Pages

Tak suka share

Ada sesetengah orang, kalau benda yang dia suka sangat dia tak suka share dengan orang. Contohnya makanan or minuman la. Macam kakak aku ni suka giler dengan milo, kalau dia buat milo pastu aku mintak mesti dia buat muka
kyu
sambil cakap "Amik la. Sikit je jangan amik banyak2." hahahah. Awal2 da bagi warning. Tapi last2 dia tak habis minum, dia mesti offer kat aku punya laaaa. LOL.

Macam aku pulak aku tak suka share takoyaki dengan orang. Teheee. Nak share benda lain sikit2 tu bolehhhh la jugak tapi memang tak la untuk takoyaki. Semua ahli keluarga aku memang maklum tentang hal ni. Mana taknya, setiap kali on the way nak beli takoyaki mesti aku buat announcement/bagi warning "Satu bungkus aku sorang je, no minta2 arr". Tapi kalau ada tetiba suara "Angah, aku nak jugakkkk" memang sure aku beli lagi satu bungkus. Kiranya aku akan buat apa sahaja asalkan satu bungkus yang mengandungi 3 ketul tu aku punya sorang. Kiranya setiap kali aku nak makan takoyaki mesti aku sedia duit spare sebab aku tahu sure ada orang (baca:nana,mak&fiza) nak jugak. hahah. Dah la sikit je 3 biji terkontang-kanting, nak plakkkk share dengan orang ;P Kalau banyak takpe lah kan. Bwahahaha...



Tau macam mana perasaan/reaksi muka aku tyme aku kata "setiap kali makan rasa macam dapat duit 1 juta pastu senyum2 pastu tetiba rasa macam terharu/macam nak menangis sebab sedap sangat" ???

Aku terserempak dengan gambar ni.

baby

Fuh sebijik macam reaksi muka aku bila dah lama tak dapat makan takoyaki pastu tetiba dapat makan. Oh, no... Macam tak percaya, but i can't control my face expression!

Takoyaki yang 3 ketul yang kat Jusco tu biasanya besarrrr besarrr memang susah la nak makan tambah2 kalau panas2 tu makan.So biasanya aku akan kerat dua sebelum makan kalau tak, sure gaya makan dah macam budak bawah ni

Photobucket

Aku dah pernah try makan panas2 cenggini la gayanya. muahaha. Sebab mulut aku tak tahan panas. LOL. Tapi takoyaki yang kat Jusco Balakong kecik2 (sebab tu dia jual 4 ketul satu bungkus) so boleh lah nak makan dengan sopannya sebijik masuk. kekekek.

Pengajarannya, janganlah makan takoyaki depan bakal ibu mertua/ayah mertua. Errr... Motif? Kahkahkah..


p/s: Kalaulah ada undian yang mengatakan 'Dalam banyak2 Jusco yang anda pergi, yang manakah Takoyaki yang paling tak sedap sekali?' aku akan jawab Jusco Balakong, Cheras!!!! Yang dekat dengan rumah aku ni la yang paling tak sedap sekali. Huhu.. I mean, rasa takoyaki tu ada la tapi cara orang tu buat blerghhhh, nak ksound depan dia boleh??? Katsuo dan sos takoyaki yang terlaluuuu sikit boleh menghilangkan keaslian/kesedapan rasa takoyaki yang sebenar ok!



Crazy overdose fans.

Nak post ke tak nak, nak post ke tak nak. Makin aku tahan, makin aku rasa nak post.



Thanks for sharing diya ;) Tiap kali aku replay video ni, mesti aku tergelak-gelak.Adohaii.. Tak sangka la aih ada jugak fans tahap gila overdose macam ni. Aku rasa perempuan tu ada masalah mental kot…Takpun kekurangan kasih sayang. Hahaha. Aku tak rasa perempuan tu annoying tau tapi aku rasa kelakar nak mampos. Kalau aku la jadi artist tu, sure aku tergelak-gelak sampai sakit perut tergolek-golek kat situ situ jugak.


p/s: Aku rasa la, kalau la artist tu dating or kawen dengan someone ke, tak mustahil budak perempuan ni gi bunuh/cederakan gf artist tu. Fuhhh.


p/s: Aku tak kenal artist tu, aku kenal nama band diorang je, 2PM. hehehe. Oh ya, melihatkan tahap kegilaan fans macam ni, no wonder la kecoh abis macam perang dunia ketiga je bila one of Shinee member buat pengumuman dia couple dengan pelakon Shin Se Kyung tu. Apa la nak dikecohkan orang couple ni. Haishh.

Berpisah.





Fiza, akhirnya ko selamat menjadi isteri orang sob sob sob. 'Terpisah' jugak kita akhirnya setelah 23 tahun bersama-sama. Gaduh baik gaduh baik gaduh baik.

Macam tak percaya je masa kecik2 dulu aku pernah bersumpah (sumpah orang tak baligh tak diterima ok?) dalam hati yang aku takkan maafkan kesalahan ko sampai bila2 sebab ko la orang pertama yang lempang aku sampai telinga aku berdesing terhilang pendengaran sekejap ok. Nasib baik aku tak pekak terus masa tu (lempang yang terlalu kuat boleh menyebabkan pekak berkekalan ye kawan2). Pastu boleh plak di usia 24 tahun ni ko boleh tanya aku, "Eh, bila masa pulak aku lempang ko?" hahah. Percaya kan, ingatan kanak2 sangat kuat especially bila ia melibatkan penderaan fizikal.hahah. Tambah2 kalau dengan mak ayah sendiri pun tak pernah lempang (selalu kene rotan je) tapi dengan orang lain plak dapat jugak lempangan itu.hahaha.*gelak plak*. Ingat entri pasal lempangan pertama? (aku malas nak cari balik entri tu). Act tu bukan lempangan pertama, tu lempangan kedua. Hahaha so far sampai 23 tahun ni dah dua kali kene lempang. LOL. Ok tak kelakar.

Macam tak percaya je masa kecik2 ko selalu buli aku. Ko takde kawan nak buli, mesti ko cari aku. Kadang2 tak logik jugak. Ingat lagi masa tido aku baca doa tido dan syarat aku masa baca doa tidur kecik2 ialah tak boleh diganggu? Ko tahu sebab tu ko suka sakat supaya focus aku terganggu, supaya di pertengahan doa, aku gelak sebab tengok ko gelak & bacaan aku terhenti seketika. Lepas tu aku mesti marah ko pastu mesti ko gelak2. Pastu aku mesti baca balik doa tu sampai sempurna kadang2 ada la dalam sepuluh kali aku repeat disebabkan ko kacau aku masa tengah doa . Sebab aku rasa kalau tak sempurna doa aku, nanti aku tak boleh tido sebab takut setan masuk dalam mimpi. Pastu ko ulang2 lagi sampai la ko puas/aku tak respon. Sampai mak ayah bising apasal tengah2 malam pun kita bising2.

Macam tak percaya je dulu2 ko pernah bawak kayu nak pukul budak lelaki sebab aku menangis-nangis mengadu kat ko yang aku bergaduh dengan budak laki/budak laki tu buli aku (aku tak ingat sebab yang mana satu). Pastu kita sama2 mengendap budak lelaki tu main kat taman permainan. Nasib baik kita tak sempat pergi kat diorang kan. Kalau tak, tak tau la apa jadi dengan budak tu.

Macam tak percaya je zaman kecik2 kita, pahit manis dah berlalu. Dah makin dewasa.

Dan hari ini jugak la aku macam tak percaya je aku sayu dan menitiskan air mata sebab ko pergi meninggalkan rumah kita hari ini dengan title 'isteri orang'.

Semoga berbahagia

Adik ko,
Nadia kurus (ko selalu panggil aku dengan nama ni kan. Pastu gelak2. Pastu aku balas balik dengan panggil ko Fiza gemok)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Baru sekarang aku tahu kenapa mak aku sangat mengimpikan anak lelaki dalam keluarga kami. Baru sekarang aku tahu kenapa setiap keluarga mesti nak at least seorang anak lelaki. Ironinya, kenapa aku baru terfikir sekarang eh? Kenapa aku tak terfikir dulu2 eh masa aku hadiri akad nikah orang lain, perempuan juga. Mungkin bila kita rasa sendiri baru kita tahu kot.

p/s: Hargailah hubungan adik-beradik korang selagi salah seorang belum berumah-tangga. Tambah2 jenis yang 'berkepit kesana-kesini' tetiba kene berpisah, mesti rasa 'lain' kan. Nana, aku kawen nanti tahun depan ke(perghh dah ada calon kee?), tahun lagi satu ke mesti ko super sedih nanti kan? Bak kata ko, "Angah, kalau ko dah kawen nanti takleh la kita nak 'korea2' dah." LOL. Serius ko buat lawak la nana.haha!!!!! Boleh plak ko membuat ayat luar jangkaan aku. Tapi macam betul la cakap ko tu. hahha. But at the moment, let's enjoy first! Enjoy apa2 yang patut. Selagi boleh =D

p/s: Layan Persona jap. HAHA.

More than less

Ya Allah ya Tuhanku. Aku bermohon kepadaMu.








Kurangkanlah perasaan kecintaanku yang menggunung terhadap makanan2 ini. Kurangkanlah Ya Allah ya Tuhanku. Kurangkanlah.

