Pages

Takde tajuk[2]

Aku tak tahu la apakah nasib malang menimpa lab aku ni. Mesin ni punya meragam masyaAllah sungguh hebat sekali. Dah masuk 2 bulan, dia punya rosak berturut-turut. Minggu ni part ni rosak, minggu depan kang part lain plak meragam bla bla bla. Kesian gak la kat engineer Chinese 2 orang ni yang asyik2 melayan karenah kitorang ni . Asyik panggil diorang datang lab betulkan. Agaknya diorang pun nak termuntah asyik mengadap muka aku je tetiap minggu.


Yang senior chemist aku ni lagi la. Boleh tak, masa aku ajar dia run ICP ni, dia salin penuh tawaduk la dalam buku. Skema abis. Sekali aku tengok benda yang dia salin tu ada la rupa macam karangan Bahasa Inggeris Tingkatan 1. Ah Soo ahh. Haiyaaaa. Orang bekerja buat nota dalam flow chart ok, senang faham bukan macam buat karangan siap dengan tatabahasa . Aku diamkan, kang aku menyampuk kang macam apa plak kan. I guess nota dia, dia je la yang faham. Sekali aku suruh dia run sendiri. Alone. Aku just dok kat sebelah. Kejap2 kang aku tengok dia tengok buku tapi asyik tanya aku. Pastu aku sajeee je jawab “Tengok la, u tulis apa masa I ajar tadi? Refer la nota u” Sekali dia jawab “U ajar laju sangat la, I tak faham” . Mak aih, laju apakebenda aku ajar dia sempat buat karangan siap dengan tatabahasa semua?


Pastu dia minta aku ajar sekali lagi. OK FIND. Aku ajar lagi. Kali ni dia buat nota lagi. Tapi kali ni versi nota ringkas ala2 nota sejarah Tingkatan 5. Pastu aku test dia lagi. Suruh dia buat alone. Sekali apa yang dia tulis kat buku dia sendiri tak faham. Apakah?? Pastu asyikkk la tanya aku balik.


Huwaaa sedih ok cenggini. Bukan nak cakap apa la, dulu senior chemist yang dulu ajar aku SEKALI SAHAJA OKEH! SEKALI. Dia ajar+aku buat nota terus. Masa tu dia kata “U kene faham betul2 tau, minggu depan I takde dah” . Seram sejuk aku dengar. Aku salin nota dengan penuh khusyuk dan kesungguhan la. Sebab calibration standard ICP untuk fresh grad macam aku (dulu) adalah proses yang boleh kata rumit. Serius rumit. Once salah, kene buat the whole process balik yang ada la makan masa 2 jam. Gilaa!! Kali kedua aku calibrate standard, alone. Tangan aku menggeletar. Kalau salah memang takleh tanya sape2 dah sebab takde sape tahu. Senior chemist aku yang ajar aku dah berhenti dah. Aku dengan dia je yang tahu benda ni. Tapi Alhamdulillah la, aku calibrate sekali je , berjaya, takyah repeat. Kali ketiga pun still aku rasa berdebar masa nak buat. Sebab aku takut tkesilapan kecil yang membuatkan fail. Tapi berjaya. Dan seterusnya, lama2 aku rilek je la buat.


So bengang tak kalau kau belajar sekali pun dah boleh, orang yang so called dah ada experience bertahun-tahun(note:SENIOR), aku ajar nak dekat 5 kali (termasuk demo+buat sekali dengan dia+ajar secara formal) pun tak lepas2 lagi? Haiyooo tension okeh. Padahal benda senang. Nampak sangat dia tak nak focus@tak bersungguh-sungguh. Dah la aku tengok nota dia berserabut, sikit pun takleh pakai. Cuba lah buat nota yang kau faham yang oii. Pastu bila ko follow je nota tu takyah tanya aku dah. It simple okeh. Just follow step by step. Macam mana, dia sendiri pun tak faham nota dia, so???? Tengok buku pastu tanya aku balik. Bila kali keenam suruh buat lagi, dia refuse. Dia kata dia takut nak buat nanti jadi lambat. Apakah? Aku pun lambat jugak dulu2, terangak-angak. But it happen for kali ke-2 dan ke-3 la. Tak sepatutnya lepas tu blur2 lagi. Haiyohhh geram je aku dengan ke-tak-fahaman dia ni. Sampai bila nak tahu kalau gelabah sikit taknak buat? Dah la calibrate ni bukan selalu, sebulan sekali, so bila lagi nak pandai buat alone? Ni setiap kali buat tu la setiap kali tu la tanya aku.Macam aku tak pernah ajar before2 tu. Masuk 6 kali ajar pun still tanya aku pastu buat perkara yang salah..

Aku rasa ke-tak-sungguhan dia ni sebab dia tahu aku ada. So dia bergantung kat aku la. Lagipun macam jawapan dia bagi kat aku bila aku soal dia macam mana kalau aku takde tapi dia tak tahu nak calibrate. Jawapan dia?

"Calibrate bukan selalu kan? Sebulan sekali je kan? U cuti takkan begitu lama"

Baiklah kang kalau aku berhenti kerja bulan depan atau bulan seterusnya kang, terangak-angak la kau. Sekian

p/s: Dia selalu kata "Nadia, u kene ajar i sampai pandai, nanti u cuti ke, nanti susah kalau i tak tahu calibrate. Pastu bila aku ajar payah plak benda ni nak masuk dalam kepala dia. Aku rasa dia ok je cuma dia bermasalah dengan nota dia. Aci tak kalau aku sound dia direct. Eceh macam tak biasa.. Banyak kali je aku sound dia tapi indirect la, sambil gelak2. Tapi dia cam "Haiyaaa, u buat la, susah la" sambil buat muka berkerut-kerut kononnya susah gila.. Balik2 susah balik2 susah. Haruskah aku sound "U buat nota tapi u sendiri tak faham, macam mana? U tulis nota elok2 sikit la, simply buat flow chart je la buat apa ayat panjang2 tapi last2 u tak faham jugak apa yang u tulis." Kang dah jadi kelas tutorial 'Belajar membuat flow chart nota ringkas" instead of " Learn the method to calibrate ICP Standard"

0 voice out: