita nak ‘follow’ entri orang yang kita tak kenal pun before ni kalau takde ‘benda yang mengikat’. Menerusi penulisan entri, kita rasa macam berada dekattt je dengan si penulis. Menyelami isi kehidupan mereka, keluh kesah mereka, suka duka hidup mereka. Tanpa rasa bosan (ini yang paling penting). Cuba anda tanya rakan2 sebelah anda. Bolehkah?


Dan cara aku pulak, once aku kenal seseorang tu, di masa yang lapang aku akan belek2 entri lama mereka. Supaya aku kenal mereka betul2 bukan ala-ala je =D. Should I say, TELITI? Haha.. That’s why hari first je sampai ke blog Farah ni, aku boleh tahu yang dia ni sudah bertunang rupanya.



Once again, HAPPY BIRTHDAY FARAH. Semoga apa yang dicita-citakan tercapai jugaaa. Farah n blogger2 lain, jangan la berhenti blogging dalam masa terdekat ni eh.Siapa? Anda, anda dan anda yang sedang membaca entri ini la sape lagi. Bukannya ramai sangat yang sampai kat blog aku ni pun. hehehe.. Sebab dah biasa baca entri kalian kan. Kalau tanpa kehadiran entri2 kalian (dalam jangka masa yang lama dan berterusan), mampu membuatkan passion aku terhadap blogging akan berkurangan dan mungkin juga aku akan semakin lama semakin menghilang dari dunia blog jugak mengikut jejak langkah kalian.

Mungkin ada sesetengah orang akan berkata blogging adalah suatu pembaziran masa. Bagi aku TAK.Dan jawapan aku akan sama sampai bila2, walaupun suatu hari nanti mungkin aku akan berhenti blogging, tetapi aku still hormat mereka yang masih berblog. Ia ada NILAI yang tersendiri. Ada masa nanti aku elobrate. Dan aku memang setuju dengan kata2 rakan aku ni

The fact that there are some people who hates this blogging thingy and they think that telling people about what you did, how did you felt, posting pictures or whatever it is is such a waste of time make me think twice.Do they understand this whole world of blogging?Well its optional and no one force you to be a blog reader.Ever heard of journal or diary? Too bad if you never had one.Cut it off!~Syida


Berita surprise

Berita 1

*Setelah selesai ujian berkomputer

Please wait until we analyze your result…

Dan hati aku berkecai retak seribu apabila skrin memaparkan…

Markah anda adalah 45/50
Markah lulus adalah 42/50
Anda lulus. Sila dapatkan slip keputusan di kaunter.



What? 45 je??????????!! WHAT THE HECK laaaaaaa. Cis cis cis!! Tak puas hati betul aku. Harapan nak dapat full mark berkecai. Apasal aku rasa macam senang & semua betul eh.


Ceh, ada hati konon padahal 3 hari bukak buku 20 minit je ko terus tido. Lepas tu asyik berfacebook&baca blog, kene sound dengan ayah baru terhegeh-hegeh cari buku. Itupun dah pukul 12 malam. Faham2 je lah kalau dah 12 malam al-confirm la terus tidur kan. 20 minit je mampu bertahan. Wakakaka.




Aku: Ayah, amik orang. Dah balik dah.
Ayah: Macam mana result? Lulus tak?
Aku: Lulus la.
Ayah: Yeee keee…..??
*oh, sinisnya gaya ayah aku bercakap.T____T
Aku: Eh, lulus la takkan orang nak tipu pulak.
Ayah: Boleh caya ke ni?
Aku:Betul....
Ayah: Berapa markah?
Aku: 45
Ayah: 45 jeee? KAHKAHKAH *serius ayah aku memang gelak macam ni*
Aku: Ok la tu.
Ayah: Ingatkan dapat 48 ke 49 ke..Ayah dulu pun full mark tau
Aku: Eleh, setakat cakap je takde bukti boleh la.hahahah

Awal2 ayah aku memang menjangka aku fail agaknya. Ye la, dia tengok aku tak baca sangat kan asyik berinternet je mungkin dia rasa macam magic aku boleh lulus.muahahaha..Aku tak baca sangat sebab tak takut fail. Kalau fail pun aku tak risau sebab boleh repeat balik. Kehkehkehkeh


Berita 2


Masa sesi bertelefon tu , ayah cakap ada surprise kat rumah. Aku tanya apa, ayah cakap balik nanti baru tahu. Aku macam berdebar2 sikit la. Dug dag dug dag gituuu. Buatnya tetiba ada orang meminang aku pastu tetiba ayah aku setuju camtu je, maunya tak aku melompat terkejut beruk. Ayah aku ni unexpected sikit, boleh buat keputusan tetiba. Sebab tu awal2 aku dah beri signal kat ayah masa dia menyuarakan hasrat nak berbesan dengan kawan dia yang kat mana tah. "Haa ayah, buat la, buat la. Orang lari dari rumah kang, orang lari kang..Haaaa" Okay, warning dalam gurau tuu..Kalau ayah aku tak faham jugak tak tahu la.Hahaha

Disamping tu, aku macam perasan-tan sikit la yang konon2 surprise itu ialah ayah aku menang cabutan bertuah hadiah kereta Toyota Camry ke atau Toyota Vios ke apa ke, rupa-rupanya…..meleset sama sekaliiiiii.

Surprisenya adalah...Nana sudah dapat tawaran kemasukan ke UITM!!! Yahooooooo!!!!! Bolehlah dikatakan surprise. Accepted. Ini memang sangat aku tak jangkakan sebab result SPM nana memang cukup2 makan je. Itu pun aku yang tolong dia daftarkan. Walaupun aku rasa macam takde harapan tapi saje2 je minta camtu.Tak dapat takpe, tak la rugi sangat pun. Kalau dapat lagi baik


Tapi….Aku akan berpisah dengan nana. Wawawa…Walaupun adik aku ni kuat menyakat tapi ia masih boleh diterima. Kesengalan dia terselah masa peristiwa kat bawah ni

Masa tu rumah aku ada buat makan2 kecil-kecilan. Masa tu aku kat atas tengah syok tulis entri tetiba nana ni memanggil aku dengan bersungguhnya. “Angah!!! Angah!!!! Cepat turun ngah!!Cepat la!” . *Kenapa?-Aku menjerit dari atas. “Turun je la! Cepat Angah!” Aku kenal sangat. Nana kalau panggil aku dengan nada sebegitu tak lain tak bukan kalau ada muka Siti Nurhaliza atau Aaron Aziz terpampang kat muka tv. Especially kalau ada sesi temu-ramah. Maka dengan lajunya aku turun bawah.


“Kenapa nana?”, “Nana. Asal ko panggil aku?” Heran. Nana tak pandang aku langsung! Dia buat bodoh jek, pandang bawah sambil amik makanan.Tapi aku tengok dia macam tengah tahan senyuman.Nak tergelak tapi dia tak nak gelak. Fahamkah? Aku rasa macam ada sesuatu tak kena. Mata aku , aku alihkan kat orang sebelah nana. Budak ni rupanya. Dia tengah tersenyum-senyum dengan siapa tah.Siot betul punya adikkkk. Nampak sangat dia dengan fiza nak menyakat aku supaya aku memunculkan muka aku kat budak ni. Bayangkan tiba2 aku memunculkan depan khalayak ramai pastu depan budak tu pulak tu, lepas tu nana buat bodoh je dengan aku bila aku tanya. Buat aku macam cakap sorang2. Dah macam orang tak siuman dah aku kat situ. “Gilo punya budak!” Aku bercakap sendirian tapi aku rasa cukup untuk nana dan orang sekitarnya dengar. Lepas tu aku blah dari situ. Nasib baik aku takde perasaan pape kat itu budak. Kalaulah aku suka ke apa ke, memang siap la nana kena dengan aku. Hahahahah!!


Sure aku akan merindui nana nanti. Takde teman nak bergedik santai. Takde teman nak bergelak-ketawa. Takde teman…Takde teman….Waaaaa….T______T


Bermacam soalan.

MY: I tengok CH ni innocent la muka dia.
Aku: Memang pun. Saya pernah berborak panjang dengan dia so that saya tahu dia
memang macam tu
FS: Ye ye, saya pun rasa dia tu innocent. Kadang2 tengok reaksi muka dia pun kita
dah boleh agak kan



CH ni seorang Chinese lelaki yang paling muda kat sini. Umur 26 tahun. Masa lunch tadi, MY dengan FS ‘serang’ dia dengan bertubi-tubi soalan. Semuanya gara2 dia belum ada gf lagi. Siap tanya cinta monyet dia ni sape la bla bla bla. Dah la dia ni pemalu, jawab soalan pun macam malu jek, asyik tunduk bawah. Pelik aku, padahal kalau borak ngan aku dulu ok je takda malu2. Mungkin sebab Chinese sama Chinese dan berbeza jantina, so dia macam malu sikit. Dah la siap kene soal macam2 dengan budak dua orang yang suka mengusik ni. Masa kat 7-e pun aku kene ‘serang’ macam ni jugak. Sebab yang sama. Berdebat habis la. Yang paling kelakar boleh pulak diorang keluarkan statement yang konon2 aku putus cinta teruk giler sebab tu mengaku tak pernah bercinta, fobia la konon2. Wakakaka. Apahal la lawak sangat statement tu? Apasal la semua tak percaya. Aneh kah? Kalau tak ada cinta monyet, kera dan sekaum dengannya kira pelik kah? Baiklah, lain kali kalau orang tanya, aku nak cakap aku dah bercinta 10 kali. Biar biar biar. Biar mereka kena tipu. Tipu sunat tak apa.



Oh, kembali kepada peristiwa tadi, balik lunch kitorang bukak port 4 orang kat suatu sudut, meja MY. Sambung lagi soal jawab kat situ. Waduh, tau2 je la bila Chinese sama Chinese berkumpul mesti terbabas keluar bahasa Mandarin. Sampaikan aku rasalah, kalaulah aku ni ada basic Mandarin, confirm dah boleh terer dah T__T Dah la aku je satu2 nya malay masa buat team gossip tu. Terkebil-kebil kadang2 aku. 'Apa dia? Kenapa?' FS yang baik hati pun bersuara “Why not we just use bahasa so that everyone can understand it” Hahah sebab sebelum tu dia lah tukang translate bahasa untuk aku. Aku tak suruh pun dia translate jugak untuk aku.



Cakap pasal FS kan, aku suka kawan dengan dia. Dia perempuan Chinese yang baik. Neutral. Fahamkah? Maksudnya dia tidak ‘bias’. Semenjak pindah office baru ni, meja kitorang depan2 je, makin rapatlah borak sana borak sini. Antara ramai2 chinese, dia lah yang paling baik sekali dengan aku sampaikan kalau pergi lunch je mesti kitorang akan berduet pergi lepas tu asyik tanya sesame sendiri “Kenapa kita je paling awal pergi? Kenapa semua masih static tak bergerak lagi?” Aku selalu jawab macam ni “Diorang rajin takpeeee” FS dengan CH ni sepadan pulak aku tengok. Dah la dua2 single. Baik pulak tu. Pernah aku gossip mereka kat FS. “CH ni bagus tau. Dia bagus merancang masa depan. Boleh jadi suami yang baik” FS gelak je pastu balas kat aku “Nadia, kamu jangan cakap perkara ini dengan CH, nanti dia malu. Kalau cakap dengan saya tak apa.”


Oh ye, awal2 dulu aku dengan CH memang kamceng la. Mungkin sebab kitorang sama2 baru awal2 dulu . Training sama2, kehulu kehilir sama2. Soalan yang paling kelakar@pelik@unexpected yang pernah aku terima dari dia adalah

Situasi 1.

Masa tu kitorang berborak pasal isu social. Dia cerita yang kawan2 dia selalu enjoy kat night club semua. Aku cakap, Chinese lelaki, biasa la tu. Budak chinese kat kolej aku pun macam tu gak. Tapi dia cakap dia tak social. Betul atau tak aku tak sure

CH: Bagi kamu kan , kalau kamu tahu lelaki tu sudah ****(perkataan paling
sopan untuk
berzina), bagi kamu lelaki macam ini tidak baik kah? lelaki
macam ini kamu mahu ka?

Nadia: (Geleng kepala.Oit oit oit. Apa kau ingat lelaki je pilih dara? Perempuan pun pilih teruna okkk. KAHKAHKAH)
CH: Habis tu, macam mana kamu tahu sama ada lelaki tu sudah **** atau tidak?


Erkk terkulat-kulat aku nak jawab. Straight sungguh soalan dia takde konar2. Sudahnya kita bagi je jawapan berunsurkan poyo “Instinct”. Eh, instinct aku macam boleh pakai jugak tau. Grin. Aku sure takkan ada lelaki melayu akan tanya aku soalan macam tu.


Situasi 2

CH: Ini melayu ar, kenapa ada yang pakai tudung ada yang tak pakai? Melayu ada banyak jenis ka?
*Sumpah aku tak reti nak explain

CH: Kalau saya tertengok rambut kamu, adakah saya perlu bertanggungjawab terhadap kamu?
*Hahaha lawak betul soalan. Tergelak aku masa dengar. Takpe, orang yang ‘innocent’ dibenarkan bertanya. Orang tak innocent kalau bertanya jugak, boleh kita sekeh kepala dia secara berjemaah.


