Pages

Rehat bersama kit-kat

Akhir2 ni aku mengalami kekeliruan seketika. Dan ia terjawab dengan respon dari diya


reply: dan dia itu tak semestinya kekasih kan. Boleh jadi kawan, boleh jadi saudara, boleh jadi sesiapa sahaja =)


Aku rasa nak berehat kejaplah. Ceh macam busy sangat. Maksud aku rehat dari internet. Tetiba je mood aku nak berinternet hilang. Oh anehnyaaaa bila aku tanpa internet. Ok memang aneh tapi tak mustahil. Ok adios. I'll be back soon!

1) Kepada yang tahu nak 'cari' aku kat mana, thanks sebab concern =)
2) Kepada yang tahu nak 'cari' aku kat mana dan faham situasi aku, thankssss. Anda sangat memahami =D
3) Kepada yang tahu nak 'cari' aku kat mana, yang cuba faham tapi still tak faham2 juga, pernah dengar pepatah "Ignorance is bliss" ? Kadangkala kita hanya perlu 'ignore' sahaja dari terus-terusan mempersoal dan mempertikaikan kenapa dan kenapa =)
4) Kepada yang tak tahu nak 'cari' aku kat mana, it's okay tak perlu cari sebab tak berapa penting pun. =)

Entri takde tajuk [1]


1) Bulan 7@awal bulan 8 mungkin aku akan berpindah. Ke tempat yang tiada internet for sure. Wawawawa.. Dengan itu aku kalau boleh nak download banyak2 benda yang aku nak download supaya boleh jadi tontonan@hiburan menemani hari2 sepiku tanpa internet cehcehceh ayat tak nak kalah. Misi men-download aku jugak membawa motto: Downloadlah anda sebelum video itu terdelete dengan sendirinya. Haih macam pernah dengar lah kan motto ni. Ni motto YOUTUBE yang takde kerja lain asyik nak remove video orang lain je. Copyright claim la apa la. Owh bosan2. Yang kelakarnya, acc orang tu suspend@diremove, orang tu buat acc baru pastu upload lagi, youtube delete acc dia pastu dia buat acc baru dan upload video yang sama dan lagi dan lagi sampai Youtube pun muntah asyik remove orang yang sama je. Wakaka. Tapi aku kagum ar dengan orang tu. Penat2 upload beratus-ratus video, kene delete, tak nak mengalah buat acc baru upload balik. Kene delete lagi, buat acc baru lagi upload balik. Woahh. Kalau aku la, kene delete sekali je, aku fikir 10 kali nak buat akaun baru@upload video lagi atau tak Muahaha.. Tapi tu la dia. Desire untuk sharing tu sangat kuat. Ini yang dinamakan kuasa 'FANDOM' haha tetiba je masuk fandom2 bagai kat sini.

2) Misi ini juga membawa maksud aku kurang berblog-walking secara random. Dulu aku berblog-walking sampai tak cukup tanah okay. Tah mana2 je link aku masuk bersepah-sepah tak terhad kepada orang yang aku kenal je. Pastu macam biasa bila berblog-walking, aku mengamalkan prinsip 'silent reader' . heee. Bangga siot kalau orang berkenaan tahu blog dia ada silent reader.

3) Aku agak tak faham kenapa perempuan menjerit sakan bila nampak artis lelaki kesukaannya bukak baju menayang body. Aku pun tak faham kenapa perempuan suka tengok lelaki menayang bodynya. Lelaki tayang body=HOT. Pakai baju lengkap=TAK HOT. Apakah? Ok, mungkin pendapat aku berbeza dengan orang lain. Bagi aku, seksi lelaki itu bukan terletak kepada bentuk otot (erk?), chocolate ABS (sila imagine makna istilah ini) and whatsover. Aku tak pernah nampak lelaki sebegitu sebagai seksi, nampak menyampahkan ada la. Huahuahua. *sory to say, i don't like it* Bagi aku seksi itu lebih terletak kepada cara orang tu bercakap, high confident level, perilaku,gaya, dan perbuatannya. Aku pernah terbaca ada satu blog ni. Bagi dia, seksi lelaki tu adalah apabila dia tengok lelaki itu khusyuk membuat kerjanya. See, macam2 tafsiran kan. So sila buang pemikiran yang tayang body=seksi. Ok perenggan ini tak terhad kepada lelaki je, perempuan pun sama. Tak semestinya tayang body sana sini nampak seksi.


