Pages

penternak virus dan final exam...

Sebenarnya dah lama laptop Nadia ni jadi sarang penternak virus yang unggul. Dari dulu lagi. Cuma nadia terasa malas nak format sebab...sebab...sebab malas la.heh. Leceh lorr. Mungkin sebab beli2 je dah terbeli windows yg ori so sayang nak format. Semakin hari semakin banyak virus yang berjaya diternak tapi virus2 ni belum menunjukkan taringnya lagi. Suatu hari, Nadia update Windows (ori punyer). Bila abis installation,tyme nadia nak start up, dah tak jadi. Virus tu dah serang file update tu jadi exe yg tak bleh bukak.Sudah...Agak bengang betul la dengan virus ni. Menyusahkan orang(dah sifat semulajadi dia, nak wat camne kan...). huhu.Dulu tyme pakai Norton ori selama 2 bulan dulu,takde pun virus-virus2 gatal nak masuk.Clean n clear! Bila expired je terus berlambak-lambak virus beratur nak masuk. Aiseh. Dah la dalam laptop ni ada citer best2. My Girl, Hello My Lady n lain2 (C agak besar 120 GB, so,agak aktif mendownload). Banyak khazanah berguna dlm tu. ..dULU memang berniat nak beli HDD tapi tak terbeli lagi smpai skg. Biasala,selagi tak parah selagi tu nadia takkan bertindak. Bila jadi camni,padan muka aku!hahahhaah

Bila tah nak antar repair. Takut je kalau dia cakap tak bleh backup sebab D dalam ni hanya bersaiz 1 GB. Mana muat.huhu

*hanya mampu pasrah

*UPM da start final exam dah. Exam ku jatuh pada 24hb ni straight sampai 31 hb. Fuh,dah la selang 3 or 4 hari untuk setiap subject. Pulak tu, killer subject semua.Mantap je subjectku sem ni.Aiseh,takde jalan lain selain giler2 study smpai 5 pagi nih.huhu

Bahagia ke kawen tanpa restu?

Sejak dari dulu lagi nadia nak cakap pasal ni. Tambah2 lagi sejak tersiarnya berita seorang wanita Malaysia sanggup lari ke Lombok, Indonesia untuk mengikut kekasihnya. Rasanya satu Malaysia dah heboh pasal budak perempuan yang bernama Fadilah ni(bagi yang selalu baca paper). Pada awalnya bapanya mengatakan dia dilarikan oleh kekasihnya. Kemudian baru-baru ni(masa raya) nadia ada terbaca paper dan ada gambar yang cukup menggambarkan Fadilah ini sebenarnya RELA mengikut lelaki itu. Bak kata diya, kadang2 gambar tanpa kata-kata sahaja sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya. Dari gambar sahaja sudah tergambar kegembiraan di wajah Fadilah ini menyambut Aidilfitri bersama keluarga lelaki itu. Fadilah ni sanggup tinggal bersama keluarga lelaki itu(di Indonesia) dan meminta ayahnya mengizinkan dia berkahwin dengan lelaki itu. Ayahnya itu ada mengatakan dia tidak akan izinkan anaknya berkahwin dengan lelaki itu sampai bila-bila dan dia berusaha membawa anaknya pulang ke Malaysia(anaknya sebenarnya tak nak balik Malaysia).

Nadia pelik dengan statement Fadilah tu “Tolong benarkan kami kawen ayah. Saya sudah mengenalinya lama sejak saya berusia 15 tahun lagi. Sudah 3 tahun kami berkawan”

3 tahun kenal terus percaya bulat2? Okay, kita lupakan tentang itu. Yang paling penting sudah cukupkah pengalaman seorang yang berumur 18 tahun untuk menilai seseorang? Dia mengenali lelaki itu sejak berusia 15 tahun~ USIA YANG TERLALU MENTAH UNTUK MENILAI ORANG LUAR DAN DALAM~

Kesian mak bapak dia. Penat2 jaga,bela dia, sanggup buat macam tu dengan keluarga sendiri. Sanggup mengetepikan keluarga sendiri..

Orang kata cinta itu buta. Kerana cinta seseorang sanggup melupakan ibu bapa, sanak saudara demi mengejar cinta. Nadia pelik, sampai begitukah pengorbanan untuk cinta? Mungkin nadia tak tahu sebab nadia sendiri pun takde pengalaman dalam hal ini. Mungkin orang akan mengatakan kepada nadia “Ko tak rasa lagi, so jangan cakap banyak. Ko tak tahu situasi aku”. Ok, nadia tahu nadia kurang dari segi itu. Sebab tu nadia banyak sharing dengan orang. Dengan orang sekeliling nadia. Nadia banyak tanya tentang pengalaman mereka. Masa nadia keje dulu nadia ada rapat dengan rakan sekerja ni(nadia namakan dia Kak Mira). Dia mengatakan yang dia berkahwin dengan suaminya sekarang tanpa restu. Nadia tanya dia “ Akak bahagia tak sekarang?”. Dan dia menjawab yang memang so far diorang takde masalah.

Tiba-tiba suatu hari dia tak datang kerja selepas waktu rehat makan tengah hari. Nadia bengang jugak la sebab kene buat keje sensorang then nadia dapat call daripada dia. “Nadia, sori sangat. Akak ada problem dengan suami akak ni. Dia nyaris nak ceraikan akak. Kitorang kene pergi pejabat agama hari ini.” Masa nadia dapat call tu, memang agak tension. Kenapa nak campur hal kerja dan hal peribadi?

Balik2 dia cerita yang yang dia DISERET SEPANJANG JALAN DENGAN RAMBUT DEPAN ORANG RAMAI KAT JALAN RAJA LAUT(dekat2 dengan sogo). Nangis2 dia cerita dengan nadia dan punca terjadinya peristiwa tu. Nadia bersimpati juga bila dengar kisah dia (hilang terus rasa marah). Kerana simpati, nadia sanggup keje sensorang pada hari itu tanpa report kat bos (sebab kalau bos tahu confirm2 akak tu kene pecat terus). Nadia masih percaya kat dia. Mungkin sebab kami rapat dan dia pun baik. Saat itu nadia terfikir yang tanpa restu ibu bapa juga menyumbang kepada kejadian itu. Orang kata selagi takde restu, hidup takkan bahagia. Dah banyak kejadian2 ini berlaku di sekeliling kita. Masalahnya kenapa la Fadilah dan Kak Mira ni tak ambil iktibar? Orang kata kalau berlaku sesuatu musibah, kita kena nilai kenapa musibah datang kepada kita? Atas sebab apa? Mungkin musibah datang supaya kita dapat menilai kekurangan diri.Dia nak kita sedar kesilapan yang kita pernah lakukan suatu ketika dahulu...Who knows?

Dalam kes Fadilah ni, nadia sokong ayahnya. Ayah dia tak bagi kahwin mesti ada sebab.Pendapat nadia la, kalau betul la lelaki ni ikhlas, kenapa nak bawa lari anak dara orang? Kenapa tak jumpa sendiri ibu bapa Fadilah meminta keizinan? If, diorang tak izinkan, kenapa tak berusaha memujuk? Orang kata kalau kita betul-betul ikhlas, hati orang tua boleh dilembutkan. Dia akan nampak keikhlasan kita. Ini, kalau mula-mula dah buat hal, lepas kahwin apatah lagi(faham-faham sendiri lar lelaki ni macam mana)…..

ops! teremo plak..Sebenarnya geram dengan Fadilah ni.huhuhu

nadia dan interview....

Notakepala: Entri ini panjang.Kalau takde masa, baca yang PALING BAWAH sahaja okay.Penting tuh….ahahahaha

Dari dulu nadia memang tak suka dengan interview. Kalau lah kat Malaysia ni ada persatuan ‘antiinterview’ dah lama nadia daftarkan diri. Sebenarnya nadia berhajat nak pergi bakti siswa ujung tahun ni(sebelum ni keadaan sangat tak mengizinkan). Tiba-tiba ada interview pulak. Aik? Apa kes bakti siswa ada interview? Nadia tak pernah dengar pun selama ni dan bakti siswa tahun sebelumnya. Apa-apa je la… Dan…Nadia tak lepas interview tu. kihkihkih…Aik nadia ni? Apa kes plak gelak2? Bukan sepatutnya kene kecewa ke? Bukan sepatutnya kene ketuk-ketuk dinding ke? Bukan sepatutnya kene guling-gulingkan diri ke? Bukan sepatutnya…Kih kih kih kih..Well@peluk

Sebenarnya dari dulu lagi nadia sangat tak suka interview. Dulu, UTP ada buat offer untuk pelajar mrsm masuk UTP dengan result Percubaan SPM je(tyme tu belum SPM lagi). Kira masuk awal drpd biasa. Nadia minta dengan kawan2 nadia untuk chemical engineering. Alih-alih nadia sorang je dikalangan kawan baik nadia yang terpilih. Nadia takut nak pergi interview sorang2! Boleh pakai tak alasan tu? Err..sebenarnya nadia agak segan nak pergi interview tu. UTP interview kitorang by group(sorang2 masih boleh dimaafkan).Lagi la nadia segan. Dahla orang lain yang berjaya dipilih untuk di temuduga tu agak mantap resultnya.Kebanyakannya muka2 yang biasa dapat Sijil Anugerah Pengetua a.k.a SAP tiap2 sem*rendah diri seyhh*. Pastu kene cakap English pulak (farah mesti terer bab nih.heheh).. Adoo..tyme tu dah la english nadia tak berapa fluent, nak pulak memalukan diri dengan pegi interview tu. Kalau nadia tergagap-gagap sape susah? Nadia dan keluarga nadia jugak. Pastu pegi interview tu plak kene pakai baju blazer(dress up sebijik macam BWP a.k.a Badan Wakil Pelajar kat skool tu). Malu woo! Smart sangat. Nanti kat perhimpunan sure2 banyak mata yang tengok dan akan ada suara-suara yang sumbang mengatakan “Aik,nadia yang tak pernah dapat SAP ni pun nak interview UTP jugak ke?” Sape malu????? Ini jawapannya=Nadia dan keluarga nadia jugak..

