Pages

2 story

1) Tetiba je berita aku nak berhenti dan bertukar kerja tu tersebar ke semua orang satu office sampai budak sales yang takde kene-mengena dengan aku pun boleh tahu. FS paling lambat tahu sekali dalam office aku. Tahu2 je aku dapat msg FB dari dia mengatakan dia dengar rumour (aku rasa aku tahu kot sape yang rajin sebar berita ni) yang aku nak berhenti dan bertanya betul ke tak berita tu. Cam tak best kan kawan yang kita baik dapat tahu benda2 macam ni dari mulut orang lain? Kot la first2 tu dia rasa macam aku sengaja merahsiakan benda2 camni dari dia. Macam rasa sedikit terkilan dengan orang yang informer tu. Act, masa aku dapat tahu yang aku dah dapat kerja tu FS berada di Shanghai, China yang aku cerita dia pergi outstation tu. Pastu, sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke Malaysia, terussssss je dia dapat tahu berita aku tu. KORANG BOLEH BAYANGKAN BETAPA PANTASNYA INFORMER TERSEBUT?? hahaha.


of course I will gonna miss u FS!

2) Aku lupa nak memahatkan tarikh birthday salah seorang besties ku ini. 29 Mac. Aku rasa macam aku dan seorang lagi rakan lain (ain) yang membagi kepada dia nama Nash. (nama betul dia boleh tambah imah after that name) Last2 dari Taiping sampai ke matrik, panggilan tu melekat sampai sape2 yang kenal aku&nash mesti akan panggil dia nash jugak. Ramai estimate bila nama Nash, orang ala-ala tomboy atau kelelakian (sebab nama kot). Padahalllll, jauh menyimpang okay. Dia punya perangai sebijik macam watak Jang Na Ra dalam citer apa tah. Berperwatakan comel. Mula2 ayah aku pelik apasal panggil nama dia nash, dia kata tak sesuai last2 ayah aku pun panggil dia nama tu gak. Kadang2 orang panggil dia sin chan, sebab gaya dia bercakap kadang2 macam sin chan jugak

HAHAHA, boleh plak nama kucing dia boleh letak nama korea. Jun Pyo, watak Lee Min Ho dalam drama BOF. Aku cakap dengan dia, kalau ada kucing baru yang baru lahir, suruh dia letak nama Tae Kyung pulak . Eh? haha, tapi dia kata nama tu tak sedap walaupun orangnya hensem. LOL.

3) Aku dah bertukar menjadi silent reader sekarang. Lebih suka membaca dari google reader.

4) Tak tahu apa nasib aku pasni. Adakah tiada internet dalam masa sebulan? Kene pindah tempat baru, kemungkinan besar takde internet T___T. Nak beli broadband rasanya bukan sekarang kot, banyak nak pakai duit untuk benda lain.huhuhu.. Oh my my my. Tiada lagi korean gosip kat FB, tiada lagi sharp2 membaca entry rakan di GR macam selalu, TIADA LAGI WGM!(no more sweet potato, tengok tyme semua dah tengok tak fresh.), LAMBAT TENGOK CERITA KOREA TERBARU (eceh, macam tak biasa. Memang selalu lambat, sejak bila tah jadi cepat), tiada lagi tahu status terbaru rakan-rakan. Kalau ada sesiapa yang menukar status relationship ke apa, confirm bin sahih la aku la yang paling lambat tahu :(


TIADA TIADA TIADA. Takpe la... Everything change.

p/s: Lepas ni aku jadi dwi-warganegara. Warganegara Shah Alam dan Klang. Sebab apa? Sebab sempadan je.

Steamboat

Hari tu aku dan officemate makan kat Restoran Maeps (steamboat buffet). Sorang harga RM19.90 termasuk air. Officemate aku kemain puji2 melambung tempat tu. Macam puas hati la diorang. Aku pun turut puas hati bila tengok diorang happy (sebab aku yang perkenalkan tempat tu dan ajak mereka ke situ). Saje je aku nak test steamboat kat situ sedap tak. Pendapat aku, tempat tu hanya biasa2 sahaja. Takde la aku nak puji melambung-lambung kan. Sebab apa? Sebab aku dah pernah makan di tempat yang lebih hebat daripada situ. Hahaha. Lagi satu Maeps punya sos setakat sos cili Thai (yang dalam botol jual kat kedai tu) campur air, aku pun boleh buat kat rumah ;P. Kalau kat Maeps tu cendawan ada satu jenis je (cendawan tiram), tapi restoran kat tempat yang hebat tu ada dekat 10 jenis cendawan ok! Korang kira sekarang berapa kerat cendawan yang korang kenal. Pergi sana aku tak layan cendawan2 common ni. Cendawan tiram memang no layan. Aku amik cendawan2 yang aku jarang jumpa+pelik. Aku paling suka cendawan korea! Warna putih, rupanya ala-ala taugeh tapi panjang lagi daripada taugeh, bila makan rasa kenyal2. Unik sangat rasanya.



Nama restoran tu ialah restoran Sri Q-Thai Steamboat. Apa yang aku perhatikan kalau orang cina makan ramai2, diorang akan beli air kosong je tapi kalau orang melayu makan mesti order air yang best2. Bukankah ini rugi? Sebab steamboat sedap maka boleh abaikan jenis air. Amik air sedap2 nanti cepat kenyang. Eh, betul apa aku cakap, tak caya cuba lah.Setiap kali makan kat situ aku rasa macam nak menangis je. Menangis sebab sedap sangat, hahah comel tak comel tak? LOL. muahahahaha


Selain rasa macam nak menangis, mulut aku tak berhenti-henti senyum memanjang (rasa macam nak menangis dalam senyum. Faham tak? Tak faham takpe) tambah2 bila tengok aku punya bebola+udang+sotong+binatang-binatang laut yang lain sudah siap direbus tinggal nak makan jek.Fuhhhhh


Bebola pulak beratus jenis. Mereka mention jenis bebola+seafood ada lebih kurang 150 jenis. Ini baru betul. Yang kat Maeps tu aku tengok sikit je tapi kat flyers tulis 150 jenis, jadi apakah?? Berbalik kepada restoran best tadi, setiap satu jenis aku amik satu pun dah penuh satu pinggan boleh bayangkan betapa banyaknya jenis bebolanya? Terpaksa aku delete2 bebola yang common, aku just amik yang jenis yang aku jarang2 makan je. hehe. Dengan satay lagi, udang mentega bakar lagi, aiskrim lagi fuh fuh fuh. Sedap hingga menjilat jari. Dia punya tomyam memang terbaekkkkkk . Dia punya sos memang superb. Ala-ala johnnys (satu2nya restoran steamboat francais kat malaysia ni) punya sos tapi yang ni lagi sedap kot. Johnnys punya sos memang sedap tapiiiii sup/tomyam dia tak sedap okeh! Tawar (bak kata ayah aku). So sekarang Johnnys boleh blah. Hahah. Aku nak amik gambar tapi diorang punya pelayan asyik berdiri je kat satu tempat yang dekat malu okeh aku nak amik gambar. Lain la kalau aku ni salah seorang crew Jalan-jalan Cari Makan TV3.



Okay, cukup kot maklumat. Silalah cari kalau mahu. Jiran aku sekali je pergi terus gian. Asyik nak makan situ je. Hohoho. Sama la dengan aku. Setiap kali gaji tetiba je teringat restoran tu.Dan dan. Oh lupa plak aku nak mention pasal bayaran. Dewasa RM22 (tak campur harga air lagi. Nak jimat sila minta air kosong), kanak2 RM12. EAT ALL YOU CAN. Nama pun BUFFET. Berbaloi-baloi! Korang nak makan sampai muntah pun takpe. LOL. At least, takde la mulut aku ni nak komplen mahal ke kan macam aku komplen masa keluar dari Johnnys ada sekali tu ;P

Secebis kata2 for fresh graduate

Ini yang aku dapat setelah bergaul dan bermesra (erk?) dengan orang yang berpengalaman. Yang majoritinya dah lama berkecimpung dalam dunia pekerjaan ni.


Sebaik sahaja anda melangkah ke alam pekerjaan dan mula bekerja, JANGAN beritahu gaji anda kepada sesiapa YANG SATU TEMPAT KERJA DENGAN ANDA termasuk KAWAN BAIK ANDA SENDIRI. Kot la jujur pun tapi jangan jujur sangat sampai semua benda nak beritahu kan. Kalau ada juga yang tanya, jawab sahaja "Adalahhh...". Gaji anda hanya anda dan HR sahaja yang tahu. Sebab apa? Untuk mengelakkan rasa iri hati dan pergaduhan sesama rakan sekerja. Iyela, kadang2 swasta ni bagi gaji berdasarkan exprience dan kelayakan. Mungkin ada orang yang rasa macam "Eh, gaji dia lagi banyak daripada aku, biarlah dia buat kerja banyak sikit. Banyak cantik gaji banyak nak rilek2" ataupun macam ni "Eh dia baru je kerja apasal gaji dia sama banyak dengan aku? Padahal aku keje dulu daripada dia.Tak aci!" padahal ko tak sedar ko tu hanyalah STPM, budak yang ko dengki tu degree.



TAKDE KAITAN

Nampaknya salah satu wishlist aku akan tercapai. Owhhh, tak sabar

First come first serve

Aku cuti hari ni!! hahahaha. Konon2 nak pergi interview tapi tak jadi. Aik interview apakah? Bukan dah dapat kerja ke? hhaaha yang ni company lain pulak. Ni yang aku pernah apply kat jobstreet jugak la ni.


Ni officemate2 aku punya pasal la. Habis semua ayat provoke diorang sogokkan kat aku.

'Tu syarikat besar tu. Bagus kalau dapat sana, bonus ok'
'Wah, syarikat bagus tu. Malaysian Public listed company tu. You pergi je la tak rugi'


CCM Berhad (Chemical Company of Malaysia) kat cawangan Klang. Sepatutnya minggu lepas aku pergi tapi ditangguhkan ke minggu ni sebab minggu lepas company diorang tengah audit.