Ada sekali tu kat fanmeeting JGS kat Singapore. JGS kata masa kat pentas 'I will show my everything now'. Pastu MC tu kata 'Everything? Ok take off you shirt'. Tahu dia jawab apa? 'I have a talent to show rather than show off my body' sambil gelak2. Ohh kagum dengan JGS sekali lagi. Sekian

Panas panas


Aku rasa aku dah buat kerja smooth dah. Sekali dia datang tanya kenapa aku tak print result untuk sekian2. So strange sebab aku punya style keje, aku jarang skip apa2 step sejak mula2 kerja lagi. Kalau terlupa print pun satu dua page result je (itupun jarang), ni sampai 15+ pages apakejadahnya boleh lupa plak kan. Aku pelikkkk sangat2. Tapi masa tu tak terfikir lagi. So aku layankan aje la, REPRINT balik result yang dia nak tu.

Sekali dia datang lagi tanya mana data detail untuk sample2 tu. Aku pelik lagi. Sudahhh. Tadi takde print result ni data detail plak takde (data detail mengandungi berat sample yang aku analyze,nama client, n etc etc yang penting2). Aku rasa macam tak sedap hati. Gila lah weh semua benda HILANG. Boleh mati ni. Biasanya detail sample akan dihantar bersama-sama result. Kalau dua2 benda takde bukankah bermaksud sample tu dah settle & result dah keluar? Tapi tetiba je hati kecil aku ni teringat scene 2-3 hari lepas. Di mana dia suruh settle kan sample2 yang urgent sampai tak nyempat2 buat benda lain. Kelam-kabut semacam.,. Sampai buang air pun tak sempat. Mak aii, over plak perumpamaan aku ni.


Aku cakap dengan dia suruh dia check balik entah2 result dah keluar (aku mention yang mungkin tu sample awal2 yang dah settle), ada kat tempat dia. Dua kali dia check kata takde. Pastu dia kata aku buat kerja tak teratur, lain kali dia suruh aku buat kerja tersusun sikit bla bla bla oh silalah faham peel 'orang tua' yang kebiasaannya suka 'bercakap' lebih daripada biasa. AKU BENGANGGGG gilerrrr. Aku tak suka messy dan bila buat kerja aku akan buat step by step dan tak akan biarkan kerja aku jadi messy. Dengan muka yang agak merah padam aku keraskan sedikit nada aku. Dengan nada yang sedikit keras daripada biasa, aku suruh dia CHECK BETUL2 whether result dah keluar tapi dia tak perasan. Aku kata aku ingat lagi tu sample awal2 yang urgent2 dan dia dah ambil result sebelum aku compile lagi yang dia sibuk suruh cepat2 analyze tak menyempat-nyempat (penat aku refresh memori masa dia sibuk2 cari, hilang mood aku nak teruskan kerja fikir punya pasal).

Tiba2 tak lama pastu tadaaaaa, dia datang kat aku kata btahu yang result dia act dah keluarkan, dia check melalui email dia yang dia hantar kat sales person. Seee?? Sape yang buat kerja tak teratur sekarang? Result dah keluar, dia dah buat kira2 siap hantar kat sales person, dia kata belum settle lagi. Kot la kelam-kabut sekalipun, apa2 hal, check la dulu result mana dah keluar mana yang belum. Apa2 hal je cari aku, apa2 hal je cari aku. Apa kata try fix dulu kat mana2 before cari aku boleh? Serabbuttt. Aku nak buat kerja aku pun tak senang. Pastu nak kata aku buat kerja tak teratur padahal dia tak double check dia punya kerja. Nasib baik la aku ni kuat daya ingatan sikit. Kalau aku bodo2 je repeat balik digestion, tak ke rugi masa aku? Masa dia btahu aku tu, aku saje je kasi SENYUMAN SINIS sikit kat dia. Oh puassss. Pastu dia macam nak minta maaf la kot kata sebab urgent so dia tak perasan bla bla bla ok tak payah explain, tak perlu. Yang pasti kerja aku settle. Nasib baik dia cakap dengan aku dengan cara baik yang dia ngaku gak la salah dia. Kelam-kabut so tak perasan. So aku takde nak komen apa2 je la. Just senyum je dengar dia cakap. Kalau dia tak nak ngaku salah dia memang dah lama aku point kat dia 'Lain kali kerja kasi tersusun sikit maaa. Mana sample yang dah settle you kasi catat sikit supaya tak lupa bla bla bla akupulakbebelkatdia'



