Pages

Merah


Selepas hampir 5 bulan keje, terpalit sudah 'merah' pada punch card aku semalam. Tsk tsk tsk. Sedih. Bukan datang dari kesalahan aku, sebab orang lain. Lewat 6 minit. Tercemar sudah punch card aku. Sob sob sob

Errrr...Sungguh dramatik sekali ayat intro. Macam la aku tak pernah datang lewat gi mana2 kan. Macam la kat UPM dulu aku tak pernah lewat kan. Eceh. Bukan apa, aku kalau gi mana2 biasa la lewat sket2 tapi kalau berkaitan kerja aku memang berdedikasi okeh. Sepanjang aku kerja start lepas SPM dulu, sebelum masuk matrik, masa zaman U (keje sementara cuti sem) and sampai la ke hari ni, imej bersih beb tak main la datang2 lambat ni. Muahaha.

Aku rasa kalaulah kat UPM dulu strict yaamatz contohnya kedatangan ke kuliah dicatat melalui punch card sape selalu datang lambat potong markah exam or whatever yang berkaitan sure aku ari2 datang awal. LOL. Teringat kat salah seorang coursemate. Tengok kitorang datang kuliah awal 15 minit adalah perkara yang sangat pelik baginya. Siap tanya "Eh, kenapa datang awal?". Kitorang gelak je. Imej datang lambat memang lekat la kat kitorang ni. hahaha

Sekian,
pekerja yang berdedikasi
Nadiah



hakhakhak.

0 voice out: