Pages

Makanan phobia

Nak kata phobia tu mungkin kurang tepat tapi lebih kepada makanan2 yang aku tak berapa nak masuk tekak kot.hehe

1) Tempoyak.

Perkara yang mak dan ayah aku pelik ialah aku hantu durian. Memang tahap hantu la kalau nak kata. Tapi memang say no to tempoyak. Dan sampai sekarang aku belum pernah sentuh dan tak berminat nak sentuh lagi.hehe. Tak tahu kenapa. Just not interested.


2) The tarik

Dari kecik sampai form 4 aku tak layan The Tarik. Nak kata sebab air bersusu, Nescafe dengan Milo aku layan plak. Tiada jawapan kenapa tak suka. Pastu masuk MRSM Taiping, waktu supper selalu la air the tarik ni jadi menu mak cik kantin ni. Nak taknak terpaksa la minum sebab aku takleh owh makan tanpa minum. Tercekik kang. Pastu lama2 minum tu kan macam eh eh ok la rasa the tarik ni takde la teruk sangat rasa dia. Setiap kali minum tu habis okeh. Siap tambah lagi. Balik rumah pun layannn the tarik. So mak aku dengan ayah aku hairan sejak bila aku boleh minum the tarik ni. Sebab biasanya kalau menu pagi kat rumah ialah teh tarik, biasanya mak aku akan buat air teh o untuk aku dengan nana sebab kitorang tak minum teh tarik. Sekarang? Minum je


3) Air bandung

Fuh, ini tak suka tahap kronik nih. Orang kata tak kenal maka tak cinta tapi dengan air bandung ni dah kenal tapi tak tercinta-cinta lagi okeh. Kembang tekak bila minum. Dari kecik lagi aku tak suka. Masuk MRSM Taiping selalu la air ni jadi pilihan makcik kantin untuk menu lunch. Aku ni terpaksa2 la minum sebab takut tercekik kang masa makan. Tapi cukup la seteguk dua. Aku rasa minum seteguk dua tu pun dah macam masuk rancangan Fear Factor dah. Sumpah rasa macam fear factor. Tekak aku macam takleh terima kombinasi sirap+susu.
Dan sampai sekarang aku tak boleh menerima air bandung ni. Kalau takde air lain selain air bandung aku sanggup tahan haus. Kalau aku rasa mcam haus separa mati, baru aku minum seteguk dua tak lebih dari tu.


4) Sambal belacan

Sekali lagi, kat MRSM Taiping ialah kali pertama aku makan sambal belacan. Sejak tu macam eh eh takde la horrible sangat rasa dia. LOL

5) Petai? Nooooo. Sampai bila2 pun aku tak nak makan petai, jering dan seangkatan dengannya.

6) Asam pedas. Nama je suku sakat Melaka tapi tak berapa interested dengan Asam Pedas. Ayah aku sedia maklum dengan hal ni. Kalau menu utama ialah Asam Pedas, dia akan fikirkan menu lain sebagai tambahan sebab dia tahu anak dia ni tak minat snagat Asam Pedas.

7) Tempe goreng
Hihii kegemaran baru sekarang. Dulu apasal tah aku tak suka. Aku pun lupa aku pernah try makan atau tak. Sekarang tetiba aku rasa tempe sedap giler sampai kalau ada dalam menu hari2 pun takpe.


tu je senarainya pun(^,)

Selamat Hari Kayangan Diya [2]



Terima kasih diya. Kerana cuba memahami diri ini where in certain condition, I thought no one will understand me.


Terima kasih diya. For being stay within this 2 years and didn’t lost contact while it seems like almost keep come into and leave me.


Terima kasih diya kerana berada ‘di mana-mana’ , for me =)


Terima kasih diya. For accept whoever me


Terima kasih diya. For didn’t stop blogging and willing to share your thought. Yeah, through your entry, I’m learned much about life =)


Terima kasih diya. Because you are one of the person that make me feel close to u even we haven’t meet yet. Well, as u said before, its not necessary to meet eye by eye in order to feel close. Right? =)


Terima kasih diya. For everything. Tentang Diya. That I can’t come out with a description and word. Happy 23th birthday. May your wish come true. Semoga dirahmati dunia dan akhirat.





p/s: You know why i keep remember much about you? Your thought, your entry and so on. It's not because i'm amazing and have such a amazing brain. I even not trying to remember it but it stay in my mind for no reason. Maybe it just because you are one of person that i feel 'close' to. U know right, sometime i'm very 'deep into' anything that related to person that i feel close/attached to. U already know this fact right? You can judge it based on my entry too. heheh

Enjoy birthday girl ^_^

Unknown title



1) Akan move on ke rumah baru after raya. Weee... Dua bulan okeh aku cari bilik area sana tak jumpa2. Susah sangat. End up dengan sewa rumah je kat sana (rumah banyak la, bilik sahaja takde). Aku dengan ada sorang ni berjanji untuk sewa sekali ada satu apartment ni pastu cari housemate lain. Bilik ada 3, kitorang duduk 3 orang je satu rumah, bilik sorang satu ohhhh heavennnn!!!!!! Tapi apartment tu kosong2 la takde apa. Ala janji ada tempat tinggal kan lain2 belakang cerita. Aku boleh je hidup tanpa tv (for sementara) tapi tak boleh kalau takde internet. LOL. Pasal basuh baju, ala manual pun boleh, macam tak biasa. Dulu kat MRSM Taiping mana de mesin2 ni semua manual jek. Hidup je aku 2 tahun. hohoh.. (ayat cover, entah2 kalau ada dobi kat tempat baru, antar je dobi.LOL). Oh baru teringat, dulu kat Taiping walaupun ada perkhidmatan dobi pastu dah bayar yuran wajib dobi setiap awal sem tapi dalam masa 2 tahun tu boleh kira dengan jari berapa kali aku hantar dobi. 2-3 kali jek? Aku pun tak tahu kenapa aku malas giler nak antar dobi. Malas nak bawak baldi turun bawah kot.

2) Bajet aku bulan ni lariiiii. Sob sob sob. Deposit nak masuk rumah tu (after dah bahagi2 semua) aku kene pass lebih kurang RM600. Fuhhh lari abis. Kalau tak RM600 tu boleh beli macam2 lah bukan? huhu..What to do lah kan. Redha jek. Lari bajet nak beli DVD Persona Tour.

