Pages

First come first serve

Aku cuti hari ni!! hahahaha. Konon2 nak pergi interview tapi tak jadi. Aik interview apakah? Bukan dah dapat kerja ke? hhaaha yang ni company lain pulak. Ni yang aku pernah apply kat jobstreet jugak la ni.


Ni officemate2 aku punya pasal la. Habis semua ayat provoke diorang sogokkan kat aku.

'Tu syarikat besar tu. Bagus kalau dapat sana, bonus ok'
'Wah, syarikat bagus tu. Malaysian Public listed company tu. You pergi je la tak rugi'


CCM Berhad (Chemical Company of Malaysia) kat cawangan Klang. Sepatutnya minggu lepas aku pergi tapi ditangguhkan ke minggu ni sebab minggu lepas company diorang tengah audit.

Bagus,besar,bagus,besar tu je la yang diorang dok ulang2 sampaikan aku pun terikut-ikut dengan tergedik-gedik apply cuti nak pergi interview ar konon. Pastu kan tetiba je pagi tadi pukul 8 pagi aku macam termenung panjang. "Apa yang aku nak cakap eh kalau diorang tanya sekian2?" . Puas aku fikir apa yang nak dijawab namun ZEROOOOOO! Blank kepala otakkuuuu. Dengan itu tetiba aku cakap dengan ayah "Ayah, orang tak jadi la gi interview. Cancel. Nanti orang telefon dia kata cancel interview coz dah dapat kerja lain". Ok, tamat cerita. Hopefully aku tak menyesal melepaskan peluang interview di situ. Hari ini disudahi dengan aku pergi meng-usha rumah area dekat2 tempat yang bakal aku kerja 1 April ni.


Salah satu sebab aku tak gi interview adalah kerana jawatannya adalah Lab Techician saja bukan Chemist. So melalui tu aku macam dah boleh agak berapa range gajinya confirm lagi rendah daripada gaji yang aku minta kat company yang aku dah dapat kerja tu. Lagi satu, kerja SHIFT! Walauwehhh, aku masih terbayang-bayang lagi dengan ke-weng-an kepalaku masa kerja kat 7-e dulu which is kerja shift jugak. Boleh mereng kepala kalau shift tu disusun secara tak menentu.


Act, sebagai permulaan ni aku tak memilih sangat syarikat besar atau tak yang penting masuk dulu then amik pengalaman. Pastu dah ada exprience ko nak pergi mana2, syarikat besar ke, multinational pun, ko dah kira layak dah. Guess what? Ramai jugak budak CCM yang masuk company aku yang sekarang ni. Chemist di sini. Kenapakah? So boleh tengok besar atau tak sesebuah syarikat tak berapa penting sangat. Yang penting adalah MONEY (orang yang exprience memang pentingkan elemen ni) dan layanan majikan terhadap pekerja (hubungan baik sesama pekerja). That's all. Status company boleh letak nombor 2.

Eh, aku sebenarnya tak tahu pun status company yang sekarang ni. Nak kata kecik tapi export produk worldwide pastu gaji semua pekerja semua tiptop+bonus cantek pastu US Base dan ada beberapa cawangan kat oversea so kira multinasional eh? Entah ye kot, tapi bila aku sebut nama company aku macam ramai yang tak tahu pun kewujudannya (aku sendiri pun tak pernah dengar pun before ni.muehhe). Entah, but not my business.

Oh ye, masa aku btahu HR yang nak minta cuti untuk interview tu kan, dia tanya macam2. Pastu dia bagi ayat ni kat aku "Kenapa nak kerja kat tempat lain? You tak suka kerja di sini ke?" . Dia macam buat ayat jenis sayu. Aku macam terkedu kejap. Blur di situ. Eh, best apa kerja kat sini, dah la pekerjanya semua friendly dan gila2. Tak lama tu aku jawab la bukan tak suka tapi aku just nak cari kerja tetap sahaja. Nak tahu dia jawab apa? "You kan dah kerja tetap kat sini? Kenapa mau cari kerja lain lagi?". Aku rasa macammm, adakah B*M tak explain betul2 kat dia? Atau dia yang salah faham? Atau dia sebenarnya yang tak faham? Atau dia sebenarnya tak dapat bezakan 'kerja tetap' dengan 'training'? Kalau dia kata aku dikira kerja tetap disini, where is the agreement?? Yilekk.

Aku macam nak explain kat dia tapi aku rasa macam no point sebab dah nak keluar dah kan (aku tak ingat aku jawab apa sebenarnya). Dulu masa kawan aku dapat interview kat Putrajaya, HR aku tu memang gelabah habis ok. Kelam kabut tanya macam2. Tanya soalan yang dia tanya aku tu la.

Kesimpulannya macam ni je la. HR tu memang berniat nak amik kitorang jadi pekerja tetap TAPI itu adalah selepas habis jangka masa MAKSIMUM yang B*M kasi. 1 tahun ke 2 tahun tah. Kiranya macam kitorang ni serve kat company free la, diorang nak guna sehabis mungkin sebab selama ni pun B*M yang memberi itu wangnya bukan diorang. Tapiiiiii, Hello, 2 tahun tu kalau kerja tempat lain dah dapat kumpul duit EPF buat beli BlackBerry tunai ok (eh yeke, entah aku bantai jek). Pelik aku apasal diorang nak hold kitorang lama2 walaupun dalam hati mereka berniat nak ambil kitorang sebagai pekerja tetap. Masa kawan aku inform nak pergi Putrajaya untuk interview, manager kawan aku cakap dia tak tahu-menahu pun pasal kitorang boleh cari kerja lain jugak dalam masa yang sama. Dia macam marah HR apasal tak btahu dia. Manager kawan aku tu nampak gayanya macam sayang giler la nak lepaskan kawan aku tu kerja tempat lain. Dah tu tak reti2 ke nak offer kawan aku tu as permanent? Ke nak tunggu kawan aku cakap "Saya dah dapat kerja lain dah" baru terhegeh-hegeh nak offer? So bukan salah kitorang kan? Haih konflik2. Kalau company lain yang aku tak pernah pergi train pun dah offer aku kerja tapi company ni yang aku dah training selama berbulan-bulan ni siap settlekan banyak kerja diorang tapi still belum offer lagi, so di mana reasonnya untuk aku stay di sini?


Aku hanya mengikut cogankata B*M sahaja 'FIRST COME FIRST SERVE'. Mana2 company yang offer kerja dulu, itu yang akan dipilih no compromy. *Peace*

p/s: Tengah karang surat cinta resignation