Pages

bekalan cuti raya...

jangan gelak! Nadia guna paint lagik.Still tak pandai guna adobe.Ahahaha..*pening2*



untuk semua blog list kat sebelah ni.amik la..Yang da dapat melalui frenster tu..jangan jemu TERtengok 2 kali okayh.wakakakaka


UPDATED!
kad raya from blogger =) very precious!

from cik nad>---first time dapat kad raya yg takde gmbr ketupat,lemang,bunga api,masjid and etc. tapi tetap precious =)



from diya>---simple tapi menarik dan cantik walaupun takde tema masjid,ketupat,mercun,masjid n etc.



from 13may>--- 13 may with tulisan dan sign yang besar2.heheheh



from mahsyar>--- buatan sendiri tu.neway,kombinasi colour yg unik.hehehe



from imazaimi>--- thanks ima.pandai dia guna adobe.hehe.precious!



from nad>--- unik sebab dia jadikan gambar kawen sebagai background. cantik2!



from fieza>--- cantik2!ada rama-rama kaler ijau!

tag sekolah dulu-dulu

My Old Skool Stories


Thanks to ixora for tangging me.


3 bad habits when you were in your school days :


*Selalu sampai awal ke kelas(Wah,keskemaanku terserlah!).Kalau kawan2 ku di UPM terbaca tang ini,mau diorang gelak guling-guling nih @guling@guling. Sebab, unbelievable saya seorang yang sampai awal ke kelas. Ye la,tyme dulu sekolah asrama mana ada bas untuk ‘melambatkan’ student. Tyme tu jalan kaki 5 minit dah sampai kelas. Tak macam sekarang. Tunggu 15 minit BELUM TENTU bas sampai(khas untuk bas K5/KTP/KPZ UPM sahaja okayh)


*Ponteng prep. Prep diadakan bertujuan untuk pelajar study. So,kalau study mana-mana pun asalkan study,tercapai jugak la objektif tu kan? Saya boleh je nak study kat mana-mana dengan concentratenya asalkan saya nak. Tak semestinya kat kelas or library. So saya buat prep sendiri kat bilik je. Malas nak bersiap sebenarnya. Lagi syiok. Boley landing2 atas katil kalau bosan+otak tepu. Kalau kene tangkap ngan warden pandai2 lah bagi alasan. Sakit ke,tertido ke,tiba-tiba pening kepala ke, tak larat nak bangun ke, apa ke..Bagi je alasan pape pown.Tapi,luckily,tak pernah kantoi. Niat ikhlas nak belajar kot :p


*Jarang ponteng solat maghrib kat surau. Salah satu sebab ialah ianya wajib. Dekat plak tuh. Hehehe…Tapi boleh je kalau nak langgar rule coz ramai buat macam tu especially tyme exam. Solat kat bilik.Tapi saya tak pernah la solat kat bilik. Best solat kat surau. Dah terbiasa kot :p


3 of your favorite subjects.. why?


*ADD MATH dan MATH MODEN. Suka math moden sebab senang. Suka add math sebab subjek ni agak mencabar tapi menyeronokkan. Suka giler kalau dapat jawapan.Bila dapat je soalan dr luar(soalan percubaan sbp ke,soalan percubaan tahun2 lepas ke) laju je tangan ni nak buat. Kalau boleh nak siap terus. Ingat lagi masa first test form 4 add math. FAIL! Kali pertama dalam sejarah,fail. Maklumla,saya baru je masuk sekolah tu so blur2 sket. Dah la semua pandai2. Orang lain dah blaja banyak,saya masih terkontang-kanting. So,belajar sedikit demi sedikit. Setiap ujian@peperiksaan subjek ni tak pernah la nak dapat A. Tension! Soalan susah seyh. Walaupun soalannya agak boleh membuatkan rambut gugur,tapi tetap nak buat jugak. Sampai dapat jawapan! Maybe sebab dah minat kot. Susah pun nak jugak! Luckyly SPM dapat A1.Maybe soalan tyme tu senang kot…


*SEJARAH. Sebab subjek ni best. Baca pastu buat nota ringkas(Wah! Keskemaanku terserlah lagik!) Sejarah negara. Parlimen. Kadang2 benda yang kita boleh observe di sekeliling. Contohnya bila nampak agong,tetiba teringat “tugas-tugas yang dipertuan agong”.Boleh aplikasi tu.Suka2!!!!


3 subjects that you dislike.. why?


*BIOLOGI. Sebab tak suka menghafal. Er…sejarah pun hafal jugak kan? Erm..sebab memang tak suka kot. Entah,tak tahu nak cakap kenapa tak suka subjek ni.


*FIZIK. Sebab eksperimen dia tak kaler2 macam eksperimen kimia. Hanya berhadapan dengan mesin dan alat yang takde perasaan. Eksperimen dia bosan+bosan+bosan.


Er…dua je kot. Subjek lain agak best :-)


Interesting About Me…(Er..bleh kata interesting ke??)


*First tyme masa present oral presentation skill. Bercerita bahasa Inggeris kat depan kelas. Of course la saya hafal teks+gaya before present. Berlatih depan cermin tuh. Nervous takyah cakap lorr..Tuhan je yang tahu. Maybe saya diberikan ‘anugerah’ oleh Allah untuk menyembunyikan nervous saya kot(ayat perasan je nih). So,takde sorang perasan pun yg saya sebenarnya sgt2 la nervous. Nampak je macam YAKIN je bila bercakap.Markah tyme tu 9/10 (markah ni biasanya orang yg terer gile+fluent English je dapat). Kalau dah HAFAL TEKS+BUAT GAYA SEMANGAT SKET+PURA-PURA TAK NERVOUS+KONON2 YAKIN ,tak bape fluent cam saya ni pown boleh je..


*Dulu masa kat mrsm taiping saya adalah antara muka yang selalu naik pentas untuk berlakon. Pantang ada pertandingan drama ke mesti ada muka saya bertempek kat atas pentas tuh. Peristiwa yg saya paling tak bleh lupa ialah masa melakonkan watak pemuda kampung(tema: 60-an). Ala-ala zaman p ramlee gitu..Masa tu saya takde kemeja(takkan nak minta kat boyz kan…). Saya decide pinjam je sape2 girl yang guna jugak. Nak dijadikan cerita, saya terkocoh-kocoh la sarung kemeja tu(orang yg saya pinjam tu present drama before my group). Lepas je abis berlakon, 1 of my fren tanya saya “Nadiah,ko memang saje pakai baju BUTANG SENGET macam pak uda(dalam citer pimai tang tu) tu ek?”.Dia tanya sambil gelak2. Saya agak terkedu! Tp macam biasa,pandai2 la saya cover sket2. “Aah..saje je…” Padahal saya serius tak sedar yang saya pakai butang senget sebelah..Waaaaa! Malu woo..Bebudak lain normal je pakai baju butang betul.Dia cakap macam ramai orang gelak konon2 saya buat lawak pakai baju senget! Patut la saya notice ada org cm gelak2 walaupun scene tu takla la kelakar sangat.Uwaaaaaa….serius saya x buat lawak la!!!!!!


I used to love…


*Baca novel alaf21. Beli? Eheee….Saya ni ada kemahiran memujuk. So,saya gunakan kemahiran tu untuk memujuk mak saya beli novel2 tu. Pandai2 la. Promote2 sket. Tyme tu saya dah macam gadis penjual novel pulak. Citer synopsis sket2 dengan ayat+gaya yg kencang(konon2 tahu padahal baca synopsis kat belakang buku je).Please believe. Mak saya memang suka baca novel until now.


*Tulis diari. Dulu-dulu agak kencang menulis. Panjang2 untuk setiap ‘entri’. Bila baca balik terfikir ‘apasal la saya buat macam ni dulu”.Kadang2 bila baca balik boleh tersenyum-senyum macam orang tak betul. Buat my rumate scary je…Sekarang,teknologi canggih,taip je lorr..Pastu print and simpan!


I couldn’t live without…


Keluar melihat alam sekitar dan jalan2. Rasa macam terkurung dan terkongkong kalau tak tengok orang luar+jalan2.. Suka jalan2 je observe sana sini tapi tak suka melepak. Melepak=Sia-sia!


Who did you call before you sleep at night?


Takde… Kat asrama handphone tak bleh bawa. Kalau bawa pun asik nak sorok2 je. Baik takyah bawa.huhuhuhu


4 person you’ll gonna tag :


Farah

imaZaimi

Mahsyar

Shino

Thanks for reading.

Good bye~


p/s: fuh,panjang giler entri nih! Bekalan untuk cuti raya maybe :p

raya dan mercun...

Nak raya je mesti teringat mercun. Rasa macam tanpa bunyi letupan mercun, raya cam kurang meriah sket lorr(ye ke?thats my opinion).Mercun ada macam-macam jenis. Mercun naga,roket,padi, katak,roket(yg keluar warna-warni~lupa nama dia) dan sebagainya. Dulu tyme kecik2 aku adalah antara orang yang aktif main mercun ni. Hobi ni dikongsi bersama adik perempuan aku…Sanggup tak makan sebab nak kumpul duit buat beli mercun(Syhhh..jgn beritahu ayah aku).Ayah bagi duit buat beli makanan bukak puasa,aku cut supaya ada peruntukan untuk mercun(tiada peruntukan duit from my dad or mum untuk mercun.Harap maklum).So,bila tyme beli makanan berbuka ngan family kat bazar ada la 2 orang makhluk Allah yang akan hilang dicelah orang ramai untuk mebeli mercun.

Aku:Mak! Orang ngan nana nak gi sana jap.

Mak aku: Buat apa?

Aku: Ada la..(sambil aku n adik aku tersenyum2+sengih)

Ayah aku pun pelik dari mana kitorang dapat duit untuk beli mercun tu..Well@raya... Pantang ada mercun keluaran terbaru mesti kitorang tertarik macam magnet untuk cuba, try test mercun tu@nari.

Masa zaman kecik2 , aku rapat giler dengan 2 orang jiran aku. sorang laki sorang perempuan. Tyme nak dekat2 raya,aku,adik perempuan aku ngan diorang selalu main mercun sama-sama. Mercun roket la paling best! Letak dalam botol n bakar sumbu dia! Tapi sejak satu peristiwa ni, aku x berani main mercun roket dah(untuk tempoh2 tertentu je..hehehe). Masa tyme kitorang main tu,tetiba2 mercun tu meletup betul2 tepat depan tingkap bilik tidur jiran depan rumah aku. Masa mercun tu naik aku cam gelabah jugak coz aku tengok arah dia macam nak masuk bilik jiran aku tu melalui tingkap. Berpeluh-peluh dahi! Dah la tyme tu pukul 11.30 malam(tyme org tido) so macam ganggu dia tido jugak la.Nasib baik dia meletup kat luar tingkap. Kalau ditakdirkan mercun tu masuk dan meletup kat dalam bilik dia macam mana? Harus aku masuk jail tak pasal-pasal!

*teringat kata-kata jiran aku tu yang membuatkan kitorang serta-merta bersurai daripada aktiviti bermain mercun untuk hari tu.

“Adik, malam-malam main mercun, sekali lagi saya nampak saya report POLIS nanti!”

So,korang tak suka main mercun ke?eheeee@peluk…..

Cenderamata di saat tiada kerja...

Senyum seindah suria,

Yang membawa cahaya,

Kau tersenyum,ku tersenyum,

Kemesraan menguntum.



Raya semakin tiba. Teknologi pulak makin canggih. Kalau tak gunakan rugi pulak kan? Mesti ramai yg sedang sibuk memikirkan design untuk buat kad raya ni. Memandangkan saya berada dalam situasi ketiada kerjaan, saje je men edit2 ni.Act,saya tertarik dengan layoutnya.Comey..So, dengan ini Nadiah(note: ada 1 nama je.Takde nurul@nur ye) ingin memberikan kad ini kepada korang. Jujur saya katakan yang saya mengedit menggunakan Paint. Jangan gelak kuat-kuat okeyhs. Gelak perlahan-lahan dan penuh sopan santun diizinkan. Saya sebenarnya tak berapa pandai menggunakan perisian serba canggih ni(contoh adobe photoshop). Pusing-pusing gambo,senget-senget huruf,ubah sana sini..Tak reti lorr..huhuhu..Tambahan,saya memang tak kreatif dalam hal-hal cenggini(saya kretif dlm benda2 tertentu je). Dulu ada jugak try2 install perisian2 tu coz nak blajo tp asik expired je(maklumla semua benda nak free je). So,semangat nak blajar tu berkurang sket2.huhuhu. Tapi,xpe lorr…Janji usaha tu ada..Heheh


Actually sebenarnya tettarik dengan layout ni~SMILE~:mNo:


Suka tengok layout ni,terjumpa kat mana tah.Main save je…

Okay,Saya nak bagi ini



kepada farah~my new fren , Sya(the only hime yg ada blog),imaZaimi(junior k5 paling besh), Tidak lupa kepada my besties nora,nik nur liyana,farahiyah,nashimah,wawa,anura,farhana,fatihah(amboi ramainye best fren!) jika mereka terbaca entri saya pada kali ini.

Juga yang ini



kepada blogger yang lain iaitu


13may(jom layan kepala!)

Crayon kakak@CK(peminat crayon)

Mahsyar(erm…khaleef tu sape ek?)

Shino(pixel addicted!)

Rusdi(sendiri tanpa jiwa…hermm..di manakah jiwa kamu?)

