Pages

Dari telinga turun ke hati. TOP 10 Korean Drama OST



Penilaian ini hanyalah terhadap muzik&lagu sahaja ok tak berkaitan dengan drama mahupun kualiti drama. Sekaligus tidak bias terhadap mana2 drama. Maknanya tak semestinya lagu OST tak tersenarai, citer tu tak best dan tak bermakna lagu tersenarai di sini citer tu best. Diulang muzik ye muzik. Of course aku suka banyak lagi lagu2 OST yang lain tapi lagu yang tersenarai kat sini yang aku rasa ‘sesuatu’ bila dengar at the first time berbanding lagu lain. I love it ‘next into another level’ =)

Ok kita mulakan.


1) If You Love Me-Sad Sonata



Jangan tanya aku synopsis or jalan ceritanya. Aku tak tahu.hahaha. Citer ni mak aku yang tengok kat tv dulu pastu aku tengok2 camtu je takde la dedicated sangat. Mungkin aku rasa jalan ceritanya tak cukup kuat untuk aku tengok (haha).Last2 aku LOST. Tak sambung tengok sampai last episode pun. Haha. Takpe, yang penting lagu best. Aku dengar sekali je lagu ni terus sukaaaaaaa okeh!

2)Only You-Winter Sonata



Setiap kali aku dengar intronya, mesti aku spontan senyum tak tahu nape. Adakah sebab muziknya itu comel? Aku suka melodi keseluruhan lagu ni. Sangat suka.

3) Lover In Paris (lupa tajuk lagu ni apa)



Aku belum lagi tengok ceritanya tapi dengar sekali je lagu ni, terus aku repeat banyak2 kali. Hahah. Masa tu aku keje promoter kat kedai cd, bos aku tengah promote citer ni la yang kasi MV suruh pasang. Aku ulang lagu ni deret seminggu. Orang yang keje depan2 kedai aku ni muntah dengar lagu ni berderet seminggu, komplen suruh pasang lagu lain. Aku balas “Bos yang suruh pasang, bos tak kasi pasang lagu lain”. Pandai2 je aku bagi alasan padahal sebenarnya tak kisah pun tukar2 lagu lain selang-seli.kekeke. Lagu ni catchy, aku rasa ‘meriah’ je dengar tambah2 bila speaker system sound kuat, lagiiiii laaaaa.hahah.


4) If-Witch Yoo Hee



First time dengar kat blog farah.Heee. Before tu farah ada mention kat aku pasal citer ni tapi tyme tu tak tergerak hati nak tengok lagi citer ni. Pastu bila dengar je lagu ni kat blog dia, terus aku sukaaaaa and tanya yang ni lagu apa ni pastu dan dan ok aku pergi cari citer Witch Yoo Hee ni. Haha. Maybe it’s the power of song =)


5) Destiny- witch yoo hee


Melodinya sungguh indah


6)Fate-Full House



Bengang je aku bila tahu si Izwan Pilus ke sape tah yang buat remade lagu ni ke BM, entah nape tah tak suka. Pastu masa dia buat persembahan kat Bukit Ekspo UPM tu, dia nyanyi dalam BM, aku sing along with him tapi dalam bahasa Korea. LOL.


7) Romance- Autumn In My Heart



Tolong. Music lagu ni sangat indah. Tak payah vocal, dengar music pun dah cukup.Aku suka part 0:20-1:57. Music ni tak mengingatkan aku kat citer ni pun (since aku TAK MINAT LANGSUNG pun citer ni.Diulang, citer ni aku TAK MINAT LANGSUNG ye). Aku tahu citer ni sebab mak aku follow, pastu tengok kejap tengok kejap tak, sampai ke last episode dua2 mati aku tetiba macam tak tahu dan tak faham sebab apa dan aku tak ingat apa benda yang aku dah tengok before ni.Apakah aku rasa macam boring je citer ni. LOL. Tapi muzik dia just truly awesome. Thumbs up!

8)Stairway To Heaven (lupa tajuk lagu ni apa)



First time tengok MV ni dan lagu ni aku rasa 'lain macam' dan 'aneh'. Sebab 'lain macam' dan 'aneh' tu la aku terdetik nak tengok citer ni . Walaupun Winter Sonata citer first yang aku addict giler nak mati tapi lepas tengok citer ni baru aku rasa eh eh eh sebenarnya Winter Sonata tu takde la best mana pun. LOL.

9) Starlight Tears-Boys Over Flower



Kenapa melodi lagu ni best sangat? Perempuan yang nyanyi ni memang betul2 menjiwai lagu betul.

10 ) Aku tak jumpa lagu lain dah yang boleh masuk this list. =)

p/s: Nombor yang aku buat ni bukan ranking ok. Aku suka 9 lagu ni in the same level =)

0 voice out: