Pages

Unknown title



1) Akan move on ke rumah baru after raya. Weee... Dua bulan okeh aku cari bilik area sana tak jumpa2. Susah sangat. End up dengan sewa rumah je kat sana (rumah banyak la, bilik sahaja takde). Aku dengan ada sorang ni berjanji untuk sewa sekali ada satu apartment ni pastu cari housemate lain. Bilik ada 3, kitorang duduk 3 orang je satu rumah, bilik sorang satu ohhhh heavennnn!!!!!! Tapi apartment tu kosong2 la takde apa. Ala janji ada tempat tinggal kan lain2 belakang cerita. Aku boleh je hidup tanpa tv (for sementara) tapi tak boleh kalau takde internet. LOL. Pasal basuh baju, ala manual pun boleh, macam tak biasa. Dulu kat MRSM Taiping mana de mesin2 ni semua manual jek. Hidup je aku 2 tahun. hohoh.. (ayat cover, entah2 kalau ada dobi kat tempat baru, antar je dobi.LOL). Oh baru teringat, dulu kat Taiping walaupun ada perkhidmatan dobi pastu dah bayar yuran wajib dobi setiap awal sem tapi dalam masa 2 tahun tu boleh kira dengan jari berapa kali aku hantar dobi. 2-3 kali jek? Aku pun tak tahu kenapa aku malas giler nak antar dobi. Malas nak bawak baldi turun bawah kot.

2) Bajet aku bulan ni lariiiii. Sob sob sob. Deposit nak masuk rumah tu (after dah bahagi2 semua) aku kene pass lebih kurang RM600. Fuhhh lari abis. Kalau tak RM600 tu boleh beli macam2 lah bukan? huhu..What to do lah kan. Redha jek. Lari bajet nak beli DVD Persona Tour.

3) Aim aku dalam tahun ni nak amik lesen kereta la. hahah. Tak lepas2 lagi nak amik lesennya pun. Semacam phobia sejak fail kali pertama test jalan raya ari tu.

4) Ramadhan tak berapa best kat tempat orang. Tak boleh nak berjalan mencuci mata kat bazar secara bermaharajalela. Ok tak faham takpe.

5) Pernah dengar tak "Don't ever tease people unless u are really best friend with them"? Bukannya maksud BFF, tapi cukup sekadar ko dah biasa dengan dia. Sebab kalau tak berapa baik sangat tapi berani tease2 confirm akan jadi isu. Pernah jadi dulu, ada la manusia ni otai la konon tease2 aku. Tapi bila aku tease dia balik mak aiii marah nampakk. Tu yang aku malas tu. Dia boleh tease, aku tak boleh plak. Jadi isu plak? Pe kes? Aku ok je orang tease aku, teruk mana pun memang takkan la nak terasa2 bagai ni TAPI DENGAN SYARAT aku boleh tease dia balik. And it happen antara aku&adik-beradik aku jugak. Sebab tu kitorang cam tak kisah tease antara satu sama lain dan kadang2 boleh menyentuh isu-isu sensitif dengan fizikal2 semua masuk. Itu bezanya tease dengan orang yang rapat dengan tease dengan orang yang tak rapat. So, kesimpulannya, DON'T EVER TEASE people if u're not really rapat atau tak berapa baik sangat dengan orang itu atau dengan erti kata lain, tak biasa. Sebab confirm akan jadi isu.

1 voice out:

UknoWana said...

yuhu!! tringat time amek lesen... wan 2x kot tak pas bukit... last2 lepas KL jugak ku bwa keta...ngeheheh