*Siji Anugerah Pengetua=sijil yg diperolehi kerana dapat pointer atas 3.5 dalam mana-mana sem. Sebenarnya itulah satu-satunya sem yg nadia lepas 3.5 pun

Kesudahannya nadia pergi jumpa cikgu kaunseling untuk potong nama untuk ditemuduga. Kira cancel la. Memang kene bebel abis tyme tu. Tu tak campur lagi bebelan dari ayah nadia. Bla bla bla. Terpaksa tadah telinga.

Masalah di atas dapat diatasi sket2 sekarang =) tp skg ni nadia ada massalah lain pulak.

1) nadia tak boleh la ditemu duga oleh orang yang nadia kenal. Serta merta nadia akan jadi tergagap-gagap dan percakapan tak lancar. Ayat jadi tunggang-langgang dan jawapan tidak akan diberikan secara rasional. Tak boleh nak fikir logic atau tidak jawapan itu. Langgar je. Jadi gelisah. Tah apa-apa tah.huhu..Berbeza kalau ditemuduga dengan orang yang nadia tak kenal langsung ,laju je cakap dan jawapan boleh difikirkan dari segi kelogikannya. Apa kes kalau dah kenal nak interview pulak?? Dia mesti tahu serba-sedikit tentang diri kita so kenapa nak tanya2 lagi pulak but I know its procedure. Tapi nadia susah nak terima. Sebenarnya macam ni,nadia tak suka sebarang aktiviti yang mempromotekan diri (kalau promote barang@benda lain nadia suke!). Nadia tak pandai nak promote diri. Serius cakap. Selama hidup ni belum pernah nadia promote diri kat sape2 (except kalau just main2@gurau). Malu woo! Tapi kalau tujuan untuk memohon pekerjaan nadia terpaksa gagahkan diri. Nama pun terpaksa kan. Bukan dengan kerelaan diri. Tapi takpe kot sebab mereka bukan kenal nadia,so jadi tugas nadia untuk memperkenalkan diri. Kalau dah kenal, apa kes nak tanya-tanya itu ini? Dia mesti dah dapat tengok kelebihan dan kekurangan diri kita sket2..

2) nadia tak boleh diinterview oleh orang yang jauh di sudut hati nadia dapat rasakan dia tak suka nadia(rasa je tp tak sure) .Lebih2 lagi kalau dia ada tanggapan yang tersendiri (tanggapan yang tak besh la kot) terhadap kita yang sukar diubah. Betul atau tidak sebenarnya tanggapan itu dia tidak ambil kira janji dia rasa tanggapan dia betul. So, kalau kita cakap benda bertentangan dengan tanggapan dia tu rasa-rasanya dia boleh terima tak? Mesti dia akan kata “Poyo la pulak budak ni. Kletung kletang kletung kletang. Cakap nak lebat...” So,atas sebab ini membawa kepada statement di bawah

Kalau nadia nak cari keje,nadia kene cari kat tempat takde orang yang kenal nadia la. Baru lancar interview. Nadia pernah terfikir macam mana ditakdirkan suatu hari nanti nadia nak interview keje tiba-tiba orang yg bakal interview nadia tu seorang yang nadia kenal dan ‘nadia tak berapa baik’ pulak. Fuh,nadia cabut lari keluar dari bilik interview itu serta-merta okay!! Anda jangan tak percaya tindakan yang bakal nadia ambil itu. Burn pun burn la. Nadia sanggup cari keje kat tempat lain! Pelik bukan?

*sebenarnya bukan nadia sorang yg macam ni. I’ve find sorang my fren ni yg mempunyai pendapat dan pandangan yang sama dengan nadia =)

Pesanan dari empunya blog : kalau sape2 nak offer keje untuk nadia (apa-apa pun bantai je) tanpa perlu menghadiri interview, inform kepada nadia cepat2! Sure nadia tak tolak punye…betul, nadia serius ni! hehehehe.. Aish, buat iklan minta keje la plak kat blog nih…OK la tu,normal apa... Mahsyar lagi power ! Siap buat iklan Bersamamu(TV3) minta derma ihsan lagik kat blog dia*still don’t believe it*. Wakakakakakaka!!!!!!!!!!!