Bagus,besar,bagus,besar tu je la yang diorang dok ulang2 sampaikan aku pun terikut-ikut dengan tergedik-gedik apply cuti nak pergi interview ar konon. Pastu kan tetiba je pagi tadi pukul 8 pagi aku macam termenung panjang. "Apa yang aku nak cakap eh kalau diorang tanya sekian2?" . Puas aku fikir apa yang nak dijawab namun ZEROOOOOO! Blank kepala otakkuuuu. Dengan itu tetiba aku cakap dengan ayah "Ayah, orang tak jadi la gi interview. Cancel. Nanti orang telefon dia kata cancel interview coz dah dapat kerja lain". Ok, tamat cerita. Hopefully aku tak menyesal melepaskan peluang interview di situ. Hari ini disudahi dengan aku pergi meng-usha rumah area dekat2 tempat yang bakal aku kerja 1 April ni.


Salah satu sebab aku tak gi interview adalah kerana jawatannya adalah Lab Techician saja bukan Chemist. So melalui tu aku macam dah boleh agak berapa range gajinya confirm lagi rendah daripada gaji yang aku minta kat company yang aku dah dapat kerja tu. Lagi satu, kerja SHIFT! Walauwehhh, aku masih terbayang-bayang lagi dengan ke-weng-an kepalaku masa kerja kat 7-e dulu which is kerja shift jugak. Boleh mereng kepala kalau shift tu disusun secara tak menentu.


Act, sebagai permulaan ni aku tak memilih sangat syarikat besar atau tak yang penting masuk dulu then amik pengalaman. Pastu dah ada exprience ko nak pergi mana2, syarikat besar ke, multinational pun, ko dah kira layak dah. Guess what? Ramai jugak budak CCM yang masuk company aku yang sekarang ni. Chemist di sini. Kenapakah? So boleh tengok besar atau tak sesebuah syarikat tak berapa penting sangat. Yang penting adalah MONEY (orang yang exprience memang pentingkan elemen ni) dan layanan majikan terhadap pekerja (hubungan baik sesama pekerja). That's all. Status company boleh letak nombor 2.

Eh, aku sebenarnya tak tahu pun status company yang sekarang ni. Nak kata kecik tapi export produk worldwide pastu gaji semua pekerja semua tiptop+bonus cantek pastu US Base dan ada beberapa cawangan kat oversea so kira multinasional eh? Entah ye kot, tapi bila aku sebut nama company aku macam ramai yang tak tahu pun kewujudannya (aku sendiri pun tak pernah dengar pun before ni.muehhe). Entah, but not my business.

Oh ye, masa aku btahu HR yang nak minta cuti untuk interview tu kan, dia tanya macam2. Pastu dia bagi ayat ni kat aku "Kenapa nak kerja kat tempat lain? You tak suka kerja di sini ke?" . Dia macam buat ayat jenis sayu. Aku macam terkedu kejap. Blur di situ. Eh, best apa kerja kat sini, dah la pekerjanya semua friendly dan gila2. Tak lama tu aku jawab la bukan tak suka tapi aku just nak cari kerja tetap sahaja. Nak tahu dia jawab apa? "You kan dah kerja tetap kat sini? Kenapa mau cari kerja lain lagi?". Aku rasa macammm, adakah B*M tak explain betul2 kat dia? Atau dia yang salah faham? Atau dia sebenarnya yang tak faham? Atau dia sebenarnya tak dapat bezakan 'kerja tetap' dengan 'training'? Kalau dia kata aku dikira kerja tetap disini, where is the agreement?? Yilekk.

Aku macam nak explain kat dia tapi aku rasa macam no point sebab dah nak keluar dah kan (aku tak ingat aku jawab apa sebenarnya). Dulu masa kawan aku dapat interview kat Putrajaya, HR aku tu memang gelabah habis ok. Kelam kabut tanya macam2. Tanya soalan yang dia tanya aku tu la.

Kesimpulannya macam ni je la. HR tu memang berniat nak amik kitorang jadi pekerja tetap TAPI itu adalah selepas habis jangka masa MAKSIMUM yang B*M kasi. 1 tahun ke 2 tahun tah. Kiranya macam kitorang ni serve kat company free la, diorang nak guna sehabis mungkin sebab selama ni pun B*M yang memberi itu wangnya bukan diorang. Tapiiiiii, Hello, 2 tahun tu kalau kerja tempat lain dah dapat kumpul duit EPF buat beli BlackBerry tunai ok (eh yeke, entah aku bantai jek). Pelik aku apasal diorang nak hold kitorang lama2 walaupun dalam hati mereka berniat nak ambil kitorang sebagai pekerja tetap. Masa kawan aku inform nak pergi Putrajaya untuk interview, manager kawan aku cakap dia tak tahu-menahu pun pasal kitorang boleh cari kerja lain jugak dalam masa yang sama. Dia macam marah HR apasal tak btahu dia. Manager kawan aku tu nampak gayanya macam sayang giler la nak lepaskan kawan aku tu kerja tempat lain. Dah tu tak reti2 ke nak offer kawan aku tu as permanent? Ke nak tunggu kawan aku cakap "Saya dah dapat kerja lain dah" baru terhegeh-hegeh nak offer? So bukan salah kitorang kan? Haih konflik2. Kalau company lain yang aku tak pernah pergi train pun dah offer aku kerja tapi company ni yang aku dah training selama berbulan-bulan ni siap settlekan banyak kerja diorang tapi still belum offer lagi, so di mana reasonnya untuk aku stay di sini?


Aku hanya mengikut cogankata B*M sahaja 'FIRST COME FIRST SERVE'. Mana2 company yang offer kerja dulu, itu yang akan dipilih no compromy. *Peace*

p/s: Tengah karang surat cinta resignation

Wishlist


Ingat lagi tentang ini dan ini ? Aku baru dapat panggilan tadi dari pihak sana yang mengatakan aku berjaya mendapat that job as a Chemist setelah dua kali diinterview. Akan mula bekerja start pada 1 April. April fool kah? Harap2 tidak lah. Sekarang dalam kepala aku dah merangka-rangka pelan tindakan aku yang akan datang. Ceh ceh ceh kerja pun belum start lagi, ada hati plan nak beli macam2 lempang nak? Hahahaahahaha!!! Ok lah, ini RANCANG sahaja tertakluk kepada pindaan semasa.

1) Takoyaki pan.



Sape masih tak kenal takoyaki/tako tao ni boleh google. Selaku takoyaki freak, tak sah kalau benda ni tak berada di tangan aku. Dah berkurun lama kot aku cari benda ni. Pusing2 kedai takde pusing2 kedai takde. Aku usha2 kat internet pun ramai kata kat Malaysia memang takda jual, kat Siam adalah. Maka ramai yang order daripada orang Malaysia yang tinggal kat Jepun untuk pos ke Malaysia. Aku pun tak ketinggalan jugak. hihihi. Aku baru jumpa ada satu blog ni, seorang suri-rumah (orang Malaysia) yang duduk di Jepun dan berniaga online dan takoyaki pan ni adalah salah-satu barang yang dijual. Ada dua pilihan. Yang atas ni dan jenis electric punya. Gambar atas ni just letak atas stove. Yang electric punya dia punya voltage AC 100v camtu. (base on Japan standard) Malaysia punya voltage household adalah 240v maka dah satu kerja plak nak beli transformer bagai untuk convert voltage untuk sesuaikan dengan benda tu kan. Tidakkah ini dinamakan leceh? So aku berhajat nak beli yang atas ni je la. Letak atas dapur dan bakar! Habis cerita.

Bila minat aku ke arah ke-korea-an, ramai estimate tekak aku ke arah korea jugak. Kimchi,kimbup ke apa tah padahal aku tak pernah makan semua2 tu. Tekak aku lebih ke arah ke-jepun-an rasanya *sambil pandang kak yonna*
...
....
........
...........

hahaha, padahal layan sushi dengan takoyaki je ;P

2) Touch phone

Salah satu phone di atas akan menjadi milik aku. My next phone. Tekalah aku akan amik kaler yang mana satu ;)

3) Vacation

Vacation with my BFF . Tak leh blah ayat "Satu bulan kumpul la duit RM100 nanti 6 bulan dah boleh vacation dah". Sape yang kata? Aku lah kata kepada mereka. haha..

Destinasi masih lagi terawang-awangan (belum decide betul2)

4) Piano / keyboard



Tak lain tak bukan ni sedikit sebanyak pengaruh citer korea la ni. Setiap kali dengar lagu /muzik korea yang best2, mesti dalam fikiran aku, lagu tu akan menarik bila dimainkan guna piano. Guess what? Aku siap daftar belajar online okeh course piano ni long time ago. Gigih semacam je.Hishh. Aku saje je nak uji deria pendengaran aku & mengecam not music sebenarnya. Maka, beli yang murah2 sudeyy.. Try and test orang kata...

Dah, 4 je kot. Banyak2 buat apaa.heheh=D

pic: google.com

Random things

1) FS akan ke China dengan budak sales menghadiri pameran makanan apa kebenda tah mewakili company . Untuk seminggu. Sunyi la aku disini. Nasib baik ada Kak N and budak2 lab.

2) Sekali anda menipu, some people will not trust u even u tell the truth. So, jangan cuba-cuba mengkhianati kepercayaan orang.

3) Tadi aku nampak mat saleh hensem nama Richard dalam bilik GM. hahaha. Dia yang akan bawa FS and the team untuk ke China nanti.

4) Sesetengah orang hanya akan mula menghargai bila dia sedar yang dia akan hilang sesuatu.

5) Semalam aku buat kerja sorang2 since sorang lagi cuti. Yang peliknya pukul 3 dah siap. Berbeza dengan hari sebelumnya yang dibuat oleh dua orang tapi habis pukul 3.30-4.00 baru siap dimana kerja itu diketuai oleh kawan yang lagi sorang. Rasanya aku takleh buat kerja dua orang kot sebab mesti akan jadi lambat. Siapa yang lambat? Sila refer trademark Nabil.

p/s: Entri less word.

Hero korea lagi


Kalau korang tengok trend aku meminati artis korea ni, memang selalu tukar2 tak pernah kekal. hahah. Buat apa nak kekal bukan bf pun kan. Eh, meh sini aku senaraikan artis2 korea yang aku pernah minat dulu. Ini bukan berdasarkan rangking tapi berdasarkan yang aku pernah minat la maksudnya, mengikut turutan dari dulu hingga terkini



1) Bae Yong Jun as Jun Sang (ceh, ingat lagi tu nama ni). Hero Winter Sonata. Masa ni kan first time minat2 artis ni, makanya memang minat betul2 la siap beli poskad yang ada muka dia, beli 2 majalah sama yang ada poster dia semata-mata nak dua poster satu nak letak kat file satu lagi nak tampal kat locker/bilik. Okayyyyy faham faham. Since tak terdedah dengan internet lagi memang susah la nak jumpa gambar dia ni di mana-mana. Tu yang jadi kes bila ada je nampak kat majalah cina gambar muka dia walaupun berukuran 3cmx3cm pun aku bantai beli. Gunting gambar pastu lekat dalam buku yang ada garis tu. Macam comel je main lekat2, dilakukan ketika di zaman remaja berusia 15 tahun. Masa tu aku rasa macam tak de orang lah boleh beat dia ni setakat tu . Pastu kalau nampak lelaki yang macam hensem sikit mesti akan bandingkan, siapa lagi hensem? Dia atau Bae Yong Jun? Still Bae Yong Jun (ini dinamakan bias). muahahhaha.


2) Kedua, Kwon Sang Woo. Ini Stairway To Heaven punya penangan la ni. Aku suka giler dia bersama-sama watak dalam citer tu. haha.Aku dengan nana memang minat dia la masa tu siap kalau main2 olok-olok dengan nana konon2 kitorang ni orang bisnes pastu seboleh-boleh nak masuk nama Kwon Sang Woo ni dalam perbualan. Contoh situasi : Nana kat bilik (konon2 office), aku kat bawah (konon2 office tingkat lain2). Aku ketuk bilik dia

Aku: Cik Nana, macam mana dengan projek perumahan kita kat South Korea tu?
Nana: Oh, yang tu nanti saya jumpa dengan client saya Kwon Sang Woo, dia kata dia nak datang Malaysia nak meeting. You call dia sekarang.

Ok, aku lupa sebenarnya dialog tu tapi nak dekat2 sama la dengan dialog atas tu. Konon2 Kwon Sang Woo tu adalah client yang bekerjasama dengan syarikat kitorang. LOL. Adeh macam tak caya je aku dengan nana boleh mengucapkan kata2 itu *>.<* Lepas dia ni hero2 korea lain tak mendatangkan minat yang begitu tinggi kepada aku lagi. Aku tengok cerita2 korea yang lain, suka memang suka tapi not that kind of obsessed la kot. Kiranya tak beria sangat la.

3) Kebabommmm, tiba2 datang si mamat bernama Lee Dong Wok ni. hahaha. Ini semua gara2 cerita My Girl yang aku rasa unik dari segi sense of humornya. Kalau korang yang dah lama baca blog aku ni, mesti tahu yang kat blog aku ni, sikit2 nak masuk nama Lee Dong Wok, sikit2 nama dia. Asal hensem je Lee Dong Wok, asal Lee Dong Wok je hensem. hakhakhak*muntah


4) Waduh2, tetiba pulak datang si mamat nama Lee Min Ho ni. Tak lain tak bukan Boys Over Flowers punya penangan la ni. Gahhhh. Siap buat pengumuman kat blog yang LMH ni bf terbaru ar konon2. Siap kata macam tak ada orang lain la yang boleh beat dia ni.

Nana: Angah, aku rasa dia senyum lebar sangat la. Macam pelik sikit.

Eleh eleh eleh nana... Dan dan la ko nak terpelik-peliknya. Padahal dulu ko siap buat password untuk masuk forum pun berpasswordkan 'leeminho' apa kesssss??? Namun, penangan Lee Min Ho ni memang kuat tapi tak berpanjangan. Lain sikit dengan Lee Dong Wok yang kuat tapi agak lama berpanjangan. Kenapa penangan Lee Min Ho tak lama? Sebab tengah2 tu tetiba muncul mamat kat bawah ni

*Ini yang dinamakan gila kuasa. Nak letak empat sekali harung.*

5) Jang Geun Suk!!!! hahaha. Patut la nana dah tak minat Lee Min Ho dah. Dan dan la senyuman pelik la apa la padahal dia dah suka Jang Geun Suk dah tyme ni. "Aku suka tengok dia senyum tak nampak gigi. Macam sesuai jek. Comelllll" kata nana. Yang ini aku akui impaknya agak maksima. Gara-gara YAB la ni. Awal2 episod aku memang menyampah giler dengan watak arrogant , sellfish dia tu sampai rasa nak sepak2 je dia (serius, aku tak tipu) tapi lama2 bila tahu tahap kesengalan dia tu, terus suka. haha. Melihat watak dia dalam YAB ni buat aku nak tengok dia kalau offset (luar drama) macam mana perangai dia sebenarnya. Kira macam nak kenal karakter sebenar dia la ni. Holoh holoh holoh... Dan aku pun mulalah mencari YAB behind the scene and all of YAB stuff kat youtube. Bila macam dah tahu dia macam mana sebenarnya, interaction dia dengan pelakon2 lain, buat aku makin suka dia. hahahah takleh blah. Dia memang serius ketika bekerja tapi sangat suka bergurau dan gila2 bila offset (diakui oleh salah seorang pelakon senior lain). hahahah. Sangat berlainan dengan watak dia dalam drama itu, First time weh aku tengok behind the scene sesebuah drama korea sebelum ni tak pernah pun. Mungkin sebab karakter dia dalam drama ni sangat unik kot. Entah la nak kata hensem aku rasa berlambak kot pelakon korea yang lain yang lagi hensem seperti Daniel Henney ke Dennis Oh ke (diorang ni mix korean dengan America) tapi JGS ni macam unik sikit. Kiranya bukan setakat hensem@cute ke apa ke. Mungkin ada sesuatu dalam diri dia yang tak ada pada orang lain? *muntah hijau*.



Aku tak berani nak kata JGS ni akan kekal ke apa ke since trend aku minat artis ni berubah-rubah bergantung kepada watak artis berkenaan dalam drama terbaru. So, aku macam tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu bila la ada orang lain boleh beat JGS ni. heheheh. Wahai, blog, anda adalah saksi. Mari kita sama-sama saksikan=D


p/s: Aku berhajat nak asingkan minat aku yang ke arah ke-korea-an dengan entry berunsur peribadi. Sebab aku rasa macam banyak giler je entri aku yang berunsurkan korea sampai kalau orang sampai je sini, sure akan kata "Ni budak ni duduk kat Malaysia ke duduk kat korea neh?"

Maka after this, akan wujud blog aku yang lain untuk aku sumbat all the korean stuff, korean gossip bla bla bla bla korean korean korean bla bla bla drama drama drama bla bla bla movie movie movie dan tak lupa juga akan disumbat sedikit taiwan ke jepun ke apa, apa-apa la asalkan dalam genre entertaiment selain Malaysia. ngehehehe. Makanya kalau lepas ni ada terselit kat blog ni kira ala sipi-sipi je tuuuuu. Halalkan ajaaaa.

Ok, dah, bye!!!

Suddenly


Aku pernah cakap dulu, salah satu sebab aku tak bape minat ICP sebab aku nampak macam agak leceh penyediaannya. Itu pandangan hate at a first sight la kiranya. Pastu baru tadi aku berpeluang untuk belajar ICP. Kak N (yang selama ni ajar aku HPLC) bagi green light kat aku suruh aku belajar ICP pulak. Nanti pergi interview mana2 tempat lain kang takde la ternganga-nganga lagi nak jawab. Maka aku dengan separuh jiwa pun pergi la belajar dengan Kak S ni. Dulu yang handle ICP ni ada sorang cha ya nun alif ni. Orang2 macam ni tau2 je la, kedekut sikit ilmu (terbukti dah melalui peristiwa dulu. Serik aku nak belajar dengan dia). Tapi luckyly Kak S yang handle ICP sekarang (orang baru masuk but exprienced before kat company lama dia). Oh, Kak S ni sangat la ok.

Bila dah belajar ICP kan, TIBA-TIBA AKU RASA INI ADALAH SERONOK. Aku rasa seronok buat ni sebab BUSY. Pelik kan seronok sebab busy. Orang kalau lagi tak busy lagi suka kan. Camni alkisahnyaaaaa.

Disebabkan penyediaan sample untuk run HPLC ni sangatlah senang maka perhatian aku kadang2 boleh tersasar. Sangat senang weh ibarat korang bancuh susu untuk budak2 kecik haa macam tu la. Tuang air dan susu dalam botol, goncang2 then penuhkan botol pastu sejukkan dengan air suam. Sebijik sama step dia. Pastu ulang lah sampai 30 kali tengok apa jadi. Bila diulang-ulang, aku boleh ibaratkan yang kalau aku ngantuk ke atau mamai2 pun aku takkan buat silap dalam proses digestion tu. Camtu la lebih kurang maksud 'senang' aku tu. Disebabkan senang, maka perhatian yang sepenuhnya tak berapa diperlukan. Faham tak? Boleh bayangkan tak masa aku masih di fasa demam YAB dulu, boleh plak sambil digest sample, dalam kepala aku sempat lagi terbayang-bayang scene dalam YAB yang aku rasa funny gila lepas tu aku senyum sensorang dengan tiba-tibanya. Boleh plak macam tu??? Pastu tak pasal2 je orang yang ternampak aku senyum tetiba ni confius dengan tahap kewarasan aku.


Maka aku rasa macam kurang fokus di situ, perhatian aku senang lari. So aku nak kerja yang lebih busy dan memerlukan perhatian lebih!!

Masa belajar ICP , perhatian yang lebih sikit diperlukan. Almaklumla, handle dengan asid kan (HPLC guna air biasa), kalau perhatian lari sikit confirm asid kene tangan ke apa. So, aku lebih berhati-hati di situ dan menumpukan sepenuh perhatian kat situ (takkan nak bagi free2 je tangan aku kene asid kan). Tambah2 lagi ada step yang kene boil sedikit larutan sample lagilah kene fokus kalau tak, silap2 sample boleh kering.

Ok, sebenarnya pangjang2 ni aku just nak cakap yang aku dah suka ICP. Apasal tah aku rasa macam ICP kat UPM aku dulu macam tak besh je, berselirat semacam(aku ingat lagi tyme exp kene hantar sample dan belajar teori). Yang ni lebih tersusun sikit. I just love it.