Miazai(happy2 selalu)

rama2
detective dan

ketuk_angle



Dan juga anda yang tiada nama di atas tetapi TERbaca entri ni *peace*

Untuk yang berkaitan,amik jangan tak amik.Kalau x amik,view je pown xpe*peace lagi*

Ini hanyalah pre-kad raya.Kad raya betul lain citer lorr..coming soon!~tengah blaja adobe~


p/s: tag from farah .Kamsamhamnida!!!!!!






Berehat dr menulis entri selama seminggu.Ada test minggu depan.Takut woo~~

addicted to takoyaki!!!!!!!!

Sekadar nak memperkenalkan makanan sedap ni.Yum2!!!



jepun Pictures, Images and Photos

Namanya Takoyaki ataupun Tako Tao. Ia juga merupakan salah satu Japanese Dumpling. Click di sini untuk maklumat lanjut. Dengar nama of course makanan Jepun mali(tapi tempat yg saya beli halal ye,xder wine@pork). Ada 5 jenis isi di dalam bebola(isi dia dok kat tengah2) tu yg boleh dipilih. Ayam,sotong,udang,daging,jagung. Yang saya pernah try ialah sotong dan udang. Sedap giler…(ketahuilah olehmu bahawasanya makanan ini sangat sedap!).First time masa my friend introduce this food to me, l feel this food look weird (my rumate ayie pun cakap macam tu). 3 ketul+bulat2+lembik2+tak pernah nampak. Yeah, kinda weird! Disebabkan my fren bagi free(means tak perlu bayar), saya saje je try(alamaklumlah benda free). Tak rugi pun kalau tak sedap. First time saya makan, saya agak tergamam dengan rasanya sampai tak terkata apa. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Serius! Apa yang mampu saya cakap di sini adalah ‘rasanya sangat lembut dan mild bila ianya berada di dalam mulut’. Seolah-olah cair di mulut tidak di tangan(ececeh..macam iklan smarties pulak). Saya pun x sure apa bahan yg digunakan. Tengok cara dia buat,macam ada rupa kobis halus-halus yg dia taruk.Pastu macam ada mayonis cair yang dia letak. Pastu tepung yg dibancuh agak cair n entah la...Nanti saya keje di situ nanti saya beritahu korang ek cara2 buatnya.Ops..dah jumpa resepinya kat tenet>-- Click di sini untuk resepi n cara-cara nak buat. Rasanya dah ramai orang(termasuk melayu) pernah makan n tahu benda ni. Saya je yg kuno(selalu pergi mid valley pun tak tahu mende nih.Adeh~)

Lokasi jualan: Dalam shopping complex Mid Valley. Dekat dengan jusco aras paling bawah(LG kalau tak silap). Dekat jugak dengan kedai roti La Boheme aras bawah mid valley.Dia xde kedai yg khusus. Hanya booth sahaja. Nak tengok rupa kedai? >--- Link

Harga sekarang : 3 ketul=RM4.30

Kredit to nora yg memperkenalkan makanan ni(dan kawan dia yg memperkenalkan kepadanya).

Rasa jgn tak rasa……..SEDAPPPPPPPPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

*Saya berazam nak keje di situ sekejap. Belajar cara nak buat. Bila dah pandai, try buat kat rumah pulak. Cilok resepi pastu jual!Hahaahaha*gelak kijam*

*saje tukar kata ganti diri dalam post kali ni. Nampak best la tukar2 ni. Nanti nak guna kata ganti diri ‘nadia’ pulak.hahahaha

*notakaki: sebelum terlupa, thanks to farah for the award




Photobucket Image Hosting ~a new friend of mine. we have similar interests (^_^)

yeah,..minat gong chan jugak kan?heheheh

~amboi,banyak betul notakaki.Adeh~

sekadar memori...

Sekadar mengimbau memori
Notatangan: entri ni panjang….huhuhu

Korang pernah dimalukan tak?Apa perasaannya?(main2 tanya plak,dah tentu la malu kan?)

