Pages

Aliff Zafran-2


Rasa sayang terhadap Aliff Zafran tu lebih daripada Qaseh Amani. Aku rasa penyumbang terbesar adalah disebabkan Aliff tu lebih manja dengan aku daripada Qaseh. Qaseh macam 'sombong' sikit. Hahaha.. Dia selalu nak kat Atuk dia je (ayah aku) sesekali boleh la kat nenek dia (mak aku) tapi aku dengan nana haremmm dia taknak...

Aku rasa kita akan suka lebih dengan orang yang 'suka' kita daripada kita 'suka' dia kot.. Kalau Aliff dia nak kat aku, manja giler dengan aku, selalu ajak aku main2, cari aku bila kene marah ngan atuk or mama dia, pendek kata nampak la dia macam suka aku jugak hahah. Dia jenis yang cepat mesra dengan orang yang selalu jumpa kot.. Kalau Qaseh, dia cam orang, kalau aku senyum dengan dia, dia senyum je dengan aku tapi bila aku nak dukung taknak kay. Huh sombong. hahah...

Tapi walau macam mana pun sayang tu tetap ada cuma dengan Aliff ni nampak aku macam interested lebih..heheh

Anak buahku sayang...

Saya harap saya boleh tengok kamu membesar depan mata. Saya harap kamu sentiasa di sisi saya sentiasa. Once in a 4 months is never enough. Tp harapan tinggal harapan, takkan mungkin tercapai. Takpe la, tunggu anak sendiri je la...huhu...

Alif Zafran


Last jumpa dia masa raya lepas. Sumpah 4 bulan merubah dia dengan sangat cepat.

1) Lebih gila. Kadang2 dia boleh ter-excited dengan sendiri dan tiba2. Menjerit dengan tiba2. Gelak dengan tiba2.

2) Kuat merajuk, kuat nangis. 4 bulan lepas takda pun. Sekarang ni...pantang permintaannya tak dipenuhi atau kene marah, nangis lama gilaaaa. Kalau dulu boleh sesuka hati bawak dia keluar jalan2 (tanpa mak dia ikut), sekarang ni kene fikir 2-3 kali sebab takut tengah2 tu menangis tak berhenti..huhu..

3) Lebih manja. Asyik nak bermanja-manja dengan aku. Skit2 tarik tangan ajak main pusing2, sikit2 buat2 berlari dari depan kemudian buat2 jatuh kat arah aku supaya aku sambut pastu gelak2 (2-3 kali takpe, ni dia dok ulang2 tak berhenti ok). Bila kene marah dengan atuk dia or mama dia, sikit2 lari kat aku peluk kaki aku sorok muka kat tengah2 antara 2 kaki aku ni (erk?). Ala omey2 nya!

4) Da pandai kiss2. Bila sebut "Sayang cepat, sayang" terus kiss kat pipi sambil sebut 'Muahh'. Kadang2 saje je nak suruh dia kiss banyak2, aku asyik suruh dia 'sayang' aku. har har har.

5) Pandai berposing. Tengok la cara dia pandang kamera di bawah. Sesuatu sangat! Hahaha..

6) Dah pandai cam spek mata (ungu) aku. Yang ni macam menakjubkan sikit. Dia tahu yang the fact yang spek kaler ungu tu adalah belong to me. Aku kan suka letak spek aku merata-rata. Takde la merata sangat pun. Atas meja kopi, atas meja tv, atas meja makan. Aku perasan. 4-5 kali, dia hulur spek tu kat aku dalam jangka masa yang berlainan. Asal jumpa spek ungu bagi aku, pastu aku letak balik tak lama pastu dia hulur lagi kat aku. Kiranya dia tahu spek tu aku punya so setiap kali nampak di mana-mana, dia akan bagi aku.

7) Dia suka lagu 'Untuk Dia' nyanyian Najwa Latif dan Sleeq tu. Dan dia sangat cam bunyi intro tu! Setiap kali dengar intro lagu tu dia akan pandang kami2 ni dengan pandangan yang penuh bersinar-sinar sambil senyum sambil angguk2 kepala. Ya Allah, comel gila reaksi dia. Kadang2 kitorang saje ulang part intro tu banyak2 kali, dan setiap kali ulang, setiap kali tu la dia bereaksi sama. Angguk2 kepala, senyum+mata bersinar-sinar2.

8) Kalau dia nak mende dia akan sebut 'Meh meh meh' kalau taknak dia akan sebut 'Amo ahh'.





Alif sayang, you had changed so much. And i love the way you are =)


Alif, rinduuuuuuuu ;)

Borak tak pandang kiri kanan


Aku rasa aku ni salah seorang yang kalau tengah sakan berborak, tak pandang kiri kanan. Membuatkan kalau time tu tengah berjalan, maka ianya jadi takde arah tujuan. Contoh masa kat UPM dulu. Banyak kali jalan punya jalan tetiba

"Eh apasal kita kat fakulti ni? Bukan tadi nak pergi kafe ke?"

Gituwww. Paling kritikal aku rasa ada sekali tu, nak balik kolej rasanya tapi end up dengan berdiri di hadapan bilik seorang pensyarah mana tah tak kenal. Jalan mati, dah tak boleh jalan kedepan lagi dah sebab tu sedar. 'Eh apasal kita lalu sini ni?" Aku rasa kalau ada lagi jalan depan tah kemana-mana tah kitorang pergi.

Contoh lain. Nak pergi toilet, end up dengan masuk toilet lelaki. Ini memang sangat memalukan. Tak terkira ayat bodo (merujuk kepada salah diri sendiri) yg keluar dari mulut aku ni haaa. Setakat sesat2 apa dehal, gelak2 je la mampu. Ni termasuk toilet lelaki oiiii mau tak maluuu.