Oh entri ni macam entri tribute je untuk officemate. Beberapa hari lepas aku ada beritahu FS pasal interview kat company lain yang aku bakal pergi (interview je baru, confirm dapatnya tidak. However sharing is caring kan), pastu dia tanya tadi “Kenapa nadia, tak suka kah kerja kat sini?” Sukaaa okkk. Environment sangat best. First time aku jumpa company majoriti cina (85% chinese ) yang tak pressure(yang aku perhati cara kerja diorang). Mungkin sebab US bassed so cara kerja diorang memang macam ni. Tapi nak buat macam mana kan, *** ni ‘slow’ sangat. Bukan aku je yang cakap macam ni, Kak N dengan FD dengan manager lagi satu pun cakap macamni gak. Haahah, malas nak cerita panjang2, nanti jadi sesi mengumpat pulak kat sini. Terpaksa la aku usha2 kerja kat company lain. Baru datang inisiatif aku untuk cari kerja padahal sebelum ni malas betul nak bukak jobstreet tu. Takpe2, nanti kalau dah ada experience nanti, aku ingat nak datang sini balik la :D Aik? HAHA. Sebab dalam keadaan aku yang takde experience ni, aku kene cari experience cepat2 tanpa berlengah.Takkan nak tunggu sampai satu tahun kan. Sangap okay. Pastu dah ada exprience boleh la demand tinggi sket kat sini.heheheh. Aja! Aja! Fighting!*sekarang ni positif sikit

Mix entry

Semalam aku menghadiri majlis perkahwinan Wawa belah lelaki. Wuu, tercapai impian aku nak tengok dia pakai baju pengantin live. Errr, gambar takde la, mana tah kabel aku hilang.Adoi.haha..Dan the important thing is, dia BERTIGA di atas pelamin. 4 minggu usianya. hehehe, tahniah, cepat betul rezeki dia datang, takyah tunggu bertahun-tahun :D

Tadi aku pergi ke Bangi dalam misi menghadiri kursus. Kursus apa? Kursus Pendidikan Pemandu la takkan la kursus Nikah Kahwin. Hahaha. Aku mengikut cadangan diya, amik sekaligus kereta dan motor. Bak kata iklan Rejoice 'Takde kereta, guna motor pun bolehhh'. HEHEHE..Kelas tu ok la. Awal2 memang aku mengantuk giler la tapi nasib baik penceramah tu pandai buat lawak walaupun dia seorang bekas tentera berumur 60 tahun lebih. Tadi masa kat kelas, ada seorang ‘lelaki’. Naluri aku mengatakan dia adalah seorang perempuan. Bingo!! Rupa-rupanya memang betul dia adalah seorang perempuan dan bernama Sharina. Haish, pelik betul la orang2 yang berkrisis identity ni. Kalau orang yang mempunyai krisis identity ni sekali tengok je aku dah boleh agak samaada dia lelaki atau perempuan. Bak kata orang, ikan sekilas di dalam air, boleh tahu jantan betinanya. Eceh, apasal aku rasa macam salah je peribahasa tu? T_T


Yang perempuan, buatlah kasar mana pun tetap nampak ‘keperempuanan’nya tu. Yang lelaki pulak, buatla lembut mana pun boleh nampak ‘kelelakiannya’ itu. Ingat lagi masa kat 7-e dulu, ada seorang pengkid ni bajet kasar abis la. Bajet lelaki ar konon2. Masa tu dia minta rokok Dunhill Mentol Light . Aku cakap la “20 kan?” Dia terus memandang sinis aku sambil cakap kasar abis la siap jeling2 lagik “Dunhill Mentol Light ada ke yang kecil? Itu pun tak tahu. Dunhill Mentol Light yang ada besar je la mana ada yang kecik!” Aku pun..hek eleh, aku tahu la, dah keje 3 bulan of course la aku sedia maklum, saje je nak minta confirmation mana tahu customer yang sengal, tahu isap rokok je tapi tak tahu jenis2 lain pastu salahkan aku yang salah amik. Last2 kaunter aku yang short. Owh, tak faham takpe. Tapi….perlu ke cakap kasar dengan aku hanya pasal benda tu? Knowing me, aku tak suka orang cakap kasar dengan aku semata-mata perkara remeh macam ni. Kalau ikutkan hati aku memang aku sembur balik. Tapi mengikut polisi kerja aku, mana boleh berkasar dengan pelanggan. Kene berbaik-baik. Eceh, baik la konon kan ;P


Oh ye berbalik kepada hal tadi. Aku tengok orang yang tengah praktis memandu tu buat aku rasa tak sabar pulak. Haish, tak payah la test undang2 ke kursus ke apa ke, terus berlatih bawak tak boleh ka? Agagaga.


Aku tengok orang yang bawak motor tu memang perlahan abis la (aku bawak pun laju sket kot). Aku rasa kalau aku berjalan sebelah motor tu, aku pun lagi laju okeh. Wakakaka… Aku teringat kat kakak aku. Kalau aku naik motor dengan dia, mulut dia asyik la komplen aku ni bawak lembap la siap cakap malu kalau naik dengan aku kalau aku yang bawak.Hahaha siot jer kan. Mentang2 dia expert. Last2 aku suruh dia je yang bawak malas aku nak bawak dah. Aku tak dapat bayangkan kalau dia nak amik lesen nanti (on da way), kene bawak perlahan camtu OMG confirm akan menggigil-gigil tangan dia nanti. HAHAHA. Dulu, kakak aku jugak yang ajar aku bawak motor, kalau nak tunggu ayah aku, ermphhh jangan harap la. Ayah aku skema sikit, amik lesen dulu baru boleh ajar. Teringat masa mula2 belajar motor dengan kakak aku dulu (kali pertama). Kakak aku duduk kat belakang, aku kat depan. Tangan dia yang pegang handle , kaki dia jugak la yang control brek dengan gear. Habis tu aku buat apa? Tak buat apa-apa kot, aku jadi tukang duduk je. Wakaka…


Oh kakakku ini sedang menuju ke alam pertunangan dan mak&ayah aku sedang melalui fasa excited sekarang, maklumlah bakal menantu pertama kan. Hantaran2 sudah bersidai di mata aku. Bila cakap pasal hantaran2 ni aku saje2 je cerita pasal aku nak type hantaran tema apa, jenis2 pelamin yang aku nak, jenis2 baju yang aku suka bla bla bla. Tetiba mak aku mencelah “Eh, dah ada calon ke?” Aiseh mak ni, perlu ke dah ada calon dulu baru boleh rancang? Dia tak tahu lagi kawan cina lelaki kat tempat kerja aku tu lagi advance. Girlfriend pun belum ada lagi tapi dah rancang kehidupan lepas kawen dia macam mana (kehidupan berkeluarga). Terperinci okeh sampai aku pun tak pernah terfikir. Hahah..