Lagi satu yang aku suka kat alam kerjaya sebenar ni adalah "NO CALCULATION AT ALL". Maksudnya calculation yang susah2 la. Tambah tolak darab bahagi takyah cakap ar kan. Aku tak suka calculation. Walaupun A1 dalam Math Mod & Add Math sekalipun, aku tak suka calculation when it come to chemistry world. Fail aku .Ganti sana la, ganti sini la, ambil kira unit lagi bla bla bla tak suka. Aku rasa calculation begini melambatkan perjalanan kerja aku. Bila lambat maka aku jadi tak efficient. Setengah jam dok mengira je takda buat apa2 (tyme degree dulu). Yang bestnya, sistem kat excel kat sini macam dah diformulakan oleh scientist kat US maka kitorang takyah kira2 dah, just masukkkan nilai je untuk diambil kira (ok, citer panjang2 detail pun tak siapa akan faham part ni). Aku tanya Kak N, lab dia kat company lama ada kira2 susah tak. Dia kata adaaaaaaa. Dia kata sampai tunggang terbalik dia mengira.Waduh2, ingatkan semua tempat macam ni so kalau aku kerja mana2 pun sama rupanya tak. Maksudnya tak semua company memudahkan pekerjanya sebegini. T___T

Ok, penat dah bercerita. Just nak introduce gambar bawah ni





ICP jenama Perkin Elmer. Sebijik macam kat sini sekarang. Dengan tempat2 letak sample pun sama


HPLC jenama Waters. Sebijik sama macam kat sini. Aih, kalau jenama sama tapi rupa tak sama tak tahu la pulak kan.

source gambar: google.com

p/s: Aku tak sempat nak check ayat2 aku di entry ini. Mungkin tunggang terbalik sikit. Terlalu mengantuk sekarang. Nak tido. Bye

T-A-M-A-T

Aku pelik

Antara benda2 yang membuatkan aku pelik adalah

1) Aku pelik dengan blogger rajin yang membuat entri sekejap huruf kecik sekejap huruf besar mAcAm yANg AkU TuLIs nI Haa. Sebab ini membuatkan aku membaca perkataan lebih lambat daripada biasa. Yang aku paling pelik, errr..errr tak penat ke asyik tekan capslock eh? Atau tak penat ke button 'shift' ea? Buat semua huruf kecik kan senang takyah tekan2 capslock ni. Serius aku pelik reason di sebalik ini dibuat. Adakah entri akan kelihatan lebih stylo? Tapi berdasarkan sesetengah motto "Blog aku, suka hati aku la" maka aku let it go sahaja. hehehe. Aku boleh tahan dan baca kalau blogger citer benda ngarut-ngarut ke, yang aku tak faham ke, walaupun dia tulis panjang lebar satu entri. Tapi kalau sekejap huruf kecik sekejap huruf besar memang aku err...err...berlalu sahaja, takleh tahan walaupun 2-3 baris ayat. =D


2) Aku agak rimas kalau membaca entri takde perenggan tapi aku pelik apasal aku baca ada satu blog 2 hari lepas (lupa link dia) aku baca habis satu entri siap bukak older post dia beberapa kali. Walaupun tulisan dia kecik sampai tersepet-sepet mata aku nak baca, dengan entri langgar tiada perenggan, dengan background yang terang-bederang menyilau pandangan aku tapi aku macam tetiba je jadi stalker tak bertauliah bukak semua older post dia. Kelihatan seperti ingin membaca dan membaca. Nape ea? Bukan aku kenal dia pon, sebijik gambar pun takda. Padahal dia citer benda simple2 je like kerja sekolah tak siap (yes, dia tingkatan dua rasanya), nak pergi tusyien mana, perasaan dia terhadap artis kegemaran dia bla bla bla. Mungkin sebab first dia adalah tingkatan dua, jadi aku macam kagum dengan bahasa dan tulisan dia sebab mostly yang aku jumpa, girl 20 tahun pun tulis macam budak sekolah rendah yang tak berapa pandai nak eja perkataan (u know what i mean, like 'bucuk', 'manjew', 'sukew' and so on). Kedua, aku suka gaya penyampaian dia yang tulus dari hati. Err...Maksudnya dia macam banyak mengeluarkan monolog dalaman ok susah aku nak terangkan act. Another thing, I like a way she exaggerated some word. hehehe.

3) Entri berwarna-warni. Aku mengaku dulu2 awal2 blogging memang warna-warni abis entri aku. Maklumla, background gelap gelita kan, konon2 cantik ah entry kejap kaler kuning, kejap kaler merah, kejap kaler hijau. Kira macam kontra itu menyerlah ar konon. muahahahahahahahahahahaha (gelak besar). Bila lama2 aku dah berblogwalking tu baru aku tahu yang entri berwarna-warni memang tak berapa nak patut. Tak caya cuba try buat satu blog khas, di mana entry2 di situ semua kasi kaler warna-warni, tengok apa jadi ngan mata korang. Bak kata blog mana tah kata "jangan membawa perangai ke-tadika-an dalam penulisan blog". Cett, tadika dia kataaaaaaaaa. hahaha

T-A-M-A-T


Mimi adalah nama panggilan dia



Dalam banyak2 budak yang aku kenal, budak ni aku rasa agak unik sikit. Dia anak kepada sepupu aku, kiranya anak sedara kan? Namanya Mimi. Seorang anak kecil perempuan yang sangat manja. 24 jam asyik berkepit dengan mak dia taknak berenggang. Kalau mak dia tengah potong bawang di kalangan sekumpulan makcik-makcik, confirm bin sahih ada je budak ni terselit di kalangan mereka sibuk nak potong bawang jugak. Kalau mak dia tengah basuh ayam di belakang rumah, dia pun sibuk2 dok ngendeng2 kat mak dia sambil pegang2 ayam jugak. Kalau ko tarik-tarik tangan dia walaupun acah-acah je confirm dia akan menangis. Jangan harap la kalau ko tayang muka 10 minit depan dia pastu dia nak ngendeng2 kat ko, pastu asyik nak berkepit dengan ko. Sebab DIA SANGAT TAK SUKA DENGAN STRANGER. Biarpun stranger tu secantik Maya Karin, mahupun sekacak Jang Geun Suk, ataupun secomel Park Shin Hye, tetappp tak akan dilayan. Dia hanya akan senyum dengan orang hanya apabila dia macam familiar atau dah biasa dengan orang berkenaan. Bagi aku ini agak unik. Sebab aku rasa macam advanture je budak neh.

Sepanjang 3 hari tu jugak, kalau aku nampak budak ni, mesti aku tarik tangan dia. Bwahahah, memang dia akan tarik tangan dia balik. Tapi aku takda kisah apa, lagi tayang muka depan dia adalah. Entah, tak tahu sebab apa. Mungkin sebab aku rasa budak ni advanture, maka aku taknak mengalah biarpun kalau aku tanya dia, "Nak tangkap gambar tak? Nak tangkap gambar tak?". Dia hanya buat muka takut sambil menggeleng-gelengkan kepala seperti gambar di bawah.




Lepas 3 hari, baru la dia dok senyum2 dengan aku. Lepas tu macam berminat je dengan kamera aku, nak pegang2 pastu asyik suruh aku amik gambar dia. Apa lagi, lagi ligattt la aku snap gambar dia kan




Aku rasa dia lebih comel di luar daripada dalam gambar. Mungkin kejadian ini dinamakan 'makan gambar'. Budak ni sangatlah susah nak senyum. Memang 90% aku jumpa dia tak bersenyum. Maka bila dia senyum tu maknanya dia sedikit selesa.

Aku rasa aku dah banyak amik gambar dia dah tapi dia asyik nak amik gambar lagi. Owhhh sudah jadi gila kamera dah budak ni. Ada kemajuan, bagus2!

Ada sekali ni ayah Mimi pinjam kamera aku kejap try2, mungkin ayah dia ni tak perasan jarak kamera dengan anak dia tu sangatlah dekat boleh dicapai dengan sekelip mata dan mengakibatkan tetiba lens aku ada cap jari budak tu. Aku terkedu! Aigoooo... Itulah akibatnya dok ngendeng2 je kat anak orang. Sekian.

p/s: Sejak aku kecik lagi (sek rendah), tabiat ngendeng2 anak orang ni dah wujud dalam diri aku, fiza dengan nana. Berebut-rebut nak dokong budak. Mungkin sebab jarak aku dengan nana agak dekat so aku tak ada adik yang lebih kecik. Maka teraba-raba cari anak orang. HAHA! Sekarang aku dah nampak ada sorang budak ni, anak sedara ku jugak perangai sama macam kitorang masa kecik2. Aku rasa macam..... hek eleh kecik lagi dia ni dah nak dokong baby boleh ke, shoh shoh shoh jatuh baby tu kang. hahaha. Entah2 masa aku ngendeng2 kat baby masa aku kecik lagi dah tentu akan ada orang dewasa berpandangan macam aku jugak. hahaha. Agaknya kalau ada anak sendiri, so tabiat asyik ngendeng2 kat anak orang akan berkurangan la kan? Kan? Kan? Cuba fikir secara logik. Ye la, dah ada anak sendiri maka layanlah anak sendiri sepenuh masa, anak orang lain tak diperlukan lagi. Ecehhh!!! hahaha sejak bila aku dah cakap pasal anak2 ni. Isk isk isk

Kejap2, aku nak amik berkat sikit


Wakakakakaaka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s: Aku dah delete entri benda alah yang pengsan-memengsan tu. Dasyat2 owh keyword manusia2 ni. Memang stok terkedu ah. Siap ada orang promote jual illegally kat blog aku ni ape kes plak kan. Saypark kang. Pegi la buat blog sendiri promote. Nasib baik aku perasan dan segera delete itu komen promosi. Dan aku sempat capture komen ni sebelum delete entri tersebut


LOL, Gilaaaa!!!