Alkisahnya bermula masa saya keje kat Sogo dulu(lepas abis SPM). Memorinya ialah first time saya DIMALUKAN DEPAN ORANG RAMAI atas sebab yg tak sepatutnya(mungkin ini nasib kalau keje xde pangkat tinggi,asik kene buli je)

Kitorang masuk keje kene masuk ikut pintu belakang. Masa nak masuk kene pas ic kat guard. Kat situlah tempat ‘bersejarah’ tu. Kalau pekerja yg keje lama(tetap) diharuskan untuk buat pas tetap. Memandangkan saya keje suke2+isi masa lapang+cari pengalaman+saya aim nak masuk matrik bulan 5 so saya tak buat la pas tetap tu. Before tu saya keje kat kota raya ,tetapi tiba2 bos saya suh saya handle cawangan kedai tu kat sogo plak(masa saya datang sogo tu,I only have 1 month to go before I quit.So, no point untuk buat pas tetap.). Untuk buat pas tetap tu memang leceh. Kene amik borang kat tingkat empat+isi+minta cop majikan+kene ada gambar passport+antar tingkat empat balik. Nampak senang tapi prosesnya agak lama. Silap-silap saya dah berhenti baru siap pas tetap tu. Ada seorang guard perempuan muda(20 an) sound saya cakap sumthing like why I’m not make pas tetap dan keengganan saya telah menyusahkan dia(susah ke kalau amik ic orang n bagi pas sementara kat saya sebagai pertukaran?).Just a passing method. For me,that’s easiest job dan itu memang antara tugas dia, so kenapa nak mengeluh?Yang menyebabkan ketidakpuasan hati saya adalah caranya menegur saya dengan suara yg lantang, bengis dan kuat like I’m doing such a very big mistake. Saya tidak kisah ditegur asalkan kene pada caranya. Pastu bila saya try mencelah for explain everything(yg saya akan quit minggu dpn) dia potong cakap saya dengan sgt kasar. Dia cakap saya saje je bagi banyak alasan and dia dah nampak saya lama kat situ sejak bulan puasa lagi(n banyak lagi yg dia bebelkan.Malas nak ingat.). Excuse me! Tyme bulan puasa saya masih di Mrsm untuk amik SPM okeyh! .Disebabkan terlalu geram+terkejut, saya tak mampu bercakap apa-apa pun. Saya just blah dari situ dengan muka yang bengang. Sudah tentu banyak mata yang memandang. Kalau cakap elok2 saya bole terima lagi tapi cara dia cakap sangat rude. Saya tak pernah jumpa orang yg kurang ajar sebegitu selama 17 tahun hidup(maybe be4 tu saya belum keluar ke dunia luar yg sebenar. So tak tahu). Apa salahnya cakap elok2 dan sopan sket? Tak rugi pun. Masa tu disebabkan emosi saya tidak menetu+malu dgn orang ramai, saya cepat2 beredar daripada situ. Dengan keadaan kepala berserabut memikirkan kelancangan guard tu tadi(maybe sebab first time kene so,fikiran agak kacau), saya bekerja dengan hati yg tak tenang bersama tekanan. Saya buat keputusan drastic. I’m quit minggu tu jugak!(Sorry to say,dulu agak tak matang.Suka buat keputusan terburu-buru). Masa nak balik lepas keje(hari yang sama saya kene sound tu) tu saya singgah beli shushi jap. Tyme nak bayar tu tak sangka abang sushi tu(dia jaga bahagian sushi) kenal saya n tegur saya macam ni “Eh,adik ni ni kan yg KENE SOUND dengan guard kat belakang pagi tadi kan?” Ado000..Mana nak letak muka ni? Malu woo…Saya jawab macam ni(sambil muka merah padam sebab malu)

Aku: A’ah. Saya la tu. Macam mana tau?
Abg sushi tu: Abg ada kat situ masa tu. Ala,akak tu memang macam tu dik. Suka sound orang tak tentu pasal. Ramai pekerja sogo tak suka dia. Dulu abg pun pernah kene jugak dengan dia.
Aku: Owh,ye ke…Kene macam mana?
Abg sushi tu: Ada la benda dia sound. Dah lupa dah pasal apa. Apa lagi,abg sound la dia balik…Bla,bla n bla(Banyak jugak dia bercerita pasal akak guard tu)

Antara sebab yg membuatkan saya tergamam dan tak terkata apa masa kene sound tu adalah sebab saya sangat2 tak sangka muka SECANTIK DAN SELEMBUT macam tu can sound me with bad words.Sangat tak sangka! Saya agak terkejut! Saya rasa muka dia tak sesuai dengan ayat yg dikeluarkan. Atas dasar tu saya melayangkan surat(bukan surat layang ye.Ada nama means I’ve mention who I am) buat akak tu. Dalam surat tu saya jelaskan segala-galanya yg saya nak jelaskan dia ms pagi tu+just nak tegur sikap dia. Saya tak berapa ingat isinya(lupa nak fotocopy.huhuhu) tp yg saya ingat ialah