Sesungguhnya aku kurang mampu untuk menahan godaan2 makanan2 ini. Help me!~

--
--
--
---
----
-----
-----
---
------
Weyh, aku serius ni, tapi apasal aku rasa entri ni pathetic gila? T______T

p/s: Asal ada duit dalam tangan, benda2 ni la yang first muncul dalam kepala aku. Pastu rasa macam setiap hari mesti nak makan salah satu daripada benda2 ni. Gambar first dan second tu takpe lagi, murah la kot. Kot. Tu yang gambar ketiga,keempat dan kelima tu harga tak boleh blah ok. Ada yang hujung bulan makan roti/maggie direct seminggu ni kang. T_T

pic: google.com

Nota

Korang perasan tak lately entry/twitter status/FB status banyak ayat BI berterabur? LOL. Maksud aku, aku banyak mix BM&BI. Haha. Harap maap lah ye. Abaikan je BI aku yang berterabur tu. Aku bukan terer BI pun tapi lately sejak aku selalu update dengan kpop ni, (sejak era You Are Beautiful drama) aku selalu baca news and comment dalam BI (of course becoz it involve a lot of international fans yang semuanya berkomunikasi dalam BI, takde guna bahasa lain pun) pastu bila aku nak bagi comment (selalunya kat youtube or communicate with other international fans through social network) mesti lah dalam BI kan, apakejadahnya kalau aku bagi komen dalam BM sure takde orang faham. So bila dah terbiasa membaca/menulis dalam BI (even though not that good) aku dah terbiasa nak menaip dalam BI everywhere.


Sampai satu tahap dengan orang Malaysia/melayu yang sah2 faham BM pun aku bantai BI jugak. OMO. What’s wrong with me la. Selalunya kalau berkaitan kpop je la yang aku bantai BI nya pun la ye. Tapi ada jugak sesetengah benda/situasi yang aku bantai BI jugak kadang2 walaupun bukan berkaitan Kpop pun.So jadahnya aku cerita panjang2 ni supaya takde orang mistake dan beranggapan yang aku poyo sebab guna BI tapi berterabur. Ok tu je yang aku nak cakap.

p/s: Care to explain sebab rasa macam ada orang pernah beritahu aku dia tak suka ada satu blog budak ni sebab dia nampak budak tu macam poyo guna BI berterabur. Adakah dia perasan yang dengan orang yang dia cerita ni pun guna BI berterabur (mix) jugak? LOL. Idk.

Alam ini berputar

1) Bila orang tu tak buat salah kat kita tapi buat salah dengan Allah dan dia dah menyesal, biar Allah je yang hukum dia. Takyah sibuk2 hal dia dan panjangkan cerita hingga membuka aib dia. Kadang2 kita alpa mungkin suatu hari nanti orang yang terdekat dengan kita yang akan melakukan kesalahan yang sama. Baik anak kita, cucu kita, etc etc etc.

2) Kalau ada salah dengan ibu bapa, jangan biarkan berpanjangan. Biar pun kita rasa kita betul dan ibu bapa kita salah, just let it go. Selama mana ibu bapa nak merajuk/berjauhan dengan anaknya. Kau tak hirau mak bapak kau, suatu hari nanti anak kau akan buat benda yang sama macam kau. Remember, alam ni berputar. Believe it, selama ni aku tengok dalam tv je but nowadays, aku dah tengok benda ni depan mata.

Unknown

Hahaha trend baru. Bila tak tahu tajuk letak je tajuk unknown. LOL.

Jumaat lepas aku dengan senior aku mengamuk jap kat lab. Gara2 baru menerima arahan yang sungguh la tak logik over-dose daripada head of department@manager. And he said it's a record don't say excuse. Somehow aku rasa macam nak cakap "Can i see the proof? I can't believe that record can stand more than 3 days. It's kinda ridiculous. Like seriously". Aku tunggu masa yang sesuai untuk cakap.


p/s: I've learned sumthing since a few weeks ago. Sumtimes ada benda yang kita terpaksa limit. I can't be outspoken anymore. There are a lot of judgers out there who only judge based on the what have been written in the blog without know the truth story.And the most important without know the true situation. Note that u never be in my shoe so keep away judging me.


Aku masih boleh membezakan benda yang betul dan benda yang salah. No need to guide me what i have to do if u didn't know anything. Benda yang aku rasa betul, aku berani fight for it and provide the reason why and why. Dan agak terkesima la kalau sumone don't ever ask me the true situation, don't know the true story but keep judging on me. Dan ada jugak la benda yang aku rasa salah but i can't help to prevent it. Mostly benda yang aku rasa salah tu tersimpan dalam hati aku je la dan aku fikir 1000x kali to write it everywhere (mungkin sebab aku rasa salah so tak ptut tulis.LOL) .Dan after 1000x kali fikir tapi akhirnya aku tulis jugak,i don't mind to get negative comment about it sebab aku rasa memang tak patut pun.LOL.


And becoz of judgers out there, whenever i have a problem in the future, i'm thinking like 1000x to write in this blog more than 1 paragraph. Less is more right? =)

Hari ini dalam sejarah

Hari ini dalam sejarah.

Aku eksiden hari ni. HAHAHAHAHAHHA. Eh gelak pulak.

Malu siot terdampar kat tengah2 jalan time jammed plak tu.


Ni semua gara2 aku aku tak bunyikan hon punya pasal la. Aku ni jenis yang tak suka bunyikan hon sebab sebab sebab entah aku pun tak tahu. LOL. Mungkin aku rasa bunyikan hon tu kalau kita marah kat orang. Ayah aku kata bunyikan hon tu supaya kenderaan lain notice kita so that kenderaan lain boleh la bagi jalan ke apa ke. Tadi aku nak masuk line tapi kereta tu macam nak bagi/tak nak bagi laluan je. Dengan cepatnya aku masuk la sekali dia pun serentak masuk jugak dan bammmmm! Bedebukkk aku jatuh. Nasib baik motor ok dan yang penting aku pun ok. Teheee =D


Betul la kata kakak aku. Kalau naik motor mesti akan jatuh at least sekali. Kalau bukan salah kita pun mungkin salah orang.

Ok aku nak gelak sekarang. Hahaha.. Macam mana la aku yang jenis alert ni boleh terlibat dengan eksiden.


p/s: Selepas ni akan lebih berhati-hati dan akan membunyikan hon untuk bagi ‘peringatan’ kat orang. Hehehe. Tu dia da eksiden baru tahu kan.


p/s: Jangan tanya apa yang jadi dengan kereta yang terlibat. Dua kereta. Mungkin calar ke apa ke aku tak tahu la. Yang pasti masa diorang tengok2 aku tu aku tak banyak cakap dan terus blah. Sebab maluuuuuuu. HAHAHAHA . ok bye!

malas nak edit entri. Nak gi McD ni. Bye

Kemalangan ngeri 10/10/10. Kun Faya Kun

Touching je baca news pasal kemalangan ngeri ni. I’m usually not like this. Selalu aku baca berita2 camni aku cool je. Tapi entah nape tadi touching je especially bila nampak gambar keluarga mangsa meraung-raung menangisi pemergian anak mereka.


Aku berjauhan dengan family start Form 4 (MRSM Taiping)-2 tahun , Matrik Kedah-1 tahun. 3 tahun aku berulang-alik naik bas. Boleh kata sebulan sekali wajib balik rumah. Kalau kat matrik 2 bulan sekali mesti balik. Setiap kali naik je tangga bas setiap kali tu la mesti aku terfikir “Macam mana kalau bas yang aku naik ni eksiden pastu aku mati?” T_T.


Takleh elak, mesti aku fikir macam ni. Habis tu takkan aku tak balik langsung kan? Pastu aku terfikir lagi. Kun Faya Kun. Ajal di tangan Allah. Dia yang tentukan bila masanya. Bila tiba masanya kau duduk rumah pun boleh tiba2 ‘padam’. Bila sampai masanya, dalam tidur pun boleh ‘padam’. Mati tetap mati. Cuma caranya je yang berbeza. Dan sebab tu aku tak pernah takut untuk naik bas.


Sebagai contoh. Ada sorang ayah ni dia tak bagi anak dia naik bas atas sebab keselamatan dan takut bas eksiden dan anak dia mati,cedera etc etc. Aku pulak fikir lain. Kalau betul anak dia akan mati pada tarikh 10/10/10 (contoh) maka dia akan meninggal dunia jugak walau dengan cara apa sekalipun. Kalau sekalipun dia tak naik bas pada masa tu, mungkin dia tiba2 sesak nafas dan kemudian meninggal dunia.


Macam kisah kawan mak aku ni. Guard kat sekolah. 1 jam sebelum meninggal, elok je bergurau-senda dengan orang sekeliling, gelak2 tetiba tak lama pastu sesak nafas dan mati dalam perjalanan ke hospital padahal dia takde penyakit apa2 pun. Sekaligus takde petanda langsung. Cuma ayah aku je perasan ada sekali tu ayah aku panggil dia, dia tak menyahut langsung. Selalunya dia menyahut kalau dengar ayah aku panggil. Ayah aku cakap mungkin masa tu dia dah rasa ‘something’.


Sama macam kes abang ayah aku ni. Kat hospital. Kali last ayah aku melawat dia dan masa ayah aku beritahu dia yang ayah aku nak balik, dia tak bagi respon langsung. Malah ayah cakap masa da jalan jauh skit pastu ayah aku berpaling jap dan nampak dia pandang je, sejenis pandangan yang ‘jauh dan tembus’. Ayah aku cakap pandangan yang ‘lain macam’ daripada selalu. Sebab tu ayah aku patah balik dan peluk abang ayah aku tu. Sebab ayah aku dapat rasakan pertemuan itu adalah pertemuan yang terakhir mereka. Dan, betul la tekaan ayah aku tu. Tak lama pastu ayah aku dapat panggilan mengatakan dia dah meninggal.

Sedih kan dengar kisah orang meninggal ni =(

p/s: Masa kecik2, masa tak tahu ajal maut ni, aku selalu berdoa yang semoga aku dan keluarga aku dapat hidup 100 tahun lagi, semoga aku mati dulu daripada keluarga aku. Sebab aku seorang yang takut menghadapi kematian orang terdekat. Bila dah besar dah tahu ajal maut ni, aku hanya mampu berdoa, semoga kami semua mati dalam iman. Itu yang paling utama kan? =)

Misi Mc Flurry Milo

Tadi tetibaaaaaa je teringin nak makan Mc Flurry Milo. Ni gara2 baca entri kak Yonna la ni. hahaha. The problem is aku tak tahu jalan ke Mc D. LOL. Tak payah heran. Jalan tu aku&ayah dah lalu like beratus-ratus kali dah still aku tak cam lagi tu. Tak payah heran sebab aku memang lampi bab2 jalan raya ni. Baru je minggu lepas gi dengan housemate naik kereta dia still tak ingat jalan lagi. Pe lagi, telefon ayah