Dua perkara yang meng-excited-kan aku

WALAUWEHHH (tengok, siap dengan huruf besar)

1) Sekarang aku tengah gila dengan website ni
www.silentregrets.com

Kat sini ada bermacam-macam cerita. Baik movie, drama, korea ka jepun ka taiwan ka chinese ka, semua ada. Kalau nak citer tajuk sekian2 boleh request. Konsep website ni agak senang, keahlian dibuka kepada orang ramai untuk mendaftar dan hanya orang yang mendaftar sahaja yang boleh meng-upload cerita. UPLOAD sahaja. Nak DOWNLOAD, kalau tak register pun tak apaaaaa. It's easy aite? Dulu aku bodoh skit. Aku pelik apasal aku download2 tapi subtitle tak kuar2 walaupun aku dah download file subtitle sekali. Sebab katanya kalau dah download subtitle dengan file video, subtitle akan keluar secara automatik bila kita play video.Tu yang buat aku menyampah subtitle tak keluar dan ignore je website tu. Ditakdirkan suatu hari ni aku ter-download ada satu movie ni pastu di bawah sekali ada note: Please join the video with HJ Split. Aku pun main download je la benda alah tu dan ikut seperti yang diarahkan dan tadaaaa, video asalnya didownload ada 4 file tu dah dicombined menjadi satu file dan subtitle boleh kuar ok. Sebelum join video tu, subtitle tak keluar pun. Ok, aku dah master dah dengan website ni. Akan aktif mendownload movieeee! Yehaaaa... Jom download jom!!!!

p/s: Aku rasa, kalau movie korea kan (movie ye,bukan drama), citer He Was Cool palingggggggggg best kot. Aku tak bias ye, memang best pun. 5 kali tengok pun still aku suka jugak . Pendapat peribadi aku la. Silalah download. hehe=D


2) Aku suka dengan konsep rancangan We Got Married!!! Sape tak tahu dan nak tahu bolehlah google ye. Aku baru je tahu pasal rancangan ni wujud di MBC channel kat korea . So excited. Ini salah satu jenis variety show. Tang aku suka pasal variety show kat korea ni(kat channel mana2 sekalipun) ialah ayat2 yang keluar dari mulut diorang ni sangatla selamba, unexpected , bercirikan tak berapa nak malu dan diucapkan dengan gaya yang tersendiri. Tu yang buat aku dok gelak2 tu (now aku tahu kenapa ramai suka sangat mengadap KBSW channel kat astro tu.Kan diya kan? hehe. Yela, aku kan takda astro so tak tahu la pasal benda2 ni.) Walaupun ayat bercirikan selamba dan tak bape nak malu, tapi semua macam tahu ayat itu hanyalah gurau2 dan main2 dan takde sape amik port malah gelak adalah. Aku ingat lagi, first variety show yang aku tengok pun sebab Nash paksa aku tengok, dia kata lawak giler jadi dia paksa aku tengok.Dia dah copykan untuk aku jadi tugas aku hanya play saja, senang kan? Artis yang diundang tu Daniel Henny. Memang lawak, aku tengok asyik tergelak-gelak je.


Gambar hiasan semata-mata tak de kaitan. Apasal la diorang dua ni tak masuk rancangan ni. Aku rasa rancangan ni khusus untuk penyanyi je kot, bukan pelakon. Kalaulah diorang dua ni masuk confirmmmmm aku akan histeria setiap kali tengok (over). haha

Oh, berbalik kepada rancangan We Got Married, rancangan ni ala-ala realiti tv yang dua artis dipilih untuk dipasangkan. Satu lelaki dan satu perempuan la of course takkan dua2 lelaki pulak. Terdiri daripada beberapa episod. Mereka macam dikahwinkan secara olok2. Nama je kawen tapi takda la tidur sekali ok. Cuma diorang kene menyesuaikan diri each other. Cuba bayangkan dua stranger tetiba kene borak2, berdating dan berlakon konon2 kawen dalam rancangan ni. Tanpa script! Which is diorang kene fikir sendiri apa nak cakap. Omo omo lawak betul keletah masing2. Semua menunjukkan the true colour. Kiranya, selain dalam tv ka, atas pentas ka, kita boleh melihat another side of them.Tambah2 kalau artis tersebut kita minat, mesti kita nak tahu mereka di luar sebenarnya macam mana kan?


Pasangan first yang aku tengok adalah pasangan Jung Yong Hwa (boy, CN Blue member) dengan Seo Hyun (girl, SNSD member) OMG sweet giler pasangan ni. Mungkin aku tertarik dengan ke-innocent-an Seo Hyun ni . Lepas tu aku suka tengok reaksi muka Yong Hwa yang terkejut dengan kesucian pemikiran Seo Hyun ni. Aku kenal Yong Hwa je, Seo Hyun ni aku tak kenal pun before ni tapi bila tengok mereka, aku macam tertarik dengan ke-cute-an Seo Hyun ni. Cute like menggelabah gila macam kene kawen betul2 je dengan Yong Hwa. Asyik la dok "ottokeh? ottokeh? ottokeh?" je tak habis2. haha. Rilek sudah. Kalau menggelabah sangat atau nervous sangat, meh aku tolong gantikan. huahuahua, cakap lebeyyy entah2 kalau aku kat tempat dia pun aku lagi dasyat nervous dari dia. haha.. Kawan aku cadangkan tengok ada satu couple ni. Nama couple tu "Petite couple" kot. Dua2 aku tak kenal pun tapi aku tgk first2 tengok pun aku dah tertarik. Kelakar . Apa2 pun, semua ini hanyalah pendapat peibadi aku sahaja okay.=)


ok dah. Entri tamat. Dua je benda yang aku tengah excited sekarang. Yang termasuk dalam kategori 'entertaining'. Benda yang aku excited yang termasuk dalam kategori 'ilmiah' macam isu politikus ke, aku takda letak kat blog ye. Aku simpan sendiri2. Sekian

2nd Interview

Tadi aku pergi interview untuk kali kedua. Kesinambungan dari interview first dulu. Orang yang interview kali ni dia kata dia something like financial manager ke apa tah. Aku pun tak tahu apa kaitan financial dengan lab. Atau telinga akukah yang kurang berfungsi?

Dia tanya pasal working exprience. Nasib baik ler aku berada di company aku yang sekarang ni dan mempunyai sifat ingin tahu secara banyak. Maka ada jugak la point aku nak cakap sikit takde la asyik ternganga je kan. Aku ni jenis banyak tanya sikit. Kadang2 benda yang diluar bidang aku pun aku nak tahu jugak. Kalau tak detail, sikit pun jadi la. Sebab aku suka ambil tahu apa2 di sekeliling aku tambah2 kalau di tempat kerja. Mungkin sebab benda baru yang aku tak tahu kot, so aku suka kalau tahu. Sebab tu apa2 yang terjadi kat sini aku tahu sedikit sebanyak. Apa2 proses yang berlaku kat production pun aku tahu sedikit sebanyak walaupun tak detail. Padahal aku kat lab je tak masuk production. Tapi macam banyak je benda dia tanya. Pasal proses la, digestion la, documentation la (ada gak faedahnya aku buat documentation ni ye. Aku ingatkan useless)

Soalan yang dia tanya memang aku tak jangka. Heh, aku ni semua interview pun unexpected. Bukan apa, aku ada tanya orang yang berpengalaman bab2 interview ni, mereka kata kalau second interview biasanya dia hanya berbincang pasal gaji je (untuk syarikat biasa2). Kalau setuju pasal gaji so dia amik . Kalau tak setuju, dia cari orang lain, camtu la lebih kurang. Namun tersasar rupanya sebab banyak pasal kerja dia tanya jugak. Namun aku kan biasa dengan HPLC je so dia takleh tanya detail2 la. Kiranya kalau aku konar2 sikit pun dia tak tahu kot. Kalau aku handle ICP la, agaknya extend interview sampai sejam kot kan.

Selain tu dia bawak jalan2 sekitar lab mereka. Memang kecik je lab dia. Dia tanya berlainan tak dengan lab aku sekarang. Aku jawab, of course lain kan. Lab aku sekarang ni memang besar tapi aku tak kisah semua2 tu. As long aku buat kerja aku, dapat gaji yang aku nak, that's all. Apadehal dengan tempat kerja bagai ni. Bukannya aku nak kerja sampai 5 tahun pun. Untuk setahun dua amik pengalaman kira ok la pastu cari kerja kat tempat lain pulak. Hak hak hak. Kak N cakap dulu lab company yang aku keje sekarang ni kecik ok (yang kat shah alam tu, sebelum pindah kat dengkil ni). Memang kecik. Manager tanya Kak N selesa ke kerja lab kecik. Kak N pun bersependapat dengan aku, apadehal dengan keadaan lab, janji gaji masyuk, bonus pun masyukkkkk (kak N la, bukan aku). Yang MY pun siap kutuk2 lagi (dia cakap dengan aku). Dia kata dia ingat US bassed company lab besar so kiranya dia tak sangka la kecik macam tu. Dia kata company dulu dia lagi besar tapi dia accept jugak offer untuk kerja sini. Sebab apa lagi, sebab gaji sini lagi masyukkkkk daripada company lama dia dulu.

Kak N n pakcik lab ni kata kalau dipanggil untuk second interview boleh kira 90% dapat. Tapiiiiiii ayat dia yang ini "I still need to consider and finalize a few candidate" Lorhhh, berapa banyak kali finalize daaa. Buat aku macam tak bape yakin je. Oklah kalau aku tak update pasal interview ni akan datang maksudnya aku tak dapat la tu. hahahah!!!

p/s: Sekali lagi, berunsurkan kimia jugak entri aku kali ni.

Busy dengan drama la pulak



Lebih kurang seminggu yang lalu, ada sorang hamba Allah ni hantar mesej kat email aku (dia jumpa email aku melalui blog aku ni). Dia kata dia jual cerita korea yang murah2 serendah RM6. RM6 kooooooo. Sape stranger nak kasi harga macam tu cuba cakap sikit? Paling rendah yang aku tahu setakat ni kalau 16 episod, RM16 . Paling murah ye.Tapi cuba tengok senarai bawah ni.




Majoriti harga satu cerita bawah RM10. Murah ok. Aku kan pemalas sikit. Malas nak download atau tunggu habis loading kalau tengok online.Macam depress pun ada gak. Korang nampak je aku ni macam hardcore korea padahal aku rasa tak lah sangat sebab aku malas nak download2 or tengok online ni. muahahaha. Stail aku bila nak tengok drama ni, biar semua episod dah ada depan mata aku dan nahhhhh tengok secara marathon. Biar lambat asal selamat. Eceh. Setakat ni, aku tak pernah tengok citer korea ke taiwan ke secara online. Drama bersiri kan tahu2 la panjang mana, seksa nak tunggu abis donlod (movie takpe lagi). Sama ada beli pirate atau amik dari kawan.Bila betul2 best baru carik original punya. Boys Over Flowers dengan You Are Beautiful SAHAJA aku download. Korang tau tak betapa tingginya semangat yang aku kumpul nak download BOF ngan YAB dulu? Ada la setinggi gunung Tahan. Kalau tak kerana ramai orang yang review kata dua drama tu LUAR BIASA dan macam tergila-gila, memang tak kuasa heh aku mencari versi online ni. Dah tertengok 2-3 episod online, hamek kau, tak bleh tahan and tunggu lagi dah, sangkut sampai ke last episod aku download. Hati memberontak terseksa menunggu waktu download yang makan masa berjam-jam tapi terpaksa sebab once tersangkut takleh berpatah balik. Apakebenda la statement aku neh.


Tapi aku tak la sehebat ada sesetengah orang ni(hardcore2 kat forum), keluar2 je fresh, tahan tuuuuu tengok yang takde subtitle english punya (since subtitle selalunya keluar lewat sikit sebab amik masa kan nak translate2). Serius hebat diorang ni, terkagum kejap aku. Diorang tengok sambil agak2 apa dialognya. Ohhh, aku takleh bab agak2 ni dan kalau tengok WAJIB TAHU terus takde main agak2. Aku, kalau tengok yang takde subtitle (pernah la ada sekali tu try download 1 episod) tapi hanya mampu bertahan 20 saat je pastu tutup.hahaha. Dulu pernah aku tengok citer hindustan (tajuk: Mann) ni takde subtitle. Aku pelik apasal mak cik aku ngan mak aku boleh nangis meleleh-leleh air mata padahal takde subtitle pun. Tak faham cerita tapi sedih, macam mana tu? Aku pulak boleh tertidur di awal-awal. OK, apasal panjang sangat intro aku neh.Sambung2!

Sekarang, meh aku senaraikan cerita apa yang aku beli ngan budak tu. Aku spend RM29 untuk 3 cerita. Since ini first time aku berurusan dengan dia maka beli sikit2 sudah. Kang dia lesapkan duit aku tanpa bagi barang sape nak jawab?

1. Hong Gil Dong

Dua je sebab aku nak tengok citer ni. First, sebab Jang Geun Suk berlakon dalam drama ni. wakakaka. Kawan2, cuba tengok tengok gambar di atas, dia adalah yang tercomel sekali dan yang terpaling kanan dalam gambar atas ni. Comel tak comel tak comel tak. Eceh, gedik gila punya statement. Choi! Aku saje je nak observe lakonan dia dalam drama lain selain YAB . Nak tengok another side of him. Walaupun macam poyo punya statement tapi aku kan suka observe2 ni. Tengok tahap lakonan dia. Citer jenis ala-ala zaman dulu tapi layankan aje. Kalau citer Hong Kong TVB ala-ala zaman dulu kat tv3 dulu aku boleh hook, hari2 takleh miss so tak mustahil citer ni akan menarik minat aku kan. Second, sebab adik beradik Hong adalah penulis skrip drama ni. Aku suka dengan kekreatifan mereka menghasilkan skrip untuk drama2 mereka. Story line, dialog memang terbaik la setiap kali keluar. Seperti yang aku pernah beritahu, kebanyakan drama yang pernah aku suka, mereka berdua la yang penulis skripnya (contoh: YAB, my girl, sassy girl chun hyang).Tak kisah la sape pelakonnya. Pelakon baru ke lama ke, mesti akan jadi best. Selalunya citer romantic-comedy, so genre citer yang ni macam lain sikit tapi takpe, biar aku observe dulu.

2. Mei Chan no shitsuji

Ye, citer jepun. Sebab aku nak tengok citer ni adalah salah seorang kawan kat facebook aku mention dia baru habis tengok citer ni kat youtube dan dia kata cerita ni lawak giler bagi dia. Meh sini aku tengok lawak ke tak. Sebenarnya, aku tak la terlalu terhad kepada korea je. Taiwan pun ada jugak. Jepun sipi2. Dengan syarat cerita tu mesti termasuk dalam genre citer kelakar. Sebab apa? Sebab aku nak ketawa, itu sajaaa. Ketawa kan boleh hilang tension. It's okay kalau ketawa sebab tengok cerita. Tapi kalau ketawa tanpa sebab tu bolehlah masuk Tanjung Rambutan ok. Lagi satu, cerita yang confirm masuk dalam list yang wajib aku tonton adalah cerita yang paling ramai orang tengok dan bercirikan comedy. Contoh paling senang, tengok je senarai top drama all the time kat mysoju.com tu. Dulu, aku wonder gila apasal Fated To Love You (citer Taiwan) macam terlalu lama berada dalam top senarai ni. Aku pun try la tengok satu dua episod lama-lama hook sampai la ke last episode kau.

3. You Are Beautiful

Ya Ampunnn. Korang2, tolong lempang aku laju-laju boleh tak? Kahkahkah. Aku tak faham apasal aku dah tengok 6-7 kali, dah ada copy yang aku download kat youtube, dah ada DVD ori tapi still beli lagi dengan budak ni.Kiranya masuk yang ni, aku ada 3 copy the whole episod. Mungkin sebab budak tu jual murah which is RM7.50 jeeeeeeeeeee, so ala apa la yang nak berkira sangat. Mengikut teori aku "CERITA YANG MENDADAHKAN WAJIB ADA LEBIH DARI 2 COPY" sebab kalau terhilang ke apa, ada banyak la sikit back-up nya. Teori aku la.wakakaka...

Citer Hong Gil Dong dengan Mei Chan tu aku sedang dalam proses nak tengok so kalau entri aku tak berupdate lama tu, errr..faham2 lah ye. Dan, kalau aku tak buat review kata aku 'demam' cerita sekian2 maksudnya ia belum mampu 'mendemamkan' aku la tu. wakakaka...

p/s: Budak ni jual citer2 ni dalam video type format .avi. Hanya boleh ditonton dalam lappy n computer saja sebab tu murah daripada pirate2 yang lain. Video kualitinya memang setakat yang aku beli ni memang high quality punya. High quality tu maksudnya adalah video tu clear image nya, tak pecah2. Tambah pulak boleh full screen kat lappy, lagi la syiokk kalau clear kan. Dia kata dia tolong kawan dia buat bisnes. Kawan dia tu hantu mendownlod (jangan takut sebab hantu begini tak menakutkan langsung). Mendownlod secara aktif maka daripada terbiar je hobi dia tu tak dapat pape baik dia jual kan. hehehe. Budak ni orang kelantan.Girl of course. Dia baru je lepas SPM oke. Dia kata dia tak berapa aktif sangat jual2 ni sebab dia muda lagi so takut orang tak percaya. So dia just sebar dari mulut ke mulut je la. Memandangkan ni first time aku berurusan dengan dia, maka aku just spend RM29 je untuk 3 cerita ni (termasuk duit pos). Kiranya kalau dia tipu aku hidup2 pun (ada ke tipu mati2?) macam tak ada la effect sangat sampai buat aku mengamuk ke apa ke. ahahah. Tapi dia tak tipu pun since selamat sampai ke tangan aku. Concern ok budak ni. After je dia hantar, hari2 dia mesej tanya dah sampai ke belum. Mana pernah aku beli online, orang yang jual mesej tanya aku barang aku tu dah sampai ke belum. hahah, ok pasni memang confirm bin sah la aku beli apa2 citer ngan dia. Kalau masuk dalam terlalu besh baru aku keluar beli yang ori punya. hakhakhak.

p/s: Kalau ada sesiapa yang nak email or no telefon budak ni atas urusan nak beli citer(bukan berkenalan ke apa ke), sila emel dia di nik_suzana@yahoo.com.

p/ss: Kisah aku beli citer ni agak unik sikit. Mula2 lepas dia kata dia hantar tu aku macam pelik apasal tak sampai lagi padahal dah lebih 2-3 hari. Aku ingat dia pos dari kelantan so maybe lambat sikit (sebab jauh kan). Nak kata dia tipu agak mustahil sebab HARI-HARI budak ni mesej aku tanya dah sampai ke belum parcel aku tu. Pastu sampai hari ke-4 tak sampai2 aku cakap maybe sebab tak sampai lagi coz dia pos dari kelantan ke. Sekali dia cakap dia pos dari Gombak mustahil tak sampai lagi. Tahu pastu dia buat apa? Dia pergi track parcel dia tu kat mana at that tyme. Siap boleh tahu kat mana lokasi pejabat pos parcel tu berada time tu . Advance ok, adik aku si nana yang tua dari dia setahun pun tak reti nak track2 parcel ni. Act, aku sendiri pun belum tahu camne nak track parcel. wakaka. Nasib baik apa2 benda yang aku pos selamat sampai ke penerimanya. Ok, berbalik kepada cerita tadi. Rupa-rupanya ada misunderstood sikit. Dia tak tahu yang abang ipar dia lambat pos parcel tu. Dia baru tahu la kiranya. Pastu kan, tarikh sepatutnya sampai aku call la ayah aku, dah sampai ke belum parcel aku tu. Ayah aku ni suka kelentong2, buat surprise sikit. Benda dah ada dia kata tak ada pastu bila aku sampai2 je rumah, tadaaaaaaaa, surprise la konon kan. Pastu aku bagi ayat ni kat ayah aku "Kalau betul ayah kata tak ada, budak yang hantar tu nak telefon pejabat pos office, track kat mana parcel tu kat mana sekarang. Sebab kalau tak sampai jugak hari ni maksudnya parcel tu hilang so kene track balik la tanya orang pejabat pos". Pastuuuuuu, dan dan ok ayah aku jawab "Dah. Dah sampai dah". Wakakaka, tak jadi ayah aku nak kelentong aku. Aku tahu sangat ayah aku ni, mana dia suka menyusahkan orang ni.

Mula-mula aku nak buat entri ni pendek je tapi aku sendiri wonder apasal tiba2 dah jadi panjang.

Gelak-ketawa

Aku rasa betul la macam diya cakap. Kalau kita macam set dalam kepala, orang sekian2 adalah lawak, maka apa2 yang dia cakap asyik lawak2 belaka.

Tadi masa tengah makan tengah hari kat kafe. Kitorang tengah berborak-borak bincang kebarangkalian company ni buat annual dinner

Kak N: Ala, cabutan bertuah kene menyanyi la pulak(muka tak puas hati)
Aku: Ok la tu kak. Nyanyi sikit2 sudah.
Kak N: Hish. Tak nak heh aku nyanyi2 ni. Kang aku nyanyi, berlumba-lumba katak keluar tengok aku.