“Saya bukan nak tegur akak sebab nak akak berubah cuma saya nak akak tahu apa perspektif orang terhadap akak selama ni. Ramai orang cakap akak sombong tapi saya tak berapa percaya walaupun akak jarang senyum dengan orang. Saya rasa akak tentu ada sebab tersendiri untuk tidak senyum kepada orang. Tapi saya rasa akak agak manis orangnya. Saya terfikir alangkah bagusnya kalau wajah akak dihiasi dengan senyuman. Tentu bertambah manis. Untuk pengetahuan akak, saya tak berkasar dengan akak masa tu sebab saya sangat terkejut muka selembut akak sanggup mengeluarkan perkataan sekasar itu. Saya tergamam. Kalau ikutkan hati saya, boleh je nak jelaskan perkara sebenar dan sound akak balik tapi saya tak nak malukan akak. Saya bukanlah jenis orang yang suka memalukan orang lain. Saya juga tak suka berkasar dengan orang yang lebih tua daripada saya. Tak sampai hati”

Tu je yg saya mampu ingat apa yang saya tulis. Panjang... Dua or tiga muka surat kertas kajang. Saya menulis berdasarkan jauh di sudut hati saya.Perhaps…Of course I’m using a good words supaya dia tak terasa+sakit hati kene tegur. Mungkin juga saya rasa muka lembut macam akak tu tak patut dikasari. Saya sebenarnya tak suka bagi orang terasa with my words tapi saya nak sampaikan jugak kebenarannya. Look,kalau nak tegur orang ada caranya. Bukan main terjah je. Mesti ada mukadimah,pendahuluan, isi kemudian penutupnya. Sama macam cara kita nak buat karangan yang bagus. Jika orang nak tegur saya, I prefer ditegur dan HANYA akan memikirkan teguran itu dalam-dalam jika orang yg tegur saya itu menggunakan cara ini. Becoz I prefer that way, so I’m using it in that way. Tegur elok2. Erm..Saya pas surat tu kat guard lain masa hari last aku keje kat situ. Yang peliknya,saya notice yg masa saat-saat terakhir kerja tu(9 malam), guard laki yang saya pas surat tu(20 an sebaya dengan akak tu) datang kat tempat saya n usha saya semacam je sambil tersenyum-senyum+sengih2 walaupun saya hanya pandang dia biasa tanpa senyum(note:saya tak pernah senyum dengan dia coz saya tak biasa kalau senyum dengan orang lelaki dulu.Lainlah orang tu senyum dengan saya dulu,tak de lah saya segan nak senyum balik).Pastu asyik bertempek kat kedai saya je. Sebelum tu? Haram tak pernah masuk… Sangat pelik! Hmm…confirm dia baca surat tu. Lantak lorr kalau dia baca pun, saya tak rugi pun. Buat apa nak malu? Dia bukannya kenal saya. Saya suruh dia pas kat akak tu keesokan hari(tyme saya dah xde kat situ dat mean I’m quit).

p/s: keesokan hari lepas akak tu baca surat saya tu, saya dapat berita daripada kawan saya yang masih kerja kat situ. She mention yang akak tu sudah pandai senyum dengan pekerja-pekerja lain. Baguslah. Saya tak mengharapkan perubahan dari dia, cuma saya nak dia tahu apa orang lain cakap pasal dia so she can take the appropriate action yang dia rasa terbaik buat dirinya. Whatever it is….It’s up to her…I’m not going to blame her even she take the decision to still ‘not smile to everyone’ or ‘talk in rough way’. Mungkin dia ada sebab tersendiri untuk memilih jalan itu. Saya tak berhak nak halang…Perhaps she didn’t like to smile n talk roughly becoz she unhappy with her job now..Who knows?....

p/s: masa awal2 kat upm, tyme kawan2 saya ajak pi sogo, saya selalu mengelak. Macam2 alasan saya bagi. Lama-lama saya citer jugak kat diorang. Saya fobia! Saya takut terjumpa akak tu. Bukan takut macam mana. Cuma saya tertanya-tanya apa perspektif akak tu terhadap saya and saya tak nak dia nampak muka saya dan cam saya. Kalau akak tu cam saya, secara tak langsung tentu dia akan ingat peristiwa tu dan…dah tentu dia agak segan dengan saya.Sesungguhnya saya tak suka situasi macam tu…Dan..saya juga sebenarnya tak tahu nak react macam mana dengan dia kalau terserempak. Truly!

*peristiwa di atas adalah antara peristiwa yang saya nak ingat sampai bila-bila..kenangan…..*

Notakaki: Sekarang pukul 3 pagi tengah study for polymer chemistry test next week. Boring2+otak tepu baca nota tu so tulis entry sket2. Pastu sambung baca kimia balik. Boring lagi sambung tulis entry lagi. Haaa…macam tu sure2 saya boleh stay up lama. Ini merupakan kaedah terbaru untuk tahan stay up lama. Tanpa kaedah ini, sure2 saya akan cepat mengantuk walaupun sudah minum Nescafe(yang kita sedia tahu mengandungi cafein untuk tahan ngantuk).

lelaki pilihan.

setelah sekian lama....Tada....ni dia lelaki pilihan.wakakakaka@guling@guling@nari@raya


Aaron Aziz



Walaupun dia macam…..er…er…sedap mata memandang (heheheheh) tapi yg membezakan dia dengan pelakon lelaki lain ialah cara dia berlakon. Aku suka ke’original’ity yg dia tampilkan dalam setiap lakonan dalam dramanya itu. Kalau marah nampak dia marah walaupun tak mengamuk-ngamuk. Cara dia pandang, gerak dahi termasuk kening2 skali bergerak untuk menunjukkan emosinya. Maksud aku,aku suka memek@reaksi muka yg dia tunjukkan. Nampak original tapi still tak melampau-lampau. Cool dan tenang. Aku start suka dia masa aku tgk citer emil emilda TV3 dulu. Dia nampak selamba dalam citer tu. Selain tu aku suka lontaran suara dia dan cara dia bercakap. Selamba je.Nampak sesuai dengan skrip dan yg pasti,nampak original !!!*melt*


Lee Dong Wok






Salah satu sebab aku suka dia adalah kerana dia sgt comey*melt*. Ngeh3x.Walaupun ada yg lagi comey dpd dia tapi aku sgt suka dia sebab cara dia berlakon dalam drama My Girl(citer korea terbest abad nih). Citer My Girl ni aku khatam byk kali pun still x pernah jemu sampai skg…Superb la citer ni!(Mcm nak beritahu satu dunia yg citer ni sgt best!) Melalui watak yg ditampilkan,dia nampak cool dan selamba..Kelakar pown ada...Kadang2 nampak comey je perangai dia dalam citer ni. Susah nak cakap camne. Dia berjaya menjiwai watak dengan berkesan. Dan aku paling suka memek muka dia masa dia termalu sendiri dan juga bila dia sedang memikirkan sesuatu dalam kepala.Hehehe..Nampak comey dan….entah la susah nak cakap. Tapi suka la!!! *melt*(bukan aku je yg suka dia tau.Ramai lagi..hehehe)


Kwon Sang Woo



Aku pilih dia sebab aku suka giler dengan watak dia dalam citer drama korea Stairway to Heaven. Tegas, selamba, berani, tenang, degil(degil yg bagus), tak mudah mengalah, setia…pe lagi ek? Erm..sebab dia pun smart pe…Ngeh3x. Walaupun semua orang cakap Won Bin lagi comey tapi aku tetap pilih Kwon Sang Woo! Yang paling best, setiap skrip yg dia lontarkan berjaya disesuaikan dengan memek mukanya. Berkesan! Superb!*melt


Song Seung Hun


*tiba2 aku tak jumpa gambar dia yg menarik kat internet...

Sebenarnya tak la minat sgt pun. Masa first aku kenal dia dalm citer Autumn In My Heart, aku tak suka dia pun. Aku tak suka watak dia dlm citer Autumn In My Heart tu. Macam lembik je..huhuhu.. Walaupun semua orang suka tapi aku biasa2 je ngan dia... Bila aku tengok je citer movie korea ‘He’s gorgeous, he’s cool’ terus aku suka dia. Aiseh..Sebab cara dia berlakon dalam citer tu kot. Gaya,cara cakap.lontaran suara dan memek muka. Cool dan selamba jek..Pendek kata , sukalah!!! Tapi yg peliknya aku hanya suka dia selama bila aku sedang mengulang citer tu. Pendek kata aku suka dia dalam citer tu je.Kalau aku tak tengok,aku lupa dia.hahaha(Nampaknya kalau nak suka dia slalu kene slalu la ulang citer tu~whehehe)

Dicky Cheung



Aku start suka dia masa tgk dia berlakon citer fong sai yuk n journey to the west tu.Susah nak citer kenapa aku suka dia. Pendek kata aku suka semua citer yang dia berlakon. Kiranya aku suka cara lakonan dia dalam sesebuah drama. Nampak selamba je watak yg dia tampilkan. Kadang2 kelakar. Apa yang dia nak cakap,dia cakap je…Nampak straight forward tp penuh berhikmah dan toleransi. Kalau ada yg perasan, semua watak dia nampak macam sama dalam semua drama(mungkin itu perwatakan dia yg sebenar) Cuma jalan cerita je yang lain. Suke2!!*melt*

List simpanan:

p/s: Ops! Jehan Miskin & Zed Zaidi TAK MASUK list ye! List simpanan pun takde!