Kalau senior chemist dulu, kalau ada sample urgent, biasanya dia akan tolong aku sekali. Aku buat digestion, dia run ICP atau aku run ICP dia buat digestion. Sebab selagi aku tak settle dia takleh nak kira result apa semua. Cepat sikit kerja. Yang ini, nak tolong apakebendanya satu apa pun dia tak tahu. Yang dia tahu duduk depan komputer, keluarkan result. Kalau sample tak bersettle dia takde kerja nak buat, haa dok berkicau je la depan aku takde nak tolong2 ke apa ke. Aku pun tak paham la apasal la company ni hired SENIOR CHEMIST yang takde exprience langsung dalam ICP ni. Pastu takde tanda2 nak belajar dari aku pun. Boleh kata kat tempat aku ni aku sorang je yang tahu handle benda alah ni dari digestion process sampai la run sample dan perkaitan di antaranya (ok kompleks sikit nak cerita). Cuma aku terfikir, macam mana kalau aku tetiba mati eksiden ke, mati terkejut ke, masuk hospital dalam jangka masa yang lama ke sape nak settle benda alah ni semua? Nak hire chemist baru pun mesti la kene ada orang lama ajar maaa.. Bukan semua tempat caranya sama walaupun mesin yang sama. Oh oh aku ter-advance mengimagine plak kali ni. Ok bye

Kesimpulan: Aku serabut bila buat kerja dengan orang yang serabut

p/s: tak panas dah sekarang. Saje je mengimbau kembali memori panas petang tadi

Jodoh dan pertemuan....



Dua hati itu perlu bersatu, seperti yang telah ditakdirkan dan tertulis di Loh Mahfuz sejak azali..

Apakah itu cinta sejati?

Ia bermaksud, walau jauh mana pun anda berlari, walau jauh mana pun jarak memisahkan...



Akhirnya di penghujung pasti akan bertemu jua....




Janji diikat, kata terungkap.

Lalu apa lagi yang perlu diragui? Percaya dengan takdir dan janji Allah itu adalah pasti.



Mari, mari. Seiring dan sejalan, berdua menuju ke 'dunia baru'


p/s: Malas punya pasal, watermark pun tak letak.

p/ss: Caption kalau agak2 macam tak sesuai, abaikan aje la ye. Aku main bantai je. Huahuahua.. Oleh sebab kondisi internet tak mengizinkan, aku letak gambar atas ni je dulu. Ok adios.

Skin Food review

1) Tea Tree Cleansing Foam



Best!!! Bau Teh. Eh? hahaa. Entah aku tak tahu nak describe camne baunya tapi aku suka. Ada sedikit macam bau ubat herba. After pakai kulit rasa cam lembut je..

2) Blemish Balm Cream (Aloe Vera)


Boleh dijadikan sebagai sebagai make-up base. Juga sebagai foundation. Aku sukaa! Betul la macam kebanyakan review kata, bila pakai, rasa macam tak pakai apa-apa. Ringan.Radiant? Yesss. Mula2 pakai , warnanya di kulit rasa macam ala-ala pakai foundation la pastu tak lama pastu (dalam 10 minit), ia adjust bagi masuk dengan warna kulit kita.Dan boleh stay sehingga 10 jam. Oily control 8/10 (aku rasa tak oily langsung, sangatlah berbeza dengan foundation aku dulu baru 4 jam dah oily). Tak melekit macam pakai foundation (sebab paling utama kenapa aku beli). Natural look. Coverage=medium. Kalau jerawat yang besar2 tu memang takleh nak tutup la unless korang pakai banyak lapis pastu tempek dengan mineral foundation or foundation2 lain pastu pakai lagi loose powder sebagai finishing.Muka aku jerawat jenis white head a.k.a jerawat kecik2 so no need letak banyak berlapis-lapis.Aku rasa produk ni sesuai la dengan aku yang tak suka letak banyak2 benda kat muka. Biasanya aku guna BB Cream ni alone.

Sesetengah brand BB Cream tak jual kat Malaysia@belum masuk pasaran Malaysia. Sesetengah tu jugak ada yang jual kat malaysia tapi harganya ya ampun...hermmm faham2 je lah produk import ni kan. Ada aku survey satu brand famous ni, tengok harga kat website macam ok sekali jual rasmi kat Malaysia RM130 koooo.*pengsan* hahaha. Padahal harga sebenar kat negara asal lagii murah. RM130 untuk 50ml bagi aku mahal kot. Kalau bagi korang murah, it's ok.. Maka baik aku amik Skin Food je, affordable pastu kalau habis senang nak cari kat outlet..

2) Tea Tree Cleansing Emulsion

Penanggal make-up berasaskan minyak. Bestttt!! Bak kata adik aku masa first tyme pakai "Angah, best lah pakai ni. Aku rasa macam muka aku cun je pakai ni" Amikkkk. HAHAHA.. Mungkin sebab dia berasaskan minyak, so rasa macam glowing2 gituuu , ceceh yaya aa je (tp lepas tu kene cuci ngan air la).Kalau pakai BB Cream wajib wajib wajib pakai make-up remover ye. Sebab BB Cream tu salah satu daripada make-up (walaupun feel tak pakai make-up) so treat it as a make-up. Walaupun dia kata 'not clogs pore'. Nooo. It clogs pore ok kalau tak pakai make-up remover. Sebab dia ala2 mineral foundation jugak.Wajib wajib wajib cuci guna make-up remover.

Ada satu review ni aku baca (org malaysia ke singapore tah tak ingat). Masa dia pakai BB Cream tu memang naik jerawat la kat muka dia. SA kat Skin Food suruh pakai make-up remover dia tak percaya, dia tak nak pakai. Dia stop kejap so jerawat hilang. Jadi dia salahkan BB Cream la.Sebab BB Cream naik jerawat, etc etc. Pergi sekali lagi Skin Food store lain pulak. SA situ jugak cakap perkara yang sama jugak. Nak tak nak dia terpaksa beli. Guess what? Lepas dia guna bb cream + make-up remover takde dah jerawat2 ni malah dia kata jerawat pun berkurangan. Seee..

Aku nasihatkan kalau pergi Skin Food (especially for the first time),sebelum pergi lagi kenal pasti jenis kulit anda dulu. Ada empat jenis ye. Dry,normal,combination,oily. Nak tahu ciri2 nya yang mana boleh guna perkhidmatan google. So sampai2 sana terus beritahu anda nak apa. Sama ada cleanser ke make-up remover ke.Dan biasanya dia akan tanya korang ni jenis kulit apa. Then dia akan rekemankan jenis yang sesuai dengan type kulit anda. My advice, kalau boleh sila consider apa yang diorang rekeman.

Sebabnyaaaa, Skin Food have a lot of produk yang dihasilkan based on type kulit. Untuk dry skin adalah sekian-sekian.Oily skin pulak sekian2. Kalau salah guna produk akan mengakibatkan kemungkinan2 yang tak best kepada kulit anda. Contoh, skin care yang kulit oily biasanya akan menyebabkan kulit kering sikit (sebab diorang jenis kulit oily kan maka perlu sesuatu yang dry sikit) so cuba bayangkan kalau anda yang berkulit dry pakai produk khusus untuk kulit oily. Of course akan bertambah dry dry dry kulit anda.