Serius aku cakap, sikit je lagi tomyam yang aku sedang hirup ni nak tersembur. Sikit je lagi. Kalau aku tak kawal dan tak ingat orang yang ada depan2 aku ni, sure tersembur dah. Meh aku senaraikan kenapa aku rasa Kak N ni lawak dan aku asyik gelak je bila dengar dia bercerita

1) Dia kretif dalam bercakap. Boleh generate perkataan2 yang selalunya di luar pemikiran aku. Benda yang biasa2 dia boleh bercerita secara luar biasa. Live okeh. Setiap kali duduk berkumpul, kalau ada dia, memang tak sah kalau tak gelak secara besar-besaran. Contoh kes katak yang aku cerita kat atas tu la. Kalau orang biasa mungkin akan kata, suara ala2 katak ke, nanti hujan turun ke tapi dia boleh dapat idea, katak berlumba-lumba keluar semata-mata nak tengok dia nyanyi. Adeh, siap buat gaya katak lagi. Letih aku ketawa.

2) Dia kalau bercerita memang semangat habis. Semangat tu bermaksud siap pakej gaya sekali. Pakej 4 in 1. Gaya, isi perkataan&cerita, memek muka dan nada suara.. Teringat lagi masa dia cerita pengalaman dia masa nak dekat2 bersalin anak first dia dulu.Fuhhh, siap dengan gaya2 orang mengandung berjalan dia buat. Masa nak kene bedah dia kene suntik dengan morphin*sejenis dadah*, haaa, macam gaya penagih dadah kesejukan la dia buat.Tabik spring toink toink toink. Takleh blah okay, ketawa terkekek-kekek aku dengan si Ida dengar dia citer. Si Farid pulak, kalau dia terdengar, dari jauh pun dia boleh tergelak. Dia bercerita dari saat sebelum air ketuban pecah hingga ke saat operation, anak keluar, sampai la habis pantang. Ada la dalam 30 minit-1 jam dia bercerita. Detail la katakan.

2) Perkataan2 yang keluar dari mulut dia memang unexpected.

Kak N: Korang tahu, manager lab ni masuk 24 haribulan ni.
Aku: Ye ke kak. Ala, tak best la. Tak boleh la pasang lagu dah.
Kak N: Iyee, tadi ****(GM) cakap dengan aku. Manager kita tu tak pandai cakap BM, orang dari India. Kalau nak buat klako, kene buat klako omputih.
*aku dengan ida gelak gila*
Kak N: Owh patut la. Kan ***** (bos besar Techical) yang interview dia. Sama geng,mestila dia suka . Indian. inde purengge bla bla bla*part ni kak N ajuk orang India bercakap. Siap dengan tangan dia sekali berpusing-pusing*

serius aku dengan Ida gelak kuat gila. Sampai aku tepuk tangan kak N supaya jangan cakap lagi dah, penat kitorang ketawa. hahaha. Disebabkan kitorang asyik gelak2, ada la sorang ni macam tak puas hati. Tak boleh tengok orang gelak agaknya(dia jenis yang pendiam). Dia pi report kat bos kata kitorang asyik berborak dalam lab. Laaa, borak2 pun keje setel beb! Tak main la borak2 keje tak siap. Aku tunggu2 la kot bos nak sound. Takde pun. Nampak sangat bos tak berapa kisah apa janji keje siap (bos aku jenis yang berterus-terang, kalau nak tegur dia akan straight tegur punya orang, takda simpan2). Benda ni aku yang tahu dan btahu kak N. Dia jawab "Heleehhhh. Habis tu takkan tak bercakap langsung? Sunyi sepi lar. Halahhh, UNTA pun bercakap. Ni lagi la manusia macam kita ni" Err...aku tak tahu apa kaitan unta dengan bercakap. Yang pasti aku macam wonder mana datang idea dia nak keluarkan perkataan UNTA tu sendiri sambil membuat muka ala-ala unta. Yang pasti aku gelak. Dalam keadaan dia emo2@garang2 pun dia still boleh buat aku ketawa okeh.


p/s: Laughter is the best medicine.

Unnagamida. Annagamida.

Tengah syok2 berbalas komen yang panjang giler babas dengan ada seorang ni, tetiba terselit 'notice' dari one of BFF aku ni. Sure dia terpening-pening apakebenda la yang budak dua eko ni dok cerita sakan.



kihkihkih......

Mana 'demam' nak reda2. Tyme agak2 nak reda, ada jeeee penghalangnya. Ini nana punya pasal la ni *cepat salahkan dia.hahaha*. Nana berada di rumah cuti seminggu. Kan nana baru je tgk the whole episod YAB, so dia of course la 'demam2' sekarang. Pastu of course la dia asyik buat sesi ulang tayang screen kan. Memandangkan dia dah ada lappy sekarang, makanya dia tonton la dari lappynya sahaja tidak memerlukan khidmat lappy aku lagi dah. Habis madu sepah dibuang. Huuuu. Pulak tu, tak reti2 tengok jauh2 skit daripada aku. Tengok lah kat bilik ke, nak jugak dekat2 dengan aku, depan aku. Saje je nak kasi aku nampak. Kejap2 aku tengok dia sengih2, kejap2 gelak terkekek-kekek, pastu senyum2 gatai. Adeh, mengganggu kosentrasi aku okeh


Aku: Nana! Ko tengok episod bape?
*tiada respon. Malah senyum2 sengih mengadap lappy. Aku pun tak dipandangnya. Cet*
Aku: Nana!!! Ko tengok part mana?
*tiada respon lagi. Malah ketawa berdekah-dekah pulak tu. Sekali lagi aku tak dihiraukannya*
Aku: Nanaaaaa!!!!!!!!!!!!!!
Nana: *pause video* Ape? Heee, ko ni kaco je la.
Aku: Ko gelak2 part mana?
Nana: Ni ha bla bla bla......
Aku: Mana2x?*ngendeng2 kat laptop nana dan bergerak ke sebelah nana sambil sengih2x*

sudahnya aku bergelak-ketawa la bersama nana. Melekat mata aku kat skrin laptop dia tu. Oh, susahnya nak mengelakkan diri bila terkena virus YAB ni. Unnagamida, annagamida. FB, blog dan segala yang kat lappyku, ku tinggalkan sebentar. Di mana ada nana, disitulah ada aku. Itu lah ceritanya. Mana boleh tahan weh tengok dia gelak sorang2! Aku pun nak gelak jugak! Aku kan dengki! Huahuahuahua


Part yang tak bestnya bila tengok dengan nana adalah dia over okeh. muahahaah. Bila ada scene sweet to the max , mulalah anggota badan aku jadi sasaran untuk tangannya singgah mendarat sambil gelak sakan. Kejap2 tepuk lengan aku, kejap2 tepuk peha aku. Pastu gelak tak ingat dunia (eceh). Kalau ada bantal sebelah dia, sure dengan bantal2 tu dia guna untuk hentam aku. Adeh, aku tak faham apa kaitan scene sweet dengan pukulan. Melepaskan geram? Rasa lawak dan comel sangat sampai rasa nak pukul orang? hahaha.. So, langkah berjaga-jaga diambil. Setiap kali aku agak2 tangannya macam nak naik, aku bagi amaran awal2 "Haaa, tangan tu jangan nak pukul2 aku eh". haha.


p/s: Kawan aku dah bukak blog butik online. heheeh.

http://pop-ladies.blogspot.com/

Koleksi mungkin akan bertambah dari masa ke semasa. Dia kata dia menjual baju2 jenama Forever21 original. Setahu aku la, jenama ni hanya available online untuk negara US, Canada, korea n japan sahaja. Sepupu dia duduk di jepun dan rajin beli online, so dia kiranya nak tolong sepupu dia jual kat orang sini la kiranya.hehehe. Silalah jenguk2 ye =D

Curiousity , Halal dan haram


Aku mempunyai sifat curiousity yang agak tinggi. Nak kata tinggi bebenor tu taklah sangat sebab ada je benda yang kalau aku malas@takde peluang nak amik tahu, aku ignore jek. Contoh, kalau orang kata dah satu sem di university tapi tak tahu bilangan & nama TNC adalah perkara mustahil, aku la orang yang mustahil itu. Kalau orang kata dah satu sem di kolej tapi tak tahu orang2 penting kolej adalah orang yang pelik, aku la orang pelik tersebut. Ingat lagi masa beberapa minit sebelum interview KPSM kat UPM dulu, aku tanya ada sorang ni. Sape presiden MTM? Sape Timbalan pengerusi? Lain2? Dia macam buat muka pelik je owhh bila aku tak tahu. Dia siap cakap dengan sinis "Takkan tak tahu". hahah. Nampak sangat tak buat preparation langsung. Orang lain dok hafal itu-ini, aku buat macam takde benda nak dihafal jek. Dia ada la beritahu nama sekian2. Tapi confirm la aku tak ingat masa dah suntuk kan. Nasib baik peng-interview tak tanya aku nama sebenar dia. Kalau aku jawab tak tahu confirm aku kene pelangkung. hohoo..

Ada la sorang ni, tanya soalan sinis kat aku. Like macam aku tak tahu apa2 langsung (imej aku dalam pemikiran dia kot). Macam hidup dalam dunia sendiri la maksud dia tak amik tahu hal sekeliling. Saje nak uji aku. Dia tanya aku. Sape nama dia (kenal dia tak maksudnya). Aku jawab nama samaran dia. Dia tanya aku lagi, apa nama sebenar dia. Aku bagi nama penuh siap dengan nama bapak dia skali. Dia buat muka stunning. Pelik kot aku tahu. Ye la, dia ingat aku tak sosial2 so aku tak tahu la. Padahal aku dah terdedah dengan benda2 ni sejak event tersebut so konfom la aku kenal ko kan. Sebelum2 tu memang la tak kenal sebab tak pernah nampak muka ko. Pastu saje je dia nak tembak aku lagi. Apa nombor bilik dia. Mungkin soalan gurauan dan sangat mustahil untuk aku tahu, tapi aku jawab dengan tepat. Dia buat muka terperanjat yang sangat2. Pelik tak perempuan yang tak pernah bercakap pun dengan lelaki ni tapi tahu nombor bilik asrama lelaki tersebut? Tak pelik bila kita menjadi orang yang 'alert' dengan sekeliling. Aku tak amik tahu pun tapi kebetulan aku ter'alert' dengan notice board, so takyah la nak perli2 aku kang ko kene balik okay. Dia ingat aku skodeng dia. Giler! Heh, tak kuasaaaaaaaaaaaa!!!!!! Meh sini aku tanya dia, dia tahu ke nama penuh aku. Entah2 nama penuh aku pun tak ingat. Kalau orang tersebut terbaca entry ni (walaupun macam mustahil), no hurt-feeling kay. Yes, ini perkara yang dah lepas. Anda kan suka bergurau, so anggap sahaja ini adalah gurauan dan imbasan. Peaceeee..