3) Aim aku dalam tahun ni nak amik lesen kereta la. hahah. Tak lepas2 lagi nak amik lesennya pun. Semacam phobia sejak fail kali pertama test jalan raya ari tu.

4) Ramadhan tak berapa best kat tempat orang. Tak boleh nak berjalan mencuci mata kat bazar secara bermaharajalela. Ok tak faham takpe.

5) Pernah dengar tak "Don't ever tease people unless u are really best friend with them"? Bukannya maksud BFF, tapi cukup sekadar ko dah biasa dengan dia. Sebab kalau tak berapa baik sangat tapi berani tease2 confirm akan jadi isu. Pernah jadi dulu, ada la manusia ni otai la konon tease2 aku. Tapi bila aku tease dia balik mak aiii marah nampakk. Tu yang aku malas tu. Dia boleh tease, aku tak boleh plak. Jadi isu plak? Pe kes? Aku ok je orang tease aku, teruk mana pun memang takkan la nak terasa2 bagai ni TAPI DENGAN SYARAT aku boleh tease dia balik. And it happen antara aku&adik-beradik aku jugak. Sebab tu kitorang cam tak kisah tease antara satu sama lain dan kadang2 boleh menyentuh isu-isu sensitif dengan fizikal2 semua masuk. Itu bezanya tease dengan orang yang rapat dengan tease dengan orang yang tak rapat. So, kesimpulannya, DON'T EVER TEASE people if u're not really rapat atau tak berapa baik sangat dengan orang itu atau dengan erti kata lain, tak biasa. Sebab confirm akan jadi isu.

Merah


Selepas hampir 5 bulan keje, terpalit sudah 'merah' pada punch card aku semalam. Tsk tsk tsk. Sedih. Bukan datang dari kesalahan aku, sebab orang lain. Lewat 6 minit. Tercemar sudah punch card aku. Sob sob sob

Errrr...Sungguh dramatik sekali ayat intro. Macam la aku tak pernah datang lewat gi mana2 kan. Macam la kat UPM dulu aku tak pernah lewat kan. Eceh. Bukan apa, aku kalau gi mana2 biasa la lewat sket2 tapi kalau berkaitan kerja aku memang berdedikasi okeh. Sepanjang aku kerja start lepas SPM dulu, sebelum masuk matrik, masa zaman U (keje sementara cuti sem) and sampai la ke hari ni, imej bersih beb tak main la datang2 lambat ni. Muahaha.

Aku rasa kalaulah kat UPM dulu strict yaamatz contohnya kedatangan ke kuliah dicatat melalui punch card sape selalu datang lambat potong markah exam or whatever yang berkaitan sure aku ari2 datang awal. LOL. Teringat kat salah seorang coursemate. Tengok kitorang datang kuliah awal 15 minit adalah perkara yang sangat pelik baginya. Siap tanya "Eh, kenapa datang awal?". Kitorang gelak je. Imej datang lambat memang lekat la kat kitorang ni. hahaha

Sekian,
pekerja yang berdedikasi
Nadiah



hakhakhak.

Takde tajuk[2]

Aku tak tahu la apakah nasib malang menimpa lab aku ni. Mesin ni punya meragam masyaAllah sungguh hebat sekali. Dah masuk 2 bulan, dia punya rosak berturut-turut. Minggu ni part ni rosak, minggu depan kang part lain plak meragam bla bla bla. Kesian gak la kat engineer Chinese 2 orang ni yang asyik2 melayan karenah kitorang ni . Asyik panggil diorang datang lab betulkan. Agaknya diorang pun nak termuntah asyik mengadap muka aku je tetiap minggu.


Yang senior chemist aku ni lagi la. Boleh tak, masa aku ajar dia run ICP ni, dia salin penuh tawaduk la dalam buku. Skema abis. Sekali aku tengok benda yang dia salin tu ada la rupa macam karangan Bahasa Inggeris Tingkatan 1. Ah Soo ahh. Haiyaaaa. Orang bekerja buat nota dalam flow chart ok, senang faham bukan macam buat karangan siap dengan tatabahasa . Aku diamkan, kang aku menyampuk kang macam apa plak kan. I guess nota dia, dia je la yang faham. Sekali aku suruh dia run sendiri. Alone. Aku just dok kat sebelah. Kejap2 kang aku tengok dia tengok buku tapi asyik tanya aku. Pastu aku sajeee je jawab “Tengok la, u tulis apa masa I ajar tadi? Refer la nota u” Sekali dia jawab “U ajar laju sangat la, I tak faham” . Mak aih, laju apakebenda aku ajar dia sempat buat karangan siap dengan tatabahasa semua?


Pastu dia minta aku ajar sekali lagi. OK FIND. Aku ajar lagi. Kali ni dia buat nota lagi. Tapi kali ni versi nota ringkas ala2 nota sejarah Tingkatan 5. Pastu aku test dia lagi. Suruh dia buat alone. Sekali apa yang dia tulis kat buku dia sendiri tak faham. Apakah?? Pastu asyikkk la tanya aku balik.


Huwaaa sedih ok cenggini. Bukan nak cakap apa la, dulu senior chemist yang dulu ajar aku SEKALI SAHAJA OKEH! SEKALI. Dia ajar+aku buat nota terus. Masa tu dia kata “U kene faham betul2 tau, minggu depan I takde dah” . Seram sejuk aku dengar. Aku salin nota dengan penuh khusyuk dan kesungguhan la. Sebab calibration standard ICP untuk fresh grad macam aku (dulu) adalah proses yang boleh kata rumit. Serius rumit. Once salah, kene buat the whole process balik yang ada la makan masa 2 jam. Gilaa!! Kali kedua aku calibrate standard, alone. Tangan aku menggeletar. Kalau salah memang takleh tanya sape2 dah sebab takde sape tahu. Senior chemist aku yang ajar aku dah berhenti dah. Aku dengan dia je yang tahu benda ni. Tapi Alhamdulillah la, aku calibrate sekali je , berjaya, takyah repeat. Kali ketiga pun still aku rasa berdebar masa nak buat. Sebab aku takut tkesilapan kecil yang membuatkan fail. Tapi berjaya. Dan seterusnya, lama2 aku rilek je la buat.


