Pages

Title Baru

Perempuan Melayu Terakhir.

Itulah gelaran yang baru aku dapat semalam.Haa... Gelaklah kalau nak sebab aku sendiri tergelak okeh. LOL

Itulah yang aku dapat bila aku membisuuuu dan menjawab usikan@pertanyaan orang dengan senyuman sahaja. muahahah. Aku takleh owh nak beramah-tamah dengan orang yang aku tak biasa. Aku hanya mampu senyum je. Dan of course aku takleh nak havoc2 dengan orang yang aku rasa tak selesa. 'Perempuan melayu terakhir' itu la yang orang nampak kat aku bila aku rasa tak selesa dengan orang. Kiranya macam pemalu la. Padahallllll.... Ni kalau adik aku tahu ni sure dia gelak gila2 neh.

Bila dengan lelaki lagi laaaaaaa. Aku sangat tak mesra dengan lelaki dan agak dingin, tak mudah nak bersenyum-senyum sebab tu sampai sekarang lelaki yang pernah baik dengan aku, aku boleh kira dengan jari tangan je nih. Err reason tak mudah mesra@senyum? Sebab aku rasa kalau senang mesra2 & beramah-tamah sangat akan kelihatan macam perempuan kabaret mencari pelanggan. KAHKAHKAH. Pendapat aku je la no offense yeah. ;P

Dulu masa time keje dulu, tyme tu ada sorang budak lelaki baru masuk dan kitorang sangat tak mesra, manager aku (perempuan) pernah tegur "Ya Allah korang ni. Tak bercakap. Sorang ke timur sorang ke utara!" LOL. Budak tu jawab, dia kalau baru2 kenal orang memang macam tu (sama la macam aku okeh). Aku plak jawab yang tu tak sampai seminggu. Aku dulu dengan Syafiq (pekerja kat situ jugak) amik masa 1 bulan okeh untuk baik@mesra. Terngangaaaaaa manager aku bila dengar word '1 bulan' tu. Wakakaka.

Syafiq tu ala2 budak backstreet sikit. Tau kan maksud backstreet? Kitorang sangat berbeza dari segenap segi. Sebab tu aku susah nak 'in' dengan perangai dia. Dah la macam tu, pastu stok pendiam dengan orang tak biasa ala2 macam style aku jugak, lagi laaaaaa. Tapi macam2 tu dia still boleh pecahkan 'tembok pemisah' yang aku sendiri cipta. Disebabkan dia sendiri yang memecahkan 'tembok pemisah' itu, sampai sekarang aku masih tak percaya how come aku boleh baik dengan dia sebab perangai kitorang adalah jauh panggang dari api. Dan aku tak pernah terlintas dalam kepala yang aku boleh masuk dengan orang type2 macam dia.

Yang budak baru tu kalau tak silap dalam 1-2 minggu je kitorang baik sebab cara kitorang macam sama sikit. Sebab dia bukan jenis budak2 backstreet. LOL.

Ayah aku pernah beritahu, kalau kita kawan dengan orang yang 'jahat' pun tak salah asalkan kita tahu batas dan jangan terlalu rapat sangat. Jangan terlalu ikutkan sangat perangai dia@jangan terpengaruh. Rapat biasa2 je dan as long as kita pandai kawal diri kita, it doesn't be a problem. Dulu aku tak faham maksud ayah aku ni (sebab mostly kawan2 aku adalah dari genre yang sama macam aku) tapi after all this while aku faham dah maksud ayah aku.


Dengan perempuan pulak aku senang sikit nak cepat baik. Tapi kadang2 perlu masa jugak la. hahaha.. Aku ni semua benda pun mesti ada 'kadang-kadang'.

Yang peliknya aku ni, kalau melibatkan kerja especially masa aku jadi promoter dulu2, woahhhh peramah tak ingat neh. Tambah2 kalau dengan customer/potential customer. Bab bercakap/mempomosi sila bagi kat aku. Lelaki perempuan aku main taram je.LOL. Of course lenyap terus istilah 'perempuan kabaret mencari pelanggan'. wakakaka.

p/s: Setakat ni dah dua ex-rumate (Nik &wawa) cakap yang mula2 masa kenal aku diorang ingat aku sombong/pendiam/batu/kayu dan seangkatan dengannya sebab biasanya sapaan diorang aku akan jawab dengan senyuman sahaja. Wawa cakap macam ni "Nadia, meja kita sebelah2 bolehlah kita study sama2". Aku? *senyum*. Nik pulak...errr...aku lupa apa sapaan dia tapi dia cakap reaksi aku just senyum je and dia kata nampak macam nak tak nak je layan dia bercakap camtu la lebih kurang. =D

1 voice out:

Anonymous said...

aha, perempuan melayu terakhir tuuuu :D