Bila kakak aku dah 'jalan' dulu mulalah aku yang bakal menjadi sasarannya. "Along dah amik orang Perak, ko pulak nadia, agak2 orang negeri mana?" Eceh, boleh main agak-agak plak. hahaha. Habis la aku pasni, habis la, habis la...

Aku harap mak aku tak terkena sakit jantung bila tetiba takde ribut kencang, takde angin taufan tetiba aku berkeputusan “Mak, orang nak kawen. 8 Bulan lagi. Tunang pastu kawen terus. Silalah bersiap-sedia ye” Agagagaga..Silap2 pengsan mak ayah aku nanti.

p/s: Ayah aku dah bising2 dah suruh baca buku no more internet2 selalu. Minggu ni aku mungkin busy sikit. Dalam misi menjadi pemandu berhemah + mendapat markah 50/50 kan, harus la meng-declare minggu exam. Cewah, ayat tak boleh blah, sekali tengok2 fail. Kahkahkah..

p/s: Sekian, entri bercampur-campur dan berterabur dari nadia.

Drama sebabak

Seseorang tengah kusyuk beronline. Tetiba mendapat khabar dari gadis di sana mengatakan




OMG Si Kembar ini main malam ni? Aku dalam banyak2 pemain bola sepak diorang ni je yang aku kenal (owhh, ada lagi satu, Khalid Jamlus, entah sebab nama dia glemer kot, muka dia aku tak ingat pun wakakaka). Itupun aku kenal kembar berkenaan sejak Aidil kene gossip dengan Rita dulu. Kalau tak, haremmm tak kenal.


Aku ni memang macam ni, kalau benda yang aku tak nak tahu, memang aku tak akan ambil tahu walau kecoh mana pun(kecuali kalau orang yang beritahu). Contoh: Walaupun dah dekat habis satu sem kat UPM (nak masuk sem 2) nama TNC pun aku tak kenal. Bukan setakat nama TNC, nama pengetua, nama Felo, nama presiden MTM, nama MTM semua aku tak tahu. Eh, jangan gelak, ini kisah benar ni. Masa interview KPSM baru aku terhegeh-hegeh nak amik tahu. Meraba tanya orang supaya time interview aku tak nampak macam bodoh sangat.muahahah..Tapi kalau benda yang MEMANG AKU NAK TAHU , aku akan ambil tahu dari A sampai Z . hahaha..Eh serius aku tak tipu ni. Contoh: Segala yang berkaitan dengan dunia badminton. Nama pemain, perlawanan apa, siapa yang turun main bla bla bla

Owh..lupa, sambung drama sebabak tadi…continue…


Terus seseorang itu menyuruh adiknya membuka tv1

Seseorang: Wei, bukak bola wei, bukak bola,tv 1. Bf aku main malam ni.

Setelah tv dibuka, seseorang tetap beronline, tak pandang tv pun. Suruh bukak tv tapi tak tengok apa kes?

Pengulas tv: Zaquan Adha bla bla bla bla bla Zaquan bla bla bla Zaquan bla bla bla

Seseorang: Eh, kenapa dengan dia? Kenapa dengan dia? Why? Why? (dengar nama yang berkaitan laju je muka tengok tv segera, terus duduk bersila sebentar depan tv.Yang bla bla bla tu aku tak dengar, tang yang nama je tu yang aku dengar.Kehkehkeh)

Adik seseorang: Ko ni tengok ke tak tengok ni? Dia kene attack la…

Seseorang: Yeke? Ala kesiannya dia. Siapa attack dia ni? Ni nak kena ni!

Keesokannya

Seseorang: Woahhh..Zaquan gol first tuu

Adik seseorang: Bukan la. Dia ketiga la.

Seseorang: Apa pulak? Dia first la! (yakin jek)

Adik seseorang: Ada pulak. Gol first Shahurain, gol kedua Hairudin, yang ketiga baru Zaquan. Apa la..Tak baca paper ke?

Adeh, kan dah terkena sekali. Ke-kuno-an ku terserlah. Ini namanya tak minat tapi nak tengok jugak (mungkin sebab kehadiran si Kembar sebagai pemangkinnya.Eh? Tetiba). Sudahnya termalu sendiri. Nasib baik aku tak buat status kat FB berbunyi “Yeah, gol pertama oleh Zaquan”. Kalau tak, confirm akan dapat komen yang memalukan bertalu-talu. Kakakaa


Awal2 aku tanya ayah “Ayah sokong mana?”. Ayahku ni yang takde semangat kenegerian pun menjawab “Pasukan mana yang main bagus, ayah sokong la”. Hehe. Mak telefon pakcik tanya sokong mana, pakcik jawab “Selangor tak main, of course la sokong N9”


p/s: Baru aku tahu, bila aku dengar mak+ayah+saudara-mara cakap Melaka, ia berbunyi seperti orang nogori. Mungkin sebab kampung aku sempadan dengan n9 kot.


Lari dari tajuk sikitttttt



Amacam layout FB ku? Ngeheheh.. Aku suka warna pink yang itu (tak suka pink bright, sakit mata) dan aku telah membuat keputusan untuk menjadikan warna itu sebagai warna feverete (sengaja eja macam ni). Eh nadia, habis tu kaler biru yang diagung-agungkan sudah dicampak kemana? Okay, simpan kejaplah kaler biru. Bawa keluar warna pink yang ini dahulu.Huehuehue..Teringat awal2 dulu kat UPM masa dengan rumate yang gilakan pink stuff. Dia pernah cakap yang suatu hari nanti aku akan minat kaler pink jugak. Aku cakap aku takkan. Dia kata aku akan.Aku cakap TAKKKK. Ye , AKU KALAH SEKARANG T______T

Mari kita gelakkan mereka.hahahah!!

1. Sesungguhnya perpindahan ini menyenangkan aku. Betul la, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku suka Dengkil daripada Bukit Jelutong. Dekat seyh,40 minit je sekali perjalanan. Ya Allah heavennya! Dan ini secara tak langsung membuatkan ayah aku happy. Ini adalah kata2 orang yang pernah mengharungi jammed 2 jam untuk balik rumah dari tempat kerja ye kawan2. Yang pergi kerja 10 minit dan balik kerja 10 minit takyah masuk campur okey, muahahaha. Okay, dah la 40 minit je perjalanan, lepas tu tak jammed langsung pulak tu, lepas tu dah la TAK ADA TOL LANGSUNG. Wahhh, perkataan takde tol tu cukup membuatkan officemate aku membeliakkan mata tak percaya. Sebab diorang punya tol je dah makan dekat RM10 sehari. Diorang semua pelik apasal ayah aku guna highway tapi tak kena tol (naik kereta ye, kalau motor sah2 memang tak kene tol). Wahaha, ayah aku kan terer+geliga otaknya (puji ayah sendiri). Dengan menggunakan otak geliga+kreatif itu , dia berusaha discover jalan baru yang untuk sampai cepat ke destinasi, takda jammed(sebab dia tak suka jammed) dan tak ada kene tol. Bukankah ini indah? Semua officemate aku tanya aku ikut jalan mana siap nak detail2. Err..aku kan tido masa perjalanan, manalah aku tahu kan. Huahuahua, takpe lain kali aku hafal jalan.

2. Aku boring giler ni weekend ni. Aku nak tengok cerita Pisau Cukur kat wayang tapi macam tak ada je kawan aku berminat dengan Aaron Aziz ni. Eh? Hahahah.. Aku dengar ramai orang cakap cerita tu unik, kelakar, dan yang penting Aaron Aziz ada dalam cerita tu.haha. OMG, aku suka giler dengan lakonan dia ni. Tuhanku, tolong wujudkan Aaron Aziz nombor dua untuk aku boleh? Yang tak hensem sangat (hensem2 bahaya,nanti tak secure) tapi nak yang perangai@gaya macam dia! Ngahahah..Aku ajak nana dengan fiza, dorang nak tengok weekdays pulak. Tak aci, weekdays aku takde, gi keje. Waaa, sape nak bawa aku keluar tengok Pisau Cukur ni? Siapa yang nak tolong angkut nadia pi tengok wayang ni? Lelong! Lelong! Lelong! KAHKAHKAHKAH.

3. Baru-baru ni aku tak tahu kenapa aku gelak beria-ia bila mendengar statement perasan. Statement macam mana?

Contoh (contoh ye, aku reka):

Situasi 1.

'Saya ni cantik jelita mana boleh jalan sorang2 nanti orang mengorat'.

hahaha. Aku gelak beria-ia seyh. Aku tak tahu aku gelak ni sebab dia perasan atau gelak sebab ia benar-benar kelakar. Ada sekali tu tengah berkumpul, ada sorang ni suka sangat bagi statement macam dia ni 'high taste' kot. Sekali-sekala mungkin nampak bergurau tapi bila dah selalu sangat, maknanya? hahaha. Setiap kali dengar mesti aku gelak sorang2. Ditakdirkan ada seorang ni ternampak aku gelak dia pi mention kat budak tu "***, tengok tu nadia pun gelakkan awak" hahaha, nasib baik orang tu takde suspect aku apa2. hahha

Situasi no 2. Cuba baca cerita di bawah (aku amik cerita ni dari blogger mana tah. Copy paste. Bukan aku yang tulis tau, korang pun mesti dapat bezakan tulisan aku dengan orang lain kan)






And there is this girl…nak kata cun sgt pun tak. But she’s a model! Wahhh….amazing the kind of ppl u met in AIC.



The reason I noticed her is because…she dressed very daringly. Very sexy! Aku yg perempuan ni pun tak leh stop tengok…I can’t imagine org lain mcm mana. And I noticed too that everytime she passes by, ada jer org tengok sampai terteleng2 kepala. Lawak sunggoh!!



And you know what…she knows that ppl look at her. And she was very plesaed, too. How did I know that? hahaha. One day, I was at the same table as her and her friend. Sebab aku mmg dah notice dier dah lama…telinga aku ni ter-tune in jer everything yg kuar drpd mulut dier. Basically, that day was the most unproductive day of my life.



She would laugh and talk to her friends and then she would say, “Did you see that? Why does he look at me? See? He is looking at me again. Now, look at that guy over there. Why are they looking at me?”



Aku bengang gilaaa ngan minah tu hari tu. What do you want your friend to say? “They look at you because you are sooo pretty. You dress to kill, you laugh seductively…that’s why.” I wanted to butt in the conversation and gave her the answer that she wanted to hear so that I could get back to my studying.



Entah kali ke berapa ratus, dier tanya kawan dier, “Are they looking at me?”



Yang lawaknya, kawan dier cakap, “Why would they look at you?” hahahhah. I guess, kwn dier pun cam aku. Dah bengang nak jawab such rhetorical questions!





Aku rasa kalau aku la berada di situasi blogger di atas, memang aku akan gelak giler2 la. Mungkin aku akan menyambut soalan model itu dengan ketawa tanpa berhenti. hahah.. Tanpa sedar, ada juga manusia yang nampak nak membangga dengan kelebihan diri sendiri tapi dia pandai sembunyikan supaya orang tak nampak sangat so that takde lah nak kutuk2 ke apa ke.hahah. Rilek sudah, orang sah2 pandang ko sebab ko cantik kan, so duduk diam2 sudah.haahah. Aku ni ada instinct sikit. Kalau orang buat statement, aku dapat 'baca' makna tersirat disebaliknya.Sama ada dia betul2 innocent atau buat2 je..hahaha..

Situasi 3:

Insan 1: Eeeiii yeee, apa ni, macam kampung saja. ****, u tengok tu, aiyaaa takut la tengok rumah-rumah kat sini. Macam kampung woo.

Aku: U ada kampung tak? Kampung u bukan macam ini ke?

Insan 1: Saya punya kampung pun takda ini macam tau. Saya ni orang bandar tau, kampung saya pun macam bandar jugak bukan ini macam. Ni rumah kat sini sangat kampung, takut la. ***, saya takut la tengok rumah kat sini.Aiyooo... Tengok2 rumah tu! Aiya..takut la saya. Aiya, apa la ini rumah.

Insan 2:U takut u duduk la rumah u. Buat apa nak takut. Bukan u pun yang duduk rumah kat sini.

KAHKAHKAHKAH!!!! Serentak aku tergelak besar(nasib baik dia tak perasan aku gelak). Hamik kau. Kene tepat kat batang hidung. Aku rasa Insan 2 pun bengang dengan budak tu so dia sound dalam keadaan gelak (konon2 gurau, aish macam taktik aku je tu.haha). Betul la kata Insan 2 tu. Bukannya budak tu pun nak duduk rumah tu, yang kecoh2, bising2 pasai apa? Duduk diam2 sudah. Aku rimas jugak asyik dengar budak tu komplen sana sini. Entah apa yang ditakutkan pun aku tak tahu la. Sepanjang perjalanan tu dia mengomel. Yang aku tulis tu aku dah cut dah(sebab kebanyakan isi diulang-ulang). Pandangan dan cara dia cakap tu macam jijik sangat (cuba bayangkan dialog di atas dilafazkan dengan perasaan jijik siap dengan gaya dan memek muka tu), dan macam dia ni high taste sangat. Annoying kan?


Sepanjang budak tu cakap aku dok senyum sorang2 je. Geli hati. dengan dia. Aku tengok rumah2 tu tak ada la macam sikit lagi nak roboh ke apa ke, ala standard rumah kampung biasa la. Takde la daif pun. Tu belum lagi dia tengok rumah area Hulu Langat dekat dengan Sungai Congkak ataupun rumah orang Asli kat Genting Highlands. Aku rasa kalau dia tengok confirm dia menjerit sakan tak pun PENGSAN sebab terkejut. Kahkahkah. Aiyoyoyo, memang sah sah tak pernah masuk kampung kot dia. Kesian. Tak pun dia tak pernah tahu rancangan 'Bersamamu' yang pernah wujud kat tv3 tu. Kesian.

Berdasarkan situasi 3 ni. Aku bukan apa, aku tak suka la orang yang memandang rendah orang lain lepas tu membangga diri ni. Ko nak bangga diri ko orang bandar ke apa ke , itu ko punya pasal tapi jangan la membanding2 kan dengan orang lain. Siap pandang macam jijik tu, muka memang tak boleh blah. Tuhan itu Maha Kuasa. Anytime je Dia boleh tarik nikmat yang ko dapat tu bila-bila masa je, tanpa dijangka, tanpa petanda.

p/s: Berhadapan dengan orang2 annoying type macam ni membuatkan aku tersenyum-senyum dengan karenah mereka. Geli hati. Kadang2 bila aku fikir2 balik, aku rasa tak la kelakar sangat tapi nape tah aku gelak pada ketika dan saat itu. Ianya spontan, tiba2 dan tanpa dipaksa. Yang mana pada ketika itu sepatutnya aku perlu bengang tapi nape tah aku gantikan dengan gelak. Aku gelakkan dia. Mari kita gelakkan orang2 yang annoying. Lawak sungguh. Aku rasa mereka kelakar. Annoying yang kelakar,hahahah.

Perpindahan=Busy

Minggu ni tempat kerja aku busy giler+serabut semata-mata perpindahan. Tarikh perasmian new plant adalah esok (isnin) tapi ada yang pergi awal sebab nak settlekan hal penerimaan barang.

Rabu:

Serabut+busy giler mengemas office lama untuk urusan perpindahan. Production plant yang selama ni punya lah bersih tetiba jadi tak terurus. Lantai kotor yang amat. Nasib baik takde production pada hari tersebut, kalau tak, tak tahu la nak cakap.hahha. Budak2 production asyik perli2 “Ni kalau Nestle datang audit ni, dia tengok lantai je diorang terus balik tak jadi nak audit. Hahaha.. See, betapa tak terurusnya.


Khamis:

“Eh, nadiah, u da salah tempat woo. Hari ni sepatutnya u kene pergi new plant.”~Manager aku cakap. Wooo aku dah salah tempat.Sepatutnya kene pergi Dengkil, aku still datang Bukit Jelutong lagi. Aku dah agak dah sebab salah seorang grup yang sekali nama dengan aku (kene pergi new plant awal) kata dia pergi hari Khamis. Memandangkan dalam jadual kata 6 Nov, aku yakin je la pergi hari Jumaat. Last2 hamik kau apa nak dikata? Nasib baik salah seorang chemist datang dulu old plant amik barang sebelum pergi new plant. Manager aku suruh aku follow dia. Faham2 sajalah aku mana ada kenderaan kan jadi tumpang menumpang aje la kan.


Sebelum pergi tu kitorang pergi sarapan dulu. Dalam hati aku rasa macam kurang selesa sikit. Sikit je tak banyak tapi tak menjejaskan pun. Sumpah bukan sebab suka ok (lagipun dia dah bertunang dan akan berkahwin so no more feeling ke apa ke) tapi aku rasa tak berapa selesa sebab aku mana pernah makan berdua walaupun sekali dengan lelaki selain ayah aku.Percaya tak? Tak percaya tak apa. Oh ye, memandangkan lori yang pindahkan barang tak sampai2 so kitorang berempat macam tak ada kerja je la. Sebab tugas kitorang kat new plant adalah menguruskan barang2 yang sampai dari office lama, tak ada lori yang sampai maka tak adalah kerja.hahaha. Kitorang hanya berborak-borak. Dah boring sangat borak , pergi berjalan pulak. Lunch pulak kat Tesco Banting. MY(nama orang) komplen harga mahal. Pelik gak aku, Dengkil pun harga makanan mahal, ingatkan boleh dapat murah.


Jumaat.

Hari ni semua busy dengan aku2 sekali busy. Tolong diorang settlekan hal2 berkenaan lab. Aku nak duduk kat lab, nak join diorang tapi Mr. Yap awal2 dah setkan tempat aku kat office. Haish… Oh ye, before ni Mr. Yap asyik bagi ‘hint’ yang aku ni bakal QC dia. Aku dah naik risau dah. Kalau boleh aku memang taknak jawatan tu (sebabnya terpaksa dirahsiakan.). Tapi dalam masa yang sama kalau dia offer takkan aku nak tolak kan? Nanti kata aku ni berlagak pulak, dah la fresh grad orang bagi kerja taknak pulak.Tapi jauh di sudut hati aku ni, aku rela jawatan tu diberi kepada sesiapa yang nak, aku malas nak rebut2. Kalau diorang nak, amik je, aku bukannya hadap sangat pun dan aku taknak atas sebab ni, aku bermasam muka dengan budak2 lab.Salah seorang tanya yang aku ada apply tak, aku cakap tak (memang aku tak apply pun). Oh… Hari Jumaat agak busy jugak la sebab semua barang dah sampai.


Oh ye, office baru aku ni besar berbanding dulu. Aku rasa 10 kali ganda lebih besar dari office dulu kot (betapa keciknya office aku yang dulu T___T), dan production plant pulak, OMG besar giler.Aku tak tahu nak explain berapa gandanya lebih besar daripada production plant office lama dulu.Dahla besar, silingnya tinggi yaamatzz, tapi aku mengakui kata2 CH yang production plant ini lebih tersusun dan sistematik berbanding dulu. . Aku dengan CH (Production Trainee) dah terjakun-jakun dah di tempat kejadian. Masa jalan kat bahagian production kitorang berangan yang kitorang adalah seorang yang power dan memiliki kuasa yang tertentu dan berjalan di planet yang asing di mana ada menempatkan alien2 asing di bilik2 dan sudut2 tertentu. Ewahhh..Memang tak boleh blah statement itu. Aku dengan CH memang gelak sakan ar. Masuk2 je production plant, sejuk giler. Menggeletar aku. Menurut pihak pengurusan, production plant yang paling banyak ada aircond. Walaupun kat sini 100% aircond tak kira di mana2, office ke warehouse ke, toilet ke, tapi memang production plant la yang paling sejuk.