So bengang tak kalau kau belajar sekali pun dah boleh, orang yang so called dah ada experience bertahun-tahun(note:SENIOR), aku ajar nak dekat 5 kali (termasuk demo+buat sekali dengan dia+ajar secara formal) pun tak lepas2 lagi? Haiyooo tension okeh. Padahal benda senang. Nampak sangat dia tak nak focus@tak bersungguh-sungguh. Dah la aku tengok nota dia berserabut, sikit pun takleh pakai. Cuba lah buat nota yang kau faham yang oii. Pastu bila ko follow je nota tu takyah tanya aku dah. It simple okeh. Just follow step by step. Macam mana, dia sendiri pun tak faham nota dia, so???? Tengok buku pastu tanya aku balik. Bila kali keenam suruh buat lagi, dia refuse. Dia kata dia takut nak buat nanti jadi lambat. Apakah? Aku pun lambat jugak dulu2, terangak-angak. But it happen for kali ke-2 dan ke-3 la. Tak sepatutnya lepas tu blur2 lagi. Haiyohhh geram je aku dengan ke-tak-fahaman dia ni. Sampai bila nak tahu kalau gelabah sikit taknak buat? Dah la calibrate ni bukan selalu, sebulan sekali, so bila lagi nak pandai buat alone? Ni setiap kali buat tu la setiap kali tu la tanya aku.Macam aku tak pernah ajar before2 tu. Masuk 6 kali ajar pun still tanya aku pastu buat perkara yang salah..

Aku rasa ke-tak-sungguhan dia ni sebab dia tahu aku ada. So dia bergantung kat aku la. Lagipun macam jawapan dia bagi kat aku bila aku soal dia macam mana kalau aku takde tapi dia tak tahu nak calibrate. Jawapan dia?

"Calibrate bukan selalu kan? Sebulan sekali je kan? U cuti takkan begitu lama"

Baiklah kang kalau aku berhenti kerja bulan depan atau bulan seterusnya kang, terangak-angak la kau. Sekian

p/s: Dia selalu kata "Nadia, u kene ajar i sampai pandai, nanti u cuti ke, nanti susah kalau i tak tahu calibrate. Pastu bila aku ajar payah plak benda ni nak masuk dalam kepala dia. Aku rasa dia ok je cuma dia bermasalah dengan nota dia. Aci tak kalau aku sound dia direct. Eceh macam tak biasa.. Banyak kali je aku sound dia tapi indirect la, sambil gelak2. Tapi dia cam "Haiyaaa, u buat la, susah la" sambil buat muka berkerut-kerut kononnya susah gila.. Balik2 susah balik2 susah. Haruskah aku sound "U buat nota tapi u sendiri tak faham, macam mana? U tulis nota elok2 sikit la, simply buat flow chart je la buat apa ayat panjang2 tapi last2 u tak faham jugak apa yang u tulis." Kang dah jadi kelas tutorial 'Belajar membuat flow chart nota ringkas" instead of " Learn the method to calibrate ICP Standard"

Love Hate Relationship


Zaman kecik aku banyak dihabiskan bersama fiza. Logik ar sebab kitorang beza setahun je. Nana lahir masa umur aku 5 tahun tu pun dia baby lagi takleh nak bawak main so banyak masa aku dengan fiza jek. Kitorang selalu bergaduh. Mak cakap macam anjing dengan kucing. Kejap baik kejap kang gaduh balik tarik muka 14 inchi. Pastu kang baik balik.

Mungkin salah satu sebab kitorang bergaduh ialah sebab fiza sendiri. huahuahua. Dia ni 'keras' sikit dan ada sedikit ciri2 pembuli dan aku pulak kuat melawan dan pantang dibuli memang selalu gak diakhiri dengan gaduh2&perang mulut. Ingat lagi masa bulan puasa, aku rasa fiza ni takde keje kot selain nak buli aku. Dia dengki kot budak kecik macam aku ni konon2 puasa penuh. Kira macam hebat la kot budak kecik puasa penuh. Tyme tu dia tak puasa ke puasa setengah hari tah, dia goreng nugget. Pastu masa tengah goreng tu kebetulan aku kat dapur, dia pergi SUMBAT NUGGET TU DALAM MULUT AKU pastu gelak2. Siot kan. haha.. Aku melawan pun dia berjaya jugak masukkan sikit dalam mulut aku. Apa lagi aku yang konon2 rasa bersalah sebab terbatal puasa menyumpah-nyumpah la dia pastu menangis-nangis la sambil kumur2 mulut nak hilangkan 'rasa' nugget tu dalam mulut.

Itu salah satu contoh 'kekejaman' fiza, nak citer lebih2 kang takut jadi ngumpat kang. hahaha. No offend zaman kecik masing2 tak matang. Sekarang ni takde der dia berani nak buli aku dah.

Aku dengan nana dulu tak berapa rapat sangat. Mungkin sebab jarak usia 5 tahun itu. Dan mungkin jugak sebab aku rapat dengan fiza. Dan aku dengan nana selalu gak bergaduh. Ada je benda tak kene. Aku mula rapat dengan nana just satu sebab je

SEBAB KITORANG SAMA2 MINAT KOREAN DRAMA & LATTEST NI MINAT BAND KORA YANG SAMA.

HAHA

Should i thanks to korean wave? *grin*

Can u imagine, banyak masa dihabiskan dengan gelak gelak gelak (sampai mak aku sendiri pelik, kitorang asal cerita2 je mesti gelak2, asal cerita2 je gelak tak hengat padahal diorang semua tak faham apa yang kitorang gelakkan). Bila asyik gelak je mana ada ruang langsung nak bermasam-muka. hahaha

Sekarang ni aku dengan nana dah jarang bermasam-muka tapi aku dengan fiza selalu gak still gaduh2 sikit2. 'Panas' kot. Orang kata adik-beradik beza 1 tahun agak 'panas' sket.hahah

But this is how it work. Love & hate relationship =D

Twitter in twtkr is preety cool

OK aku jakun kejap guna application ni sampai buat tutorial bagai. huahuahua. Tumpang lalu ye ;P


First, click kat bahagian bulatan tu


Akan keluar pop-up. Lepas tu isi-isi la mana yang patut pastu tekan 'allow'

Automatik direct ke homepage. Of course in korean but relax, its not that hard. LOL

Pergi ke tab ke-6 dari kiri (setting)- Actually pengguna Firefox korang hala je cursor kat word2 ni, biasanya akan keluar link@word english kat bahagian bawah kiri browser kan, so boleh la faham kot..

Tab pertama baris ke tujuh, sila pilih twitlonger (aku pernah daftar n pernah guna twitlonger dulu so yang tak pernah guna twitlonger ni kene guna dulu la sebelum funtion ni automatik berjalan). Setting yang lain2 takyah usik pun takpe.

Bagi yang rajin stalk artis korea, sila la pilih function translation ye



Yang highlight biru tu adalah perkataan korea untuk 'english'. Kiranya kita pilih translation dari apa2 bahasa ke english la. Kalau status kawan korang dalam malay tapi korang tak paham malay (kononnya la), korang boleh translate status tu ke english. LOL. hehehe.. Dah siap setting click kat kotak kecik bahagian paling bawah (yang gambar atas ni la). Kotak kecik tu bermaksud 'save'.

Kat setiap update status, kalau hala cursor akan muncul 5 kotak berasingan kat bawah sikit dari status tu belah kanan (aku takleh screencap pandai2 la korang tengok ye). Klik kat kotak yang kedua dari kiri (ayat english 'initialize') then tunggu la kalau2 ada translation yang keluar


ni salah satu contoh yang aku klik translate

MAKSUDNYA PERISIAN INI DIA CONNECT DENGAN GOOGLE TRANSLATOR ok. Bijak betul orang yang reka nih. Banyak benda dia connect. Maka sape2 yang selalu stalk artis korea tu takyah susah2 copy status diorang paste kat google translator ye (cewahhh pernah buat ke nadia? Ada la dua tiga kali.LOL). Apa bukti dia connect dengan google translator? Masa clik button tu kan kat browser bahagian bawah ni (untuk yang guna firefox), masa tengah processing bleh nampak dia connect dengan google.com punya translator.


1) Reason aku rasa cool giler. Sebab aku kadang2 kan kalau reply kat org bertapa kat status amik masa yang lama fikir macam mana nak pendekkan ayat. Nak update status panjang boleh la guna twitlonger, kalau nak reply orang panjang? Puas aku geledah twitlonger punya page still tak jumpa (ke aku je yang tak reti?). Ok reason nak lebih word? Mungkin sebab dah terbiasa berblog ayat penuh (tak reti nak short-form kan ayat) pastu dah biasa cakap banyak (LOL). Kat tweet-deck n web kan ada limit kan. Kdg2 tension aku sebab fikir camne nak pendekkan ayat. hhahha

Kalau reply/update panjang automatik akan keluar sebagai url



So kalau update/reply yang ada url sama ada kita sendiri yang update, atau orang yang kita follow punya update, dia akan automatik display ayat penuh takyah nak bukak new link tab

2) Can see picture directly from 'homepage' takyah click apa2 untuk loading, takyah bukak new link tab.

Untuk connection internet aku yang ala2 macam hidup segan mati tak mahu pada satu2 masa tu, memang berzaman la nak tunggu gambar keluar (loading) kat tweetdeck, aku copy pergi new link tab tu berzaman jugak la nak tunggu dia loading.Biasanya kengkawan aku je yang aku view gambar kalau ada. Kalau artis2 tu ikut mood, selalunya memang aku tak bukak la (aku ada penyakit malas nak bukak new link tab for twitter purpose.haha). So cara ni cepat dan ringkas ^_^

Automatik kesan url yang ada video dari update rakan/update sendiri. Can watch video directly (youtube, twitvid etc)



Da macam facebook da... Macam blog pun ada jugak. Embeded terus.heheh. Genius gak la orang yang reka twtkr.com ni


3) Kalau nak reply/respon update kawan, kalau hala cursor kat status akan keluar sign bintang, anak panah dengan RT kat sebelah kanan. Kalau nak RT, click kat RT. So nak reply just click kat anak panah tu je la (takleh screen cap for some reason)



4)Ini page yang di-khaskan untuk RT yang dibuat oleh rakan2.


specific, huh?

Pandai2 la explore selain button ni button apa lagi yang kat baris tu (belah kiri). Setahu aku 1)home 2)Mention (kalau ada orang reply kita)3) Message (atau kata lainnya DM) 4)Timeline kita 5)RT oleh kawan2.

5) boleh tgk orang reply siapa punya status dan status apa respectively.

Asalnya rupa macam ni


Klik kat bulatan. Nak tgk dia reply status yang mana satu respectively.


jadi la cenggini



dan ini untuk refresh homepage



Yang bestnya semua2 benda pun directly and tak perlu masa yang lama untuk loading. Dan actually aku ada la follow beberapa fan-account tapi AMATLAH JARANG untuk bukak setiap link pic yang diorang kasi. Bila aku tak bukak, rasa macam menyemak. Bila menyemak apa dia? Of course aku rasa macam spam!! hahaah. Kalau keluar direct aku just cuci mata je la kot., so takde la rasa spam sangat. geheheeheheh

so kesimpulannya twtkr ni tak semestinya orang korea je boleh guna walau tulisan korea (yang aku tak faham pun). Aku klik sana klik sini tadaaaa, boleh guna dan faham sikit2 cara dia.

For mysis, nana


Nana, i just read ur blog and specifically that entry (baru je baca beberapa minit yg lalu). I'm really sorry i can't fulfill my promise. Bukan apa, aku ingat ko tak serius tyme aku promise dengan ko (in a short word, aku ingatkan aku cakap syok sendiri jek tak sangka u taking serius about my word) dan aku ingat kat sana ko sangat busy sampaikan entah2 kalau aku ajak engkau mesti kau kata tak boleh due to ur university commitment. And the decision is really short notice. Aku buat keputusan kalau tak silap on the spot something like that, tak sempat fikir apa pun. Maklumlah diorang pun rancang tergesa-gesa kan..

Sorry again. And lain kali kalau ada lagi aku janji aku ajak ko eh. Jangan merajuk-merajuk. kekeke ^_^

Stay keep the faith eh. Nanti kalau termakbul and ada lagi, sumpah aku ajak ko tapi depends kat ko jugak la mana tahu ko ada commitment lain takleh gi.huhuhu....

Title Baru

Perempuan Melayu Terakhir.

Itulah gelaran yang baru aku dapat semalam.Haa... Gelaklah kalau nak sebab aku sendiri tergelak okeh. LOL

Itulah yang aku dapat bila aku membisuuuu dan menjawab usikan@pertanyaan orang dengan senyuman sahaja. muahahah. Aku takleh owh nak beramah-tamah dengan orang yang aku tak biasa. Aku hanya mampu senyum je. Dan of course aku takleh nak havoc2 dengan orang yang aku rasa tak selesa. 'Perempuan melayu terakhir' itu la yang orang nampak kat aku bila aku rasa tak selesa dengan orang. Kiranya macam pemalu la. Padahallllll.... Ni kalau adik aku tahu ni sure dia gelak gila2 neh.

Bila dengan lelaki lagi laaaaaaa. Aku sangat tak mesra dengan lelaki dan agak dingin, tak mudah nak bersenyum-senyum sebab tu sampai sekarang lelaki yang pernah baik dengan aku, aku boleh kira dengan jari tangan je nih. Err reason tak mudah mesra@senyum? Sebab aku rasa kalau senang mesra2 & beramah-tamah sangat akan kelihatan macam perempuan kabaret mencari pelanggan. KAHKAHKAH. Pendapat aku je la no offense yeah. ;P

Dulu masa time keje dulu, tyme tu ada sorang budak lelaki baru masuk dan kitorang sangat tak mesra, manager aku (perempuan) pernah tegur "Ya Allah korang ni. Tak bercakap. Sorang ke timur sorang ke utara!" LOL. Budak tu jawab, dia kalau baru2 kenal orang memang macam tu (sama la macam aku okeh). Aku plak jawab yang tu tak sampai seminggu. Aku dulu dengan Syafiq (pekerja kat situ jugak) amik masa 1 bulan okeh untuk baik@mesra. Terngangaaaaaa manager aku bila dengar word '1 bulan' tu. Wakakaka.

Syafiq tu ala2 budak backstreet sikit. Tau kan maksud backstreet? Kitorang sangat berbeza dari segenap segi. Sebab tu aku susah nak 'in' dengan perangai dia. Dah la macam tu, pastu stok pendiam dengan orang tak biasa ala2 macam style aku jugak, lagi laaaaaa. Tapi macam2 tu dia still boleh pecahkan 'tembok pemisah' yang aku sendiri cipta. Disebabkan dia sendiri yang memecahkan 'tembok pemisah' itu, sampai sekarang aku masih tak percaya how come aku boleh baik dengan dia sebab perangai kitorang adalah jauh panggang dari api. Dan aku tak pernah terlintas dalam kepala yang aku boleh masuk dengan orang type2 macam dia.

Yang budak baru tu kalau tak silap dalam 1-2 minggu je kitorang baik sebab cara kitorang macam sama sikit. Sebab dia bukan jenis budak2 backstreet. LOL.

Ayah aku pernah beritahu, kalau kita kawan dengan orang yang 'jahat' pun tak salah asalkan kita tahu batas dan jangan terlalu rapat sangat. Jangan terlalu ikutkan sangat perangai dia@jangan terpengaruh. Rapat biasa2 je dan as long as kita pandai kawal diri kita, it doesn't be a problem. Dulu aku tak faham maksud ayah aku ni (sebab mostly kawan2 aku adalah dari genre yang sama macam aku) tapi after all this while aku faham dah maksud ayah aku.


Dengan perempuan pulak aku senang sikit nak cepat baik. Tapi kadang2 perlu masa jugak la. hahaha.. Aku ni semua benda pun mesti ada 'kadang-kadang'.

Yang peliknya aku ni, kalau melibatkan kerja especially masa aku jadi promoter dulu2, woahhhh peramah tak ingat neh. Tambah2 kalau dengan customer/potential customer. Bab bercakap/mempomosi sila bagi kat aku. Lelaki perempuan aku main taram je.LOL. Of course lenyap terus istilah 'perempuan kabaret mencari pelanggan'. wakakaka.

p/s: Setakat ni dah dua ex-rumate (Nik &wawa) cakap yang mula2 masa kenal aku diorang ingat aku sombong/pendiam/batu/kayu dan seangkatan dengannya sebab biasanya sapaan diorang aku akan jawab dengan senyuman sahaja. Wawa cakap macam ni "Nadia, meja kita sebelah2 bolehlah kita study sama2". Aku? *senyum*. Nik pulak...errr...aku lupa apa sapaan dia tapi dia cakap reaksi aku just senyum je and dia kata nampak macam nak tak nak je layan dia bercakap camtu la lebih kurang. =D

Update

Susah kan kalau dapat bos yang tak berapa memahami? Siang tadi aku menadahkan telinga dengar senior chemist aku komplen tentang manager kitorang. Ada ke pump ICP rosak dia salahkan kitorang? Aiyoyo, serupa kalau kau sakit pastu tanya doktor "Doktor, kenapa saya demam doktor?" Doktor nak jawab apa? Sebab awak dah memang nak demam so demam la nak sebab apa lagi?

Kitorang rasa sebab ICP run overload. Ada kemungkinan tak cepat rosak? Entah, aku teka je. Tapi ada kebaikan jugak la rosak sana sini, error sana sini. At least aku dapat belajar something dari engineer machine tu. I mean sort of troubleshoot dan macam mana nak overcome troubleshoot tu. Ada sekali tu tiub tersumbat, aku pun apa lagiiii main hentam je potong & sambung sana sini sekali engineer tu tengok kagum ok. "Ni sape yang sambung ni?" "Saya, kenapa? Salah ke? Kitorang takde tiub spare yang jenis macam ni so saya main sambung je bla bla bla" Aku tak ingat dia jawab apa tapi dia tergelak dan macam tak percaya otak aku boleh terfikir nak buat sambungan wierd tapi berfaedah tu. LOL. Wierd ok. Sambungan macam apa je . Takpe, asalkan air boleh lalu tiub sudahhh peduli apa tiub tu rupa macam tak siap ke apa ke. hahaah.... Aku mengikut kata pepatah "Gunakan sumber yang ada"

Yang peliknya sejak kedatangan senior chemist aku tu (dia lewat masuk sebulan dari aku) ada jeeeee equipment yang rosak. Let me make a list. Mula2 PC rosak. Lebih kurang 2 minggu baru boleh repair. Lepas tu ICP rosak. 2 minggu lagi masa nak repair. Total=1 bulan aku goyang kaki. Pastu alat penimbang plak rosak nasib baik yang ni kejap je satu hari dah elok. Pastu Boil mill plak rosak (alat nak hancurkan sample jadi serbuk). Pastu baru2 ni pump pulak rosak. Aiyoyo.. Tau senior chemist aku kata apa? "Kenapa ye semua barang pun rosak. Lab ini ada hantu ka?"

Senior chemist aku tu dah tua so tau2 je la mulut dia kalau mengkomplen macam mana kan. Aku layannnnnkan aje la. Aku ok je kalau orang tu tak kacau aku. Sekarang manager aku tu takde la direct kat aku sbb apa2 pun dia direct dengan senior chemist so apa2 dia la yang kene. Kene bambu ke apa ke. Ada ke belum confirm lagi berani dia amik cuti sampai 3 hari selama 3 bulan keje? Aku yang keje 4 bulan ni pun baru amik cuti 1 hari je (27/8 untuk event ehem ehem, cuti awal sket ;P ). Itupun selepas confirm baru aku amik cuti. Ayah aku pesan, selagi tak confirm jangan buat hal. Contoh buat hal tu adalah 'amik cuti'. So konon2 kalau demam pun nak keje la ngehngehngeh terlebih rajin plak. Senior chemist aku tu kata dia amik cuti sebab anak dia sakit. Sekali masa dia cuti, manager telefon "Miss XXX ni tiap2 kali pun anak sakit meh?" Aku jawab "Mana saya tauuuu" hahah tanya aku plak, macam aku ni sedara dia. LOL





Ni rupanya manager aku.

Perghhh kalau dapat manager camni, aku pun gerun jugak. Garang ok! Errr ada rupa macam Edward Cullen? Sudah tiada perasaan pada Edward Cullen dah sekarang. Tahniah nadia! LOL

p/s: Sebenarnya banyak nak cerita pasal bos aku ni. Berkobar-kobar nak cerita tapi bila depan lappy tak tertaip pulak. HAHAHA.

Move On

Yeay, tak payah pergi rumah sepupu aku tu. hahahaah. Pergi rumah sedara yang lain. Bila nana dengar mak cerita yang aku tak nak duduk rumah sepupu aku tu terus nana buat muka "Angah nak duduk rumah dia sorang2? Aku tak percaya".

Pastu dia tambah lagi "Kalau ko ajak aku duduk sekali dengan ko kat sana pun aku tak nak"

Haaa betapa taknaknya tinggal sekali dengan sepupu aku tu mak silalah faham anak-anakmu ini. LOL. See, kitorang tak suka dia atas sebab2 tertentu yang sulit untuk diceritakan. Masa mak&ayah suruh tu aku macam protes sikit la. Aku taknak. Mak&ayah macam pelik sangat kenapa aku taknak. Diorang ingat aku saje2 je taknak bla bla bla apatah tak ingat. Diorang ingat aku segan pastu cakap 'Nak segan apa? Bukan tak rapat. Rapat kan.'. Rapat?? Oh pleaseeeeeee!!!!!

Aku sanggup duduk dengan orang yang aku tak rapat dari duduk dengan dia.

Pastu sejak dari itu fikiran aku runsing sangat. Dalam kepala dah imagine macam2 sampai tak sedar air mata keluar. Dah la masa tu nak makan malam dengan parents aku kan. Kat meja makan pun aku tak boleh tahan jugak. Entah, aku sedihhh gila. Kat meja makan sebab fikir, aku tak boleh nak bercakap apa2. Yang mampu aku buat kesat2 mata & tunduk bawah. Aku rasa mak ayah aku sedar kot perubahan yang selama 23 tahun hidup ni tak pernah aku bereaksi macam tu dengan mereka

Tiba2, mak beritahu aku, aku duduk dengan orang lain. Yahoooooo. Macam paham2 je walaupun aku tak yah cakap apa2.

Ok, kesimpulan entri ni, esok lepas kerja aku akan direct pergi Klang. So aku tak tahu signal bb kat sana macam mana. Kot la takde line ke takleh la nak online. Sob sob sob.

First time


Buat pertama kalinya aku pergi ke acara berunsurkan hiburan/artis. LOL. Selama ni mana pernah aku pergi mana2 konsert ke showcase ke apa ke. Konsert jom heboh yang free tu pun aku tak pernah pergi (walaupun ada siti nurhaliza), apatah lagi konsert berbayar kan. Memang harammm tak pergi.


Setelah fikir masak2 atas faktor sorang je yang datang, aku pilih seat yang warna kuning. Yang warna merah tu hanyalah apabila 3@5 ahli datang BERSAMA-SAMA AS A GROUP (bukan as solo). =)


Kali ni..err..aku tak tahu courage apa yang menyuruh aku pergi. LOL. Ok, speechless sebenarnya. Mungkin aku rasa aku sangat 'in' dengan every unique personality of them kot. Sebab sebelum2 ni aku banyak je tersesat(?) tengok variety show yang involve group lain tapi kalau terbukak satu tu, haa yang tu je la aku tengok takde courage nak sambung cari lain2 video related. Taste masing2 kot ;P

Dan satu sebab untuk aku minat diorang ialah sebab diorang tak cover macho. hahaha. Walaupun digelar 'flower boy' tapi bila 'kenal' betul2, tak flower pun. LOL. Bukan aku kata cover macho tu tak bagus, cuma aku lebih prefer watching' orang yang selamba,spontan dan sempoi je macam diorang ni. Ciri paling penting diorang adalah playfulness. Live interview ke, tak live ke, main taram je diorang. Dan selalunya perbuatan ala2 tak berapa nak jaga imej ni bukannya orang suruh pun, diorang spontan volunteer buat. Aku suka je tengok mereka tease antara satu sama lain. Kadang2 di luar akal fikiran aku ni haaa

I like their attitude towards each other, the way they interact and the way they present themselves to public. I think if i wasn't their fan, i wouldn't know how they're like normally. I maybe would've thought that ss501 is a group that cares too much of their image.



Masa tahun 2006, awal2 dulu. Err sape kata leader pernah berlakon BOF je?? Hyunderella pun dia berlakon apeee. Hyunderella=hyun joong as cinderella. LOL. Pastu pandai2 je diorang tukar jalan cerita cinderella kawen dengan magician.



Tahun 2009, diorang dah matang sikit dah. Aku tergelak-gelak tengok reaksi JM jerit dengan reaksi baby pi antuk kepala kat dinding tu. LOL.

Aku rasa la setiap video diorang (kecuali video diorang yang sedih2), setiap yang diorang buat macam tak sah kalau tak buat aku gelak. Mana taknya, tengok reaksi muka diorang pun aku dah gelak2 belum masuk lagi dengar diorang cakap&buat semua. LOL.


p/s: Err fanmeeting ni bukan semua ahli terlibat. Sorang je. Sape? Yang kene buli dalam video kedua =)

p/s: Aku rasa kalau aku setakat minat lagu+muka je, aku takkan attend kot fanmeeting ni. Dan aku sedikit rasa 'wahhhh' dengan orang yang attend semua fanmeeting artis korea yang datang Malaysia. Ialah, nak pergi sekali bukan murah ok (pendapat dari aku yang kedekut.lalalala~).

p/s: Menanti 28 ogos =)

Nama paling panjang dalam Facebook

Selalu kalau orang nak represent diri mereka to public/FB, biasanya paling banyak pun 2@3 nama yang diletak or gabungkan dengan nama sendiri. Oh, itu biasa ok. Contoh adik aku la. Dia represent herself as Green Pea maka dia letak la nama dia as 'Liyana Green Pea' haaa gitu. Tapiiiiiii bila first time tengok nama senarai bawah ni, hulamakkk aiiii, aku nak tergelak pun ada jugak (ok memang aku dah gelak@sengih dah pun).









Orang yang tak paham mesti rasa pelik apasal laaaa nama pelik2 ni kan tapi bagi aku yang paham meaning every single word yang diorang tulis+gabung2 tu memang tergelak la. Semua nama dia nak angkut sekali dalam satu sukukata. LOL

Pastu tetiba je aku jumpa komen ni kat somewhere




ORANG ZAMAN KERAJAAN SRIVIJAYA? WAKAKAKA!!!! Terburai ketawa aku okeh on the spot serius tak tipu. Lawak la. HAHAHA. Minah tu pelik nama panjang2 bagai, tu yang dia sound tu. LOL. Kelakar plak aku tengok gelagat diorang ni.

p/s: Pelik macam mana FB boleh approve nama panjang2 gitu. Aku rasa sistem auto la (yang kononnya dikatakan manage by someone.haha)

L zaman sekarang

Sejak aku up no fon (ni gara2 iklan nak cari bilik sewa la ni) kat several website khas untuk cari bilik sewa tu tetiba je ada panggilan dari lelaki aneh. Pukul 3-4 pagi plak tu call, of course beridentitikan ANONYMOUS (private number) dan tahu plak nama aku nadia.

Setakat ni dua panggilan aneh aku dapat. Panggilan pertama suara ala-ala gigolo mencari datin. Panggilan kedua ala-ala nyah mencari pelanggan. Tak koser nokkksss. Geli-geleman okeh!!! Gaya ala2 nak phone s*x je. Blerghhhh


Masa dapat call tu sumpah rasa nak maki2 je tapi ehem ehem sebab kata2 makian macam tak biasa je keluar dari mulut aku so aku macam terkunci dan terkelu seketika kemudian terus matikan panggilan tanpa berlengah.

Aku rasa lain kali aku nak plan kasi ceramah la kat diorang. Kasi ceramah ala-ala ustazah sikit tengok diorang akan balas apa. Holoh bukan diorang tahu aku sape kan so tak kisah la aku nak 'up' imej ustazah sekalipun. HAHAHAAHA.

Tentang Sign

Dulu masa kat matrik cara aku sign ala2 style malas. Aku sign huruf sebijik2 macam ni NAD .Haaa macam tu la. Disebabkan tu nama aku dan 3-4 orang lagi di-announce dalam kuliah biologi suruh berdiri dan diberi peringatan untuk sign bukan dengan huruf sebijik2 lagi. LOL. Kerana sign kami2 ni diragui. Konon2 senang la sign macam ni nak minta orang sign-kan. Kira macam senang la nak ponteng la. Oh ponteng?

Aku kat matrik skema ok. Mana main ponteng2 ni. Mungkin sebab lect best2 kot sayang gile nak ponteng.Trend ponteng aku hanya wujud kat UPM je. LOL. Tapi ponteng kami pun berpada-pada dan secara bijak. Erk. Kedatangan wajib ialah minimum80%. Maksud? 20% bolehlah ponteng kahkahkah. Pastu ponteng plak amik2 turn. Dah macam berjadual pulak. Memandangkan kami bertiga so biasanya sorang je yang dibenarkan ponteng yang lagi dua silalah tunggu turn hep hep jangan potong turn.LOL. Pastu selagi boleh, silalah 2 orang tu tolong sign-kan sorang yang ponteng tu. Bertungkus-lumus sebelum tu untuk terer dalam meniru sign antara satu sama lain. Untuk sign Sya, aku master (sebab selalu berlatih. Wakakaka). Untuk sign nora, sya yang master. Untuk sign aku, eh entah sape tah yang master sign aku lupa plak aku. Tapi kalau kene jenis lec yang 'kira' bilangan student memang bahayaaaa. Nasib baik kitorang selalu luck tak pernah kantoi.

Ponteng2 pun ponteng bersebab bukan saje2 oke (tapi macam ada je sebab saje2.LOL.muahaha)

p/s : saje je mengimbau kenangan dulu

p/ss: eh eh eh 3 entri untuk malam ni? Sungguh productive sekali

Oh gila

Habis la habis laaaaa. Kan aku kene beredar ke daerah yang berdekatan dengan tempat kerja aku pada bulan 8 kan. Eh sekarang bukan dah bulan 8 ke? LOL. Pastu tak jumpa lagi bilik/rumah yang available sekarang. Haishhh time aku taknak berlambak plak iklan, time aku nak cari tu laaaaa memanjang je takde.

Nak dijadikan cerita mungkin ayah aku ada cerita2 kisah aku kene duduk daerah sana tu kan. Tetiba jeeee ada seorang sepupu aku (lelaki, dah kawen) beria-ia ajak aku duduk sekali dengan dia&isteri dia (dia beritahu melalui ayah aku). Aku bukannya apa, sepupu aku tu errr errr 'something wrong somewhere sikit'. Dari segi apa tu takyah la kot cerita kat sini nanti jadi termengumpat plak kan. Yang pasti something wrong somewhere tu memang aku 'gerun' sikit la. Kot la apa2 jadi nanti kan. Hohohoh aku macam nak bagi hint plak kan.

Kesimpulannya aku takkkk nakkkkkkk!!!! Menjerit-jerit aku dalam hati yang aku tak nak!!!! Ayah sila dengar!!! Tak nak!! Arghhhh!!!! Aku sanggup pergi mana2 asalkan bukan rumah sepupu aku tu. Gilaaa arrr, aku dengar je ayah aku cerita terus terkejut badak okeh. Ayah aku tak tahu ke dia tu something wrong somewhere sikit? Ke sebab aku tak pernah cerita kat dia apa yang something wrong somewhere tu? Takkan nak cerita plak kan. Sebab aku syak je dan benda ni telah lama dimengumpatkan di kalangan aku, fiza dan nana. Means kitorang2 je yang tahu. HAHAHAA. Apasal la aku macam nak bagi hint jeh kat sini padahal tak boleh.

Adoi, masalahhhh.....

Surat,emel dan kata-kata layang. Percaya atau tak?

Aku: Nasib tak ditentukan oleh nombor
Seorang pakcik yang aku kenal: Bukan. Nombor yang menentukan nasib
Aku: (potong cakap dia dengan tegas dan seriusnya) Bukan nombor yang menentukan nasib. Allah yang menentukan nasib seseorang.
Seorang pakcik yang aku kenal: (big laugh & tak terkata)

p/s: Perasan tak pakcik tu macam nak putar2 ayat aku? Nasib ditentukan nombor atau nombor menentukan nasib bukankah maknanya sama???

Masa tu aku dengan pakcik tu berdebat pasal isu nombor 4. Masa tu aku questioning kenapa ramai tak suka nombor 4 .Padahal aku dah tau sebabnya apa (apa lagi sebab banyak tengok cerita Cina la, menambah pengetahuan lah bukan?), dah tau sebab tapi AKU SAJEEEEE JE NAK TAHU PENDAPAT seorang mualaf macam dia (dia dah 10 tahun lebih convert) . kekeke jaat tak aku pura2 tak tahu sebab nak dengar sendiri pendapat dia? Anggap saja aku curius nak tahu .Dia kata nombor 4 bawa sial@malang@malapetaka la camtu. Masuk Islam from Buddha that's why no wonder dia 'tercakap' macam tu. Aku pulak selamba je sound dia. hahaha. End up dengan laughing. Aku tak sangka dia sambut kata2 aku dengan gelak sebab aku tak gelak@buat lawak pun, aku cakap dengan serius. Aku nak sambung lagi isu ni tapi sebab dia dah tak terkata apa dah (mungkin sedar dia 'tersilap') then aku terus tukar topik.

Kalau korang perasan, kereta orang Cina nombor pendaftaran kereta mereka TAKKAN ADA NOMBOR 4. Mereka sanggup bayar berapa pun untuk plat kereta asalkan takde nombor 4. Ini salah satu kepercayaan agama diorang. Nombor 4 boleh bawa sial bagi diorang sebab makna nombor 4 sendiri (sebutan dalam bahasa cina) membawa maksud 'mati'. Mungkin diorang takut eksiden ke apa, takut mati cepat. Bwaahahaha AKU TAK PERCAYA LANGSUNG, SEKIAN.

Lagi satu isu emel@surat@kata2 berantai. Dulu masa kat Friendster heboh la satu word ni konon2 kalau tak sebarkan, mak akan mati pada tarikh sekian2! Heh tak kisah la sape mati, mak aku ke ayah aku ke atau aku sendiri mati ke memang aku tak akan sebarkan dan tak percaya langsung. Yang aku kesalnya ada jugak frenlist aku yang beragama Islam sebarkan kat buletin dengan alasan "Tak nak percaya tapi takut sesuatu terjadi kepada ibu" sambil buat ikon sedih ke apabenda tah. Kalau dah buat ayat macam tu kira tak percaya ke? Tolooongggggg aku nak gelak sikit. Percaya eh dia dengan benda2 macam tu? Tak terfikir ke siapa sebenarnya yang menentukan hidup mati seseorang? Adakah emel@surat@kata2 itu. ? Yang konon2 kalau kita tak sebar kita akan kehilangan orang yang tersayang? Blerghhh.

Zaman sekarang kalau nak buat apa2 silalah ingat agama sikit (ok aku tau aku tak la alim sangat nak cakap pasal agama tapi aku nak cakap jugak). Bandingkan adakah yang kita buat bertentangan dengan agama atau tidak? Tak sedar ke kalau sebarkan emel layang apakebenda tu semua seolah-olah macam percaya yang ada 'kuasa lain' yang lebih hebat daripada Allah dalam menentukan hidup mati seseorang?

Ada orang kata "Tak percaya tapi saje je nak sebarkan sebab kata2 dalam tu best". Ok kalau betul tak percaya tapi saje2 je nak sebarkan tolong buang perkataan "Jika tak sebarkan kepada 10 orang bla bla bla bla" sebab kau memang la kau kata macam tu tapi kalau ada penerima yang percaya macam mana? Ini boleh 'membantu' memesongkan akidah orang lain okeh wallahualam.


p/s: Setiap kali aku dapat emel@kata2 jenis macam ni kalau sendernya bukan Islam aku takde hal, tapi kalau sendernya Islam aku ada sedikit rasa terkilan.

p/s: Aku ada terbaca buku berkaitan kemunculan Dajal@dunia akhir zaman 2-3 hari yang lepas tulisan seorang ustaz. Dalam buku tu kata kemunculan Dajal adalah untuk merosakkan akidah umat Islam pada akhir zaman. Salah satu caranya ialah menggunakan 'orang tersayang' sebagai umpan untuk memesongkan akidah seseorang. Cara lain ialah dengan mengumpan dengan kekayaan,wang,makanan etc etc. Hermmm