p/s: Mula2 aku berniat nak beli Mushroom Blemish balm cream. SA tu rekeman aloe vera kat aku tapi aku nak try Mushroom type jugak. Sekali letak kat muka, ya rabbi merah mak ngah kooo. Ok, tipu. Bukan merah mak ngah tapi pink macam kene panggang je kulit aku. hahah. Terus cancel.Amik aloe vera mengikut saranan SA di situ.

p/s: After lebih kurang dua-3 minggu pakai ketiga-tiga produk Skin Food ni, aku rasa white head a.k.a jerawat halus2 macam pasir tu dah berkurangan sedikit demi sedikit. Oh I loikeee (saje je eja macam ni)

Next aim, tomato serum& black sugar mask.

p/s: Happy birthday yana!!!!!!!!!! Semoga ceria2 selalu,bahagia bersama suami tercinta dan sentiasa awet muda ye. =D

A.N.N.O.Y.I.N.G



1) Kadang2 kan bila berhadapan dengan orang yang tak menghormati orang lain membuatkan aku tiba2 rasa dia annoying. Apa maksud tak hormat? Contoh yang paling senang camni la. Ada sorang tu dia buat review cerita sekian2 kat blog dia (hak dia sebab blog dia). Review kata cerita sekian2 tak best. Tapi dia rasa cerita tu best giler2 sampai tahap nak tengok panggung keluar masuk 10 kali , dia marah2 kat tuan blog sebab tuan blog buat review cerita kegemaran dia tak best. WTH? Kalau ko rasa best sangat2 pun sampai takleh nak komen langsung at least hormatlah tuan rumah skit. Blog orang tu suka hati la dia nak tulis apa pun. Apa kata ko buat blog and tulis review sendiri. Puji la tahap langit sekalipun takde sape nak komplen.


2) Lagi satu ciri annoying adalah orang yang terlalu straight meluahkan apa yang dia rasa. Kalau dia rasa menyampah, straight forward dia beritahu. Owhh straight forward memang bagus tapi berpada-pada sikitlah bai. Tengok kiri kanan depan belakang @ fikir dalam2 sebelum komplen straight. Paling utama, betul ke korang ada hak untuk komplen tentang hal itu? Simpan je dalam hati boleh? Ko kalau straight2 sangat, ko bersedia ke menerima jawapan straight forward dari aku? Nasib baik aku ni jenis tak la straight forward meluahkan apa yang aku rasa. Kadang2 aku saje je masukkan word 'hahahah' padahal aku rasa aku taknak buat lawak or aku rasa ayat aku tak kelakar pun. TAPI AKU SAJA JE CAKAP 'HAHAHA' SEBAB AKU NAK COVER2 SIKIT APA YANG AKU CAKAP SUPAYA TAK TERLALU STRAIGHT SAMPAI BOLEH MENCETUSKAN RASA TAK PUAS HATI ANTARA SATU SAMA LAIN. Sebab ayat bertaip ni bukan boleh caya sangat. Boleh ditafsir dengan cara lain. Macam kan, kita tak marah sangat tapi akan nampak macam marah gilaaa. Again seperti yang aku pernah beritahu, kalau aku marah, aku takkan mengeluarkan walau satu perkataan pun. Kalau aku mampu mengeluarkan perkataan maksudnya aku tak marah. Cuma kadang2 tu aku rasa sedikit tak puas hati dan perlu mengeluarkan pendapat aku supaya orang berkenaan faham apa yang aku nak beritahu.

Contoh situasi: (kat Facebook)

1) Orang tu sertakan klip video youtube lagu jiwang, tetiba ada kawan dia komen "Weh, apa barang jiwang2 ni. Tak main la jiwang2 karat ni. Ko ni jiwang la. Aduhh.. hahaha"
2) Orang tu suka tengok AF, tengah layan AF dan sertakan update status bercirikan AF tetiba ada komen "Ko ni layan AF ke? Aduyaiiii apa barang layan AF weh. Tak maju langsung"

Erk. Kalau tuan punya FB bermood baik takpe la. Tapi kalau tengah mood tak baik (salahkan PP,masalah wanita. lalalala~), tetiba dapat komen macam apa je, tak ke ala2 cam tak puas ati ke namanya tu? hahahah

p/s: Pernah terjadi kat aku suatu ketika dulu. Tapi contoh tak berkaitan dengan aku. Aku bagi contoh yang terjadi kat orang lain. Huahuahua

Short notice

Kejap kejap.*tengok tarikh entri terbaru*

Woahh 3 jun. Sekarang? 9 Jun. Macam tak percaya je dah dekat seminggu blog aku tak ber-update. Ini dah pecah rekod ni internet available tapi blog tak ber-update.. hoho..

Aku sebenarnya tengah 'demam' sekarang. Demam yang tak perlu anda tahu jenis apa dia. Tapi ia sejenis demam yang membuatkan aku takleh menghasilkan entri baru. Dikuatiri blog ni@entri baru tu pun akan terjangkit sama dengan demam aku. Agagaga~

Ok, serius aku cakap betul ni. Nanti tah pape jadi dengan blog aku ni kang. Maklum la, kepala tengah toink toink toink. So just play safe, aku tinggalkan blog ini kejap. Esok atau lusa atau tulat aku kembali lagi ye untuk entri terbaru. Nak redakan demam ini dulu. LOL! HAHAHA!

Ok adios.

Fakta (1)



1) Tak pernah naik motor/membonceng motor dengan lelaki selain ayah aku. Lelaki yang aku maksudkan termasuk la kawan, sepupu mahupun bf sekalipun (ewaahh, pernah plak aku ada bf kan). Ok, kata saja aku kolot, aku tak kisah. Bukan kerana memikirkan pandangan orang atau apa. Aku sendiri pun tak mempunyai apa2 tanggapan dengan girl yang naik motor dengan lelaki. It’s just dalam diri aku sendiri rasa tak selesa. Pernah sekali aku kerja kene balik malam kul 8 camtu. Pastu aku telefon ayah suruh amik sebab tetiba rasa macam takut jalan malam2 ni. Pastu ayah aku tetiba tak boleh amik ada kenduri kat rumah jiran. Ada ke ayah aku suruh sepupu lelaki aku yang amik? Dah la sepupu aku yang tu ‘something wrong’ sikit. Tak perlu la aku jelaskan something wrong tu dari segi apa sebab nanti jadi panjang berjela plak entri aku ni.


Pastu sebaik sahaja ayah aku cakap nak suruh sepupu aku tu amik (guna motor) terussssss aku cakap tak payah, aku boleh balik sendiri. SORANG-SORANG DAN JALAN MENGGUNAKAN KAKI ok. Dah la malam2+jalan sunyi ar. Aku cakap dengan ayah aku balik dengan jiran aku yang kerja sekali (padahal jiran aku tu dah balik dulu dah). Menggambarkan betapa tak nak nya aku naik motor dgn sepupu aku tu. Aku beranikan diri jugak redah. Debar ok sepanjang perjalanan tapi aku beranikan jugak macam2 mana pun aku takkan naik motor dengan sepupu aku tu. Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat, takde orang culik aku pun. Aik? Haha tak abis2 fikir ada aorang nak culik aku macam la aku ni anak Tan Sri kan.


2) Jarang menipu or orang panggil tipu acah-acah. Aku tipu kalau terdesak giler je. Contoh kalau masuk lambat dalam lecture pastu lecturer tanya kenapa lambat, aku tipu2 la kata bas yang amik lambat. Kadang2 aku cakap bas takde. Wakakaka. Boleh terima alasan tu? Padahal kelas kul 2PM , keluar pukul 1:45PM pastu jalan kaki ke tempat bas dah makan masa 5-10 minit pastu berangan nak sampai kelas pukul 2 tepat. huahuahua.... Memang tak la kan!


Ok, tutup cerita pasal tipu untuk selamatkan diri a.k.a tipu sunat (aku bagi sendiri istilah ni). Kalau keadaan biasa2 atau orang tanya secara random atau secara direct, aku tak kuasa la nak tipu2 ni. Kalau aku tak nak beritahu apa-apa, aku takkan tipu tapi aku just rahsiakan je ataupun tak bukak cerita. Tak kisah la orang nak cakap aku suka berahsia ke apa. Justeru itu (tu diaaa keluar dah word skema), aku macam …. ????(tak tahu nak describe perasaan apa) dengan orang yang asyik cakap aku tipu tipu tipu. “Tipu lah.. Cakap la betul2” atau “Yekee..Cam tak caya je” ataupun “Biar betul? Tak caya lah”. Tak percaya sudahhh. Aku tipu betul2 kang.