Ok, tetiba jari lenguh dah tak tahu nak cerita apa lagi dah. Biarlah gambar menceritakan segalanya.







Lab. Agak luas kerana hanya ada 6 chemist sahaja bertugas di dalamnya (mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa). Confirm kene menjerit sakan kalau nak berkomunikasi




Office..Hijau itu tenang.Aku suka.



Production plant, tempat terkandung segala mesin dan juga tempat menghasilkan product. Baru nak cat? Ceh, kitorang dah sampai baru nak cat. Terhegeh-hegeh.haha..Cat warna soft pink. comel2.


Warehouse, tempat menyimpan product yang telah siap packing.




Lawak giler. Ingat tutorial photoshop je ke ada? Tutorial tatacara menggunakan telefon pun ada okay. wakakaka... Telefon tu kompleks kot, selama ni guna telefon yang ala-ala design Telekom je. Mat salih ni la yang ajar kitorang, asyik wat lawak je sepanjang tu.



Ini dia orang jakun tersebut. Kasi canlah dia beraksi sikit. Kahkahkah!

Unique wedding invitation card



Kak Syira, I already got ur wedding invitation card. Semalam (7 Nov) baru sampai. And yes, it’s unique.







Memang satu perkara ajaib kan bila ayah akak yang tak berapa suka bangsa Melayu tiba2 boleh berubah sebaik sahaja jumpa bakal suami akak buat kali pertama. Itu kuasa Allah kan. Dan semoga perkahwinan ini menjadikan hubungan akak dengan family akak bertambah erat, insyaAllah. Doa banyak2 ye kak. Selamat pengantin baru =)


cuma saya terfikir kad jemputan kahwin Melayu Muslim kebiasaannya ada Jawi wording seperti "Assalamualaikum" ataupun "Bismillahirrohmaanirrohiim". Orang bukan Muslim sudah tentu tidak faham tulisan Jawi itu, dan apabila selesai majlis...selalunya orang akan buat apa dengan kad itu? Simpan untuk kenangan? Ataupun hanya masuk ke dalam tong sampah? "Bismillahirrohmaanirrohiim" itu bermaksud "Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" dan sepatutnya kita tidak boleh membuang kad itu ke dalam tong sampah dengan sewenang-wenangnya melainkan kita mengguntingkan tulisan Jawi itu dan hanya membuang bahagian kad yang lain. Actually ini bakal mak mertua saya yang cerita, so saya masih ingat sehingga sekarang. Saya sendiri pernah melihat bakal mak mertua saya menggunting apa-apa ayat yang tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah sebelum membuang bahagian kad/kertas yang boleh dibuang. -Kak Syira



p/s: Kagum dengan akak yang sentiasa menjaga hati ayah akak walau apa pun yang berlaku. Dan design kad ini juga salah satunya kan? Nadia rasa, sikap bertolak ansur akak la yang membuatkan keluarga akak dapat menerima sedikit demi sedikit keputusan besar yang telah akak buat tak lama dulu =)


p/s: Jika jemputan ini berjaya kuhadiri bermakna inilah kali pertama aku berjumpa dengan blogger.Yang mana selama ni aku hanya kenal dan berinteraksi di alam maya, tak pernah bersua muka. Lepas ni turn sape pulak ye? Yana sudah tentu. Adakah Farah dan Mr A? HEHEHE (saja psiko Farah :P)


p/s: BNM punya training telah ditangguhkan ke tarikh yang belum ditentukan. Sepatutnya 6-9 Nov lepas . Minta2 lah bukan pada tarikh 14 Nov dan tarikh akak ni punya majlis. Tapi hati aku macam kuat mengatakan yang salah satu tarikh di atas. Aaaa 14 nov tarikh wedding best friend yang aku nak sangat pergi dan wedding akak ni pun aku nak sangat pergi jugak =(

Selingan yang tak berapa nak penting: Aku suka nama Insyirah (sejak baca novel apatah yang heroinnya nama Insyirah dan heronya nama Ilham) dan in future aku berhajat nak namakan nama anak aku dengan nama Insyirah. Eh? Eh? HEHEHE

Merepek di kala bosan.

Aku mempunyai seorang kakak yang 99.9% berlainan dengan aku. Muka pun lain. Sampai bila kitorang beritahu kitorang adik-beradik, orang akan kata TIPU. Hahaah.. Aku dengan adik aku pun orang kata macam tu jugak.Dah la muka aku dengan kakak aku lain, perangai lain karakter pun lain. Kakak aku agak kasar orangnya . Kalau korang perasan cara Scha cakap dalam Awan Dania tu, haa macam tu la cara akak aku cakap. Mungkin sebab dia banyak berkawan dengan lelaki kot. Bila kitorang bercakap, orang akan ingat kami bergaduh padahal tak sebenarnya. hahaha... Tapi aku tak kasar sangat. Aku sedang mempengaruhi dia supaya jadi lembut sket ni.Dan dia terpengaruh jugak kot sikit2. hehehe..


Lokasi: Atas motor sambil tak pakai helmet.





Fiza: Nadia, apasal ko tak panggil aku along eh? Nana panggil aku along, ko pulak panggil Fiza

Nadia: Mana aku tahu. Dah dari kecik kot. Tak pun sebab umur beza 1 tahun. Kita dengan nana jauh beza mesti la kene panggil along/angah.

Fiza: Cuba ko try panggil aku ‘along’.

Nadia: Tak nak ar. Pelik je. Fiza, berhenti kat kedai makan depan tu. Aku lapar la, nak beli makanan.

Fiza: Panggil aku ‘along’ dulu. Cepat ar panggil! Kalau tak, aku tak nak berhenti.*gelak

Nadia: Gedik ar ko ni. *gelak

Fiza:Kalau ko tak nak panggil, aku tak nak berhenti. Aku terus balik rumah.

Nadia: Along!

Fiza: Apa dia nadia? Kuat sikit (tangan pegang telinga, dia tengah pura2 tak dengar tuuu, macam la suara aku perlahan sangat padahal jelas giler)

Nadia: Along!!!

Fiza: Tak dengar la. Kuat lagi.

Nadia: Along!!!!!!!!!!!!!!!!

Fiza: Eeeiii, geli-geleman aku. Kahkahkah

Nadia: Tau takpe, aku pun geli-geleman weyh.(sambil gelak2)




Orang yang tak kenal aku mesti akan judge aku dengan berlainan dengan karakter sebenar aku. Walaupun muka aku ni nampak macam lembut (erk???) tapi in real, aku tak lembut sangat. Boleh kata 50% lembut, 50% opposite. Trait lembut aku dapat dari kawan2 sekeliling aku. Aku rasa dalam banyak2 kawan aku, Wawa dengan Dila yang banyak mempengaruhi aku untuk jadi lembut.hahah… Trait kasar? Sape lagi, akak aku la.


Fiza: Nadia, ajarlah aku nak edit gambar banyak2 letak dalam satu page.
Nadia: (segera mengajar)
Fiza: Jom kita buat gambar adik-beradik nak?
Nadia: Buatlah, aku dah ajar tadi, ko buatlah.
5 Minit kemudian
Fiza: Cepat nadia tengok gambar yang aku buat ni.



Nadia: Lorhhhhh apasal terselit gambar Yuna pulak ni kat celah2. Haha
Fiza: Hahah dia comel sangat aku letak ar.


Namanya Yuna tapi aku prefer untuk panggil dia ‘Una’. Lebih comel bunyinya. Tapi ayah aku selalu panggil dia ‘Ayu’ sebab katanya muka Una ayu. Last2 kitorang kasi dia nama rasmi. Ayuna. Sekarang dia tengah mengandung. Eh tak tak. Tengah bunting. Aku tau ‘kerja’ sape neh. Tak lain tak bukan ‘kerja’ Momot la ni. Momot, cepat bertanggungjawab!!! Hahaha



Aku suka Una sebab dia manja , aku acah2 untuk cium dia berjuta2 kali (over!) pun dia tak melawan atau meronta-ronta. Ia hanya memejamkan matanya. Dia macam pasrah ke apatah. Kakakaka.. Aiyoyoyo kalaulah Una ni manusia bukan muhrim , tah berapa banyak dosa tah aku dapat. Kucing2 lain kat rumah aku ni yang lain garang2 semuanya sebab tu aku suka bermanja dengan Una je. AKu suka usap2 kepala dia. Balik2 je dari Shah Alam, Una ni je yang aku cari dulu.


Nasib musafir lalu

1. Astaghfirullahalazim. Mengucap panjang ayah aku bila melihat jam di dashboard kereta. Dan aku? Hanya mampu membuat muka tak berapa nak bersalah sangat. Tahukah anda, Isnin lepas aku (dan ayahku) menempuhi DUA JAM perjalanan hanya dari tempat kerja (Shah Alam)-rumah(Cheras). DUA JAM weyh DUA JAM. Cuba beritahu ada sape2 boleh menandingi masa perjalanan aku neh semata2 untuk pergi kerja@balik kerja? Meh sini aku nak bagi award.Aduyai, macam perjalanan balik kampung pulak rasanya (KL-Melaka). Jammed panjang giler bila sampai area2 PJ tu. Aku sangat faham ayah aku ni, kalau jammed memang ‘bersuara’ la sepanjang perjalanan. Hahaha… Pergi senang, setengah jam je dah sampai, nak balik pulak susah. Dah la hujan, perjalanan satu jam jadi dua jam. Sabar je la akuuuu. Eh bukan aku, ayah aku. Dua jam ayah bawa kereta , aku tidur di sebelah. Huahuahua.


Demi aku, ayah aku tempuhi jugak. Takpe ayah, nanti nadia amik lesen nadia bawak, ayah pulak yang tidur kat sebelah eh. Hahaha serius aku tak sabar nak amik lesen nih. Ada orang takutkan aku, nanti mesti kene marah2 dengan orang yang mengajar. Aku tak takut pun.hahaha. Mentaliti aku kan, once bila aku dah kene marah dengan teruknya, selagi aku rasa orang seterusnya (yang marah aku) tak boleh challenge orang yang pernah marah aku dengan teruknya dulu, aku akan rasa macam orang seterusnya itu takde effect kat aku. Paling koman pun aku akan men-tarik muka aku je kot (melarikan muka dari memandang). Sebab aku tak boleh pandang muka orang yang marah@jerit2 kat aku, sebab kalau aku pandang, aku mesti akan sembur orang berkenaan. So, kene la kawal kan. Aku kalau tengok orang terjerit-jerit tak tentu pasal ni, aku anti sikit. Apa tah aku dah melalut ni. Haahha..Bdw, sape pernah marah aku dengan teruknya dulu yang aku rasa sampai sekarang takda orang boleh challenge dia? Bekas bos aku 5 tahun lepas. Lelaki Cina. Dia punya jerit je satu floor shoping complex Kota Raya boleh dengar okeh. Serius aku cakap. Kalah suara salah seorang senior aku yang pernah sound aku tyme kat KPSM dulu.




hujan, snap kejap lepas tu terus ZZzzzZZzzz....





Bangun2 je hujan dah berhenti tapi jammed tak berhenti woo. Snap kejap , pastu sambung tidur.*penat+ngantuk*


2. Sekarang aku berada di rumah di Cheras, heaven. HEHEHE. Ulang alik ke tempat kerja je buat masa sekarang (sampai Jumaat minggu ni . Isnin depan tempat kerja bertukar ke Dengkil). So , alang2 tu baik aku keluar rumah sewa aku yang kat Shah Alam tu hujung bulan Oktober kan. So, tarikh aku keluar secara rasmi adalah Jumaat lepas. Ada sorang housemate yang aku rapat bagi something kat aku tanda kenang-kenangan. Sedih pulak aku rasa. Bukan sebab apa, sebab tak sangka dia boleh terfikir nak bagi aku something padahal aku takde apa2 untuk dibagi kepada dia pun T_T.



Rumah yang telah memberi sebulan kenangan buat aku.



Bye2! Bukit Jelutong! Next Monday will be Dengkil.

Hari tu aku dah survey dah location company aku. Here the pict.



p/s: Aku rasa kan, walaupun Dengkil tu tempat jin bertendang ke ,aku still rasa akan jadi best SELAGI ADA INTERNET. Maksud? HEHEHEHEHEH. Tau tak kat S.A aku tidur pukul 11 malam. Lebih awal daripada itu pun ada. Dah macam Ripleys Believe It Or Not dah. Padahal kat rumah, jangan harap la aku tidur pukul 11. Errmmphh.. Harapannn....Pukul 12 pun belum tentu lagi.

p/ss: Memandangkan Dengkil tu macam takde je orang bujang perempuan yang tinggal (susah nak cari housemate, takkan nak tinggal sorang2 kot), maybe aku akan sewa rumah area2 Banting kot (dekat jugak la). Tu pun lepas dapat lesen (lambat lagiiiii).hahahah

Ayah aku dah tegur. Baru je nak edit entri ni kasi semenggah sikit alih2 dah kene tidur pulak. Apa lagi, suruh aku tidur cepat la tu esok kene keluar awal. So kalau entri ni macam tak semenggah je, faham aje lah ek. Demi mengelakkan jammed. Boring ah jammed, terbantut mood nak berblog (tetiba)

p/sss: Tajuk memang tak boleh blah kan?