Pages

Oh gila

Habis la habis laaaaa. Kan aku kene beredar ke daerah yang berdekatan dengan tempat kerja aku pada bulan 8 kan. Eh sekarang bukan dah bulan 8 ke? LOL. Pastu tak jumpa lagi bilik/rumah yang available sekarang. Haishhh time aku taknak berlambak plak iklan, time aku nak cari tu laaaaa memanjang je takde.

Nak dijadikan cerita mungkin ayah aku ada cerita2 kisah aku kene duduk daerah sana tu kan. Tetiba jeeee ada seorang sepupu aku (lelaki, dah kawen) beria-ia ajak aku duduk sekali dengan dia&isteri dia (dia beritahu melalui ayah aku). Aku bukannya apa, sepupu aku tu errr errr 'something wrong somewhere sikit'. Dari segi apa tu takyah la kot cerita kat sini nanti jadi termengumpat plak kan. Yang pasti something wrong somewhere tu memang aku 'gerun' sikit la. Kot la apa2 jadi nanti kan. Hohohoh aku macam nak bagi hint plak kan.

Kesimpulannya aku takkkk nakkkkkkk!!!! Menjerit-jerit aku dalam hati yang aku tak nak!!!! Ayah sila dengar!!! Tak nak!! Arghhhh!!!! Aku sanggup pergi mana2 asalkan bukan rumah sepupu aku tu. Gilaaa arrr, aku dengar je ayah aku cerita terus terkejut badak okeh. Ayah aku tak tahu ke dia tu something wrong somewhere sikit? Ke sebab aku tak pernah cerita kat dia apa yang something wrong somewhere tu? Takkan nak cerita plak kan. Sebab aku syak je dan benda ni telah lama dimengumpatkan di kalangan aku, fiza dan nana. Means kitorang2 je yang tahu. HAHAHAA. Apasal la aku macam nak bagi hint jeh kat sini padahal tak boleh.

Adoi, masalahhhh.....

4 voice out:

mun-e said...

ohhh.kalo rase sesuatu, baik jangan. huhuhu. takutnyaaaaaa.

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Ahah.. bisik bisik bisik.. *Wat gaya penyebok*

Kalau akak pun tak nak ~ aish.. Kalau dia OK tu takpe, ni dah tahu dia something wrong somewhere.. Eii gerun lah!

Nadia said...

kak noi & kak murni: tu la memang taknak. Oh ayah dengarlah suara hati anakmu ini. Sob sob sob

yonna said...

jangannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn! akak serik duduk dengan sepupu sendri! nadia pun tahu kan kes masa akak mula2 dtg putrajaya dulu? hoho sampai sekarang tak bertegur ok lol