@guling

kisah raya dan...???

nadia(tudung krim with baju raya) dan adik nadia

Act tak banyak yg nak diceritakan..raya kali ni agak kurang seri dengan ketiadaan nenek dan bapa saudara yang paling rapat dengan family kitorang..So,kitorang balik kampung pagi raya. Tak pernah-pernah balik selewat ini. Pagi2 tu kami sekeluarga dikejutkan dengan tangisan ibuku. Pelik! Gayanya seperti baru mendengar khabar orang terdekat meninggal dunia. Seriusly!Nadia tertanya-tanya juga tapi 15 minit mak membisu tanpa memberi jawapan. Mak hanya membisu sambil menangis teresak-esak walaupun kami tiga beradik bersila di hadapannya dan menantikan penjelasan.Rupa-rupanya mak menangis sebab TERHARU dengan ayat yg dikeluarkan adik sebelum tu(nadia ada kat atas,tak sempat dengar). Hmm…dia sendiri pun seriously tak sangka ayat tu boleh mengharukan ibuku. Ayah yang memaklumkan kepada kami..

Masa on da way balik kampung,singgah kejap kat RNR. Amik gambar kejap =)..Abadikan kenangan.Susah tu nak ada peluang BERBAJU KURUNG kat RNR(kecuali baju kurung outing masa balik dr asrama dulu2).

Kami sekeluarga raya kat Melaka. Untung gak bila mak n ayah asal di negeri yang sama. Tak payah main osom2 nak raya mana tiap2 tahun. Takde gilir2. Pagi raya, raya rumah sedara belah mak(masjid tanah) ,pastu petang tu zzupppp dah sampai kat kampung belah ayah(jasin)..heheh.Macam black magic pulak. Walaupun jarak antara dua tempat tu agak jauh(45 minit mungkin) tapi nadia ok je..Orang yang bawa je la effect. Kami yang kat belakang ni tak de apa-apa.Ngee…Raya belah ayah tak bape meriah sebab sepupu tak ramai. Belah emak best sebab sedara dan sepupu ramai. Kecoh satu rumah jadinya. Semua pun jenis yang mulut ramah punyer.Best2! Macam-macam citer keluar. Nadia suka kalau ramai2 orang ni sebenarnya.Meriah! Kalau belah ayat yang paling best kat Jelai, negeri Sembilan. Kakak ayah tu ada ramai anak. Kebetulan tyme kitorang sampai semua anak-anak dia berkumpul kat sana(besh jugak anak ramai ni ek?Meriah bila raya),memang kecoh jadinya ..Tu belum kira kat dapur lagi.Kletung kletang masak. Loghat Negeri Sembilan memenuhi ruang.heheh

Masa raya kami sekeluarga raya kat rumah ada seorang nenek tu(nenek saudara belah ayah)…Tak sangka dia bagi duit raya kat Nadia. Takpe, itu boleh sangka lagi. Yang membuatkan nadia tergelak sebab dia kata macam ni

Nenek tu: Nah,amik duit raya ni. KAKAK TU dah besar,tak dapat la duit raya.

Kakak? Masa tu nadia dengan adik nadia je..kihkhikih..dia ingat nadia adik rupanya.Mungkin sebab badan nadia kecik n kurus kot. Adik nadia besar sket..Ini untungnya orang badan kecik ni. Awet mude plak..kakakaka..Masa nenek tu nak bagi nadia ingat dia nak bagi kat adik,so nadia ignore je la.Lagipun nenek tu nampak gaya macam orang susah.Tapi tak sangka dia kejar nadia sampai ke pintu kereta semata-mata nak bagi duit raya. Orang bagi nadia amik je la,tak baik tolak =) Masa dalam kereta terkekek-kekek nadia gelakkan adik nadia sebab dia tak dapat duit raya+sebab nenek tu ingat nadia adik (entah,benda yg simple pun nadia boleh gelak sebenarnya.Jahat!ahahaha. Gurau je =) )…


p/s:pelik la.Setiap kali naik kereta nak memulakan perjalanan mesti ayah nadia berkempen suh pakai tali pinggang keledar bahagian belakang. Nanti takut tak biasa,bila peraturan tu dah berkuat-kuasa,terlupa nak pakai. Adoo..setiap kali naik tu kene ceramah..(dan setiap kali itulah nadia tak pernah pakai).Tak pe,bila dah jadi peraturan tu,mesti nadia ingat punye. =)


notakaki: Tadi nadia check kat feedjit. Tak sangka ada orang sampai ke sini melalui keyword "TEKNIK MENGORAT LELAKI" kah kah kah..mungkin sebab post nadia tu bertajuk 'teknik mengorat' kot.Apa perasaan dia bila baca post tu?Hampa mungkin.ahahahah