Suka hati aku la lebih kurang. Kalau aku nak tahu, maka aku nak tahu la. Kalau aku tak nak tahu, aku memang tolak tepi. Bila mana bercakap tentang curiousity, ia lebih kepada unsur2 menyiasat, berfikir kemudian memahami the whole concept.

Eh, panjangnya intro aku. Ok, sambung citer.

Kerana sifat curiousity ini jugak lah, aku menghadiri salah satu acara MLM (kawan ajak). Panjang ceritanya. Mula2 memang aku macam marah gak kat kawan aku ni sebab kelihatan macam menipu aku pun ada jugak (dia mengaku) tapi bila fikir betul2, aku tak jadi marah. Ada orang suruh aku berblog pasal ni tapi nanti2 lah ye, aku kene karang2 ayat dulu. Bdw orang yang menjemput aku untuk masuk gi gathering MLM tu bagi aku option sama ada nak balik UPM atau nak pergi office mereka. Aku jawab aku nak pergi office mereka. Bukan kerana berminat tapi sebab aku rasa aku macam nak menyiasat dan nak tahu tentang 'sesuatu'. Sesuatu yang aku tak tahu selagi aku tak pergi. That's it.Pasal benda ni nanti aku cerita lain kali

Lately aku perasan kat facebook aku macam ramai je friend2 ku join benda alah "Menghadap facebook hari-hari boleh dapat RM100 setiap hari". Mula-mula sedikit, lama2 macam ramai giler yang join. Siap ada yang print screen online transaction maybank diorang gara2 nak mempengaruhi orang lain menjadi kaya seperti mereka. Bila fikir2 balik aku macam curioussssss gile. How does it work? It is easy to earn money simply like that? Ini lagi terer daripada MLM ni. Bukak FB pagi2 then cek akaun inbox terus ada duit berkepuk-kepuk. Is it?

Tambah annoying kalau dapat ayat camni

"Apa beza saya dengan orang lain? Saya online FB hari-hari dapat duit tapi orang lain online hari-hari tak dapat apa2. hahahhahaaha".

Kalau aku jawab macam ni boleh?

"Apa beza saya dengan kamu? Saya tahu mana sumber duit saya, sumber yang halal hasil dari usaha saya sendiri bukan macam kamu yang entah dari mana datang duit. HARAMMM. Ouch, terlaser pulak. Errr...ok, turun dari langit kot."

Serius selagi aku tak tahu sumber mana duit tu, selagi tu lah aku tak percaya.

Antara tarikannya, first, ia berkaitan dengan social network. Tak logik owh, ko duduk saje tak buat apa2 pastu senang2 earn money hanya bermodalkan RM100. Bukak facebook je, ajak2 orang join jadi downline pastu nahhhh, duit berlambak kat bank. As simple like that. Takyah buat apa2 dah. Promote2 orang suruh masuk je. Macam tak tahu siapakah yang bagi duit?? Lainlah ko buat business online. Lainlah kau tolong buat iklan pastu berblog dan tiap2 bulan earn money beribu-ribu hanya dengan iklan. Contoh: Nuffnang. Mula2 aku pelik macam mana nuffnang ni berfungsi, lama2 baru aku faham dan akui, ia sama seperti advertisement dalam tv, majalah tetapi ia menggunakan fungsi blog sebagai perantaraan. Dan boleh faham dari mana sumber duit datang kan. Ialah, kan sekarang ni ramai orang berblog so online advertisement should be better. Dan, of course ia sumber yang halal sebab ia memerlukan kriteria2 yang tertentu untuk earn money bukan senang2 eh nak dapat duit nuffnang ni. Kecuali la yang masuk geng click-click. Mereka berblog hanya untuk klik-mengklik sahaja.I click u 100 kali, u wajib click i 100 kali jugak ok. Eh apasal aku cerita panjang lebar pasal nuffnang ni? Anggap saje aku sendang berceramah tentang nuffnang ;P padahal sendiri pun takde nuffnang :P

Okay, berbalik pasal masuk 'log in FB hari2 dapat RM100' pastu senang2 earn money ni, diorang yang masuk2 tu tak pernah terfikir nak buat kajian ke dari mana sumber duit mereka itu? Mungkinkah sumber duit yang mereka dapat tu adalah HARAM? Wow, laser owh mulut aku ni.Ada can suatu hari blog aku kerna terjah dengan mereka2 ni. Ala, kalau kene terjah, aku delete saja apa susah kan? Tapi susah gak sedikit sebab aku tak berapa suka membaca komen2 negative bila berkaitan dengan hal2 ni. hahaha..

Sebab curious (ingat, curious tak bermakna minat nak join), aku mesej seorang hamba Allah ni. Dia bukan dari senarai frens aku kat FB lagi. Yang pic profilenya jelas terpampang gambarnya (kecik je) dan diiringi tulisan kat gambar profile itu "FB hari-hari dapat RM100". Aku rasa dia yang bersongkok ni dah sampai tahap 'sifu' kot.

Aku ingat dia nak explain la kt aku detail2 terus kan.So takyah la aku tanya2 lagi. Tapi explaination sampah macam ni baik tak payah



Macam tak terangkan pun kan? Awat? Kalau aku straight kata aku tak minat tapi just nak tahu je dari mana sumber duit tu so takleh tahu la? Aku macam rasa kata2 intro kat wall aku kot yang buat dia explanation macam tu



Eh, ingat senang ke nak ajak orang jadi downline2 ni? Mungkin mudah bagi sesetengah orang tapiiii AKU TAK BERMINAT la... Sangat tak berminat. Lain la kalau nak pengaruh orang suh tengok cerita korea sekian2 mungkin boleh difikirkan dengan lebih lanjut. wakakaka!

Dia ada add aku sejurus sahaja aku bagi mesej tersebut. Tapi nak buat macam mana, aku TERignore friend requestnya. So memang jelas dan terang tak berminat kan.Maka tak boleh la nak menyiasat lebih2 kan? hahaaha..Tak boleh blah perkataan 'TER' tersebut.

Huish tak nak la aku approve, kang tak pasal2 wall aku penuh dengan tag gambar 'maybank acc transfer detail' yang entah sape2 punya. Jatuh imej aku ni yang tak suka konsep2 yang macam ni.

p/s: I wish, i can meet one of them. Aku nak tanya soalan2 relevan . Dengan syarat orang berkenaan bukan orang yang aku sedia kenal. Maksudnya stranger la, sebab aku takut aku sedikit 'terkasar' semasa sesi 'berdebat'. Maklum la, soalan aku sedikit 'laser' but it straight-forward act. Setakat sedikir kasar dengan stranger, aku takde masalah, tapi bila part sedikit kasar dengan kawan, aku fikir dua tiga kali kot. Kat kepala aku masih terbayang-bayang muka kelat one of MLM member ni masa gathering MLM yang aku pergi dulu masa dia nak jawab soalan aku (ni stranger, bukan kawan aku tu). Dengan orang lain, kalau cakap macam kan keluar shining2 dari muka dia. Fuh yakin giler...Lancar, penuh sopan santun bla bla bla. Tapi bila dengan aku je terkulat-kulat dia nak jawab. Terus hilang shining2 dia tu.Terus hilang sopan santun dia tu. Nasib la dapat orang ala-ala polis pencen macam aku ni. Everything will be detail. Tak detail, habis aku 'tembak' (dengan soalan la, ingat tembak dengan pistol?). huhuhu

Aku rasa ini mungkin lebih menarik dari MLM sebab MLM nak daftar kene bayar lebih dari 2K tapi ini ala ala ala...... RM100 je? Sikit je. Ibarat kalau orang tipu pun macam tak effect sangat. Ibarat kalau tak untung, lebur pun takpe. Kalau untung? Sure gelap mata.Tapi bukan persoalan sikit tak duit pelaburan, tapi soal, kalau dapat duit berkepuk halal kah kalau tak tahu dari sumber mana ??

gara2 status aku kat fb (which is too general kan? Kalau aku nak point kat orang yang jual body pun boleh kan.)

*syazanna suhaili (eh, siap bagi nama penuh. hehehe) ni kan macam tahu2 je benda apa yang aku nak cakap. Aku rasa dia tahu sikit2. At least about the concept.*

ada seseorang which is one of them(rasanya la) mesej kat inbox aku. Aku rasa light2 je status aku tu but still orang boleh 'tangkap'.

"berminat plak bile bc ur status tuh. source of money yg mane ek? mind share with me tak?dlm msj sudah, nanti terang2an blh bawak gado kan..hihi"


Tengok perkataan 'gado' tu aku macam boleh agak dah. Masalahnya aku malas nak timbulkan hal ni. Berdebat pasal benda2 ni dengan kawan memang perkara yang aku elak dari dulu. Tak kisah la berdebat terang-terangan atau sembunyi-sembunyian. It same act. Reason? Boleh baca p/s aku di atas. That's my weakness. Aku macam don't have a big issue dengan sesape yang join. Lagipun aku tak tahu mendalam pun, nanti dia kata kita tak paham bla bla bla. So, the end la. Takyah cerita pasal ni kan. Sorry kepada sesapa yang baca ada join jugak ye benda2 tu. Ini hanya my point of view je.

Nak tahu lebih lanjut sila baca artikel di link >-- blog ustaz zaharuddin

p/s: semua benda pun memerlukan usaha untuk dapat duit. Tapi jangan cakap 'ajak orang join' tu adalah salah satu usaha jugak. Sebab setahu aku, sistem ajak2 ni lebih kepada unsur riba. Wallahualam