Tabiat pelik of the day: kalau aku suka sape2 la,aku akan suka segala-gala mengenainya. Aku akan cari apa-apa je kelebihan tentang dirinya. Kalau la once aku tak suka sape2(sebab perangai ke),biarlah hensem macam brad pit(hensem ke?)@sape2 yg hensem lorr , biar la secantik jesicca alba@angelina jolie pun>--- ia tetap TIDAK memberi nilai di mataku*peace*


p/s:to farah>---confirm salah sorang dpd list atas ni yg farah minat kan?tau dah..hehehe

wanita pilihan

psst..nadia nak release satu rahsia:mNgumpat:..ni dia..wanita pilihanku.hihihi


Siti Nurhaliza




Sukanya aku dengan dia ni!!Kalau sebab rupa aku rasa ada artis yg lebih cantik drpada dia tapi aku paling suka suara dia. Lemak merdu. Apa-apa yg dia nyanyi sedap. Kalau dia nyanyi lagu orang lain pun,dia berjaya bawa lagu tu dengan lenggok dia sendiri dan ternyata lebih best dr penyanyi asal!! Lagi satu aku suka cara dia jawab soalan wartawan. Tenang dan tak cepat melatah. Steady and cool walaupun soalan yg pedas dan agak mengkritik dirinya…Bukan macam F**** tu.Soalan pedas sikit, cepat je melenting. Dah kene pulau dengan wartawan sekarang…Peribadi Siti pun aku suka jugak (selain isu dia kawen dengan Datuk K tu. Tak suka dia kawen ngan Datuk K!!)



Lee Da Hae




Kalau banding dengan pelakon korea lain, aku akui mungkin ada yg lebih cantik daripada dia tp aku tetap rasa dia cantik pada mataku. Salah satu sebab aku pilih dia ialah aku sgt suka cara dia berlakon dalam satu2 drama(My Girl dan Hello My Lady). Dia berjaya menimbulkan pelbagai mood dan emosi dalam drama lakonannya seperti takut,risau,marah.gembira,malu dan sebagainya dan yang paling penting, kesemuanya nampak original walaupun hanyalah sebuah lakonan. Walaupun kadangkala nampak macam ter’over’ tp xpe sebab still nampak original dan sesuai. Nampak spontan. Superb!!!

Jang Na Ra




Dia comel! Tapi lakonan dia biasa2 bagi aku. Walaupun begitu,aku suka lakonan dia dalam The Mischievous Princess. Nampak nakal dan sesuai dengan dia.(Tapi lakonan dia still x leh lawan Lee Da Hae.heheh)

Lisa Surihani




Dia memang cantik. Bukan setakat cantik tapi comel, ayu, manis,cute semua ada. Yang aku tertarik dgn dia untuk masuk list ni sebab dia bukan setakat cantik kosong tapi BERPELAJARAN. Berbeza dengan artis lain. Dia merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari luar negara…Lain daripada artis Malaysia yang lain!

Maya Karin



Dia pelakon yg cantik. Setiap gambar dari setiap sudut yg dimbil ternyata cantik dan tak pernah mengecewakan. Takde sebab lain yg aku suka mengenai dia melainkan dia CANTIK & MANIS je…

Ops…nombor list lima teratas dah full tp nak letak yg ni dalam senarai simpanan..ni dia

Vanidah Imran

>----- suka tengok muka dia ni..Cantik, manis dan sejuk mata tengok…..

p/s: Ops! Fasha Sandha TAK MASUK list ye! List simpanan pun takde!

Original=apa2 tg lahir dari hati yg tulus ikhlas. Bukan kepura-puraan atau spesis yg ingin menjadi orang lain(bukan dirinya sendiri). “Kemesraan yg dibuat-buat akan nampak janggal berbanding drp yg lahir dari hati yang tulus ikhlas.” So kalau hati tiba-tiba rasa spontan nak bermesra@berkawan@bertegur dgn sape2 lakukanlah sebab ia lahir dari hati yg tulus ikhlas tanpa paksaan. Tapi kalau ‘terpaksa’, elakkan sebab ia akan kelihatan janggal…Sekian…

Spontan=tiba-tiba terdetik di hati tanpa ada sebab yg logic…Sekian…

coming soon>--- lelaki pilihan pulak..wakakakaka