Pages

First time


Buat pertama kalinya aku pergi ke acara berunsurkan hiburan/artis. LOL. Selama ni mana pernah aku pergi mana2 konsert ke showcase ke apa ke. Konsert jom heboh yang free tu pun aku tak pernah pergi (walaupun ada siti nurhaliza), apatah lagi konsert berbayar kan. Memang harammm tak pergi.


Setelah fikir masak2 atas faktor sorang je yang datang, aku pilih seat yang warna kuning. Yang warna merah tu hanyalah apabila 3@5 ahli datang BERSAMA-SAMA AS A GROUP (bukan as solo). =)


Kali ni..err..aku tak tahu courage apa yang menyuruh aku pergi. LOL. Ok, speechless sebenarnya. Mungkin aku rasa aku sangat 'in' dengan every unique personality of them kot. Sebab sebelum2 ni aku banyak je tersesat(?) tengok variety show yang involve group lain tapi kalau terbukak satu tu, haa yang tu je la aku tengok takde courage nak sambung cari lain2 video related. Taste masing2 kot ;P

Dan satu sebab untuk aku minat diorang ialah sebab diorang tak cover macho. hahaha. Walaupun digelar 'flower boy' tapi bila 'kenal' betul2, tak flower pun. LOL. Bukan aku kata cover macho tu tak bagus, cuma aku lebih prefer watching' orang yang selamba,spontan dan sempoi je macam diorang ni. Ciri paling penting diorang adalah playfulness. Live interview ke, tak live ke, main taram je diorang. Dan selalunya perbuatan ala2 tak berapa nak jaga imej ni bukannya orang suruh pun, diorang spontan volunteer buat. Aku suka je tengok mereka tease antara satu sama lain. Kadang2 di luar akal fikiran aku ni haaa

I like their attitude towards each other, the way they interact and the way they present themselves to public. I think if i wasn't their fan, i wouldn't know how they're like normally. I maybe would've thought that ss501 is a group that cares too much of their image.



Masa tahun 2006, awal2 dulu. Err sape kata leader pernah berlakon BOF je?? Hyunderella pun dia berlakon apeee. Hyunderella=hyun joong as cinderella. LOL. Pastu pandai2 je diorang tukar jalan cerita cinderella kawen dengan magician.



Tahun 2009, diorang dah matang sikit dah. Aku tergelak-gelak tengok reaksi JM jerit dengan reaksi baby pi antuk kepala kat dinding tu. LOL.

Aku rasa la setiap video diorang (kecuali video diorang yang sedih2), setiap yang diorang buat macam tak sah kalau tak buat aku gelak. Mana taknya, tengok reaksi muka diorang pun aku dah gelak2 belum masuk lagi dengar diorang cakap&buat semua. LOL.


p/s: Err fanmeeting ni bukan semua ahli terlibat. Sorang je. Sape? Yang kene buli dalam video kedua =)

p/s: Aku rasa kalau aku setakat minat lagu+muka je, aku takkan attend kot fanmeeting ni. Dan aku sedikit rasa 'wahhhh' dengan orang yang attend semua fanmeeting artis korea yang datang Malaysia. Ialah, nak pergi sekali bukan murah ok (pendapat dari aku yang kedekut.lalalala~).

p/s: Menanti 28 ogos =)

1 voice out:

Dd said...

wow! bestnya dpt pg..! jeles jeles