Aku: Ayah, macam mana nak gi McD
Ayah:Kau nak pergi dengan sape?
Aku: Sorang.
Ayah: Sorang? Tak yah la pegi.
Aku: Kenapa? Jauh sangat ke?
Ayah: Takde la jauh sangat.
Suara Fiza menyampuk di talian: Nak gi sorang? Hish. Kang jadi macam Sosilawati kang (amboi mulut kakak aku nehh)


Pastu ayah pun menerangkan macam mana nak pergi sana. Roundabout amik jam bape semua2 la. Maka pergilah aku ke sana buat pertama kalinya berseorang+blur2. Sekali tengah2 tu sesat da. Wakaka. Telefon ayah balik pastu ayah cakap depan lagi, bahagian hujung, aku belum sampai lagi pandai2 je masuk selekoh. Then yada yada aku da sampai sana pastu beli melalui drive through punya.. Yang bengangnya aku nak beli burger sekali sebab lapar tapi sebab sampai sana nervous sangat sampai tak teringat nak order burger. Just order Mc Flurry je. Sobs sobs sobs. Nervous sebab apa? Sebab berjaya jumpa jalan pastu terharuuu pastu tu yang nervous tu. Muahaha..Terpulang la nak percaya atau tak tapi memang sebab tu pun.



Mc Flurry milo is heaven. Sekian

p/s: Aku tak puas hati jalan kat sini. Ada certain2 tempat tak rata+berlubang+berlubang yang ditampal tapi tak rata. Menyebabkan aku takleh bawak motor laju2 (pada keadaan memang sepatutnya kene laju). Tambah2 kalau kene gear 4. Melambung koo. Ish ish.


Aku da jadi hantu milo ke apa? Baru je minggu lepas minum ni kat PapaRich. Apa tah nama dia Milo Giant ke monster ke apa tah hahaha yang pasti ada perkataan yang membawa maksud ‘besar’. LOL



Misi seterusnya aku nak pergi Jaya Jusco Bukit Tinggi. Rasanya dalam 10-20 minit dari sini. Nak beli Takoyaki T_T. Tapi tak tahu jalan. Huuu. Haruskah aku menelefon ayah semula. Itu sudah pasti. Hahaha

p/s: Haruslah 'misi' bagi orang yang sangatlahhh susah nak cam jalan ni. Ia seolah-olah kejayaan besar bagi aku. muahahah

Menghitung hari~

This below song make me feel I wanna learn piano/keyboard soooo much so that I can play this song well.

Serius rasa nak menangis tengok diorang2 ni main piano/keyboard. Dah la lagu yang gila babeng aku suka. Sobsobsob. Eh eh apasal tetiba sedih plak ni? Entah, sedih sebab rasa seronok sangat tengok lagu yang aku suka dimainkan dengan indah dengan piano/keyboard. Seronok sangat=sedih. Faham? Tak pe la, korang tak faham.huhuhu..

Love Ya





Music sheet dah jumpa dah. =D

Starlight Tears



Yang ni belum jumpa lagi music sheetnya. Nanti aku try cari sampai jumpa.

Only you





Yang ni pun dah ada dah music sheet nya jugak. Dua versi lagi orang lain2 upload so aku amik je semua dulu baru compare.LOL

Romance



Music sheet yang ni dah jumpa dah. Wehaaa!

If You Love Me



Apa ni apa ni semua vid piano cover kat youtube takde pun lagu ni??? Semua hanya berminat dengan lagu tema je.Satu pun takde lagu ni. Sobsobsob. Aku rasa lagu ni lagi 'terkesan' daripada lagu temanya. Bagi aku la. Muzik intro and the whole music berhantu siot.Takpe la, janji aku dah dapat music sheet nya. Nanti pandai2 la aku suruh sape2 main pastu ajar aku.hahaha

Before ni aku belajar melalui online course and buku je . Mula2 ok tapi sampai je part nak baca note music, berpinar-pinar mata aku jap.hahaha. Tengok la kang, kalau rasa bodo melantun-lantun kang aku gi je kelas piano. haha.. Tension ok belajar tapi takde benda depan mata.

So i will get my keyboard soonnnn. Yeah, it's my october wish. GDE, give me back my money! I wanna get that keyboard. Yehaaaa!!!!

My fav book ever

Definitely this is my fav book ever.



First time jumpa buku ni, aku bertapa satu jam kat MPH Mid Valley. Masa tu tak cukup duit nak beli lagi. Tapi aku ingat ok buku ni. 1 bulan kemudian aku datang dan cari dan jumpa dan beli buku ni. Best gilerrrrrr!!! Seminggu aku dok belek2 je buku ni ulang2 baca sampai pengsan. Wakaka

p/s: Melalui buku ni la aku belajar mengenali senyuman 'palsu' yang aku cerita dalam entri ni.

Aku tertarik ada lagi satu teknik mengesan orang menipu. Contoh kalau kita soal dia pasal peristiwa yang dah lepas. Kalau mata dia bergerak ke arah kanan atas tandanya dia betul2 tengah nak ingat peristiwa itu (kiranya peristiwa tu berlaku dan dia bercakap benar). Kalau mata dia bergerak ke kiri atas tandanya dia tengah MEREKA-REKA peristiwa baru (kiranya tak betul, dia tengah plan nak tipu). Kalau mata bergerak ke kanan bawah maksudnya dia tengah mengesan/mengingat bunyi/lagu/sound yang dia PERNAH dengar dulu. Kalau kiri bawah maksudnya dia tengah mereka-reka bunyi/nak tulis lagu baru ke bla bla bla, gitu lah lebih kurang. Cara ni jugak digunakan oleh polis untuk soal siasat suspek sama ada suspek bercakap benar atau bohong (polis pun belajar psikologi ok) .Dan bila tahu suspek cakap bohong, diorang boleh attack mana2 yang patut. Of course kalau tahu teknik ni pun jangan mimpi nak berbohong sebab semua ini akan dipadankan dengan cara cakap, reaksi muka,kening, gerak tangan dan macam2 lagi. Bila tak match haaa boleh tahu la kan. Korang mungkin boleh kawal 1@2 pergerakan tapi tak mungkin boleh kawal semuaaaa bahasa tubuh korang.

Dan aku suka dengan kajian sains dari segi psikologi yang diorang buat ni. Kuncinya nya ialah.....

Mulut boleh menipu tapi gesture (bahasa tubuh badan) tak boleh menipu. Dan orang boleh mengesan pembohongan yang dilakukan apabila GERAK TUBUH BADAN TAK SELARI DENGAN APA YANG DIA KATAKAN PADA KETIKA ITU.

Oh banyak lah contoh2 nya. Dan aku rasa penemuan ini sangatlah menarikkkk. Sangat sangat sangat!

p/s: Now u already know, i like and love to 'read' others. =)

p/s: Aku dapat tahu reaksi muka pasha sandha tak bercakap benar masa wartawan interview dia ada suatu ketika dulu dalam Melodi masa kecoh kes dia dengan Rizal tu. Dia nafikan macam biasa lahhh. hahaha. Gerak tubuh, kening dan mata ditambah dengan kata yang dia ucapkan pun dah boleh nampak. Terbukti lah kan sekarang? Mari kita kesan pembohongan artis lain.LOL.

Look like...

Look like ada orang telah, akan dan mungkin salah faham dengan status aku semalam. Act 'lie' yang aku maksudkan tu bukannya 'lie' dari erti kata sebenar. Oh apakah ayat aku berbelit?

'Lie' tu bukan dari segi status aku ok. Semua status2 aku benar2 belaka takda lie2 ni eh eh. Orang psiko je yang akan menipu di FB mahupun blog ni (ehem kak yonna, teringat kat kes 'chime model' dulu tu. Kecoh jap saentro dunia blog masa tu. hehehe)

Maksud aku 'lie' tu lebih kepada 'hide something'. Gitu lah lebih kurang. Contohnya macam ni la. Kau nak cakap sangat2 ada satu benda ni tapi atas sebab2 tertentu kau seolah-olah tersekat untuk taip kat FB maka kesudahannya kau taip update status kat twitter je. Padahal boleh kata 70% orang kau kenal ada kat FB dan 99% orang yang kau tak kenal kat twitter. Tapi kau pilih medium twitter untuk 'bercakap'. Kau pilih orang yang kau tak kenal untuk bersuara dan suarakan apa2 yang aku rasa. Faham? Kalau tak faham, sila sign up akaun twitter dan cuba update apa2 status kat situ. Follow some people and get follower too, then u can feel it. Sure kau akan rasa 'lie' yang aku maksudkan. Lepas tu bersedialah, sebab pastu sure nak tengok 'home FB' pun tak lalu dah.

Aku rasa orang yang ada twitter je kot yang faham apa yang aku nak sampaikan. Dan aku tak rasa status2 orang yang 'like' status aku tu pun menipu dalam statusnya. Diorang 'like' sebab faham apa yang aku nak sampaikan di sebalik ayat aku tu. Hey cuba berfikiran terbuka sikit dan jangan judge@tafsir directly dari apa2 yang kau baca. Tambah2 lagi kalau kau sendiri pun tak faham apa benda yang kau baca. Ok bye.

p/s: Dulu sign in twitter dengan niat stalk artis je. Artis malaysia+korea. Sekarang semua artis2 yang aku follow awal2 dulu semua aku dah delete@unfollow dah. hahahah. Sebab artis, niat nak stalk tu ada walaupun tak minat mereka pun. Sekarang, semua yang aku tak minat telah aku delete semuanya. Weee. Ada tinggal beberapa ketul je, yang aku betul2 minat dan ada je sorang dua yang aku takde la minat pun tapi saje je follow.hahah. Yang lain2 aku follow boleh kata 98% aku tak pernah bertentang mata, kenal online je but we always keep contact each other well. Dan sekarang twitter dah jadi medium rasmi untuk aku bercakap seorang diri *potong riben* hahahahaha

p/ss: Lagi satu kelebihan twitter ialah. Kau nak update status setiap dua minit pun takde sape bising. Hari2 update status 20 status satu hari pun takde sapa heran. Cuba kau buat macam tu kat FB tengok berapa ramai yang bising@respon.

p/sss: Dari apa yang aku perhatikan, kebanyakan orang yang aku follow kat twitter ni (yang juga frenlist aku dalam FB jugak) update twitter lebih kurang 10-20 status sehari. Tapi update dia kat FB boleh kata dalam seminggu, satu je update status dia . Kalaulah FB tu boleh ada sawang dah lama bersawang dah. hahaha. Ada kadang2 tu mak aih, satu bulan sekali kot update FB padahal kat twitter everyday ada update dari dia.

Tak suka accessory

Accessory adalah rantai, cincin,gelang termasuk jam tangan sekali. Aku rasa rantai cincin gelang takpe lagi kalau di ignore tapi jam? hahah parah doe kalau tak suka pakai jam tambah2 bila nak interview ke apa. Teringat masa nak interview keje yang sekarang ni. Sampai2 tetiba teringat lupa pakai jam (maklum lah tak biasa pakai kan), pastu merata cari jam kat kedai2 berhampiran tak jumpa. Last2 surrender la, biarlah tak pakai jam sekalipun. Nasib lepas interview tu.

Aku selalu tengok jam kat hp je sebab tu orang nampak aku selalu berkepit dengan hp je sikit2 tengok hp tu bukan tengok mesej ke apa tapi tengok jam.hahah..

Kalau pasal jam kan, selalu je aku kene sound dengan ayah aku

"Baju sampai berpuluh-puluh, jam sepuluh hengget pun tak boleh nak beli"
"Hp sampai beratus-ratus, jam sepuluh hinggit pun tak boleh nak beli"

Soalnya bukan sepuloh hengget ayah, soalnya itu adalah 'jam'. Bila ianya adalah 'jam' maka juallah dua hengget sekalipun takde nya tergerak hati nak beli ke apa. wakakaka...

Pastu gelang cincin rantai jangan ceritalah. Tengok kawan2 beli aku pun nak beli. Kononnya ingin menjadi ke arah kewanitaan la beli benda2 ni semua ni kan. Holoh holoh holoh. Tahan paling lama 2 minggu je yang oi pastu tah mana hilang tah.hahahaha. Ye HILANG. hahah. Tu la salah satu sebab aku tak suka pakai accessory sebab tak lama pastu mesti akan HILANG. Macam butang pin tudung ni laa. Setiap bulan mesti beli baru okeh. Sebab beli 10 lama2 tinggal 8 pastu 6 pastu 4 pastu bla bla bla pastu yilek hilang semua pastu kebas mak punya. HAHAHAAHA..

Eh nadia kata tak suka accessory tapi gambar yang kat profile FB tu apa?

Teheeee... Itu sebab ada 'meaning' di sebaliknya ok. Kalau takde 'meaning' memang tak koser la aku nak beli kan. Tau mana rantai tu sekarang? Tersimpan kemas dalam kotak. Ye, aku simpan, tak pakai pun.hhaha.. Jadi tak pakai=tak hilang =)



Ok sekarang gambar accessory di atas bakal menjadi accessory meaningful yang kedua dalam collection aku. Ada sesapa tahu kat mana nak cari rantai ni? Teheeee. Want it! Aku tengok kat 'tempat biasa' sudah out of stock da..Tsk tsk tsk. Susah2 kang aku design sendiri je la buah rantai jenis macam ni kan.

p/s: Kalau tak payah pakai cincin tunang/ kawen boleh tak? Adakah melanggar adat tatasusila? Aku tengok mak aku pakai cincin kawen all the time kecuali masa mandi n amik wuduk.
Ok apasal aku tetiba bangkitkan tunang kawen ni. hahahah.LOL. Macam lah nak tunang/kawen dalam masa terdekat kan

Bukan wanita biasa





Selepas giat belajar, tujuh jenis taranum asas sudah berjaya dikenali sebaik mungkin dan guru yang mengajar beliau turut berbangga dengan kejayaan dikecapi sehinggakan setiap kali beliau membaca, gurunya menitiskan air mata kerana terlalu gembira.


Sumber: Facebook beliau

p/s: Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman. Mengenali beliau di saluran Oasis pagi tadi.

p/s: Dia bukan wanita biasa. Untuk penilaian aku, beliau luar biasa. Bukan sekadar luar biasa sebab dia Johan Tilawah+pandai taranum+sort of kejayaan2 lain, tapi dari segi apa yang aku nampak bila tengok dia dan bila dengar dia bercakap. Sangat kagum dengan beliau on the spot =)

pic: Google image

Tak penting: Pelik bila hadiah untuk Tilawah Al-Quran ni hanyalah wang tunai. Kalau aku tokey syarikat kereta (ehem ehem naza ehem ehem) , aku dah bagi dah kereta sebijik sorang kat johan Tilawah ni. Dan mana pihak yang selama ni taja hadiah sana sini masa majlis hiburan? Lenyap. Kalau syarikat Cina memang of course lah takde kan tapi syarikat Melayu milik bumiputra? Yilek takde. Diorang dah rugi saham akhirat.

Dari telinga turun ke hati. TOP 10 Korean Drama OST



Penilaian ini hanyalah terhadap muzik&lagu sahaja ok tak berkaitan dengan drama mahupun kualiti drama. Sekaligus tidak bias terhadap mana2 drama. Maknanya tak semestinya lagu OST tak tersenarai, citer tu tak best dan tak bermakna lagu tersenarai di sini citer tu best. Diulang muzik ye muzik. Of course aku suka banyak lagi lagu2 OST yang lain tapi lagu yang tersenarai kat sini yang aku rasa ‘sesuatu’ bila dengar at the first time berbanding lagu lain. I love it ‘next into another level’ =)

Ok kita mulakan.


1) If You Love Me-Sad Sonata



Jangan tanya aku synopsis or jalan ceritanya. Aku tak tahu.hahaha. Citer ni mak aku yang tengok kat tv dulu pastu aku tengok2 camtu je takde la dedicated sangat. Mungkin aku rasa jalan ceritanya tak cukup kuat untuk aku tengok (haha).Last2 aku LOST. Tak sambung tengok sampai last episode pun. Haha. Takpe, yang penting lagu best. Aku dengar sekali je lagu ni terus sukaaaaaaa okeh!

2)Only You-Winter Sonata



Setiap kali aku dengar intronya, mesti aku spontan senyum tak tahu nape. Adakah sebab muziknya itu comel? Aku suka melodi keseluruhan lagu ni. Sangat suka.

3) Lover In Paris (lupa tajuk lagu ni apa)



Aku belum lagi tengok ceritanya tapi dengar sekali je lagu ni, terus aku repeat banyak2 kali. Hahah. Masa tu aku keje promoter kat kedai cd, bos aku tengah promote citer ni la yang kasi MV suruh pasang. Aku ulang lagu ni deret seminggu. Orang yang keje depan2 kedai aku ni muntah dengar lagu ni berderet seminggu, komplen suruh pasang lagu lain. Aku balas “Bos yang suruh pasang, bos tak kasi pasang lagu lain”. Pandai2 je aku bagi alasan padahal sebenarnya tak kisah pun tukar2 lagu lain selang-seli.kekeke. Lagu ni catchy, aku rasa ‘meriah’ je dengar tambah2 bila speaker system sound kuat, lagiiiii laaaaa.hahah.


4) If-Witch Yoo Hee



First time dengar kat blog farah.Heee. Before tu farah ada mention kat aku pasal citer ni tapi tyme tu tak tergerak hati nak tengok lagi citer ni. Pastu bila dengar je lagu ni kat blog dia, terus aku sukaaaaa and tanya yang ni lagu apa ni pastu dan dan ok aku pergi cari citer Witch Yoo Hee ni. Haha. Maybe it’s the power of song =)


5) Destiny- witch yoo hee


Melodinya sungguh indah


6)Fate-Full House



Bengang je aku bila tahu si Izwan Pilus ke sape tah yang buat remade lagu ni ke BM, entah nape tah tak suka. Pastu masa dia buat persembahan kat Bukit Ekspo UPM tu, dia nyanyi dalam BM, aku sing along with him tapi dalam bahasa Korea. LOL.


7) Romance- Autumn In My Heart



Tolong. Music lagu ni sangat indah. Tak payah vocal, dengar music pun dah cukup.Aku suka part 0:20-1:57. Music ni tak mengingatkan aku kat citer ni pun (since aku TAK MINAT LANGSUNG pun citer ni.Diulang, citer ni aku TAK MINAT LANGSUNG ye). Aku tahu citer ni sebab mak aku follow, pastu tengok kejap tengok kejap tak, sampai ke last episode dua2 mati aku tetiba macam tak tahu dan tak faham sebab apa dan aku tak ingat apa benda yang aku dah tengok before ni.Apakah aku rasa macam boring je citer ni. LOL. Tapi muzik dia just truly awesome. Thumbs up!

8)Stairway To Heaven (lupa tajuk lagu ni apa)



First time tengok MV ni dan lagu ni aku rasa 'lain macam' dan 'aneh'. Sebab 'lain macam' dan 'aneh' tu la aku terdetik nak tengok citer ni . Walaupun Winter Sonata citer first yang aku addict giler nak mati tapi lepas tengok citer ni baru aku rasa eh eh eh sebenarnya Winter Sonata tu takde la best mana pun. LOL.

9) Starlight Tears-Boys Over Flower



Kenapa melodi lagu ni best sangat? Perempuan yang nyanyi ni memang betul2 menjiwai lagu betul.

10 ) Aku tak jumpa lagu lain dah yang boleh masuk this list. =)

p/s: Nombor yang aku buat ni bukan ranking ok. Aku suka 9 lagu ni in the same level =)