Entri ini disudahi dengan video yang tak berkaitan dengan entri.



Love Ya by SS501. First time tengok video ni aku macam terpaku dari awal sampai akhir. Tak tahu kenapa. Aku rasa mungkin sebab muziknya kot. Muzik catchy yang berjaya diblend-kan dengan balada secara well jadi hasilnya tak berapa catchy, tak berapa balada. Yang pasti aku suka muzik intro dengan muzik paling last sekali. Lepas tu aku macam tertarik dengan pergerakan2 diorang dalam MV ni (padahal before ni belum lagi aku attracted dengan grup yang berasaskan tarian atau menari2 dalam MV). Pastu aku suka part diorang sebut "Baby let me love ya love ya love ya". Mungkin jugak sebab semua serba hitam yang aku rasa macam cool je . Mungkin sebab camera angel diorang nampak macam MV ni cool. Mungkin jugaa…wah banyaknya kemungkinan! Yang pasti pasti aku tak tahu kenapa aku suka MV ni. Semua sebab bergabung jadi satu boleh? Hahah. Lagu & MV ni menambah senarai wajib ulang along with lagu Love by CN Blue dan lagu bercirikan sweet Love Light by CN Blue jugak. So far buat masa sekarang tiga lagu ni je 'stuck' dalam kepala aku sekarang. Hehehe.

edit: terbaca news pasal isu plagiat2 bagai ni, kononnya SS501 plagiat lagu Michael Angelo (tajuk:Let Me Love Ya) dan akhirnya terjawab oleh komposer lagu itu melalui emel di sini yang ianya demo version. Orang hack email dia pastu sebarkan di youtube. Apa lagi youtube, jalankan tugas anda seperti biasa pergi delete video tu. Oh ya, ini link lagu yang versi english (demo tu). Kalau link itu masih available dan jika ianya belum didelete. SS501 fighting!! *tetiba minat diorang sejak dengar lagu Love Ya ni.


Just make it short

1) Dah dapat motor. Yang telah didaftarkan atas nama aku. Wohoooo. Kaler merah. Erkk. Seperti yang aku pernah beritahu di entri ini, kalau ada masa dan duit terluang, akan dicat kaler BIRU. Atau nama omputihnya Blue. Eh, rasa lain macam je sekarang bila menyebut 'Blue'. Rasa macam seronok. Kenapakah? Eceh! Gedik kau nadia! Dush~

2) Semalam telah membeli beg yang cantik dengan harga yang murah. RM25. Oh sangat murah ok! Tapi design cantik. Nampak simple tapi elegant. Lepas bayar sekali ternampak sesuatu perkataan, "JIMMY CHOO". Boo00ooo00~ ~

Adoyai, apasal la aku tak perasan. Kalau aku tahu sumpah tak amik yang tu. *allergic jenama mahal2 walaupun sahih tiruan*

3) Hari tu aku dengan nana pergi Mid Valley berdua. Tahu apa kami makan? Prawn Macaroni kat Secret Receipe. hahaha. Lepas tu rasa bersalah kat takoyaki sebab tak sempat nak beli ia, coz nak balik cepat. Adeh, takleh blah. Macam orang mengandung plak tetiap bulan wajib makan sekian2. Setiap kali nampak Secret Receipe mesti nak singgah makan prawn macaroni. Singgah mid valley/jusco mesti nak beli takoyaki. Adoyai, ni tetiba je aku rasa nak makan lagi. Ottoke?

Aku tak mudah jemu makan makanan yang aku suka. Asyik nak makan tu je . Pastu bila ada makanan lain yang best jugak mulalah terconfius-confius nak pilih nak makan yang mana. Makan semua kanggg. Oh no tak bleh nanti cepat bankrup.

dah tu je..


p/s: Kenapa malam ni aku blur eh????